Anda di halaman 1dari 1

menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bgi keperluan

ekonomi. DPK juga diharatpkan dapat memenuhi keperluan keperluan tenaga rakyat, melahirkan
masyarakat berdisiplin, bersatupadu dan terlatih.

menjadikan bahasa Kebangsaan sebagi bahasa pengantar utama. Selain itu, mengadakan kurikulum
yang sama dan berorientasikan Malaysia di samping mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi
setiap jenis sekolah serta mengadakan pendidikan asas selama sembilan tahun.

Berpandukan Penyata Razak 56 & Rahman Talib 60 : mentafsirkan sbg penyatuan kanak-kanak sekolah
berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja dlm bidang ekonomi.

Dasar Pendidikan Kebangsaan lahir atas kesedaran tentang mustahaknya diadakan satu system
pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah dan bagi memenuhi kehendak
negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan tenaga manusia di
negara ini untuk jangka pendek dan panjang,melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan
melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan
diri danmemberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa
ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah
penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang
tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan
sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini
seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang
keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah
selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.

Anda mungkin juga menyukai