Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Tuan :
Ruj. Kami : CBA 5013.09/07/001 (75)
Tarikh : 28 OGOS 2014

Kepada:

YB Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff AMN.,PKT


ADUN Bebar,
Tingkat 5, Bangunan UMNO Pekan,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Yang Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK TANJUNG BATU


2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, Kejohanan tersebut akan diadakan seperti


ketetapan berikut:

Tarikh : 19 hb Oktober 2014 (Ahad)


Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Padang SK Tanjung Batu

3. Pihak kami amat berbesar hati kiranya pihak Yang Berhormat, dapat
menghulurkan sumbangan untuk menampung perbelanjaan demi menjayakan
aktiviti yang telah dirancang itu. Bersama surat ini disertakan kertas kerja aktiviti
tersebut untuk perhatian pihak Yang Berhormat.

4. Keikhlasan pihak Yang Berhormat menghulurkan sumbangan amatlah


dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga mendapat maklum
balas daripada pihak Yang Berhormat.

Sekian, terima kasih.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

...........................................................
(ENCIK BASELI BIN MOHD YUNUS)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu.

s.k - Fail

Anda mungkin juga menyukai