Anda di halaman 1dari 6

Cabaran dan Masalah dalam Penggunaan ICT dalam Sistem Pendidikan

Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian Refleksi Terhadap
Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Penilaian Pendidikan Teknik Dan
Vokasional: Ke Arah Pengartikulasian Yang Sepadu menyatakan bahawa pada abad ke-21,
negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi,
dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications
Technology, ICT). Pembaharuan pendidikan teknik dan vokasional terutama dari segi
pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan
memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara ini
menjelang abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu
memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik
komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia
sebuah negara yang maju dalam bidang ICT.

Kepakaran Pendidik Dalam Penggunaan ICT


Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan
yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kognitif, kreativiti dan inovasi, reka cipa,
reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya (Ting Kung Shiung, 2005). Pada masa
kini kesediaan para pendidik dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pembimbing adalah
berat. Hal ini demikian kerana para pendidik bukan hanya mengajar secara formal malah pakar
dalam penggunaaan ICT. Esah Sulaiman (2003) menyatakan bahawa dengan perkembangan
teknologi terkini dan aplikasi Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dalam pengajaran,
golongan pendidik dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran. Namun begitu
dalam kesediaan para pendidik tersebut terdapat juga halangan dimana para pendidik
ketinggalan daripada arus kemodenan dunia ICT pada masa sekarang. Terdapat warga pendidik
yang belum bersedia menerima perubahan tersebut iaitu menuju ke arah kemodenan dalam
internet dan infrastruktur terkini. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang
cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza dengan generasi selepas
era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal penggunaan ICT. Masih terdapat
pendidik yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-
kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word! Melalui kajian yang dijalankan
oleh Norida Suhadi (2001) ke atas 100 orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati
bahawa hanya 10% daripada guru-guru yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk
multimedia. Kurang mahir merupakan masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam
menghasilkan bahan pengajaran berbentuk multimedia. Tidak ramai para pendidik yang
memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada pelbagai
maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau
bagaimanapun, penggunaan pembelajaran elektronik di sekolah terutamanya penggunaan
internet atau www masih lagi rendah. Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee
(2001) menunjukkan tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di
kalangan pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat
sekolah pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan
kemudahan dan kemahiran.

Kelemahan sebilangan pendidik ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut. Bagaimanapun, pendidik sendiri hendaklah
bersikap proaktif supaya mempunyai kemahiran yang diperlukan dengan belajar sendiri.
Perkara ini adalah berbeza dengan apa yang berlaku di negara Barat di mana pendidik- pendidik
di negara tersebut terlatih dan cekap. Menurut Fisher (2003) di negara Barat peningkatan
pengintegrasian ICT dalam bilik darjah amat memberangsangkan sejak tiga puluh tahun yang
lalu. Perkara ini menunjukkan bahawa pendidik- pendidik yang ada di negara Barat adalah jauh
lebih berkemahiran daripada negara kita.

Dalam suasana moden yang dilengkapi dengan sistem canggih ini para pendidik yang tidak
terlatih tidak akan memilih untuk mengajar dengan menggunakan alatan ICT yang lebih
menarik minat para pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Perkara ini adalah amat merugikan
para pelajar dimana mereka tidak menikmati akan kemajuan ICT ekoran daripada tahap
penguasaan pendidik terhadap penggunaan ICT rendah. Hal ini akan menyebabkan kerugian
bagi pihak yang menyalurkan bantuan dan pemberian aset seperti komputer jika tidak diguna
pakai secara menyeluruh. Menurut Zoraini (2000), dalam proses mengimplementasikan
program berasaskan komputer di sekolah, seseorang pendidik biasanya dilatih tetapi
bilangannya amat terhad. Oleh itu, warga pendidik perlu memerlukan latihan mencukupi
berkaitan kemahiran ICT supaya dapat melakukan inovasi dalam P&P. Sunal (1996)
mendapati bahawa pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber
daripada internet oleh pelajar. Namun demikian perkara ini tidak akan berlaku sekiranya
pengetahuan dan pengalaman seseorang pendidik adalah terhad terhadap penggunaan internet.
Jurang teknologi antara bandar dan luar bandar
Dalam era globalisasi ini, peningkatan tahap teknologi yang berlaku di persekitaran adalah
semakin tinggi. Hal ini demikian kerana dengan adanya kemudahan internet memudahkan para
pelajar untuk berkomunikasi dengan dunia luar. Potensi ICT sebagai alat yang boleh membantu
dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin penting dan meningkat secara mendadak
dalam sistem pendidikan di negara kita. Hal ini dapat dibuktikan dengan para pelajar pada masa
kini lebih berminat dalam menggunakan ICT dimana mereka memilih untuk melayari internet
dan mengakses maklumat yang terdapat di laman internet. Kewujudan media-media sosial
yang terdapat di internet juga menarik perhatian warga pelajar dalam kehidupan seperti
Facebook, Myspace, Friendster dan sebagainya. Hal ini merupakan salah satu trend dimana
sebahagian daripada pelajar pada masa kini mempunyai media sosial sendiri. (Liaw Huang &
Chen 2007).

Namun begitu, ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dari segi
ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya akan
memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Dalam kepesatan teknologi ini terdapat
juga sebahagian yang tercicir daripada jaringan berkenaan. Jaringan internet yang merupakan
salah satu kemudahan asas kepada sebahagian masyarakat tidak dapat diperolehi oleh
sebahgian masyarakat yang lain. Perkara ini adalah jelas berlaku di negara ini dimana
masyarakat luar bandar kebanyakkan tercicir dalam arus pemodenan ini. Perkara ini berlaku
kerana faktor persekitaran yang terdapat di kawasan luar bandar itu sendiri. Persekitaran yang
tidak lengkap dengan kemudahan jalan raya, kemudahan elektrik, kemudahan air yang terdapat
di luar bandar adalah salah satu cabaran dan masalah dalam penyediaan kemudahan ICT
tersebut dikawasan luar bandar. Jarak dan darjah ketersampaian tinggi untuk berhubung ke
kawasan luar bandar ini adalah salah satu punca menyebabkan kawasan tersebut tercicir
daripada pemodenan tersebut. Sebagai contoh dikawasan pedalaman Sabah dan Sarawak
dimana kawasan seperti pedalaman tidak mempunyai kelengkapan komunikasi dan
menyukarkan untuk menyediakan kawasan tersebut dengan kemudahan seperti internet.

Perkara ini menyebabkan penduduk yang berada di luar bandar sukar untuk menerima
kelengkapan ICT tersebut. Ketiadaan kemahiran asas tersebut menyukarkan mereka untuk
menyesuaikan diri dan berkemungkinan menghilangkan minat mereka untuk mengetahui
perkara yang berkaitan dengan ICT berkenaan. Penggunaan ICT ini dalam pengajaran dan
pembelajaran di Malaysia dikatakan boleh meluaskan perbezaan pelajar bandar dan luar bandar.
Perkara ini berlaku kerana pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam
kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran warga pendidik untuk menggunakan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan
dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada
pelajar. Namun perkara ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak mempunyai kemahiran
asas dalam penggunaan ICT.

Masalah menghasilkan pembelajaran secara talian

Penghasilan bahan pengajaran secara talian dalam kalangan pendidik masih lagi pada tahap
yang rendah. Hal ini demikian disebabkan oleh kebanyakan para pendidik tidak mempunyai
pengalaman untuk membina laman web. Ini diakui melalui kajian Foong Peck Lee (1999)
menunjukkan hanya 12.5% daripada pendidik di Selangor mempunyai pengalaman dan
pengetahuan mereka bentuk laman web. Kekurangan kemahiran ini telah membataskan
pendidik untuk menghasilkan bahan pengajaran secara talian.

Selain itu, penyediaan pembelajaran secara talian memakan masa yang panjang berbanding
penyediaan pengajaran secara traditional. Kajian yang dijalankan oleh National Education
Association dalam Weiner (2000) terhadap pendidik- pendidik di Amerika mendapati 43%
pendidik menyatakan penyediaan untuk pembelajaran secara talian memakan masa yang lebih
lama kerana beban kerja tambahan yang perlu dilakukan seperti merekabentuk laman web,
siding video dan membalas e-mel. Tambahan pula beban kerja ini tidak diikuti dengan
kenaikan gaji.

Beban tugas utama yang dihadapi oleh para pendidik adalah menyediakan tugasan secara talian
dan membalas e-mel pelajar. Mark Kassop dalam Weiner (2000) menyatakan seorang pendidik
yang menyediakan pembelajaran secara talian untuk 20 orang pelajar menerima 80 sehingga
90 respons daripada pelajar-pelajarnya. Tugas membalas emel pelajar memakan masa yang
lama kerana ia melibatkan penulisan yang bertaip. Ini berbeza dengan pembelajaran yang
dijalanakan di dalam kelas di mana pengajar perlu memberi penerangan dalam pengajarannya
secara lisan dan respons daripada pelajar dapat diperolehi secara spontan dalam kelas. Kajian
yang sama juga mendapati 83% daripada guru menghubungi pelajar sekurang-kurangnya satu
kali seminggu melalui emel dan kebanyakan masa kadarnya lebih daripada 1 kali (Weiner,
2000).
Sunal, Smith & J. Britt (1996). Elemetary Perceive Teaacher Use of the Internet In Designing
& Teaching Social Studies Based Integrated Units, National Council For Social Studies.
Washington D.C

Ting Kung Shiung, Woo Yoke Ling (2005) Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional : Sikap Guru,
Peranan ICT dan Kekakangan/Cabaran Penggunaan ICT, Seminar Pendidikan 2005, UTM

Zoraini Wati Abad (2000) Computer Use In School Still Lacking. Computimes: NST, 13 Julai,
pp 31.

Taner Elteun & Elif Bektas (2010). Views of regional boarding school teachers about the use
of ICT in education. Procedia social and behavioral science, 9, 462-267.

Liaw, S. S., Huang, H. M., & Chen, G.D. (2007). Surveying instructor and learner attitudes
towards elearning. Computers & Education, 49, 1066-1080.

Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan
Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana Universiti
Putra Malaysia.

Rosli Abd. Rahim, Zamalia Mahmud & Shafiee Ahmad. ICT in Teaching and Learning Among
UiTM Lecturers. International Conference on Challenges and Prospects In Teachers
Education: Shah Alam. 2001

Mohamed Rashid Navi Bax dan Mohd Nasir Abu Hassan (2003). Lifelong Learning in
Malaysia. International policy seminar co-organised by IIEP, UNESCO and KRIVET.

Weiner, B. (2000). Intrapersonal and interpersonal theories of motivation from an attributional


perspective. Educational Psychology Review, 12(1), 1-14.

Esah Sulaiman ( 2003 ). Amalan Profesionalisme Perguruan. Universiti Teknologi Malaysia


Skudai Darul Tazim.

Foong Peck Lee. (1999). Kesediaan Guru Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran. Kertas Projek Master Sains, Universiti Putra Malaysia, Selangor.
https://docs.google.com/document/d/1jetOW8URAFPXOw0mUDQSRNNXrn3TABYTeb_LOaVR3vU/edit
?hl=en_GB&pli=1

http://www.academia.edu/528136/Integrasi_Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi_Dalam_Pengajar
an_dan_Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai