Anda di halaman 1dari 3

Soalan tidak berstruktur (ill-structured)

Masalah yang tidak berstruktur mempunyai banyak penyelesaian (Jonassen, 1997).

Menurutnya juga, cara menyelesaikan setiap masalah juga berbeza. Jawapan bagi masalah

tersebut mengandungi konsep serta prinsip yang berlainan dan tidak tetap bagi mencari jalan

penyelesaian terbaik. Berbeza dengan masalah yang tidak berstruktur, masalah berstruktur

adalah masalah yang mempunyai jalan penyelesaian yang terhad di mana jawapan kepada

masalah tertumpu kepada prinsip dan konsep tertentu sahaja. Masalah berstruktur ini sering

terdapat di dalam buku teks sekolah. Manakala masalah tidak berstruktur pula adalah masalah

yang sering dihadapi oleh murid dalam kehidupan harian serta tidak terdapat di dalam buku

teks. Oleh sebab masalah tersebut lebih tertumpu kepada masalah dalam kehidupan harian

murid serta tidak dipengaruhi oleh kandungan standard pembelajaran yang dipelajari di

sekolah, penyelesaian kepada masalah adalah tidak dapat diagak oleh murid.

Menurut Jonassen juga, masalah yang tidak berstruktur juga adalah masalah yang

diselesaikan menggunakan pelbagai bidang atau disipllin. Murid mentakrif masalah mereka

mengikut kehendak mereka sendiri. Hal ini menyebabkan masalah tersebut diselesaikan

melalui pelbagai disipln lain. Dalam kajian ini,

TUGAS GURU

As facilitators of learning, teachers acquaint learners with new ideas or cultural

tools, to support and guide students as they make sense of these (Driver et al., 1994), and
to scaffold students ideas in the zone of proximal development (Vygotsky, 1978).(Chin & Chia, 2006)

Menurut Lambros(2002), dalam kaedah PBM, guru bertindak sebagai fasilitator yang aktif

dalam memberi bimbingan kepada murid semasa proses pengajaran dan pempelajaran

dijalankan. Tugas mencari maklumat dan menyelesaikan masalah adalah merupakan tugas

murid. Guru bertindak sebagai pembantu sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kajian ini, murid menentukan sendiri jalan penyelesaian kepada masalah yang

diberikan setelah berbincang di dalam kumpulan.

Menurutnya juga, guru dapat berperanan sebagai pemberi maklumat di mana guru

dapat menyediakan sedikit maklumat yang diperlukan bagi proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini agar murid dapat menyelesaikan masalah yang diberikan berdasarkan

objektif yang disasarkan. Dalam kajian ini, murid mencari maklumat sendiri bersama rakan di

dalam kumpulan. Namun guru boleh memberi panduan kepada murid untuk mencari

maklumat. Sebagai contoh, guru dapat memberikan panduan kepada murid mengenai laman

web serta sumber yang boleh dijadikan sebagai rujukan murid untuk menyelesaikan masalah.

Peranan guru yang paling penting adalah tugas guru dalam memantau proses perkembangan

murid dengan membantu murid untuk mencapai objektif pembelajaran. Walaupun guru hanya

bertindak sebagai fasilitator, tetapi guru perlu memantau proses penyelesaian masalah yang

dilakukan oleh murid.

Lambros, A. (2002). Problem-based learning in K-8 classrooms: A teacher's guide to implementation.


Corwin press.
ZPD

According to Vygotsky (1978), learners should be guided or scaffolded by a more

capable peer to solve a problem or carry out a task that would be beyond what they could ac-
complish independently (p. 86).

Zyadin, A., Puhakka, A., Ahponen, P., Cronberg, T., & Pelkonen, P. (2012). School students
knowledge, perceptions, and attitudes toward renewable energy in Jordan. Renewable
Energy, 45, 7885. http://doi.org/10.1016/j.renene.2012.02.002

Anda mungkin juga menyukai