Anda di halaman 1dari 1

Seterusnya, KOMSAS dapat mendekatkan generasi muda kepada perkembangan sastera

tanah air. Antara sastera tanah air ialah Datuk (Dr.) Usman Awang, Datuk (Dr.) A. Samad
Said, Datuk Baha Zain dan Datuk Dr. Zurinah Hassan. Hal ini demikian kerana generasi
muda dapat menambahkan pengetahuan dalam sastera Melayu dan menjadikan sastera
tersebut sebagai tauladan dalam kehidupan. Menurut, Datuk Dr. Kemala, Sarjana Tamu
Fakulti Bahasa moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, apabila kesusasteraan
Melayu dihayati secara mendalam nilai yang terdapat dalam kesusasteraan tersebut akan
menjadi sebahagian dari kehidupan seseorang. Justeru, generasi muda yang acap kali
membaca buku-buku komsas memperoleh pengetahuan mengenai pengarang karya tersebut.
Oleh itu, KOMSAS dapat mendekatkan generasi muda kepada perkembangan sastera tanah
air.

Selain itu, generasi muda juga dapat meneliti terhadap nilai estetika dalam karya sastera
Melayu via KOMSAS. Hal ini kerana dalam komponen kesusasteraan Melayu, terdapat
pelbagai karya kesusasteraan Melayu seperti novel, cerpen, pantun, dan sajak yang menukil
perspektif dan idea kreatif para sastera mengenai senario dalam kehidupan masyarakat.
Pendekatan generasi muda terhadap karya sastera tanah air telah membuka minda mereka
tentang kepentingan sastera kerana keunggulan yang terdapat dalam karya pengarang tersebut
seperti Usman Awang(Kenangan Jauh), Khaidir Ahmad (Khuluk) dan hasil karya yang lain
telah memaparkan nilai estetika dan keindahan yang tinggi dalam sastera Melayu. Menurut,
V.I. Braginsky, profesor dalam jabatan fizik di Moscow State University (1994), keindahan
sesuatu karya sastera dipercayai boleh mempengaruhi jiwa seseorang, mempunyai kuasa
penyembuh; tetapi kesan keindahan itu yang lebih penting dan lebih utama ialah manfaat
yang terkandung di dalamnya. Oleh itu, komsas sangat penting kerana dapat mendekatkan
generasi muda kepada perkembangan sastera tanah air.

Di samping itu, komponen sastera dalam komsas juga berfungsi untuk memberi hiburan
kepada generasi muda. Hal ini keranahiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang
diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai
emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Keperluan untuk
menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. Sebagai
contoh, karya seperti Hikayat Raja Budiman menceritakan sebuah kisah yang menyuntik
kepada pembaca atau pendengar mengetahui pengajaran dan seterusnya keseronokan dalam
mengetahui klimaks cerita tersebut. Berdasarkan dalam akhbar Sinar Harian, pengarah
Syahrul Mizad telah mengangkat Hikayat Cendawan Putih ke pentas teater di bawah produksi
Onelaybore Stage Production, Persatuan Alumni Aswara serta mendapat kerjasama Dewan
Bahasa dan Pustaka. Oleh itu, komsas berfungsi memberi hiburan kepada generasi muda.
Bagi memfokuskan lensa perbincangan kearah horizon minda kelas pertama dengan membicara kata kunci pertama iaitu
dapat memupuk budaya sastera yang bersandarkan nilai-nilai murni.Hal ini demikian kerana,kebanyakan generasi pada hari
ini lebih bersikap individualistik dan meterialistik.Nilai-nilai kemasyarakatan ini dapat diterapkan dalam diri generasi
muda,tamsilnya nilai bekerjasama,tolenrasi dan banyak lagi.Karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya kreatif
yang asli dan bersifat deduktif,misalnya cerpen,drama,sajak ,puisi dan sebagainya.Melalui karya sastera inilah,generasi
muda dapat menghayati maksud yang disampaikan oleh penulis.Sebagai contoh,dalam novel Di Hadapan Pulau yang
menceritakan seorang pemuda yang bernama Aziz yang sangat menghormati orang yang lebih tua daripadanya.Hal ini jelas
menunjukkan bahawa KOMSAS merupakan wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang sangat indah serta
sesuai dalam pembentukan emosi generasi pada hari ini serta meningkatkan proses integrasi nasional.

Anda mungkin juga menyukai