Anda di halaman 1dari 5

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2014

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK


SEKOLAH RENDAH
DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA
MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS SLOT 8
Tajuk Pedagogi Ke Arah Abad 21

Topik Rekenrek

Masa 2 jam

Personel Fasilitator

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Menguasai pengetahuan dan kemahiran menggunakan Rekenrek,
2. Menggunakan Rekenrek dalam PdP.
3. Menerapkan TMK dalam PdP.

B. Kandungan Pengajaran
1. Senario amalan PdP di bilik darjah
2. Membuat Rekenrek
3. Menambah dan menolak nombor menggunakan Rekenrek

c. Kaedah
1. Kerja Berpasangan - membuat Rekenrek
2. Carian maklumat menggunakan internet
3. Menyelesaikan masalah dan pembentangan

D. Bahan Pengajaran
1. Edaran:-
a) Manik
b) Kertas mounting
c) Benang
d) Gunting/pisau
2. Slaid Power Point.

60 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2014

E. Alatan
1. Komputer riba
2. Projektor LCD.

F. Penilaian
1. Pemerhatian berterusan
2. Interaksi secara lisan

G. Rumusan / Refleksi
Berdasarkan pandangan peserta berkaitan Rekenrek

61 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2014

Nota / Panduan Pelaksanaan Kerangka Kursus Slot 8

1.0 PENDAHULUAN
Rekenrek dibangunkan oleh Institut Freudenthal di Belanda, ia juga dikenali
sebagai rak aritmetik ( Fosnot & Uittenbogaard 2007) , digunakan sebagai mengira
bingkai atau rak untuk mengira. Rekenrek juga sesuai dengan strategi pembelajaran
awal yang tidak rasmi bagi kanak-kanak apabila mula belajar nombor dan , operasi
penambahan dan penolakan. Menurut Frykholm (2008 ), Rekenrek menyediakan
model visual yang menggalakkan kanak-kanak untuk membina nombor dalam
kumpulan lima-lima dan sepuluh-sepuluh.

Prinsip-prinsip asas di sebalik pembinaan Rekenrek adalah garis nombor ,


alat pembilang dan asas 10 yang telah lama digunakan sebagai amalan pengajaran
yang biasa untuk membangunkan pemahaman murid dalam pengiraan nombor. Ia
terdiri daripada dua baris dengan sepuluh manik yang digantung dalam setiap baris.
Setiap baris mengandungi dua kumpulan lima biji manik. Satu kumpulan mempunyai
lima biji manik merah manakala kumpulan kedua mempunyai lima biji manik putih.
Ciri-ciri Rekenrek yang mempunyai sepuluh manik dalam setiap baris dan setiap
baris terdapat dua kumpulan manik yang berlainan berwarna, ia boleh meransang
dan mengundang murid untuk berfikir dalam kumpulan lima-lima dan sepuluh-
sepuluh. Bagi murid-murid yang memerlukan sokongan tambahan, pembinaan
Rekenrek boleh diubah suai ke dalam baris lima manik setiap baris atau sepuluh
manik setiap baris atau dua puluh manik setiap baris bagi pelajar maju. Melalui
Rekenrek, murid dapat memahami hubungan bilangan dan juga fakta-fakta asas
yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dengan cepat. Selain itu
Rekenrek banyak membantu murid membina model visual mereka sendiri dalam
mengembangkan proses kemahiran Matematik mereka.

Rajah 1 : Model Rekenrek

62 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2014

2.0 KEBAIKAN / KELEBIHAN REKENREK


i. Boleh meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid-murid melalui
pemahaman dan penguasaan berkaitan penambahan dan penolakan
berdasarkan sistem asas 10.
ii. Satu alat yang boleh membantu kanak-kanak membina kemahiran
subitize (lihat dalam nombor) seperti doubling (gandaan), halving
(separuh) dan lebih atau kurang dan sebagainya.
iii. Mendorong murid-murid untuk berfikir dalam kumpulan lima-lima atau
sepuluh-sepuluh.
iv. Untuk membantu murid-murid membuat perkaitan di antara pelbagai
kuantiti.

AKTIVITI 1: Rekenrek

1. Tayangan video sebagai pengenalan kepada Rekenrek. (5 minit)

2. Fasilitator memberi penerangan berkaitan Rekenrek. (10 minit)

3. Secara berpasangan peserta dibimbing untuk membina Rekenrek. (15 minit)

4. Peserta dikehendaki mencari maklumat menggunakan internet/perbincangan


tentang penggunaan Rekenrek. (30 minit)

5. Peserta diminta untuk menunjukkan penggunaan Rekenrek dengan


bimbingan fasilitator. (10 minit)

6. Secara berkumpulan peserta diberi tugasan dan diminta membuat


pembentangan cara mengaplikasikan Rekenrek dalam PdP. (Lampiran
SL9/1) (40 minit)

7. Fasilitator membuat rumusan berdasarkan maklum balas daripada peserta.


(10 minit)

63 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2014

LAMPIRAN SL8/1

Tugasan:

Jawab semua soalan di bawah kemudian sediakan satu pengajaran ( RPH ) yang
melibatkan penggunaan Rekenrek.

Soalan 1

Terdapat 15 orang kanak-kanak dalam sebuah rumah. Di tingkat atas terdapat

9 daripada jumlah kanak-kanak itu menonton televisyen.

Berapa ramaikah kanak-kanak yang berada di tingkat bawah?

Soalan 2.

6 orang kanak-kanak sedang membuat latihan Matematik di tingkat atas. 5 orang


lagi membaca buku di tingkat bawah. Kemudian 3 orang kanak-kanak datang ke
rumah tersebut.

Berapakah bilangan kanak-kanak dalam rumah tersebut.

64 |

Anda mungkin juga menyukai