Anda di halaman 1dari 3

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.

Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam


sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam
pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar
rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan
pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu
dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut
merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat
Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan
selepas lahir.

Sewaktu Mengandung

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita
masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk
memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti
keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang
mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan
kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab
menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat
mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan
mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi
milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka
dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan
diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku
kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga
perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan
dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.
Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau
perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang
gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung
juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk
mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Selain itu wanita
hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana
bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan
makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang
�tajam� seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak
kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar
untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau perempuan,
maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila
kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang
dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.


Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama


empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi
masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain
pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan
untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah
petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani
kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul
dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu
diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan
telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya.
Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di
atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan
bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan
pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang
bersalin disamping menguatkan semula tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri


iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat
berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang
diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat.
Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa
hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur


rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang
dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam
kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai
pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.
Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-
saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem
nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat
mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu
diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang
kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil
tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang
sama berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta
saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga
akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa
kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi
kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya
bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada
kitab-kitab tertentu.

Anda mungkin juga menyukai

  • 1.LIGHT UP AUTISM Paperwork PDF
    1.LIGHT UP AUTISM Paperwork PDF
    Dokumen21 halaman
    1.LIGHT UP AUTISM Paperwork PDF
    Muhammad Fadhil
    Belum ada peringkat
  • Taklimat Kecemasan Dan Latihan Kebakaran
    Taklimat Kecemasan Dan Latihan Kebakaran
    Dokumen8 halaman
    Taklimat Kecemasan Dan Latihan Kebakaran
    அருண்ராஜ் கிருஷ்ணன்சாமி
    Belum ada peringkat
  • Full Report
    Full Report
    Dokumen84 halaman
    Full Report
    அருண்ராஜ் கிருஷ்ணன்சாமி
    100% (3)
  • Contoh Borang Penyertaan
    Contoh Borang Penyertaan
    Dokumen1 halaman
    Contoh Borang Penyertaan
    அருண்ராஜ் கிருஷ்ணன்சாமி
    Belum ada peringkat
  • Cina
    Cina
    Dokumen3 halaman
    Cina
    அருண்ராஜ் கிருஷ்ணன்சாமி
    Belum ada peringkat