Anda di halaman 1dari 9

SAMBUTAN HARI GURU

TAHUN 2017
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Acara Teks Juruacara Catatan

Pengumuman Perhatian.
awal. Minta kerjasama semua pelajar untuk memberi laluan majlis
Sambutan Hari Guru akan berlangsung sebentar lagi.
Para pelajar diingatkan untuk berdiri ketika perarakan masuk guru-
guru ke dalam Dewan.
Terima kasih.

Perarakan Mengumumkan perarakan masuk


guru. Yang Berusaha Puan Zaridah binti Othman, Penolong Kanan
Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan
serta barisan pentadbir dan para guru.

Rakan-rakan pelajar, marilah sama-sama kita memberikan tepukan


yang gemuruh kepada semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan
Raja Perempuan.
Diminta guru-guru berjalan bersama kembar masing-masing.
Guru-guru diminta membuat catwalk bersama kembar masing-
masing di atas pentas dan turun semula ke bawah pentas.

(Bacakan masa perarakan guru)

Dia seorang guru pengganti ayah ibu


Dia seorang guru pembentuk generasi baru
Dia seorang guru pembina insan sepadu
Dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
Yang terus hidup sepanjang waktu.

(nada santai)

Untuk makluman rakan-rakan pelajar, tema hari guru peringkat


sekolah kita pada tahun ini ialah kembar. Oleh itu, jangan hairan
apabila melihat ramai guru kita pada pagi ini memakai pakaian yang
sama. Ada yang sama daripada tudung hingga ke kasutnya. Kembar
seiras barangkali. Ada juga kembar tak seiras tapi masih lagi kategori
kembar. Ataupun mungkin ada juga yang tiada kembar. Anak tunggal
barangkali.

(tunggu guru-guru selesai semua dan duduk)

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Perak Excellent,

1
Salam Kinta Utara excellent dan Salam RPS Excellent.
Kata aluan
Yang Berusaha
Puan zaridah binti Othman,
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan

Yang Dihormati
En. Anwar Sidek bin Yaruddin
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Raja Perempuan

Yang Berusaha,
Barisan pendidik yang disayangi serta rakan-rakan yang dikasihi
sekalian.
Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru.

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana pada pagi ini kita dapat bersama-
sama berkumpul bagi meraikan insan yang amat kita sanjungi
sepanjang masa terutamanya dalam majlis sambutan hari guru
peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan bagi
tahun 2017. Guru Pembina Negara Bangsa itulah tema sambutan
hari guru pada tahun ini.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku. Diminta semua


Lagu hadirin bersedia.
negaraku
(tunggu nyanyian selesai)

Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin sekalian,

Panggilan cikgu adalah keramat,


Bacaan doa Bersabar menabur jasa dan bakti,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis pada hari yang penuh bermakna


ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengamin bacaan doa
yang akan dipimpin dan dilafazkan oleh Encik Norazam Hafizi bin
Mohd Khalid.
Dipersilakan.

(tunggu bacaan doa selesai)

2
Terima kasih diucapkan kepada Encik Norazam Hafizi bin Mohd
Khalid atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Rakan-rakan pelajar,
Sesungguhnya jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Gurulah
menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar
dikembangkan menjadi suku kata,perkataan seterusnya ayat.
Menerusi huruf juga, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya
kita peroleh menerusi didikan guru yang tidak pernah jemu memberi
kita ilmu.

Majlis menjemput Saudari Azlin Nadirah binti Shahrizal selaku


Ucapan ketua Ketua Pengawas SMK Raja Perempuan untuk menyampaikan
pengawas ucapan khas untuk guru sekalian.
Dipersilakan.

(tunggu ucapan selesai)

Terima kasih diucapkan kepada saudari Azlin Nadhirah binti


Shahrizal atas ucapan sebentar tadi.

Dapat banyak bunga? Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat


banyak pen?tanda guru bijak melakar kata. Dapat pemadam?tanda
guru sentiasa membetulkan yang dusta.dapat banyak ucapan? Tanda
guru sentiasa di ingatan.

Hadirin sekalian,

Ucapan kelab Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha Encik Mohd Azmi bin
Guru dan Staf Hussin, Pengerusi Kelab Guru dan Staff SMK Raja Perempuan untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

( Ucapan Kelab Guru)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Azmi


bin Hussain atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Puan


Ucapan PK Zaridah binti Othman, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah
pentadbiran Menengah Kebangsaan Raja Perempuan untuk menyampaikan
ucapan.
Dipersilakan.

( Ucapan Penolong Kanan )

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan zaridah binti

3
Othman atas ucapan sebentar tadi

Ucapan YDP
Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati Encik Anwar
Sidek bin Yaruddin selaku YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan
perasmian
Dipersilakan.

(Ucapan YDP PIBG)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Anwar Sidek bin Yaruddin


atas ucapan perasmian sebentar tadi.

(tunggu YDP turun )

Mohon Puan Zaridah binti Othman, barisan pentadbir serta para


guru naik ke pentas untuk menyempurnakan acara memotong kek.

(tunggu potong kek dan bergambar)

Sekarang kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh


para guru dengan nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia.
Dipersilakan.

(Nyanyian)

Demikianlah tadi nyanyian daripada guru-guru yang sangat kita


sayangi dan hormati.

(tunggu guru-guru turun dari pentas)

Marilah sama-sama kita menyaksikan tayangan video khas buat


guru-guru RPS.

(tunggu tayangan video selesai)

Hadirin sekalian,
Bagi memeriahkan majlis kita pada hari ini marilah kita bersama-
sama menyaksikan persembahan menarik daripada puteri-puteri
RPS. Untuk meneruskan acara, dijemput saudari Parveen dan saudari
Azlin Nadhirah.
Dipersilakan.

(tunggu persembahan pelajar selesai)

Terima kasih diucapkan. Demikianlah santapan mata dan sebagai

4
halwa telinga yang dihadiahkan oleh pelajar-pelajar buat guru-guru
tersayang.

Majlis tidak akan meriah jikalau tidak diserikan dengan persembahan


oleh staf sokongan.
Penyanyi jemputan kita ini sudah tidak asing lagi bagi warga RPS.
Dijemput encik Khairul dan encik Eddie untuk menyampaikan
persembahan mereka.
Dipersilakan.

(tunggu persembahan staf selesai)

(nada sedih)
Hadirin sekalian, benarlah kata peribahasa Kusangkakan panas
hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Rakan-rakan pelajar,
dalam kemeriahan kita menyambut hari guru pada hari ini,
disebaliknya terdapat insan bergelar seorang guru yang akan
meninggalkan kita semua. Hari ini juga merupakan hari terakhir
beliau di RPS. Guru itu seorang guru yang tidak pernah lokek
ilmunya. Beliau ialah Puan Zuhira binti Ghazali. Beliau akan
memulakan tugas barunya di Pejabat Pendidikan Kinta Utara.
Seterusnya guru yang baru sahaja meninggalkan kita di RPS iaitu
Cik Hasnoridah binti Hassan. Beliau telah bertukar ke Negeri
kelahirannya iaitu ke Pulau Pinang. Terima kasih Cik Hasnoridah
kerana sudi hadir bagi memeriahkan sambutan hari guru di sini.
SELAMAT HARI GURU CIKGU, KAMI SAYANG CIKGU

(baca bila Nampak pengawas bagi bunga pada cik hasnoridah dan
puan zuhira.)
Untuk pengetahuan Cik Hasnoridah dan Puan Zuhira jambangan
bunga itu sebagai penghargaan daripada semua warga RPS.

Majlis mempersilakan puteri-puteri RPS untuk persembahan khas


buat Cik Hasnoridah dan Puan Zuhira.
Dipersilakan.

(tunggu selesai)

Seterusnya, dijemput guru-guru daripada bidang bahasa untuk


menyampaikan persembahan mereka. Guru-guru bidang bahasa
dijemput naik ke atas pentas.

Hadirin sekalian,

5
Acara seterusnya akan bermula sebentar lagi. Terlebih dahulu,
diminta guru yang tiada kembar naik ke atas pentas.

Majlis menjemput Majlis Tingkatan Enam untuk meneruskan acara.

(tunggu selesai)

Baiklah, acara diteruskan dengan pemberian hadiah-hadiah kepada


semua guru.

(baca semasa hadiah sedang diedarkan )


Hadiah-hadiah ini adalah daripada PIBG, Lembaga Pengawas
Sekolah, Majlis Tingkatan Enam dan Pusat Sumber Sekolah.

Hadirin sekalian,

Tibalah masa untuk sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan


pertandingan yang telah diadakan.

Majlis menjemput Yang Berusaha Puan Zaridah binti Othman naik


ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

(tunggu PK dan pembawa hadiah bersedia)

Sempena tema hari guru pada tahun ini. Oleh itu, pihak sekolah turut
mengadakan pertandingan yang bersesuaian dengan tema ini.

KEMBAR PALING MENARIK


Disandang oleh..
Dipersilakan.

KEMBAR PALING SEIRAS


Disandang oleh..
Dipersilakan.

Untuk makluman hadirin, kelab Guru dan Staf SMK Raja Perempuan
turut menganjurkan pertandingan meja guru paling cantik dan kemas.
Penilaian markah diambil berdasarkan kekemasan dan kecantikan
meja itu dihias.

Dipersilakan.

Tempat ketiga disandang oleh meja guru milik

6
Tempat kedua disandang oleh meja guru milik..

Tempat pertama disandang oleh meja guru milik


..

Berikut diumumkan pemenang bagi pertandingan Kuiz Online Hari


Guru dalam Frog VLE.

Tempat ketiga disandang oleh


NOOR HASINAH BT MOHAMED ALI JINNAH (4AV)

Tempat kedua disandnag oleh


KIRTHIKA A/P CHANDRAN (2AZ)

Dan
Tempat pertama disandang oleh
SHAZWA LIYANA IZZATY BT SHAMSUL (3DH)

Tahniah diucapkan.

Kini tibalah masa yang dinanti-nanti oleh semua iaitu penyampaian


anugerah kepada beberapa orang guru yang telah berjaya menambat
hati pelajar-pelajar SMK Raja Perempuan. Untuk makluman,
pencalonan dan undian melalui laman web Frog telah dibuka sejak
beberapa minggu yang lalu. Semua guru telah dicalonkan dan
pemilihan telah dilakukan oleh pelajar daripada semua tingkatan.
Undian tertinggi dianggap sebagai pemenang.

1. ANUGERAH GURU PALING PENYAYANG


Disandang oleh.
Dipersilakan.

2. ANUGERAH GURU PALING ANGGUN/SEGAK


Disandang oleh
Dipersilakan.

3. ANUGERAH GURU PALING TEGAS


Disandang oleh
Dipersilakan.

4. ANUGERAH GURU PALING KREATIF


Disandang oleh
Dipersilakan.

7
5. Dan ANUGERAH GURU PALING POPULAR TAHUN 2017
Disandang oleh..
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Zaridah binti Othman atas


kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

(tunggu pn Zaridah turun )

Sebagai menghargai jasa Puan Zuhira binti Ghazali di RPS, majlis


menjemput Puan Zuhira binti Ghazali naik ke atas pentas untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan daripada pihak sekolah.

(tunggu pn zuhira bersedia)

Mendahului pemberi hadiah,


Dipersilakan Puan Syazrin Syimee wakil Panitia Bahasa Inggeris.

Dipersilakan Puan Habshah binti Omar ketua Panitia Bahasa


Melayu.

Dipersilakan Puan Arazma binti Guru Kanan matematik dan


Sains.

Tahniah dan terima kasih Puan Zuhira kerana sudi menabur jasa dan
bakti selama berada di RPS. Jasa cikgu akan kami kenang sampai
akhir hayat kami. Di sana nanti jangan lupa akan kami di sini.

(puan Zuhira turun)

Kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Allah s.w.t


dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru
tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna.

Kita semakin hampir ke penghujung majlis, sebelum kita bersurai,


marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Sekolah. Diminta semua
bersedia untuk menyanyikan lagu sekolah.

(lagu selesai)

Marilah kita mengucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA


SEMUA GURU KITA.

SELAMAT HARI GURU CIKGU-CIKGU

8
Maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.
Semua guru dijemput ke Laman Bestari untuk jamuan hari guru.
Manakala, para pelajar dikehendaki masuk ke kelas masing-masing
dan membuat persiapan untuk jamuan kelas yang akan berlangsung
sebentar lagi.

Sekian, terima kasih.

Skrip disediakan oleh: Juruacara:


1.Puan Siti Khalijah Binti Othman Husna Atiqah binti
Quratullahuda

Anda mungkin juga menyukai