Anda di halaman 1dari 7

KERAJAAN-KERAJAAN AWAL DI TANAH MELAYU

KEDAH TUA

 Merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu.
 Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram oleh penulis-
penulis India.
 Menurut penulis Cina I-Ching pula, Kerajaan Kedah Tua dikenali sebagai Cheh-Cha.
 Menurut penulis Cina I-Ching pula, Kerajaan Kedah Tua dikenali sebagai Cheh-Cha.
 Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke
Lembah Bujang.
 Dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-
Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.
 Berkembang sebagai pusat perdagangan dan kegiatan agama Buddha dan Hindu yg termashyur
pada zaman kegemilangannya.

FAKTOR KEMAJUAN
 Lokasi yang strategik sebagai pusat pelabuhan
 Terletak di tengah-tengah Selat Melaka.
 Terlindung daripada tiupan angin monsun.
 Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di
pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas.
 Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan
tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah
 Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk
tempatan seperti bijih timah, emas, beras,lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan
sebagainya.
 Menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.

PENTADBIRAN KERAJAAN KEDAH TUA

 Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-
Mutawakil (847-861).
 Dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang
dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.
 Berlaku zaman kejatuhan setelah diserang oleh Kerajaan Srivijaya.

CHIH TU

 Merupakan sebahagian drpd empayar Funan.


 Mengikut catatan drpd sumber China, tanah di sekitar kerajaan Chih Tu kebanyakkanya merah
atau bertanah liat.
 Sejarah Dinasti Sui ada menerangkan mengenai kewujudan kerajaan ini, namun lokasinya
masih diperdebatkan.
 Lokasinya mungkin di Kelantan, Pahang, Songkhla atau Patani.
 Nama lain ialah kerajaan Tanah Merah (anggaran dari 100 SM hingga 700 M) merupakan
kerajaan Buddha Purba di Semenanjung Tanah Melayu.
 Menjadi satu kewajipan utk setiap rakyatnya menindik telinga mereka dan memotong rambut
dlm sebuah perayaan keagamaan.
 Hal ini adalah bertujuan utk mengagungkan Buddha tetapi penghormatan yg tertinggi dberi kpd
para Brahmin.
 Para perempuan perlu mengikat rambut mereka.
 Kerajaan Chih tu mengamalkan ajaran Budhha dlm kerajaan mereka. Ini dpt dilihat dari struktur
bangunan dan struktur masyarakat Chih Tu yg meletakkan golongan Brahmin pd kedudukan yg
istimewa.

GANGGA NEGARA

 Gangga negara bererti “Bandar di Ganges” dlm bahasa Sanskrit. Nama yg dipetik dr
Ganganagar di barat laut India di mana penduduk Kambuja tinggal.
 Kambuja merupakan puak Aryan India-Iran dalam keluarga India-Eropah, pada asalnya
tempatan di Pamir dan Badakshan.
 Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut
dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa
kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang
rajanya.
 Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas
serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan
1026.
 Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali
sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong
Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar
Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
 Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung .
 Artifak arca-arca Buddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan
kewujudan kerajaan Gangga Negara ini.
 Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah.
 Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja.
 Menurut kajian lain menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat pada
abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong)
 Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak,
kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung
Rambutan, Bidor dan Sungai Siput.

BERUAS

 Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada
tahun 1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males.
 Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga
Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan pasti tapaknya.
 Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah membongkar artifak, termasuk nesan
dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran
Islam di Semenanjung Malaysia.
 Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas
bertarik semenjak abad ke-5 dan ke-6.
 Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar
dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan tempayan besar.
 Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung
Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas.
 Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali.
 Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepas Islam bertapak di sana.
 Beberapa batu nesan diraja Aceh turut ditemui di daerah Beruas dan ini mempunyai bukti
kaitan dengan sumber sejarah bahawa putera raja dari Aceh, Sumatra berehat di bawah pokok
Beruas, namanya Malik
 Sejarah Pasai ada menyebut mengenai Malik ul Salih yang merupakan raja Melayu Hindu
tempatan pertama yang memeluk Islam pada tahun 1267.
 Kini pokok beruas telahpun pupus tetapi masih dapat dijumpai di perkampungan berhampiran
di Pengkalan Baru dan Batang Kubu.

TEMASIK

 Abdullah Abdul Kadir Munshi menyatakan terdapat satu batu bersurat yg mempunyai ukiran
tulisan yg tdk dikenal dan telah kabur.
 Batu bersurat Singapura itu telahpun menjadi satu pusat pentadbiran sejak silam lama sebelum
ketibaan pihak Inggeris.
 Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan tdk lama selepas ketibaan Inggeris oleh
seorang jurutera Inggeris.
 Sekitar abad ke-14, Singapura adalah sebahagian drpd kerajaan Sriwijaya dan dikenali sbg
Temasik.
 Bangsa Tionghua menyebutnya sbg “Pu-luo-chung” atau “puau di hujung semenanjung”
 Pada abad ke-14, pulau kecil berlokasi strategis ini mendapat nama baru.
 Menurut lagenda, Sang Nila Utama, seorang Pangeran dr Palembang sedang berburu ketika
matanya terlihat seekor haiwan yg belum pernah dijumpai sebelum ini. Dan menganggap hal ini
sbg pertanda baik. Beliau kemudian mendidirkan sebuah kota di mana haiwan itu di temukan
dan menamakannya “Kota Singa” atau Singapura yg diambil dr bahasa Sanskrit “simha” (singa)
dan “pura” (kota)

SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

ZAMAN KEGEMILANGAN

 PERANAN PEMBESAR MELAKA


- Memungut cukai di “kawasan pemakanan”
- Bertugas dgn jujur dan bijaksana
- Menghadap dan persembah ufti kpd sultan
- Mentadbir wilayah, sungai atau pulau di “kawasan pegangan”
- Beri soongan dan taat setia kpd Sultan
- Menegakkan dan pertahankan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka
 KEDUDUKAN GEOGRAFI
- Terletak di pertengahan laluan perdagangan Timur dan Barat
- Melaka mengawal selat Melaka yg menjadi laluan kapal dagang
- Melaka menguasai perdagangan selat Melaka
- Pedagang mendapatkan bekalan makanan dan minuman
- Banjaran titiwangsa menghalang pelabuhan Melaka drpd tiupan angina monsoon Timur
Laut
- Kapal dagang dtg dan berlabuh di pelabuhan Melaka dgn selamat
- Pelabuhan Melaka menjadi pusat tumpuan pedagang dari Timur dan Barat
- Muka bumi yg berbukit bukau jd petunjuk dan panduan kpd pedagang utk berlayar
- Bukit bakau menjadi tempat strategik utk mengawasi keselamatan Selat Melaka.
 SISTEM PENTADBIRAN
- Struktur pentadbiran kesultanan Melayu Melaka berdasarkan Sistem Pembesar Empat
Lipatan.
- Sultan Melaka dibantu oleh empat orang pembesar iaitu Bendahara,Penghulu Bendahari,
Temenggung dan Laksamana.
- Di bawah pembesar berempat, terdapat beberapa lapis lagi golongan pembesar.Antaranya
ialah Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan juga Pembesar TigaPuluh Dua.
- Bendahara
 Penasihat raja
 Menteri utama
 Ketua angkatan perang
 Ketua hakim
 Pemangku sultan
- Penghulu Bendahari
 Pemungut hasil/ufti
 Ketua bendahari
 Ketua urusetia
 Ketua syahbandar
- Temenggung
 Ketua polis dan penjara
 Penguasa Bandar dan kota Melaka
 Protokol istana
 Hakim di darat
- Laksamana
 Ketua angkatan laut
 Pengawal peribadi raja
 Ketua data
 Menguasai utusan

 PERDAGANGAN
- Peranan Syahbandar
 Pengurus pelabuhan yg melincinkan perdagangan
 Urus pasar
 Jaga kebajikan dan keselamatan pedagang
 Periksa alat timbang
 Jadi hakim
 Kuatkuasa peraturan
- Peranan Laksamana dan Orang Laut
 Laksamana menjaga keselamatan perairan Selat Melaka
 Org laut mengawal keselamatan perairan Melaka
- Sistem Cukai dan Surat Kebenaran Berniaga
 Bayar “panduan” (cukai rasmi)
 Sistem cukai berkeutamaan
 Surat kebenaran berniaga
 Jadi sumber pendapatan kpd kerajaan
- Kemudahan di Pelabuhan
 Gudang simpan brg
 Tempat tinggal
 Tempat membaiki kapal
 Bekalan makanan dan minuman
- Penggunaan Sistem Mata wang
 Digunakan dlm jual beli
 Mata wang timah
 Wang emas tempatan
 Mata wang emas, perak dan timah dr Pedir, Pasai, Kembayat & Gujerat
 Perdagangan lancer
- Bahasa Melayu sbg Lingua Franca
 Pedagang asing guna bahasa Melayu dlm urusan perdagangan
 Bahasa perantaraan utama masyarakat pedagang
 Mudah difahami
 Bahasa utama masyarakat
- Pelabuhan Entrepot
 Pusat pengumpulan barangan
 Pusat pengedaran barangan

 KEBERKESANAN UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA


- Terdapat 24 fasal
- Peraturan dan tatatertib berniaga
- Cara berjual beli
- Hukum2 jenayah
- Larangan2 dan tanggungjawab nakhoda, kiwi dan anak kapal

 HUBUNGAN LUAR
- Hubungan Dengan Pasai
 Terjalin melalui perkhawinan sultan Melaka dgn puteri Pasai
 Kedudukan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf
 Bantu Pasai menamatkan huru-hara dgn menghantar pembesar dan tenteranya
 Menggunakan istilah salam apabila berutus surat
 Berbentuk pertukaran pendapat ttg hukum agama Islam
- Hubungan Dengan Jawa, Siak dan Kampar
 Jawa bekalkan beras, makanan dan rempah
 Siak dan Kampar membekalkan emas
 Hubungan dgn Kampar terjalin apabila Melaka menakluknya
 Melaka menakluki Kampar dan siak utk menguasai hasil perdagangan
 Berutus surat ke Melaka, kedua2 kerajaan mggunakan istilah sembah
 Taraf Kampar dan Siak lebih rendah drpd Melaka
 Kampar dan Siak menghantar ufti
- Hubungan antarabangsa dengan China
 Bermula 1404 apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka
 Melaka mendapat pengiktirafan drpd China
- Hubungan antarabangsa dengan Siam
 Melaka menghantar utusan diplomatic ke Siam
 Berbaik2 dgn Siam bg menjaga kepentingan ekonominya
 Siam bekal kayu jati, beras dan bahan makanan ke Melaka
- Hubungan antarabangsa dengan Gujerat
 Pedagang Gujerat membekalkan kain kpd Melaka dan memerlukan rempah dari
kepulauan Melayu
 Pedagang Gujerat menyebarkan agama Islam di Melaka
- Hubungan antarabangsa dengan Rukyu (jepun)
 Bentuk hubungan diplomatik dan perdagangan
 Sultan Mansor Shah mengirim surat kpd Raja Rukyu
- Hubungan antarabangsa dengan Tanah Arab
 Pedagang arab di Melaka membeli emas dan rempah dari Kepulauan Melayu serta
kain sutera dan the dari China
 Mengembangkan ajaran agama Islam di Melaka

 PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM


- Perdagangan
 Pedagang dr India dan Arab berniaga, berkahwin dan bawa ulama
- Ulama
 Ulama Arab menyebarkan agama Islam di Melaka
- Perkahwinan
 Sultan Melaka, Megat Iskandar Shah dgn Puteri Raja Pasai
- Sifat agama Islam
 Bersifat adil, rasional dan toleransi
- KESAN PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM
 Masjid, madrasah tempat ibadat dan pengajian agama
 Hukum islam mempengaruhi hukuman zina minum arak dan bunuh
 Undang2 fekah (Syariah)
 Ulama sbg penasihat sultan dlm pemerintahan
 Gelaran raja digantikan dgn Sultan
 Institusi Kesultanan menggantikan Sistem Beraja
 Pengajian al-Quran asas pendidikan
 Tulisan jawi diperkenalkan
 Pendidikan kpd semua masyarakat

 PERLUASAN KUASA (CARA-CARA PERLUASAN KUASA)


- Penaklukan
 Strategi penaklukan
 Askar yg berani dan sanggup berkorban
 Jamin keselamatan, kemakmuran dan keutuhan kerajaan Melaka
- Perkahwinan
 Raja Melaka mengahwinkan putera/puteri baginda dgn putera/puteri raja negeri lain
 Kukuh hubungan persaudaraan
- Kerelaan Raja
 Raja negeri lain rela bernaung di bawah Melaka yg kuat dan terkenal
 Raja2 di bawah naungan Melaka di tabalkan oleh Sultan Melaka
- Bantuan Tentera
 Melaka beri bantuan tentera kpd Pasai yg mengalami huru-hara
 Pasai mengakui kekuasaan Melaka walaupun kedua2nya sama taraf
- KEPENTINGAN PERLUASAN KUASA
 Melaka menerima ufti
 Melaka mengawal perairan Selat Melaka
 Mendapat bekalan barangan dr negeri taklukan
 Menguasai politik dan memajukan ekonomi negeri taklukan
 Muncul kuasa teragung di Selat Melaka

KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA

 FAKTOR KEMEROSOTAN
- Kelemahan pentadbiran Melaka
- Kelemahan pemerintahan Sultan Mahmud
- Sikap tidak setia pedagang asing dan askar upahan Jawa
- Perpecahan antara kaum Melayu-Islam dgn Tamil-Islam
- Kemerosotan Perdagang akibat kenaikan cukai dan amalan rasuah
- Kelebihan tentera Portugis – mempunyai kelengkapan senjata moden

Anda mungkin juga menyukai