Anda di halaman 1dari 13

DOKUMEN PERANCANGAN & PENGURUSAN SEKOLAH 2019

DASAR PERLAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH


“WAJIB”
1. Sebahagian daripada kurikulum kebangsaan
Rujuk Seksyen 18. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) –Kegagalan @
Keengganan melaksanakan adalah satu kesalahan (denda tidak lebih
lima ribu ringgit atau penjara tidak melebehi tiga bulan atau kedua-
duanya sekali, jika berterusan sek 135 (1) Akta Pendidikan 1996 (Akta
550) jika berterusan denda harian tidak melebehi) RM 500 setiap hari
Sek 135 (2) Akt 550)
2. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya
1 badan beruniform,1 kegiatan kelab atau persatuan dan 1 kegiatan
sukan dan permainan. (Perkeliling Iktisas Bil. 11985KP (BS)
8591/Jld.11 (29)1.1.1985)
3. Penyertaan semua guru adalah dikehendaki-memastikan keberkesanan
perlaksanaan.
(Pekeliling Iktisas Bil. 11985KP(BS)8591/Jld.11(29)1.1.1985)

4. Sekolah yang kurang kemudahan untuk laksanakan hendaklah


menggalakkan pelajarnya membuat kerja amal,gotong royong dan gerak
kerja yang menggalakkan perpaduan kaum. (Ruj. sda)

5. Bersaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada diskriminasi


atau paksaan dan bercanggah dengan Dasar Pendidikan kebangsaan dan
Perlembagaan Negara.

6. Apabila penyertaan “wajib”- kehadiran pelajar mesti direkodkan.


(Pekeliling Iktisas Bil. 1/1986KP(BS)8591/Jld.11(41)
7. Peruntukan masa-Warta Kerajaan No.5652 Jil. 11/Bil. 27(28.12.1967)

106 SKKSAB – SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


DOKUMEN PERANCANGAN & PENGURUSAN SEKOLAH 2019

KONSEP KOKURIKULUm

 Mendidik melalui pengalaman


 Satu cara mencapai matlamat Pendidikan
 Memajukan minat dan bakat murid
 Penglibatan diri murid dan mendidik diri sendiri
 Menyediakan pengalaman untuk menyeimbangkan perkembangan
mental,fizikal,bakat, sosial serta sahsiah murid.
MATLAMAT KOKURIKULum

 Perseimbangan perkembangan mental dengan jasmani,rohani dan sosial


 Meningkatkan disiplin serta memupuk nilai dan sikap positif
 Mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah
 Meningkatkan interaksi,pengkayaan pengalaman dan suasana
menggembirakan
 Meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan sekolah dengan
masyarakat
STRATEGI KOKURIKULUM

 Merancang kegiatan dengan teliti dan menetapkan matlamat hendak dicapai


 Merekod dan menilai keupayaan murid serta memberikan penghargaan
 Memperseimbangkan aktiviti kokurikulum dan kurikulum
 Melatih murid yang berbakat dan berkeupayaan untuk menyertai
 Pertandingan/persembahan di luar sekolah
 Melibatkan semua murid dalam setiap bidang
 Melibatkan masyarakat dalam pelaksanaan aktiviti

Objektif utama Pengurusan kokurikulum

1. Memberi peluang kepada semua murid Tahap Dua mengambil bahagian


dengan aktif dalam bidang kokurikulum.
2. Mencapai kejayaan yang cemerlang diperingkat sekolah,zon, daerah, negeri
dan negara.
3. Mengurus semua aktiviti kokurikulum dengan efektif dan bersistematik.
4. Menguruskan pertandingan untuk pemilihan pasukan dan pelapis.

107 SKKSAB – SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


DOKUMEN PERANCANGAN & PENGURUSAN SEKOLAH 2019

DASAR KOKURIKULUM
SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU
GURU

1) Melibatkan penyertaan semua guru dalam kegiatan kokurikulum kerana kokurikulum


merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah.
2) Setiap guru WAJIB mengganggotai satu unit dalam bidang-bidang kokurikulum yang
dianjurkan :
 Unit Beruniform
 Kelab / Persatuan
 Sukan dan Permainan
3) Kehadiran guru adalah WAJIB PADA SETIAP HARI RABU.
4) Pakaian pada hari aktiviti kokurikulum ialah uniform unit atau baju aktiviti.
5) Untuk mendapatkan pelepasan bertugas guru-guru dikehendaki memaklumkan dan
mendapatkan kebenaran GURU BESAR.
6) Setiap guru bertanggungjawab setiap bidang kokurikulum bergerak aktif mengikut program
yang dirancang.
7) Setiap guru bertanggungjkawab ke atas keselamatan murid-murid semasa aktiviti
dijalankan.
8) Pelaksanaan aktiviti mematuhi masa yang ditetapkan.
9) Setiap guru hendaklah mengeluarkan arahan gerak kerja dengan jelas supaya tidak berlaku
sesuatu perkara yang tidak diingini.
10) Penggunaan peralatan dan iventori sekolah adalah dibawah tanggungjawab semua guru.
11) Selepas menjalankan aktiviti kokurikulum semua buku laporan aktiviti hendaklah dihantar
ke meja GPK Kokurikulum.
12) SEMUA GURU WAJIB MEMAKAI PAKAIAN RASMI UNIT PADA SETIAP HARI
RABU.

108 SKKSAB – SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


DOKUMEN PERANCANGAN & PENGURUSAN SEKOLAH 2019

PANDUAN PERLAKSANAAN KOKURIKULUM

1) Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak
kerja kokurikulum di sekolah
Subperkara 5.2 dalam surat pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/JLD,11(29)
bertarikh 2hb. Januari 1985.

2) Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja


kokurikulum ini hendaklah menggalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam
membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat, bergotong royong membaiki kawasan
sekolah;dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan,
moral dan sebagainya yangs esuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.
Subperkara 5.3 dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld.11(29)bertarikh
2hb Januari 1985.

3) Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan


beramai-ramai tanpa ada unsure-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan
Dasar Pendidikan kebangsaan dan Perlembagaan Negara.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000,KP (BS)8591/Jld. XVI(16) bertarikh 13 Nov.2000

4) Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan dengan itu kehadiran
murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986,KP(BS) 8591/Jld. 11(41) bertarikh 15 Januari
1986.

5)Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan


kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat.
Subperkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1985, KP.8591-11(32)
bertarikh 2hb Februari 1985.

6) Polisi ini harus dibaca bersama

i)SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 1/1989


Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah

ii) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 8/1985


Penyertaan pelajar Dalam pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan
Induk Sukan.

iii) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1985


Perlaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah
Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan.

iv) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 25/1988 dan BIL 3/1979


Pendidikan Jasmani
v) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 24/1988

109 SKKSAB – SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


DOKUMEN PERANCANGAN & PENGURUSAN SEKOLAH 2019

Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi
Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

vi) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 1/1995


Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta
Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.

vii) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 9/2000 DAN BIL 1/1995


Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.

viii) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1984


Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan Di Sekolah-sekolah.

PENGURUSAN GERAK KERJA KOKURIKULUM 2019


MATLAMAT

Gerak kerja KOKURIKULUM SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR adalah bertujuan untuk
menyemai,memupuk dan menanam perasaan kekitaan diantara murid-murid disamping memberi peluang
kepada murid memperkembangkan aspek fizikal,mental dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk melatih
murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu
kegiatan yang diceburi. Memastikan penyertaan setiap murid (Tahun 4, 5, 6) sekurang-kurangnya dalam
satu gerak kerja Unit beruniform,satu kegiatan kelab dan persatuan dan satu kegiatan sukan dan
permainan.

OBJEKTIF

Objektif gerak kerja KOKURIKULUM di SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR adalah untuk
memberi murid-murid:
1. Memberi sumbangan positif terhadap perkembangan dan pertumbuhan dari aspek fizikal, mental,
sosial dan emosi.
2. Mencapai taraf disiplin yang tinggi.
3. Mengetahui kebolehan diri sendiri serta bertanggungjawab dan berdikari serta mengaplikasikannya
dalam kehidupan serta hubungannya dengan alam sekitar.
4. Menyedari peranan diri dalam kehidupan bermasyarakat
5. Merasa gembira ketika melibatkan diri dalam gerak kerja KOKURIKULUM.

SASARAN

Semua murid Tahun 4, 5 dan 6.

MASA

Setiap hari Rabu - 7.30 hingga 8.30 pagi (Unit beruniform)

1.00 petang hingga 2.00 petang (Kelab/Persatuan)

110 SKKSAB – SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


DOKUMEN PERANCANGAN & PENGURUSAN SEKOLAH 2019

B. PERINCIAN PERSEDIAAN DAN TUGASAN MURID-MURID UNTUK BIDANG


KOKURIKULUM 2019

(Persediaan dan tugasan ini meliputi bidang persatuan/kelab, badan uniform dan sukan permainan)

1. Setiap murid mestilah menjadi ahli kepada salah satu badan unit beruniform,persatuan/kelab
dan salah satu jenis sukan permainan yang disediakan oleh Unit Kokurikulum Sekolah.
2. Setiap murid mestilah berpakaian yang bersesuaian dengan gerak kerja yang disertai. Ahli
Pengakap,Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam
digalakkan berpakaian seragam lengkap atau sekurang-kurangnya mempunyai t-shirt badan
beruniform yang berkenaan. Untuk sukan & permainan pula, murid-murid dikehendaki
berpakaian senam yang sesuai.
3. Setiap murid juga dimestikan membawa buku catatan dan alat tulis berkaitan sewaktu
menghadiri perjumpaan persatuan/kelabnya. Semua ahli Unit Beruniform dikehendaki
memiliki ‘buku Log’ untuk membuat catatan.
4. Setiap murid dikehendaki mematuhi jadual dan turut serta dalam setiap aktiviti yang
dijalankan oleh organisasi masing-masing.
5. Setiap murid hendaklah melaporkan kehadiran/kedatangan kepada guru penasihat untuk
direkodkan ke dalam buku rekod kehadiran.
6. Murid-murid yang tidak dapat menghadirkan diri sepenuhnya semasa gerak kerja
kokurikulum hendaklah memaklumkan secara bertulis dalam tempoh dua hari kepada guru
penasihat.
7. Setiap murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sewaktu gerak kerja
kokurikulum dijalankan sehingga tamat kecuali mendapat kebenaran daripada guru
penyelaras atas sebab-sebab tertentu.
8. Setiap murid tidak dibenarkan merayau-rayau,bermain dan berlari-lari di kawasan sekolah
sementara menunggu bermulanya gerak kerja organisasi yang disertai. Murid-murid
dikehendaki menunggu di kantin atau di perpustakaan sekiranya dibuka sambil membuat
aktiviti berfaedah.
9. Setiap murid dikehendaki mematuhi arahan guru penasihat dan peraturan organisasi masing-
masing.
10. Setiap murid digalakkan menimba sebanyak mungkin pengetahuan dan pengalaman semasa
melalui gerak kerja untuk melengkapkan diri apabila melanjutkan persekolahan ke sekolah
menengah kelak.
11. Setiap murid sentiasa prihatin dan peka terhadap sebarang bentuk perkembangan gerak kerja
kokurikulum sekolah dengan sentiasa merujuk kepada papan kenyataan untuk mengetahui
sebarang maklumat terkini.
12. Sebarang masalah yang berkaitan hendaklah dirujuk kepada guru penasihat atau guru
penyelaras Unit Kokurikulum Sekolah.

111 SKKSAB – SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


DOKUMEN PERANCANGAN & PENGURUSAN SEKOLAH 2019

PENGURUSAN PENDAFTARAN PASUKAN SERAGAM PERSATUAN/KELAB


SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR
81560 GELANG PATAH
JOHOR BAHRU

PERLEMBAGAAN

1. Nama Persatuan
Nama Persatuan ini ialah:

2. Objektif Persatuan
2.1 Menyatupaduakan serta menjalinkan kemesraan antara ahli-ahli Persatuan.
2.2 Menyemarakkan perasaan cinta terhadap sekolah, negeri dan negara supaya wujud warganegara
yang sihat.
2.3 Membolehkan ahli-ahli yang mempunyai minat yang sama bagi mengembangkan bakat dan
potensi mereka dengan sedaya upaya mereka.
2.4 Perseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sosial, jasmani
dan rohanai pelajar.
2.5 Pengukuhan dan interaksi dikalangan pelajar disekolah.
2.6 Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dengan gerak kerja yang diceburi.
2.7 Pengukuhan dan pengkayaan perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta perluasan
pengalamandalam bidang tertentu.
2.8 Pengisisan masa lapang pelajar dengan berfaedah, member kegembiraan serta pembinaan
kesihatan dan kesejahteraan diri.
2.9 Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif,selaras
dengan hasrat Rukunegara.

2.10Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar.

2.11Peningkatan dan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa
masyarakat setempat.

3. Keahlian Persatuan
3.1 Terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah yang sedang belajar dalam tahun semasa.
3.2 Pelajar-pelajar yang telah diterima dan didaftarkan(Ahli-ahli mestilah mengisi suatu borang
keahlian sebelumditerima masuk.Setiap ahli akan diberi no keahlian yang tetap. Ahli pasukan
rumah sukan tidak perlu mengisi borang.

4. Yuran Ahli
Setiap ahli akan dikenakan yuran sebanyak…………setiap bulan atau tahun.

5. Pentadbiran
5.1 Persatuan ini akan dikelolakan untuk Jawatankuasa daripada ahli-ahli seperti berikut:

112 SKKSAB – SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


DOKUMEN PERANCANGAN & PENGURUSAN SEKOLAH 2019

5.1.1 Pengerusi
5.1.2 Naib Pengerusi
5.1.3 Setiausaha
5.1.4 Penolong Setiausaha
5.1.5 Bendahari
5.1.6 Penolong Bendahari
5.1.7 Jawatankuasa (bergantung kepada kekuatan ahli)

5.2 Pengerusi bertanggungjawab untuk menjalankan semua mesyuarat dan mewakili Persatuan
secara rasmi. Dia akan dibantu oleh Naib Pengerusi.
5.3 Setiausaha dan Penolongnya bertanggungjawab untuk menyimpan semua rekod keahlian,
kegiatan, minit mesyuarat, laporan tahunan/penggal serta semua jenis surat menyurat
Persatuan,kedatangan dan kegiatan setiap ahli secara kemaskini selalu.
5.4 Bendahari akan menyimpan rekod keahlian memungut yuran serta mengemaskinikan penyata
kewangan selalu.
5.5 Ahli-ahli Jwatankuasa akan membantu Pengerusi mengaturkan kegiatan Persatuan Secara
bersungguh-sungguh.
5.6 Guru Penasihat hendaklah dihubungi oleh semua Ahli Jawatankuasa berkenaan
untukmentadbirkan Persatuan ini.

6. Perjumpaan/ Latihan Dan Tanggungjawab Ahli

6.1 Ahli-ahli Persatuan/ Kelab ini akan bertemu pada kurang 12 kali satahun seperti yang ditentukan
untuk menjalankan kegiatan-kegiatannya. Semua ahli adalah wajib menghadiri kegiatan ini.
6.2 Ahli Jawatankuasa akan bermesyuarat apabila diperlukan.
6.3 Masa mesyuarat/ latihan ditetapkan begitu juga hari dan tempatnya.
6.4 Masa, hari serta tempat perjumpaan boleh dipinda dengan kebenaran Guru Besar sekolah.
Pembatalan perjumpaan/latihan juga boleh dilakukan setelah mendapat kebenaran daripada Guru
Besar Sekolah.
6.5 Kekerapan perjumpaan/latihan akan ditambah apabila keperluan projek pertandingan atau
sebagainya.

7. Mesyuarat Agung
7.1 Mesyuarat Agung Persatuan ini akan diadakan pada bulan Ogos setiap tahun untuk menerima
laporan.Penyata kewangan dan melantik Ahli Jawatankuasa baru yang akan bertugas dari bulan
September tahun semasa sehingga bulan Ogos tahun berikutnya.
7.2 Mesyuarat Agung boleh diadakan tidak lewat daripada bulan September setiap tahun.

8. Guru Penasihat
8.1 Guru Penasihat Pakaian Seragam, Kelab dan Persatuan akan ditentukan oleh Guru Besar dan
segala kegiatan hendaklah dijalankan mengikut nasihatnya.
8.2 Guru Penasihat adalah wakil Guru Besar dan bertanggungjawab kepada Guru Besar tentang
segala pendaftaran/laporan/kemajuan/kemunduran persatuannya.

113 SKKSAB – SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


DOKUMEN PERANCANGAN & PENGURUSAN SEKOLAH 2019

9. Larangan
9.1 Kegiatan yang tidak ada kaitan dengan objektif persatuan mahupun yang tidak diluluskan oleh
Guru Besar tidak boleh dijalankan.
9.2 Persatuan ini tidak boleh bergerak diluar kawasan sekolah setiap kegiatan yang diadakan di luar
hendaklah mendapat kelulusan Guru Besar terlebih dahulu.
9.3 Persatuan ini tidak boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak diluar sekolah tanpa melalui
dan kebenaran Guru Besar.
9.4 Kegiatan yang melanggar Peraturan sekolah mahupun undang-undang Negara tidak boleh
dijalankan.
9.5 Kegiatan tidak boleh dijalankan jika tiada Guru Penasihat yang dilantik oleh pihak sekolah.
9.6 Penceramah/Pembantu dari luar boleh dijemput setelah mendapat persetujuan dari Guru Besar.
9.7 Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang kegiatan di luar sekolah hendaklah juga mendapat
keizinan daripada penjaga secara berulis (Borang kebenaran ibu bapa disediakan oleh pihak
sekolah.

10. Rancangan Kegiatan


Ahli Jawatankuasa yang dipilih akan merancang kegiatan tahunan/penggal/mingguan dalam masa
dua minggu ia dilantik. Rancangan ini hendaklah dikemukan kepada pihak sekolah untuk
dululuskan sebelum dilaksanakan.

11. Pakaian dan ketertiban


11.1 Semua peraturan sekolah berkuatkuasa bagi semua kegiatan Pasukan
PakaianSeragam,Persatuan dan Kelab dijalankan.
11.2 Jika pakaian seragam diluluskan bagi kegiatan ini, semua ahli diwajibkan
memakainya.Apabila pakaian seragam tidak diwajibkan,pakaian tambahan
sekolahhendaklah digunakan tanpa peringatan. Pakaian bebas cuma boleh di benarkan
dengan kebenaran khas daripada Guru Besar untuk sesuatu kegiatan.

12. Kewajiban ahli


12.1 Setiap ahli akan menghadiri semua aktiviti yang dirancangkan.
12.2 Ahli-ahli yang melanggar Peraturan persatuan dengan tidak hadir kegiatan 3 x berturut-turut
tanpa sebab yang munasabah, tidak akan diberikan sijil keahlian dan tidak akan diberi
markah kokurikulumnya diakhir tahun.

13. Penilaian Keahlian


13.1 Ahli Jawatankuasa dengan bimbingan guru penasihat akan menyediakan suatu
laporan lengkap tentang segala aktiviti Persatuan sepanjang tahun,kewangan,pencapaian
atau kecemerlangan yang didapati sepanjang tahun.
13.2 Disamping itu pihak Ahli Jawatankuasa akan menyampaikan kepada guru penasihat suatu
senarai pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam kegiatanPersatuan pada akhir bulan
Ogos setiap tahun untuk dibuat penilaian oleh guru penasihat dan dimasukkan markahnya ke
dalam Kad Rekod Kokurikulum. Kad Penilai Kokurikulum yang telah diselaraskan bagi
ketiga kegiatan dengan markah bonus bagi kegiatan yang tidak termasuk dalam tiga kegiatan
tadi akan dicampurkan untuk mendapatkan markah keseluruhan pelajar bagi tahun tersebut.

114 SKKSAB – SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


DOKUMEN PERANCANGAN & PENGURUSAN SEKOLAH 2019

14. Pendaftaran Persatuan


14.1 Semua pasukan Pakaian Seragam,Kelab dan Persatuan yang terdapat di sekolah hendaklah
didaftarkan kepada Guru Besar yang bertindak sebagai PENDAFTARAN DI SEKOLAH
berkenaan (Wakil Pendaftaran Jabatan Pendidikan Johor ) pada SETIAP TAHUN. Persatuan
yang tidak mendaftar kepada Guru Besar atau Tidak diluluskan pendaftaranya tidak boleh
menjalankan sebarang kegiatan disekolah tersebut. Pihak sekolah juga berhak untuk
menambah/meminda perlembagaan apabila perlu.
14.2 Satu senarai Nama Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah disenaraikan bersama-sama
semasa memohon didaftarkan kepada Guru Besar.
14.3 Pendaftaran Persatuan hendaklah dihantar dalam masa dua minggu selepas hari persekolahan
dibuka setiap tahun.
14.4 Pendaftaran hendaklah dihantar dalam tiga salinan.
14.5 Minit Mesyuarat Agung dan laporan kewangan tahuanan sebelumnya hendaklah disertakan
bersama dengan semasa membuat permohonan pendaftaran.
14.6 Setiap permohonan pendaftaran ditandatangani oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
Persatuan berkenaan dan disahkan oleh Guru Besar.
14.7 Pengesahan Pendaftaran akan dibuat oleh Guru Penolong Kanan kokurikulum dengan
disahkan oleh Guru Besar.

15. Hal-hal lain


15.1 Jika ada sebarang butiran lain khas bagi Persatuan hendaklah dikepilkan bersama
perlembagaan induk.
15.2 Senarai Pasukan Pakaian Seragam, Kelab dan Persatuan yang telah didaftarkan hendaklah
diletakkan di papan kenyataan sekolah untuk semua pelajar mengetahui senarai Persatuan
yang akan mereka pilih pada tahu tersebut.

115 SKKSAB – SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


DOKUMEN PERANCANGAN & PENGURUSAN SEKOLAH 2019

PENGURUSAN KOKURIKULUM 2019

Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.


2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang terkandung dalam perlembagaan.
5. Merancang aktiviti dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan pasukan unit uniform, kelab/persatuan
dan sukan & permainan.
8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
9. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dengan baik.
10. Mendaftar pasukan unit uniform, kelab/persatuan dan sukan & permainan kepada
Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan diperingkat sekolah, zon, daerah,negeri dan
kebangsaan dengan baik.
13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangani Kad Kehadiran Ahli.
16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
18. Memastikan tidak ada unsure subersif tersebar dikalangan ahli.
19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah.
20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari masa ke semasa.

116 SKKSAB – SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


DOKUMEN PERANCANGAN & PENGURUSAN SEKOLAH 2019

PENGURUSAN KOKURIKULUM 2019

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWB

SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.


2. Membantu guru besar dalam perancangan pengagihan tugas, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian
ke atas murid.
3. Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan pada peringkat persatuan/kelab,
badan beruniform serta sukan & permainan.
4. Menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid semasa mengikuti aktiviti kokurikulum.
5. Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggarakan dengan baik.
6. Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan sentiasa kemaskini dan
mencukupi.
7. Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum serta menyusun
melaksanakan latihan untuk mereka.

SETIAUSAHA SUKAN

1. Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.


2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSJ/MSSM.
3. Membantu guru besar mengagihkan dan menjayakan tugas baharu dalam olahraga dan permainan.
4. Menetapkan murid dalam rumah sukan.
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan aktiviti sukan dan keperluan peralatan.
6. Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
9. Menyedia dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah untuk
edaran, rujukan dan rekod.
11. Merekod pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian
sukan sekolah.

117 SKKSAB – SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


DOKUMEN PERANCANGAN & PENGURUSAN SEKOLAH 2019

PENYELARAS SUKAN & PERMAINAN,

UNIT BERUNIFORM DAN KELAB/PERSATUAN

1. Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan/kelab dan unit beruniform.

2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

3. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.

4. Menyediakan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk murid menyertai aktiviti

5. Menyemak laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.

6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ahli Jawatankuasa diadakan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan.

7. Mengurus buku, buku log, kad kokurikulum seperti:


- mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada murid pada tarikh yang
ditetapkan.
- mengumpulkan kad tersebut semula untuk simpanan dan rekod tahunan.
- menyediakan borang/ buku yang diperlukan untuk aktiviti iaitu:

(a) Borang penyertaan persatuan.


(b) Borang senarai ahli Jawatankuasa dan ahli.
(c) Buku Persediaan Kokurikulum 2019
 membuat laporan tahunan keseluruhan tentanh aktiviti dan pencapaian kokurikulum Sekolah.

118 SKKSAB – SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Anda mungkin juga menyukai