Anda di halaman 1dari 1

Pengangguran,perkataan ini sering menjadi tajuk berita di surat khabar mahupun televisyen.

Hal ini demikian


kerana kadar pengangguran telah bertambah dari setahun ke setahun. Pada pendapat saya, isu pengganguran
tidak harus dipandang rendah oleh kerajaan. Daripada kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada isu pengangguran di Malaysia.

Salah satu puncanya ialah sikap masyarakat yang terlalu memilih pekerjaan. Masyarakat pada era ini hanya ingin
melakukan pekerjaan yang ringan seperti bekerja di pejabat yang mempunyai penghawa dingin dan suasana yang
selesa. Mereka tidak mahu melakukan kerja yang melibatkan sektor perladangan atau pertanian kerana enggan
melalui cuaca yang panas terik. Tuntasnya, sektor-sektor seperti ini akan menghadapi masalah kekurangan tenaga
manusia.

Selain itu, isu pengangguran juga berlaku akibat tiada kelayakan dan kemahiran seseorang pekerja dalam
pekerjaannya. Hal ini terjadi kerana institusi pengajian tinggi pada zaman ini tidak menitikberatkan kemahiran
praktikal dalam sukatan pelajaran mereka. Sebaliknya, mereka lebih berorientasikan pencapaian akademik. Oleh
itu, apabila seseorang mendapat kerja yang melibatkan kemahiran, mereka tidak tahu untuk melakukan pekerjaan
tersebut lalu mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Di samping itu, punca pengangguran juga disebabkan pemberhentian kerja yang terlalu banyak. Hal ini tercetus
apabila majikan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada pekerjanya untuk membuat yang terbaik . Pekerja
yang tidak dapat memenuhi tahap prestasi yang ditetapkan akan dibuang daripada pekerjaannya. Sesungguhnya,
perkara ini telah mengakibatkan kadar pengangguran di negara kita melalui peningkatan yang drastik.

Tuntasnya, kita boleh menyimpulkan bahawa isu pengangguran merupakan sesuatu tidak boleh dipandang ringan.
Kerajaan haruslah mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara sebelum nasi
menjadi bubur.

(254 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai