Anda di halaman 1dari 6

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2014

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK


SEKOLAH RENDAH
DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA
MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS SLOT 6
Tajuk Pedagogi Ke Arah Abad 21

Topik PdP Berkesan Melalui Elemen Didik Hibur

Masa 2 jam

Personel Fasilitator

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat:


1. Mengenal pasti elemen didik hibur.
2. Menghubung kait elemen didik hibur dalam amalan PdP Matematik.
3. Menjana idea Inovasi & Kreativiti dalam menghasilkan amalan PdP yang
berkesan.
4. Menghasilkan bahan PdP menggunakan didik hibur yang kreatif dan inovatif.
sesuai dengan konsep dan proses kurikulum Matematik.

B. Kandungan Pengajaran
1. Didik Hibur dalam PdP.
2. Peta Pemikiran menjana pemikiran kreatif dan kritis.
3. PdP berkesan dan menarik.

C. Kaedah

1. Tayangan video.
2. Perbincangan dan sumbangsaran.
3. Kerja berkumpulan.
4. Persembahan Power Point dan pembentangan.
5. Bengkel.

D. Bahan Pengajaran

Hamparan Power Point

49 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2014

E. Alatan

LCD, Komputer, Papan Putih, Pen Marker, Kertas Sebak

F. Penilaian

1. Interaksi Secara Lisan


2. Penerangan Hasil Kerja

G. Rumusan/Refleksi
1. Peserta dapat mengenal pasti dan menghubung kait Didik Hibur dalam
amalan PdP Matematik melalui aktiviti sumbangsaran dan tayangan video.
2. Peserta dapat menjana idea inovasi & kreativiti dalam menghasilkan amalan
PdP yang berkesan melalui aktiviti bengkel.
3. Menghasilkan contoh fasa PdP yang kreatif dan inovatif menggunakan
elemen didik hibur dalam aktiviti bengkel.

50 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2014

Nota / Panduan Pelaksanaan Kerangka Kursus Slot 4

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

1.0 Pengenalan

Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada


murid - murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek.
Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi
seronok untuk diikuti murid- murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan
kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan didik
hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi ini perlu diterapkan secara
terancang untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah.

1.1 Apa Itu Didik Hibur ?

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000)


mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur
bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur
merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat
komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti
sokongan. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari sesuatu
subjek itu akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.

1.2 Ciri-Ciri Didik Hibur

i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,


kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru.


Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan
berhibur.Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran
yang positif dan tertunggu - tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari
berikutnya.

51 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2014

iii) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan
pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid
boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang
penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan
BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran.

iv) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada
ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada
aktiviti berbahasa.

v) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting
berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan
santai.

vi) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau
berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan
toleransi.

vii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi
terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

viii) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi
terkawal.

ix) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

1.3 Bagaimana pelaksanaannya ?

Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu


subjek dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan
sesuatu keadaan. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu,
nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan
pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Terdapat empat unsur
penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu:

52 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2014

i) Pelbagai bidang ilmu serta tema,

ii) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia,

iii) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah.

Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu penyerapan pelbagai
bidang ilmu serta tema. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses
menyerapkan ilmu melalui pelbagai aktiviti secara santai dalam pengajaran dan
pembelajaran sesuatu subjek di sekolah rendah dan menengah.

1.4 Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur

a. Guru

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah guru adalah segala-
galanya (Pullias & Young 1982), yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam
bilik darjah (Syed Lutfi 1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan
perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa
perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:

i) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau


menggerunkan murid-murid.

ii) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.

vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, dan

x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.

53 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2014

b. Aktiviti

Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru
semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:

i) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

ii) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya
yang sama.

iii) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan


masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.

iv) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesai bersama murid-murid
tanpa ada banyak masalah atau halangan.

v) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara
murid.

vi) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh
murid.

vii) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada
mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

AKTIVITI 1 : Didik Hibur

1. Tayangan video PdP Matematik dan perbincangan. (10 minit)


2. Sesi sumbangsaran dalam mengenalpasti elemen didik hibur dalam video PdP yang
ditunjukkan. (15 minit)
3. Sesi perkongsian idea tentang pelaksanaan didik hibur dalam PdP Matematik
tahap 1. (15 minit)
4. Tayangan video yang menunjukkan amalan-amalan PdP yang menerapkan elemen
didik hibur dalam PdP. (10 minit)
5. Aktiviti dalam kumpulan dan penghasilan bahan bentangan untuk gallery walk
perbincangan tentang penghasilan contoh elemen didik hibur dalam fasa PdP.
(40 minit)
6. Pembentangan dan perbincangan. (20 minit)
7. Rumusan. (10 minit)

54 |

Anda mungkin juga menyukai