Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PROGRAM

PERSEDIAAN DAN PEMANTAPAN UPSR TAHUN 6


SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMBAK,
11400 PULAU PINANG

TARIKH : 8,9 dan 10 April 2016


HARI : Jumaat, Sabtu dan Ahad
MASA : 4.00 petang (Jumaat) 10.00 pagi (Ahad)
TEMPAT : Pusat Sukan Air Teluk Kumbar
Sasaran : Murid tahun 6

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah dengan rahmat dan inayahnya dapat
menjayakan Program Persediaan Dan Pemantapan Tahun 6. Program yang dijadualkan
pada 8,9 dan 10 April 2016 berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak.
.Aktiviti ini telah dijalankan pada hujung minggu di Pusat Sukan Air Teluk Kumbar.
Program anjuran telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama guru-guru Sek. Keb
Padang Tembak dengan mensasarkan murid tahun 6.

Program ini diadakan untuk memastikan murid-murid bersedia untuk menduduki


peperiksaan. Persediaan diri pelajar dari segi fizikal dan mental amat penting sebelum
menduduki peperiksaan. Hal ini kerana, sekiranya seseorang pelajar itu tidak bersedia,
fokus mereka terhadap kertas soalan sudah tentu hilang. Melalui program ini, murid-
murid juga lebih terbuka minda, akal,serta hati melalui motivasi serta teknik menjawab
soalan yang berunsurkan pengajaran oleh penceramah. Murid-murid terutamanya lebih
terdorong untuk menuju ke arah kebaikan dan keinsafan diri. Hal ini kerana, para
pelajar lebih tertarik dan lembut hati menerima teguran dan mencuba sedaya upaya
untuk berubah. Ringkasnya, program ini dapat memberi kesedaran dan pengajaran
kepada pelajar.

PROGRAM PROGRAM PERSEDIAAN DAN PEMANTAPAN DARJAH 6


KEKUATAN :
Program Program Persediaan Dan Pemantapan Darjah 6 ini secara keseluruhannya:

Mendapat kerjasama yang baik dari pihak pentadbir, guru-guru dan semua murid
yang terlibat.
Membina kemahiran berfikir murid dan semangat kerjasama
Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang teknik menjawab soalan dengan
betul.
Membantu murid dalam membuat persiapan bagi peperiksaan UPSR
Memberi peluang kepada murid untuk membina kemahiran-kemahiran seperti
kemahiran mencatat dan menjawab soalan berbentuk Kemahiran Aras Tinggi

KELEMAHAN :
Hampir tiada sabarang kelemahan yang timbul dalam merancang dan melaksanakan
program ini. Guru-guru, ibu bapa serta murid-murid memberi kerjasama dalam
menjalankan program ini.

Disediakan oleh :

..
(CIK NOOR AZMA BINTI AB RAHMAN)
AJK Dokumentasi
SK Padang Tembak

GALERI SEKITAR PROGRAM


GAMBAR DI KEM PERSEDIAAN DAN PEMANTAPAN UPSR 2016 DI PUSAT SUKAN
AIR TELUK KUMBAR.
Sesi Pendaftaran Peserta Kem

Sesi bersama Komandan Kem

Slot Ice Breaking


bersama En. Mohd Shayouty

SESI KEMAHIRAN MENCATAT


Pn Lee sedang memberi penjelasan tentang Hasil kerja kumpulan murid-murid dalam
Aktiviti yang akan dilakukan. pembelajaran I-THINK.

Murid berbincang dalam kumpulan. Murid-murid bergerak mengikut arahan guru.

SESI SUKSES SAINS


Aktiviti mencari pembolehubah dengan Murid-murid tertarik dengan ceramah yang
menggunakan panadol. menarik.

Penyampaian sijil kepada penceramah En. Nota-nota penting untuk dijadikan ingatan.
Nazri Bin Hassan.
SESI SUKSES MATEMATIK

Murid-murid mendengar pesanan penceramah Penceramah subjek Matematik Pn. Tan


dengan teliti. Phaik Leng

Penyampaian cedera hati kepada JU Murid-murid mencatat tips menjawab soalan


Matematik kebangsaan Pn. Wong. Matematik yang disampaikan oleh Pn.Tan.
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMBAK
SLOT BAHASA MELAYU 2016
SLOT BAHASA INGGERIS 2016

Anda mungkin juga menyukai