Anda di halaman 1dari 10

MENGGUNAKAN GAMBARAJAH BENTUK oD KITAR NITROGEN UNTUK

MENYELESAIKAN MASALAH MELIBATKAN KITAR NITROGEN

MUHAMMAD ILMAN BIN MOHAMAD @ SHAMSHUDDIN

EVELYN INTIK AK RAMBOK

KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MEDAMIT

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kami dapat menyiapkan
Kajian Tindakan dan Inovasi ini. Bagi pihak kami, kajian tindakan agak wajar dilaksanakan oleh
guru guru yang mengalami masalah dalam Pengajaran dan pembelajaran (PdP) atau untuk
mencapai KPI yang telah ditetapkan di samping meningkatkan kemahiran dan profesionalisme
individu.

Terima kasih kepada pengetua SMK Medamit, En Raja Manikam A/L Subramaniam
yang banyak memberi dorongan dan galakan kepada semua guru untuk menghasilkan kajian
tindakan masing- masing. Tidak lupa juga kepada rakan rakan guru SMK Medamit,
terutamanya rakan rakan dari Panitia Sains yang banyak memberi kerjasama dan tunjuk ajar
dalam proses menghasilkan laporan kajian tindakan ini.

Harapan kami, hasil kajian ini akan sedikit sebanyak menyumbang ke arah peningkatan
kualiti PdP kami dan juga memberikan sedikit cetusan idea kepada rakan rakan guru yang lain.

.. ..

(MUHAMMAD ILMAN BIN MOHAMAD) (EVELYN INTIK AK RAMBOK)

KETUA PANITIA SAINS TIMBALAN KETUA PANITIA SAINS

SMK MEDAMIT, LIMBANG SMK MEDAMIT, LIMBANG


ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran Sains
tingkatan 5 dalam tajuk Kitar Nitrogen di SMK Medamit. Kajian ini memfokuskan kepada cara
penyelesaian kepada masalah yang diberikan. Kajian sebenar melibatkan seramai 24 orang
responden dari Tingkatan 5A dan 27 orang responden dari Tingkatan 5B melalui penilaian
soalan ujian berfokus tajuk Kitar Nitrogen. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan pelajar
untuk menjawab soalan dalam tajuk ini adalah amat lemah. Semua pelajar tidak dapat menjawab
soalan Kitar Nitrogen dengan lengkap. Cadangan pemulihan untuk tajuk ini adalah melalui
pengenalan kepada kaedah menghafal satu bentuk rajah Kitar Nitrogen untuk memudahkan
pelajar mengingati fakta berkaitan Kitar Nitrogen untuk diaplikasikan dalam menyelesaikan
masalah. Diharapkan dengan menggunakan kaedah ini akan memberi lebih peluang kepada
pelajar untuk menjawab soalan Kitar Nitrogen dalam SPM.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Daripada penyemakan tugasan yang ditugaskan kepada pelajar, kami dapati mereka
menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan kitar Nitrogen, hampir
semua pelajar tidak dapat menjawab soalan berkenaan topik ini. Daripada temu bual secara
individu dan juga secara menyeluruh semasa sesi P&P, kami dapati masalah utama pelajar
adalah mereka tidak dapat menghubungkaitkan fakta yang berkaitan dengan Kitar Nitrogen
dalam menyelesaikan soalan yang berkenaan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada salah satu topik dalam tingkatan 5 matapelajaran Sains iaitu Kitar
Nitrogen. Fokus kajian adalah dalam mengenalpasti masalah pelajar tidak dapat menjawab
soalan tersebut sewaktu latihan pengukuhan diberi dan memberikan panduan yang lebih sesuai
untuk digunakan oleh pelajar bagi menjawab soalan tersebut.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Masalah pembelajaran dalam Sains bagi tajuk Kitar Nitrogen ini adalah satu kajian untuk
membantu pelajar serta guru-guru pada masa yang akan datang dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas agar pelajar-pelajar dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan
Kitar Nitrogen dengan lebih mudah

Secara khususnya, objektif kajian ini ialah:

i. Mengenalpasti masalah-masalah dan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar


berkenaan Kitar Nitrogen
ii. Mengemukakan kaedah yang lebih senang dan praktikal untuk digunakan oleh pelajar
bagi menyelesaikan permasalahan berkenaan Kitar Nitrogen
4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kami merangkumi 51 orang pelajar dari kelas 5A dan 5B SMK
Medamit, Limbang Sarawak 2017.

5.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti/Tugasan Tarikh

1. Membuat tinjauan masalah melalui semakan latihan, 04/04/2017


soal selidik dan Ujian rintis

2. Maklum kepada Pihak Pentadbir tentang Kajian


08/04/2017
Tindakan dan membuat perbincangan.

3. Menyediakan proposal Kajian Tindakan. 9/04/2017-10/04/2017

4. Melaksanakan Kajian Tindakan. 11/04/2017-15/04/2017

5. Menyiapkan Laporan Kajian Tindakan. 18/04/2017-10/11/2017

6. Menyerahkan Laporan Kajian 11/11/2017

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Dalam memulakan kajian ini, satu tinjauan telah dilakukan untuk mengenalpasti masalah pelajar
yang masih kurang memahami cara untuk menyelesaikan masalah berkaitan Kitar Nitrogen .
Tinjauan masalah yang dijalankan adalah pemerhatian, soal selidik dan ujian pra.

1.1 Tinjauan Masalah


1.1.1 Pemerhatian.
Semasa diberi latihan tambahan di dalam kelas, pelajar kelas ini masih
keliru untuk menyelesaikan masalah Kitar Nitrogen. Ternyata pelajar ini
masih tidak dapat menjawab soalan. Selain daripada pemerhatian semasa
P&P, guru juga telah menyemak latihan kerja rumah yang diberikan.
Didapati pelajar masih tidak dapat menjawab soalan Kitar Nitrogen tanpa
menggunakan nota-nota yang berkaitan dengannya.
1.1.2 Ujian Pra
Soalan ujian pra terdiri daripada 2 soalan berformat SPM yang telah
diberikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang diberikan
berdasarkan topik Kitar Nitrogen yang telah dipelajari.

6.0 ANALISA UJIAN PRA DAN POS

NAMA KELAS UJIAN PRA UJIAN POS


(12 (12
MARKAH) MARKAH)
1 AIMEE ALLYCIA ANAK ZIMI 5A 3 10
2 ANDRIAN MARSDEN ANAK LOUIS KETIT 5A 3 11
3 ANGELA LINGOH 5A 2 10
4 BEATRICIA ERWINA ANAK JOHNY 5A 2 10
5 BRADLEY MORGAN ANAK NAGA 5A 3 10
6 DEVYNNE DUAT AK DONNY 5A 3 11
7 EASTER BINTI ANTHONY 5A 3 11
8 GLORIA TENGGAN ANAK TATUL 5A 5 11
9 GRACE THESHA ANAK REZETTA 5A 5 11
10 IRA AYUNY ANAK BENARD BEJI 5A 3 11
11 JACK GUMBANG ANAK BANGKIT 5A 3 10
12 JAMILAH ANAK JANTAN 5A 2 10
13 JEREMY AUSTIN JANGA 5A 5 11
14 JOYWENTA ANAK HENARY 5A 2 10
15 JULIANA ANAK JOHN 5A 3 10
16 LYDIA ANAK NAGA 5A 2 10
17 MARINA BUDUT ANAK FRANCIS 5A 3 11
18 MARTINA ANAK SERUJI 5A 4 11
19 MASSHERA ANAK ROBINSON JELAYAN 5A 4 11
20 PHILLYMYNA ANAK HUSSIN 5A 3 10
21 PRESLEY TAYLOR PAYONG 5A 6 12
22 SLYBESTERLIEY ANAK KENDAWANG 5A 2 10
23 SYLVIA NICOLE ANAK PENGIRAN 5A 6 12
24 TRYFINNIE PASCALIS 5A 5 12
NAMA KELAS UJIAN PRA UJIAN POS
(12 (12
MARKAH) MARKAH)
1 ALEXSON AERON ANAK TIBIT 5B 5 11
2 ANJELI ANAK PETRUS 5B 0 10
3 BRYAN LEBUN ANAK JELIAN 5B 2 10
4 CLAYRANCE ANDY ANAK MATTHEW 5B 2 10
5 CLINTON NGAUH ANAK JONATHAN 5B 1 10
6 DAMIE ANAK UKAR 5B 0 10
7 ESTER MERRA ANAK LETAN 5B 1 10
8 FELISIA ZANOMIEY JUWIN 5B 0 10
9 FIONA ENGCRING ANAK PADANG 5B 4 11
10 FLOSIE ZALIZIA ANAK BULAN 5B 3 10
11 JANETTY JUNAI ANAK DAVID 5B 3 10
12 JASWANI SUDAN ANAK UNYAT 5B 3 10
13 JOSHUA ANAK PETER 5B 4 11
14 MAGDLIND ULUNG ANAK DAUT 5B 2 10
15 MARIA AFIZA AK NICHOLAS DAGANG 5B 1 10
16 MARLYN FLORENSICA ANAK MATIU 5B 2 10
17 MAX FISHER AK RAMOS 5B 2 10
18 MAXTERRY ANAK PERAK 5B 5 12
19 MEXKLINE ANAK DIANA 5B 2 10
20 MICKY JHIELIN ANAK MATHEW 5B 3 10
21 NANESSIA ANAK SAKIN 5B 3 10
22 RAMOS ANAK IJAU 5B 2 10
23 ROVIENNES RAYNALD ANAK RIANO 5B 4 11
24 SHERANIE ANAK YALUS 5B 2 10
25 SOFFHIA CRISTY ANAK PIL 5B 1 10
26 TRACY SHIREANSHEILDS ANAK REKI 5B 3 10
27 TSEN LIN JIUN 5B 2 10
7.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Hasil dapatan daripada pemerhatian, ujian dan analisis item yang telah dijalankan
didapati pelajar tidak menguasai fakta berkenaan Prinsip Archimedes yang telah diajar. Mereka
hanya sekadar dapat menyatakan elemen utama seperti Nitrogen, Nitrat, Nitrit dan sebagainya
tetapi gagal untuk menghubungkaitkan semuanya dalam satu proses kitaran. Bagi menyelesaikan
masalah ini saya cuba menerapkan penggunaan rajah kitar Nitrogen bentuk oD setiap kali pelajar
cuba menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Kitar Nitrogen yang telah dilaksanakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Pembinaan Gambar rajah bentuk oD Kitar Nitrogen

LANGKAH 1 : Penulisan Nitrogen Dan Nitrat Dalam Rangka D

LANGKAH 2 : Penulisan Kitar Penguraian Dalam Rangka o


LANGKAH 3 : Memasukkan Proses-Proses yang terlibat

LANGKAH 4 : Memasukkan Proses Pendenitritan

8.0 REFLEKSI KAJIAN

Setelah pengajaran dan pembelajaran dan latihan diberikan kepada pelajar selama satu
minggu kami dapati penggunaan gambar rajah dapat membantu pelajar menjawab soalan dan
mendapat markah. Mereka dapat menyelesaikan masalah yang diberikan dengan betul. Pelajar
dapat menjawab soalan ujian pos yang telah dijalankan. Kami berpuas hati dengan hasil
penggunaan gambar rajah ini.
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kami berharap dan mencadangkan agar kajian ini digunakan oleh guru-guru lain untuk
menambah minat kepada pelajar agar menjawab soalan berkenaan kitar Nitrogen. Semoga usaha
ini memberi manfaat kepada pelajar. Kami akan cuba mencari cara untuk memudahkan pelajar
menghafal istilah proses- proses yang terlibat dalam Kitar Nitrogen yang dilihat masih agak
sukar untuk dihafal oleh pelajar di SMK Medamit.

10.0 BIBLIOGRAFI

1. Mok Soon Sang,(2010).Penyelidikan dalam Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

2. Mohd Majid Konteng, (1990).Kaedah Penyelidikan Pendidikan. DBP Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai