Anda di halaman 1dari 2

Kreativiti Kitar Semula - Aktiviti Menarik dan Berbaloi

Assalamualaikum,...

Dah lama tidak membuat entri berkenaan kreativiti kitar semula. Untuk pengetahuan anda,
artikel berkaitan kitar semula ini...saya dapati ianya sangat menarik minat pembaca. Entri-entri
lama berkaitan kitar semula sentiasa ada pengunjung sehinggakan kesemua entri berkaitannya
kini berada paling atas dalam carta artikel paling popular di blog ini.

Ia juga merupakan entri yang paling banyak di "copy" terutama gambarnya. [klik sini untuk tahu
bagaimana kandungan artikel anda telah di Copy] Tapi sayangnya komen-komen lama semuanya
telah tiada. Hilang bersama hilangnya perkhidmatan komen Intensedebate di blog ini.

Pengunjung pula kebanyakannya datang dari carian Google dan Yahoo. Ini menunjukkan ramai
yang berminat dengan aktiviti kitar semula. Saya tahu, ramai yang memahami dan menyedari
akan pentingnya kitar semula tetapi kurangnya aktiviti dan idea untuk menggunakan barangan
terbuang ini membuatkan ia akhirnya terbuang begitu sahaja.

Jika kuantitinya banyak mungkin anda ringan tulang untuk menjualnya di tempat pengumpulan
bahan terbuang, dapat juga sedikit wang. Tapi jika kuantitinya sedikit... Tunggu dipungut lori
sampah lah jawabnya. Satu kerugian yang amat besar...

Lihatlah bagaimana kotak terbuang di olah menjadi lampu gantung hiasan


yang sangat cantik dan menarik

Read more: http://www.facebook.com/RelexMinda


http://relakssminda.blogspot.com/2013/03/kreativiti-kitar-semula-aktiviti.html#ixzz2lHJHD2kE
Original from Relex Minda FB Page
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Anda mungkin juga menyukai