Anda di halaman 1dari 5

1

Bahagian A

[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 16

Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1 Chia Fong dan keluarganya tinggal di ________________.

A kantin B Taman Pelangi C sekolah

2 Keluarga Haikal menyambut ____________ selepas berpuasa selama


sebulan.

A Hari Raya Puasa B Deepavali C Hari Krismas

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

1.topikal

3 Aiman berenang di air terjun dengan menggunakan _______________.

A tali B tayar C pelampung

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

Topika 11

4 _______________ makan makanan ringan kerana tidak berkhasiat.

A Minta B Jangan C Sila


2

5 Ibu mengemas rumah _____________ menyapu lantai setiap hari.

A dan B atau C tetapi

6 Rambut Alif kelihatan _____________ kerana disikat.

A kemas B kusut C sihat

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah ini.

32 tpkl

7 Pak cik Rahim sedang melayan _______________ di restorannya .

A pelanggan B pesakit C pengemis

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 ________________________ bertugas di Hospital Sultanah Aminah,


Johor Bahru.

A Doktor Amin B Sarjan Ramli C Doktor Sara


3

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

1 topkl

9 __________ , besarnya rumah itu !

A Wah B Nah C Amboi

10 Ini kakak saya. ____________ bernama Nur Hayati.

A Saya B Dia C Mereka

11 ____________ makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran .

A Jangan B Sila C Minta

12 Udara di kampung itu sungguh ______________ .

A enak B harum C nyaman

13 Ibu menggunakan se _____________ pisau untuk menghiris timun.

A bilah B keping C biji

Pilih ayat seru yang sesuai di bawah ini.

14 ______________ , rajinnya kamu !

A Tolong B Wah C Sila


4

Pilih ayat tanya yang sesuai berpandu gambar di bawah.

15 Shafiq belajar di kelas __________ ?

A mana B siapa C mengapa

Pilih ayat yang betul .

16 A Sakinah dan keluarganya hendak pergi ke kuala Lumpur.

B Ibu membeli sebiji baju.

C Salleh suka roti tetapi susu.


5

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Saya dan kakak suka bermain di taman permainan kanak-kanak. Setiap


petang, ibu akan membawa kami pergi ke taman tersebut.

Kata ibu, kanak-kanak mesti ditemani oleh orang dewasa supaya


selamat. Kami juga akan memakai pakaian yang sesuai semasa bermain.

Saya bermain papan gelongsor. Kakak pula bermain buaian. Kami


bermain dengan gembira.

17 Mereka suka bermain di mana?

A sekolah B taman permainan C rumah

18 Mereka ditemani oleh siapa?

A rakan-rakan sekolah B jiran C ibu

19 Saya dalam ayat di atas bermain apa?

A buaian B papan gelongsor C congkak

20 Apakah yang diperkatakan oleh ibu kepada saya dan kakak?

A Kanak-kanak boleh bermain sendirian.

B Kanak-kanak perlu duduk di dalam rumah sahaja.

C Kanak-kanak mestilah ditemani oleh orang dewasa.

Anda mungkin juga menyukai