Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROJEK PEMBINAAN DEWAN TERBUKA

SRI PERDANA SK. MALANGANG KIULU TUARAN SABAH.


____________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN :

Sekolah Kebangsaan Malangang Baru Kiulu Tuaran dibina sekitar tahun 1983 terletak 18
kilometer dari Daerah Tuaran dan 22 kilometer dari Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran.
Walaupun sudah berusia 32 tahun namun sekolah yang diperbuat daripada bahan kayu
sepenuhnya namun masih boleh digunakan untuk kegunaan pembelajaran dan pengajaran
secara berterusan sejajar dengan transformasi pendidikan kebangsaan. Dalam usia yang
sedemikian lama sudah pasti struktur bangunannya kelihatan agak uzur dan banyak kerosakan
yang berlaku jika tidak dijaga dengan baik atau diperbaiki dari semasa ke semasa.

Pada masa ini (Tahun 2015), SK. Malangang Baru Tuaran mempunyai murid seramai 142
orang, guru-guru seramai 18 orang dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) seramai 4 orang.
Dengan semangat jitu semua warga sekolah dan kerjasama daripada ibu bapa, agensi
pendidikan, komuniti dan pemimpin masyarakat setempat, sekolah ini terus melakar kejayaan
dan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang, seimbang dan
berkualiti serta mampu saing di peringkat global. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 -2025 melalui 11 Anjakan, 5 Aspirasi Sistem dan 6 Aspirasi Murid sentiasa menjadi
landas perjuangan dan sumber rujukan dalam melaksanakan setiap aktiviti dan objektif yang
telah ditetapkan.

Bagi menyahut cabaran kecemerlangan sekolah yahg ditekankan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia, maka sebuah pasukan kerja yang mantap terus digerakkan dengan
menggemblingkan sepenuh tenaga pengajar yang ada untuk menjadikan sekolah ini sebagai
institusi penddikan yang berjaya membentuk generasi bangsa merdeka dengan slogan Berterkad
Terbilang abad 21. Aspek pengurusan dan kepimpinan, instruksional, kemenjadian murid,
keselamatan, kebersihan, kesihatan, keceriaan persekitaran dan sebagainya sentiasa dititik
beratkan kepada setiap pengguna sekolah ini sesuai dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
(SKPM) yang akan meletakkan sekolah kepada Band (PKS-SKPM) mengikut penarafan kendiri
sekolah (PKS) sepanjang tahun. Untuk itu atas inisiatif bersama pengurusan sekolah dan
1
Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), maka pelbagai perancangan projek sekolah telah disusun
mengikut keutamaan bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang indah, ceria, menarik, bersih,
selamat dan mendidik seperti berikut :

i. Membina Sebuah Dewan Terbuka Sri Perdana SK. Malangang berukuran 72 X 28


X 15 tinggi.
iii. Membina Sebuah Anjung Cahaya Ilmu berukuran 60 X 20 X 12 tinggi.
iv. Membina Sebuah Pintu Gerbang Sekolah berukuran 15 panjang X 12 tinggi.
v. Membina Tiga Buah Jambatan Lestari berukuran 30 X 8 lebar X 6 tinggi.
vi. Membina Parkir sepanjang 100 X 12 X 8 tinggi.

Pelaksanaan projek dan aktiviti tersebut akan dibuat secara berperingkat mulai 01 Jun
2013 mengikut kemampuan kewangan dan keutamaan sekolah. Setakat 15 Ogos 2013 terdapat
projek yang sudah dan sedang dilaksanakan hasil usaha sama PIBG dan pemimpin tempatan.
Projek Pondok Jaga telah siap sepenuhnya pada 30 Julai 2013 hasil sumbangan kewangan
syarikat Kawalan Keselamatan, kakitangan Sekolah dan Ibu Bapa murid sekolah. Semoga
perancangan dan hasrat murni ini mendapat sokongan dan bantuan daripada seluruh warga
sekolah, ibu bapa, komuniti dan para pemimpin masyarakat sejajar dengan kehendak Falsafah
Pendidikan kebangsaan (FPK) dan memenuhi piawaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
(SKPM) 2010 ke arah melahirkan modal insan gemilang dan bertaraf dunia. Sesungguhnya kami
warga SK. Malangang Baru Kiulu Tuaran Bertekad Terbilang bersaing di persada antarabangsa
menjelang 2020.

2.0 NAMA PROJEK :


Dewan Terbuka Sri Perdana SK. Malangang Kiulu Tuaran Sabah.

3.0 OBJEKTIF :
Antara objektif projek ini ialah :
i. Menyediakan kemudahan perhimpunan dan aktiviti sekolah secara menyeluruh
kepada murid-murid sekolah, guru-guru, ibu bapa dan komuniti setempat.

ii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, sihat, ceria, menarik dan
sistematik.

iii. Memudahkan pelaksanaan majlis di peringkat sekolah tanpa membuka papan


dinding penghalang (sempadan) bilik darjah sedia ada.

2
4.0 TARIKH PELAKSANAAN :
Tarikh : Sepanjang Tahun Bergantung Kepada Kelulusan dan Peruntukan/Sumbangan
Yang Diperolehi.
Tempoh : Tiga Bulan (Bergantung kepada tempoh siap yang ditetapkan kemudian).
Masa : Sepanjang Masa Dalam Setahun.
Tempat : Antara Blok A dan Blok B SK. Malangang Baru Tuaran

5.0 AJK PELAKSANA :


Penasihat : Achin Bin Marudu, Guru Besar SK. Malangang Baru.
Pengerusi : Domilik Gabuk, YDP PIBG SK. Malangang Baru.
Timb. Pengerusi : Julita Sondikau, Timbalan YDP PIBG SK. Malangang Baru.
Setiausaha : Regina Katong, Setiausaha PIBG SK. Malangang Baru.
Bandahari : Aliciana Toisin, Bendahari PIBG SK. Malangang Baru.
AJK : Jolly Tarzan, Kg. Tombung
: Mailin Bangkang, Kg. Malangang Lama
: Meinah Tongkolou, Kg. Ponohuan
: Binesoh Gimping, Kg. Namadan
: Sabina Lingkin, Kg. Malangang Baru

6.0 PELAKSANAAN :
Projek Dewan Terbuka Sri Perdana SK. Malangang Kiulu Tuaran Sabah dijalan secara
gotong royong oleh ahli-ahli PIBG SK. Malangang Baru, Tuaran.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :


Untuk membina sebuah Dewan Terbuka Sri Perdana berukuran 72 panjang x 28 lebar X
15 tinggi lengkap dengan lantai konkrit setebal 4, kipas 3 unit, lampu siling 6 unit dan
soket 2 unit adalah dianggarkan sebanyak RM35,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga
Puluh Lima Ribu Sahaja). Butiran peralatan dan anggaran kos adalah seperti berikut :

SENARAI PERALATAN/ HARGA JUMLAH


BIL. KUANTITI
BAHAN BINAAN SEUNIT (RM) (RM)
01 Tiang GI Pipe saiz 3 X 20 panjang 6 batang RM250.00 RM1,500.00
02 Besi Aluminium C-Channel
2 X 5 X 20 panjang 23 batang RM250.00 RM5,750.00
03 Besi Aluminium C-Channel
2 X 3 X 20 panjang 16 batang RM200.00 RM3,200.00
04 Besi Aluminium C-Channel 5 X 20
panjang (Tempat Lantak Zink) 30 batang RM200.00 RM6,000.00

3
05 Zink Spandex G28 X 15 panjang 62 keping RM150.00 RM9,300.00
06 Perabung 18 8 keping RM40.00 RM320.00
07 Screw Zink Spandex 2 10 kg RM18.00 RM180.00
08 Rod Welding 12 3 kotak RM15.00 RM45.00
09 Simen 50kg 80 kampit RM23.50 RM1,880.00
10 Batu kelikir/halus 10 tan RM65.00 RM650.00
11 Dawai BRC Lantai 3 gulung RM250.00 RM750.00
12 Cat Besi 5 liter 3 tin RM150.00 RM450.00
13 Roller Cat 10 batang RM12.00 RM120.00
14 Berus Cat 3 10 batang RM4.50 RM450.00
15 Pendawaian 1 Dewan L/Sumb RM2,485.00
16 Kipas Siling 6 unit RM180.00 RM1,080.00
17 Lampu Kalimantang 48 12 unit RM55.00 RM660.00
18 Soket 4 unit RM45.00 RM180.00
JUMLAH KESELURUHAN RM35,000.00

8.0 SUMBER DANA :


Untuk melaksanakan projek ini seluruh ahli PIBG SK. Malangang Baru Kiulu Tuaran telah
bersetuju mengemukakan permohonan meminta sumbangan daripada Y.B. Datuk
Joniston Bangkuai, Ahli Dewan Undangan Negeri (N.11) Kiulu, Sabah.

9.0 PENUTUP :
Adalah menjadi hasrat dan impian semua warga sekolah dan ibu bapa/penjaga murid SK.
Malangang Baru Tuaran dengan terbinanya Dewan Lestari Sri Malangang Kiulu Tuaran
Sabah akan memberikan kemudahan yang selesa dan meencukupi untuk pelaksanaan
semua aktiviti dan majlis di peringkat sekolah terutamanya semasa perhimpunan dan
perjumpaan murid-murid yang diadakan setiap hari di luar bilik darjah. Segala aktiviti
kokurikulum, 1Murid 1Sukan dan Majlis Rasmi sekolah dapat dibuat dengan sempurna
tanpa halangan walaupun semasa musim hujan dan cuaca panas terik. Seluruh
stakeholders sekolah pasti berbangga dan amat gembira dengan tersergam indahnya
sebuah dewan terbuka sekolah yang akan dinamakan DEWAN SRI PERDANA SK.
MALANGANG KIULU TUARAN SABAH Sumbangan : Y.B Datuk Joniston Bangkuai, Ahli
Dewan Undangan Negeri N.11 Kiulu.
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

REGINA KATONG DOMILIK GABUK


Setiuasaha PIBG YDP PIBG Merangkap Pengerus
PIBG SK. Malangang Baru Tuaran Projek Dewan Lestari Sri Malangang
SK. Malangang Baru Tuaran. SK. Malangang Baru Tuaran.

Disahkan Oleh :

ACHIN BIN MARUDU


Guru Besar Merangkap Penasihat
PIBG SK. Malangang Baru Tuaran. Tarikh :
4
PELAN DEWAN SRI PERDANA SK. MALANGANG BARU KIULU TUARAN.

72

DEWAN TERBUKA
72 Panjang X 28 Lebar X 15 Tinggi
28

Atap Spandek G28


Tiang GI Pipe 3

PANDANGAN ATAS

Atap Spandek G28


Warna Biru

Tinggi Tiang 15 Jarak Antara Tiang 18

Lan PANDANGAN DEPAN

DEWAN TERBUKA SRI PERDANA


SK. MALANGANG BARU TUARAN

Lebar 28

Lan
PANDANGAN SISI

RAJAH TANPA SKIL

Anda mungkin juga menyukai