Anda di halaman 1dari 1

KUCHING 9 Okt.

Seorang guru lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini
terhadap 14 tuduhan melakukan kesalahan seksual ke atas lima murid lelaki berusia antara 10 dan 12
tahun di sebuah sekolah rendah di Sungai Menyan, Serian antara Mei dan Ogos lalu.

Lai Chee Chiang, 37, menghadapi tiga pertuduhan melakukan seks oral, tiga pertuduhan melakukan
kelucahan melampau dan lapan pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Jenayah Seksual Terhadap
Kanak-Kanak 2017.

Kesemua perbuatan itu di-dakwa dilakukan di dalam pe-jabat guru penolong kanan hal ehwal murid dan
di dalam stor di sekolah tersebut.

Mengikut pertuduhan, Chee Chiang didakwa atas tiga pertuduhan memaksa seorang mu-rid lelaki
berusia 11 tahun me--lakukan seks oral antara Mei dan Ogos lalu.

Dakwaan terhadapnya itu di-kemukakan mengikut Sek-syen 377B Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman pen-jara sehingga 20 tahun dan bo-leh dikenakan sebatan jika sabit
kesalahan.

Guru Matematik yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid itu juga menghadapi tiga pertuduhan
melakukan kelucahan melampau terhadap dua murid lain yang masing-masing berusia 11 dan 12 tahun
pada Julai dan Ogos lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, tertuduh yang diwakili peguam, KC Wong, didakwa mengikut Seksyen 377E
Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan jika sabit
kesalahan.

Tertuduh turut berdepan la-pan pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Jenayah Seksual Terhadap
Kanak-Kanak 2017 kerana mencabul ketiga-tiga murid tersebut serta dua lagi murid yang masing-masing
berusia 10 dan 11 tahun, yang membawa hukuman penjara se-hingga 20 tahun dan sebatan.

Hakim Shafiza Abdul Razak Tready membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Ra-ya, Nor Azhari
Yusof yang ti-dak menawarkan jaminan terhadap tertuduh bagi melindu-ngi kese-lamatan mangsa-
mangsa dan me-netapkan sebutan kes di Mah-kamah Kota Samarahan dekat sini pada 25 Oktober ini.

Anda mungkin juga menyukai