Anda di halaman 1dari 3

Berdasarkan artikel yang saya kaji ini, saya mendapati bahawa Kesatuan Negara-negara

Asia Tenggara (Association of Southeast Asian Nations ASEAN) merupakan satu


organisasi yang sesuai untuk memikul tanggungjawab membentuk dan mengurus rejim
alam sekitar di rantau ini. Oleh yang demikian, ASEAN telah memainkan beberapa peranan
dalam memperkukuhkan lagi program-program yang berbentuk pemuliharaan dalam
sekitar serantau sebelum kebinasaan berterusan. Antara peranan yang dimainkan oleh
ASEAN adalah melalui Persidangan Stockholm. Tujuan persidangan ini diadakan adalah
untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari
penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin
bertambah. Keprihatian ASEAN terhadap alam sekitar jelas terbukti apabila sering
mengadakan pertemuan bagi menangani isu alam sekitar. Kerjasama ini bermula pada
tahun 1977 apabila ASEAN Sub-regional Environment Programme (ASEP) disediakan. Di
bawah kerjasama alam sekitar ini, ASEAN telah menubuhkan ASEAN Experts Group on
the Environment (AEGE) dan telah mengadakan pertemuan pertamanya di Jakarta pada
bulan Disember 1978.

Di samping itu, Program Alam Sekitar ASEAN telah Berjaya merangka Sembilan
perjanjian yang terdiri daripada Deklarasi Alam Sekitar dan Pembangunan Jakarta (1997),
Resolusi Alam Sekitar dan Pembangunan Bandar Seri Begawan (1994), Resolusi Alam
Sekitar dan Pembangunan Singapura (1992), Perjanjian Alam Sekitar dan Pembangunan
Kuala Lumpur (1990), Resolusi Pembangunan Mampan Jakarta (1987), Perjanjian
Pemuliharaan Alam dan Sumber Alam (1985), Deklarasi Alam Sekitar ASEAN Bangkok
(1984), Deklarasi Hutan Simpanan dan Taman Sejagat ASEAN (1984) dan Deklarasi Alam
Sekitar ASEAN Manila (1981). Selain itu, tiga pelan tindakan (pelan tindakan jerebu dan
dua pelan strategi untuk alam sekitar) telah mula diaplikasikan. Masalah jerebu yang
melanda Malaysia pada 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah
diselubungi asap. Malaysia misalnya, memandang serius isu pembakaran terbuka ini
sehinggakan mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembakaran terbuka
oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di seluruh negara.

Di peringkat ASEAN, Persidangan Antarabangsa mengenai bahaya kebakaran


Hutan dan Tanah 2002 pada Jun lalu mencapai kata sepakat mengadakan kerjasama
melalui perjanjian bagi menangani masalah pembakaran hutan dan tanah yang pernah
menyebabkan jerebu paling teruk di rantau ASEAN. Komitmen daripada negara-negara
anggota dilihat sebagai usaha positif ke arah menangani dan memerangi masalah
kebakaran terbuka dan jerebu. Perjanjian berkenaan ditandatangani menteri yang
bertanggungjawab mengenai alam sekitar, menggariskan komitmen negara-negara
anggota menangani masalah berkaitan pada peringkat kebangsaan dan serantau.
Perjanjian ini antara lain mengkehendaki negara-negara anggota bekerjasama mencegah
jerebu melalui kawalan kebakaran, mewujudkan sistem amaran awal, bertukar-tukar
maklumat dan teknologi serta menyediakan bantuan bersama. Perjanjian itu lebih kepada
usaha sama negara-negara anggota dan bukan bertujuan menghukum negara anggota
yang melanggar perjanjian berkenaan. Malah ia lebih tertumpu kepada bentuk kerjasama
yang jelas menyatakan negara anggota perlu memberi bantuan kepada rakan lain.
Perjanjian itu adalah sebahagian antara Pelan Tindakan Jerebu Serantau yang diterima
pakai oleh ASEAN selepas masalah jerebu yang teruk pada 1997 dan 1998 sehingga
menyebabkan kerugian ekonomi sekitar RM34.2 billion (USD9 billion) termasuk
menjejaskan pengeluaran pertanian dan sektor perlancongan.

Seterusnya, Laos dan China telah menandatangani satu perjanjian iaitu Regime of
Boundary yang menggariskan perlindungan alam sekitar di sepanjang sempadan. Laos
juga telah mengikat perjanjian dengan Vietnam, Kampuchea dan Thailand untuk
bekerjasama menguruskan lembah Sungai Mekong. Inisiatif rizab Taman Negara Bentuang
Karimun, Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau dan Lembah Mekong merupakan titik
permulaan bagi ASEAN memainkan peranan yang lebih penting dalam pengurusan,
pemantauan dan penguatkuasaan alam sekitar di rantau ini. Selain itu, dalam rangka kerja
ASEAN menganalisis interaksi hal-ehwal domestik di dalam negara ahli telah
memperlihatkan peningkatan dalam penglibatan awam dan NGO. Setelah sepakat
bersetuju untuk mengikuti Agenda 21 UNCED, ASEAN telah mengiktiraf peranan yang
dimainkan oleh komuniti awam dan NGO dalam pemantauan alam sekitar. Kedua-duanya
akan menyumbang ke arah transparensi dan akauntabiliti, pemantauan dan
penguatkuasaan yang mana ASEAN sangat lemah. Ini merupakan satu kaedah yang
berlainan dari pendekatan atas ke bawah (top-down) yang biasa dipraktikkan oleh ASEAN
(Clemencon, 1997: 322).

Konklusinya, penubuhan kawasan-kawasan perlindungan bagi tujuan pemuliharaan


alam sekitar bukan suatu usaha yang membawa keuntungan, apatah lagi memandangkan
perlumbaan menuju pembangunan ekonomi begitu ketara di kalangan negara ASEAN.
Persaingan ini boleh memberi impak yang negatif terhadap resolusi alam sekitar di rantau
ini. Apa yang lebih penting ialah ASEAN perlulah bersifat lebih autoritatif sekiranya negara
di rantau ini memilih untuk memberi lebih kuasa kepada organisasi tersebut. ASEAN juga
haruslah mementingkan perlindungan alam sekitar supaya dapat berdiri sama tinggi
dengan pembangunan ekonomi yang semakin membangun. Di alaf baru ini diharap ASEAN
dapat menghasilkan satu agenda alam sekitar yang lebih kukuh dan sempurna.
RUJUKAN

Abdul Manaf Muda. (1993). Pendidikan Alam Sekitar. Jurnal Akademik Maktab Perguruan
Kuala Terengganu.

ASEAN Cooperation Plan on Transboundary Pollution. Dlm. ASEAN Economic Bulletin.


Hal. 89-95, Julai 1995

Barraza, L., Duque-Aristizabal, A.M. dan Robolledo, G. (2003). Environmental Education:


from policy to practice. The Journal of Environmental Education.

Ekosistem Hutan Tropika dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar. Tesis Phd.
Fakulti Pengajian Alam Sekitar. UPM. Serdang.

European Commission. 1987. The State of the Enviroment in the European Community
1986. Luxembour: Commission of the European Community.

Hart, E.P. (1981). Identification of key characteristics environmental education. The Journal
of Environmental Education.

Hungerford, H.R. dan Volk, T.L. (1990). Changing learner behaviour through environmental
education. The Journal of Environmental Education. 21(3): 8-12.

Management 2001. Proceeding national seminar on environmental management: Current


development and future planning (hlm. 23-30). 14-15 Ogos 2001, Bangi, Selangor.

Rozita Ibrahim. (2001). Pendidikan alam sekitar: Isu dan cabaran. Dlm Jamaluddin Md Jahi
dan Mohd Jailani Mohd Nor. Environmental

http://www.un.org/documents/ecosoc/cn17/2000/ecn172000-8.htm

http://unesdoc.unesco.org/images/0013/001334/133472eo.pdf

http://en.wikipedia.org/wiki/United_Nations_Conference_on_the_Human_

Environment

Anda mungkin juga menyukai