Anda di halaman 1dari 2

Ramai dalam kalangan pelajar yang tidak berdisiplin menimbulkan pelbagai masalah di sekolah seperti buli, gengsterisme, dan

merosakkan harta benda di sekolah. Selaku pengawas, jelaskan peranan anda untuk membantu pihak sekolah bagi menangani masalah ini daripada terus berleluasa. Kontemporari ini, gejala sosial seperti buli dan gengsterisme telah menjadi masalah disiplin yang serious di sekolah menengah. Dari siaran berita langsung di atas kaca televisyen sehinggalah ke bangku kedai kopi, isu sosial yang melibatkan pelajar sekolah telah menjadi buah mulut dalam masyarakat. Keadaan bertambah teruk apabila semua pihak mula menuding jari kepada guru- guru serta pengetua di sekolah yang tidak tahu mengawal tahap disiplin murid- murid mereka. Sebenarnya, badan disiplin di sekolah sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kadar masalah sosial yang sering berlaku di kawasan sekolah supaya keselamatan pelajar dan keamanan suasana sekolah dijaga. Guru guru disiplin akan membuat rondaan dari semasa ke semasa untuk memastikan pelajar dalam keadaan yang terkawal. Namun begitu, sebagai pengawas, apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu pihak sekolah bagi menangani masalah ini? Peranan perdana yang boleh saya lakukan adalah dengan menjalankan tugasan harian saya. Dalam badan pengawas, setiap pengawas diberi tugas untuk dilaksanakan pada waktu pagi atau petang sebelum perhimpunan harian dan pada waktu rehat. Hal ini demikian kerana walaupun terdapat guru disiplin yang membuat rondaan ,masalah disiplin masih boleh berlaku kerana guru guru tidak akan berada di samping pelajar- pelajar pada setiap masa. Oleh demikian, saya haruslah memikul dan melaksanakan tugas saya sebagai pengawas dengan konsisten dengan memastikan tidak berlakunya perkara yang tidak diingini. Melalui cara ini, saya juga dapat menjadi contoh yang baik kepada pelajar- pelajar lain kerana jika saya menunjukkan sifat yang buruk, pelajar lain juga akan mengingkari peraturan sekolah. Jikalau pengawas yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik bersikap sebaliknya di hadapan pelajar lain, ia adalah seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus kerana tindakan lebih berpengaruh daripada pertuturan. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Kalau kita sebagai pengawas membiarkan sahaja kesalahan itu berlaku, bagaimanakah pihak sekolah dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah? Perkara kedua yang harus kita lakukan sebagai pengawas adalah tidak menutup sebelah mata ketika berlakunya gejala sosial di sekolah. Ini demikian kerana jika kita membiarkan sahaja kesalahan tersebut, ia mungkin akan bertambah teruk dan menjadi masalah yang besar sekiranya berlaku kecederaan. Kita harus menjalankan tugas dengan serious dan tidak memandang enteng terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Jika ternampak pergaduhan atau pembulian, laporkan kepada guru tentang masalah tersebut kerana malang tidak berbau. Kita mesti ingat bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati dan walaupun kadang- kala kita berasa bahawa kita boleh melepaskan kesalahan tersebut, kita mungkin akan membenarkan sesuatu yang buruk untuk berlaku yang boleh mengundang kepada isu yang lebih serious. Selain demikian, kita sebagai pengawas boleh membantu sekolah menangani gejala sosial dengan mengelak daripada melibatkan diri dalam aktiviti yang melanggar peraturan sekolah. Ketika dilantik sebagai pengawas, kita telah diberi tanggungjawab untuk menolong badan disiplin sekolah untuk membanteras masalah disiplin. Jika kita juga membuli murid lain dan merosakkan harta benda sekolah, kita bukan sahaja memberi anggapan yang buruk kepada murid lain, malah kita juga akan menjatuhkan imej badan disiplin sekolah. Jangan lupa bahawa ketika kita bersetuju untuk memikul jawatan sebagai pengawas, kita telah menandatangani surat Aku Janji yang menyatakan bahawa kita mesti mematuhi segala peraturan sekolah dan membacanya sebagai ikrar pada hari perlantikan. Oleh demikian, kita patut menjaga nama baik badan disiplin dan juga badan pengawas supaya pelajarpelajar lain tahu menghormatinya. Intiharnya, disiplin sekolah yang baik akan mencerminkan kecekapan badan pengawas yang mantap dan mampu menjalankan tugas serta kewajipan mereka dengan sempurna. Jawatan kita adalah

penting dalam menjamin keharmonian di sekolah kerana guru- guru kita menaruh harapan yang tinggi kepada kita untuk membantu mereka menangani gejala sosial yang berlaku di sekeliling sekolah. Sekiranya badan pengawas mampu menolong pihak sekolah mengurangkan kadar masalah disiplin yang berlaku, suasana sekolah akan menjadi lebih selesa dan selamat untuk pelajar- pelajar lain.

Anda mungkin juga menyukai