Anda di halaman 1dari 4

TUTORIAL (MINGGU 4)

1. Apa yang anda faham tentang KSSR?


Reka bentuk KSSR mengandungi enam komponen penting yang disebut sebagai tunjang
(KPM,2013). Tunjang- tunjang ini diperkenalkan bagi melengkapi semua aspek penting yang
perlu wujud dalam diri seseorang murid untuk menjadi insan yang seimbang dan harmonis.
Tunjangtunjang tersebut adalah sains & teknologi, komunikasi, perkembangan fizikal &
estetika dan kemanusiaan, ketrampilan, kerohanian, sikap serta nilai. Dalam membangunkan
KSSR, KPM telah mewujudkan satu sistem pentaksiran yang bersifat formatif dan sumatif
yang mengutamakan kemajuan murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Pencapaian murid
tidak dibandingkan dengan murid lain. Kurikulum baru ini adalah berdasarkan kepada
beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya ialah untuk memastikan semua murid
melepasi standard yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan penetapan ilmu, kemahiran dan
nilai yang perlu diukur dengan jelas menerusi pemikiran yang dijalankan secara berterusan.
Seterusnya guru boleh menganalisis dan membuat tindakan susulan supaya murid mencapai
standard yang ditetapkan. KPM yakin perlaksanaan KSSR dapat meningkatkan standard
kurikulum kebangsaan agar mampu bersaing dan standing dengan pendidikan global
juga memastikan generasi masa depan dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke 21 serta mampu
membentuk generasi 1 Malaysia ke arah mencapai Negara maju menjelang 2020. (KPM,
2013

KSSR merupakan TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan
diperkenalkan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini
pada tahun hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui
trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta
ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah
disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan
menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang
dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah
khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi
lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta
meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan
Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
2. Bagaimana KSSR dilakanakan disekolah?
Tansformasi pendidikan yang berlaku dalam KBSR yang dilaksanakan dalam KSSR pada
masa kini ialah cara pentaksiran yang dilakukan oleh guru untuk menilai tahap pencapaian
seorang murid secara holistik iaitu menilai murid dalam pelbagai aspek seperti fizikal, kognitif
dan afektif. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang dilaksanakan dalam KSSR adalah
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS bermaksud bahawa pentaksiran tidak
terlalu berorientasikan peperiksaan. Dalam pentaksiran PBS, pelbagai kaedah digunakan
untuk pentaksiran terhadap murid-murid oleh guru dan pentaksiran ini melibatkan pentaksiran
dalam bidang akademik dan bukan akademik. Pentaksiran yang dilaksanakan dalam KSSR
ini merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan dengan terancang seperti yang
telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan pentaksiran ini dijalankan oleh guru-guru
mata pelajaran secara berterusan. Oleh kerana pentaksiran dilakukan secara berterusan
maka murid diharuskan untuk dapat menguasai standard pembelajaran dalam masa yang
ditentukan.

Namun demikian, pentaksiran ini mendatangkan sedikit kerugian kepada murid yang
ketinggalan dalam pelajaran kerana objektif yang ingin dicapai akan dinilai secara berterusan.
Penilaian akan tetap berlaku sama ada murid sudah ataupun belum menguasai sesuatu
kemahiran atau pengetahuan kerana tempoh untuk menguasai sesuatu kemahiran atau
pengetahuan itu diberi. Oleh itu, dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran, guru
haruslah menggunakan kaedah pengajaran yang mampu dan memudahkan murid dalam
memahami dan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang diajarkan. Oleh kerana
guru mata pelajaran adalah pentaksir untuk murid-murid, maka guru harus mengajar semua
kemahiran dan pengetahuan yang ingin dicapai agar adil untuk guru menilai murid. Melalui
pentaksiran ini, guru dapat melahirkan modal insan yang seimbang dalam pelbagai aspek
seperti dalam aspek jasmani, intelek, rohani, emosi dan sosial selaras dengan FPK.

Seterusnya ialah bagaimana pembangunan modal insan dalam pelaksanaan KSSR ini dapat
dikaitkan dengan PPPM? Apabila kita melihat aspirasi atau objektif yang diperkenalkan dalam
PPPM kita mengetahui bahawa PPPM ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-
21. Antara objektif dan aspirasi yang terdapat dalam PPPM ialah pendidikan untuk memupuk
perpaduan, ekuiti untuk semua murid dan memastikan pendidikan yang diterima oleh semua
murid mempunyai kualiti. Oleh itu, berdasarkan daripada pelaksanaan KSSR ini, kita dapat
melihat bahawa pembangunan modal insan murid ini mempunyai kaitan dengan PPPM.
Contohnya ialah dalam mencapai perpaduan di antara kaum dan melaksanakan ekuiti untuk
semua murid.
Berdasarkan kepada penekanan kepada strategi berpusatkan murid dan kaedah
perbincangan dalam kumpulan dapat memupuk semangat perpaduan kepada murid yang
pelbagai kaum atau mungkin pelbagai kepercayaan dan gaya hidup. Hal ini adalah
disebabkan, murid akan dibahagikan mengikut kumpulan tanpa mengira latar belakang
mereka. Dalam kaedah ini juga, keperluan semua murid tidak diabaikan dan dapat melibatkan
setiap murid yang mempunyai kecerdasan yang berbeza. Kesimpulannya, transformasi yang
dilakukan dalam KSSR adalah selaras atau dapat membantu dalam mencapai hasrat PPPM.

Selain itu, KSSR ini juga memastikan bahawa murid diberi pengetahuan pendidikan yang
berkualiti. Buktinya, dalam standard kandungan kurikulum KSSR ini, modul pembelajaran
disediakan berdasarkan tiga modul untuk tahap satu dan pembelajaran modul berasaskan 6
tunjang yang mana menekankan tentang kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai untuk tahap 2
yang mampu melahirkan modal insan yang seimbang. Kesimpulannya, KSSR dilaksanakan
demi melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi untuk menghadapi arus globalisasi pada
masa kini.

3. Adakah KSSR meningkatkan prestasi murid ?


pelaksanaan KSSR dapat membantu dalam membangun modal insan murid melalui
pengenalan kepada kemahiran 4M iaitu kemahiran menulis, kemahiran membaca,
kemahiran mengira dan kemahiran menaakul. Kemahiran menaakul merupakan
kemahiran yang ditambahkan dalam KSSR ini. kemahiran menaakul ini melibatkan
kognitif murid dimana murid akan berfikir secara kreatif dan inovatif dalam
pembelajaran. Oleh itu, dalam pengenalan kepada kemahiran 4M ini terutamanya
kemahiran menaakul, maka, guru mampu membangunkan modal insan yang
mempunyai daya kreativiti yang tinggi di samping memiliki kemahiran dalam membaca,
menulis dan mengira. Perkara ini selaras dengan kata-kata Y. Bhg. Tan Sri Abd. Ghafar
bin Mahmud iaitu Ketua Menteri Pelajaran Malaysia dimana beliau menyatakan
bahawa pendidikan juga didasari proses pembangunan modal insan yang berinovatif
dan berkemahiran tinggi. Kemahiran menaakul dalam kalangan murid ini akan dapat
membantu guru untuk menilai aras pemikiran murid-murid ini sama ada mampu untuk
mencapai hasrat KSSR iaitu menyediakan modal insan yang mampu bersaing di
peringkat antarabangsa.
Dalam pelaksanaan KSSR ini, penggunaan strategi, pendekatan dan kaedah dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah sangat ditekankan. Pengaplikasian pelbagai
jenis strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran yang menarik mampu memberi
tarikan dan kesan yang positif kepada kanak-kanak. Contohnya dalam strategi
berpusatkan murid, guru menggunakan kaedah yang melibatkan kumpulan seperti
kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah. Dalam pelaksanaan
kaedah seperti ini, setiap murid akan mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam
pembelajaran walaupun mempunyai perbezaan kecerdasan. Peluang yang sama
dalam pembelajaran ini adalah selaras dengan aspirasi dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mana berhasrat untuk menyamaratakan
pendidikan capaian pendidikan semua murid. Secara tidak langsung, murid-murid juga
akan dapat memperkembangkan tahap pemikiran, sosial dan emosi melalui
pembelajaran secara kumpulan ini. Dalam pembelajaran secara kumpulan, murid-
murid akan belajar untuk dapat menerima pendapat daripada rakan-rakan yang lain
dan mengeluarkan buah fikiran sendiri.
Oleh itu, berdasarkan daripada strategi, pendekatan dan kaedah dalam pengajaran
dan pembelajaran yang pelbagai dalam pelaksanaan KSSR, maka, dapat dilihat
bahawa pelaksanaan KSSR ini mampu membangunkan modal insan murid yang
berani dan mempunyai keyakinan diri terutamanya dalam menyatakan buah fikiran dan
seterusnya melahirkan modal insan yang mempunyai semangat inkuiri yang tinggi.
Kebaikan daripada pembangunan modal insan yang mempunyai semangat inkuiri yang
tinggi ialah murid akan berusaha untuk mencari tahu tentang sesuatu perkara yang
menjadi persoalan murid tersebut dan memberi peluang kepada murid untuk
melakukan aktiviti pembelajaran berdasarkan kepada pengalaman sebenar.

Anda mungkin juga menyukai