Anda di halaman 1dari 17

LANGUAGES :

BAHASA

ENGLISH

Selasa, 12 April 2011


Carian

LAMAN UTAMA
INFO KORPORAT

o Datuk Bandar
o Mengenai Dewan Bandaraya
o Piagam Pelanggan
o Pencapaian Piagam Pelanggan
o Misi Perkhidmatan Pelanggan
o Profil Pengurusan
o Jabatan / Unit
WARGA KOTA

o Kemudahan Awam
o Kesihatan Masyarakat
o Aduan Awam
PELANCONG

o Visit KL
o Tapak Warisan KL
BISNES

o Tender / Sebutharga
o Kerja Undi
o Keputusan Tender / Sebutharga / Kerja Undi
o Perundangan
o Rayuan Kompaun
o Kaunter JPPPK
o Bayaran
o Muat Turun
PENGUMUMAN

HARI BERTEMU PELANGGAN BULAN APRIL 2011




Laman Utama > Info Korporat > Mengenai Dewan Bandar Raya > Latar Belakang

INFO KORPORAT
o DATUK BANDAR
o MENGENAI DEWAN BANDAR RAYA

Latar Belakang
Visi & Misi
Objektif DBKL
Fungsi DBKL
Justifikasi Logo
Pengiktirafan
o PIAGAM PELANGGAN
o PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
o MISI PERKHIDMATAN PELANGGAN
o PROFIL PENGURUSAN
o JABATAN / UNIT

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia.
Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan,
kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.
Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu
Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf
Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

Kuala Lumpur 1926 Kuala Lumpur Kini


Tan Sri Dato' Lokman Yusof bekas Pesuruhjaya Ibu Kota telah dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. Beliau meninggal
dunia pada 15.5.1972. Tan Sri Yaakob Latiff telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua selama 10
tahun. Beliau telah digantikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar pada 1.2.1983.
Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat ialah Dato' Dr. Mazlan Ahmad yang telah dilantik pada 17.11.1992. Tan Sri Dato
Kamaruzzaman Shariff, Datuk Bandar Kuala Lumpur kelima, dilantik sebagai Datuk Bandar pada 14.12.1995 hingga
13.12.2001. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keenam iaitu Y. Bhg. Kol. Datuk Hj. Mohmad Shaid b. Mohd
Taufek yang dilantik pada 14.12.2001. Kemudian, daripada 14.12.2004 sehinggalah 13.12.2006, jawatan Datuk Bandar yang
ketujuh telah disandang oleh Y Bhg. Dato' Hj. Ruslin bin Hj. Hasan.

Bermula dari 14.12.2006 hingga 13.12.2008, jawatan Datuk Bandar yang kelapan telah disandang oleh Y Bhg. Datuk Seri AB
Hakim bin Borhan. Kini, jawatan Datuk Bandar kesembilan pula disandang oleh Y Bhg. Datuk Seri Ahmad Fuad bin Ismail yang
memulakan tugasannya pada 14.12.2008.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Bandar Kuala Lumpur
Pertama Kedua Ketiga
Tan Sri Dato' Lokman Yusof Tan Sri Yaakob Latiff Tan Sri Dato' Elyas Omar

Datuk Bandar Kuala Datuk Bandar Kuala Datuk Bandar Kuala


LumpurKeempat LumpurKelima LumpurKeenam
Tan Sri Dato Datuk Hj. Mohmad Shaid
Dato' Dr. Mazlan Ahmad
Kamaruzzaman Shariff b. Mohd Taufek
Datuk Bandar Kuala Datuk Bandar Kuala Datuk Bandar Kuala
LumpurKetujuh LumpurKelapan LumpurKesembilan
Datuk Seri AB Hakim bin Datuk Seri Ahmad Fuad bin
Dato' Hj. Ruslin bin Hj. Hasan
Borhan Ismail

Merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun
2020 dengan menjadi PBT terunggul yang dapat memenuhi citarasa wargakota.

Untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan Ibu Kota Kuala Lumpur
menerusi program pembangunan fizikal, sosio-ekonomi, kawalan perancangan dan
perkhidmatan perbandaran secara terancang dan terselaras berteraskan kepada tadbir
urus yang cemerlang.

Memastikan dan mempercepatkan pelaksanaan pencapaian status bandar raya bertaraf


dunia yang unggul dan cemerlang.

Menyediakan dan mempertingkatkan perkhidmatan yang efisyen, mesra dan telus,


selari dengan kemajuan dan pembangunan kakitangan.

BERSEDIA MENYUMBANG, BANDAR RAYA CEMERLANG

1. Memberi perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sampah.

2. Memberi perkhidmatan kesihatan awam dan mengawal pencemaran.

3. Mengurus pengindahan bandar.


4. Membina dan menyelenggara jalan, mengadakan prasarana pengangkutan
serta mengurus sistem lalulintas.

5. Membina dan menyelenggara sistem perparitan dan sungai.

6. Merancang dan mengawal pembangunan bandar.

7. Membina dan mengurus perumahan awam.

8. Pengurusan, pengawalan dan penempatan semula setinggan.

9. Mengurus dan mengawal hal ehwal penjaja dan peniaga kecil.

10. Mengeluar dan mengawal lesen perniagaan.

11. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan, kebudayaan dan pelancongan.

12. Menyediakan, mengurus dan menyenggara kemudahan awam (stadium,


kompleks sukan/pusat komuniti, masjid/surau, taman rekreasi, pasar, pusat
penjaja, perpustakaan, tandas awam, perhentian bas/teksi, tanah perkuburan
dan krematorium).

Lambang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dilancarkan pada 31 Januari 1992
adalah khas untuk kegunaan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Lambang ini menunjukkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah penguasa
tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan pembangunan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan Ibu Negara Malaysia.

Kepala Harimau - Melambangkan keberanian dan ketegasan dari segi undang-


undang dan perlembagaan.

Keris - Melambangkan kekuatan serta warisan kebudayaan.


Semenanjung

Dua Keris - Melambangkan keagamaan, keamanan dan keeratan


Bersilang persaudaraan.

Perisai - Melambangkan keagamaan, keamanan dan keeratan


persaudaraan.

Warna Merah - Melambangkan keberanian masyarakat Kuala Lumpur untuk


Pada Perisai menempuh era-era yang penuh cabaran.

Warna Biru, - Melambangkan bendera Kuala Lumpur dan bendera


Merah dan Putih Malaysia.

Lambang Kuala - Menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai


Lumpur Pusat Kerajaan dan Pentadbiran , Pusat Perdagangan, Pusat
Kebudayaan dan juga Pusat Pengajian di bawah Pentadbiran
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Bunga Raya - Melambangkan bunga kebangsaan Malaysia.

Daun Serta - Melambangkan pembangunan Kuala Lumpur seiring dengan


Pucuknya pengindahan serta pengekalan keindahan alam.

Reben - Melambangkan kemeriahan kerana Kuala Lumpur menjadi


tumpuan perayaan-perayaan dan dikenali sebagai Bandaraya
Taman Bercahaya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

1. Latar Belakang
1.1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memulakan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan pensijilan MS ISO
9001:2008 apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad bin Ismail telah mengarahkan agar
pengiktirafan pensijilan dibuat secara keseluruhan dan bukannya mengikut Jabatan. Sebelum usaha ini
dilaksanakan, DBKL telah mendapat pengiktirafan pensijilan bagi 6 buah Jabatan yang juga melibatkan 6 skop
pensijilan. Jabatan-Jabatan yang telah mendapat pensijilan terlebih awal ialah:-

Jabatan Kesihatan;
Jabatan Perancang Bandar;

Jabatan Pelesenan;
Jabatan Kewangan;
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta; dan
Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Peniaga Kecil.

1.2 Pelaksanaan untuk mendapatkan pengiktirafan pensijilan telah dimulakan pada 13 Januari 2009 iaitu tarikh arahan
Datuk Bandar agar memulakan usaha ke arah pengiktirafan pensijilan secara keseluruhan. Datuk Bandar telah
memberi tempoh selama 9 bulan dan hasrat ini disambut baik oleh kesemua pegawai dan kakitangan DBKL.

1.3 Datuk Bandar telah melantik Wakil Pengurusan iaitu, Datuk Ketua Pengarah dan Timbalan Wakil Pengurusan yang
terdiri daripada 3 Timbalan Ketua Pengarah mengikut sektor masing-masing. Manakala Pegawai Dokumen telah
dilantik yang terdiri daripada kesemua Pengarah/Ketua Unit/Ketua Pengurus Kawasan bagi memastikan kesemua
dokumen adalah teratur.

1.4 Datuk Bandar telah melantik Wakil Pengurusan iaitu, Datuk Ketua Pengarah dan Timbalan Wakil Pengurusan yang
terdiri daripada 3 Timbalan Ketua Pengarah mengikut sektor masing-masing. Manakala Pegawai Dokumen telah
dilantik yang terdiri daripada kesemua Pengarah/Ketua Unit/Ketua Pengurus Kawasan bagi memastikan kesemua
dokumen adalah teratur.

2. Seminar Kesedaran MS ISO 9001:2008


2.1 Bagi memastikan kesemua pegawai dan kakitangan memaklumi akan pelaksanaan MS ISO 9001:2008, Urus setia
MS ISO 9001:2008 telah menganjurkan seminar MS ISO 9001:2008 yang disampaikan oleh wakil daripada SIRIM
iaitu Puan Hanidah Ghazali. Seminar ini telah diadakan di auditorium DBKL dan dihadiri kira-kira 400 pegawai dan
kakitangan DBKL.

3. Bengkel Penyediaan Dokumen


3.1 Kesemua Jabatan di DBKL telah melantik pasukan petugas di peringkat Jabatan yang terdiri daripada pelbagai
peringkat. Kesemua pasukan petugas ini mula menyediakan dokumen mengikut skop pensijilan yang ditetapkan.

3.2 Bagi memastikan kesemua dokumen adalah mengikut standard yang ditetapkan dalam pelaksanaan MS ISO ini,
Urus setia MS ISO 9001:2008 (UISO) telah menganjurkan 4 siri bengkel dokumen bermula 6 Februari 2009 hingga
20 Februari 2009.

4. Latihan kepada pegawai dan kakitangan


4.1 Kesemua pegawai dan kakitangan, DBKL telah mula membuat latihan ke atas sistem pengurusan kualiti yang
diterapkan semasa bengkel dokumen sejurus selepas dokumen siap dan diluluskan oleh pengurusan tertinggi DBKL.

4.2 Latihan ini bertujuan untuk memastikan kesemua pegawai dan kakitangan melaksanakan tugas berdasarkan kepada
sistem yang diterapkan dan mengikut peraturan yang ditetapkan berdasarkan kepada Standard ISO.

5. Penguatkuasaan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti


5.1 Bermula 10 Mac 2008, DBKL telah mula melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti di seluruh DBKL. Pelaksananaan
ini melibatkan kesemua pegawai dan kakitangan DBKL daripada Pengurusan Tertinggi sehinggalah di peringkat
bawahan.

6. Audit Dalaman
6.1 Beberapa siri bengkel Audit Dalaman juga telah dibuat bagi memastikan juruaudit yang dilantik benar-benar
berkelayakan bagi mengaudit sistem pengurusan kualiti, DBKL. Juruaudit yang dilantik adalah melibatkan beberapa
pegawai dan kakitangan daripada kumpulan pengurusan dan professional, kumpulan sokongan 1 dan kumpulan
sokongan 2.

6.2 Seramai 166 juruaudit telah dilatih dan mula mengaudit sistem pengurusan kualiti DBKL pada 2 Jun 2009 hingga 15
Jun 2009 yang diketuai oleh Puan Jabarilah Jaafar, Timbalan Pengarah, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia.
Tujuan pengauditan ini adalah bagi menyemak pelaksanaan sistem pengurusan kualiti adalah mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Standard ISO.

6.3 Beberapa ketidakakuran telah didapati dan kesemua Jabatan yang terlibat telah membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

7. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan


7.1 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar telah diadakan pada 23, 24 dan 28
Julai 2009 melibatkan 3 sektor iaitu Sektor Pentadbiran, Sektor Perkhidmatan dan Sektor Pembangunan.

7.2 Kesemua Jabatan telah membentangkan beberapa agenda yang ditetapkan iaitu penemuan audit dalam, aduan dan
maklumbalas pelanggan, pencapaian prestasi terhadap proses perkhidmatan, status tindakan pembetulan dan
pencegahan, perubahan-perubahan yang boleh memberi kesan ke atas sistem pengurusan kualiti dan cadangan-
cadangan penambahbaikan.

7.3 Datuk Bandar Kuala Lumpur telah bersetuju dengan pencapaian dan penambahbaikan yang dibuat diperingkat DBKL
secara keseluruhan dan mengarahkan agar penambahbaikan dibuat secara berterusan.

8. Audit Peringkat Pertama


8.1 Audit Peringkat Pertama telah diadakan selama 2 hari yang dihadiri oleh seorang juruaudit daripada SIRIM Qas
International Sdn Bhd (SIRIM) pada 3 dan 4 Ogos 2009. Kesemua 344 Dokumen Kualiti, DBKL yang terdiri daripada
1 Manual Kualiti, 15 Prosedur Pengurusan, 143 Prosedur Kualiti dan 185 Arahan Verja telah disemak semasa sesi
pengauditan ini.

9. Audit Peringkat Kedua


9.1 Audit Peringkat Kedua telah diadakan selama 2 minggu bermula 24 Ogos 2009 hingga 4 September 2009.

9.2 Pasukan Audit daripada SIRIM seramai 6 juruaudit telah mengaudit kesemua Jabatan/Unit/Pejabat Cawangan di
DBKL.

9.3 Kesemua Jabatan yang terlibat telah mengambil tindakan ke atas teguran yang ditemui oleh pasukan audit SIRIM.

10. Pengiktirafan Pensijilan MS ISO 9001:2008


10.1 DBKL telah dianugerahkan pensjilan MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM Qas International Sdn Bhd pada 18 September
2009 iaitu genap 8 bulan 5 hari daripada tarikh arahan Datuk Bandar. Pensijilan ini adalah melibatkan kesemua 35
skop pensijilan yang ditetapkan. Pengiktirafan pensijilan ini telah disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan
kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2009.
1. Merancang pembangunan ibu negara dengan cekap, efisien, teratur, terkawal dan
telus untuk menjadikan bandar raya maju dan berdaya saing melalui kelulusan
perintah pembangunan, pelan bangunan dan kerja tanah dalam tempoh
ditetapkan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
2. Memudah dan menggalakkan urusan perniagaan serta menjamin keselamatan
pengguna melalui pengamalan aktiviti perniagaan keselamatan pengguna melalui
pengalaman aktiviti perniagaan berkualiti bagi menjana pertumbuhan ekonomi
berprestasi tinggi di ibu kota melalui aktiviti.
3. Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam dan prasarana yang
berkualiti, mencukupi, efisien, mesra pengguna dan mudah sampai bagi
memenuhi keperluan warga kota.
4. Mengadakan aktiviti sosial / pembangunan komuniti setempat bersama persatuan
penduduk / Badan Bukan Kerajaan mengikut jadual di setiap kawasan Parlimen
sekurang-kurangnya 2 kali sebulan untuk membentuk budaya masyarakat yang
bersatu padu dan harmoni.
5. Memastikan maklum balas awal kepada pengadu diberikan dalam tempoh 24 jam
dan maklum balas mengenai status pelaksanan tindakan ke atas aduan diberikan
selewat-lewatnya dalam tempoh 3 hari daripada tarikh penerimaan aduan dan
membuat susulan sehingga selesai.
6. Memastikan semua perkhidmatan online dapat dicapai secara berterusan (24jam x
7 hari).
7. Mengurus kutipan hasil dengan cekap dan berbelanja secara berhemah.
8. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan secara adil, telus dan
berterusan bagi kesejahteraan dan keselamatan warga kota melalui notis-notis
yang dikeluarkan.
9. Memastikan modal insan dibangunkan secara berterusan untuk melahirkan warga
kerja yang kompeten.
PENGURUSAN TERTINGGI

DATUK BANDAR KUALA LUMPUR


Y. Bhg. Datuk Seri Ahmad Fuad Bin Ismail

Pejabat Datuk Bandar


Tingkat 27, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2617 9064


Faks: 03-2691 9664

KETUA PENGARAH DBKL


Y. Bhg. Datuk Hj. Salleh bin Yusup

Pejabat Ketua Pengarah


Tingkat 28,
Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2617 9059


Faks: 03-2692 8436

TIMBALAN KETUA PENGARAH


PENTADBIRAN
Y. Bhg. Datuk Normah Binti Malik

Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran


Tingkat 28,
Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2617 9003
Faks: 03-2691 9446

TIMBALAN KETUA PENGARAH


PERKHIDMATAN
Y. Bhg. Datuk Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abd. Aziz

Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan


Tingkat 2, Menara DBKL 3,
Bandar Wawasan,
Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2617 6776


Faks: 03-2698 3905

TIMBALAN KETUA PENGARAH


PEMBANGUNAN
Y. Bhg. Encik Zulkifli Bin Ibrahim

Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan


Tingkat 20,
Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2617 9310


Faks: 03-2693 9323

PENGERUSI

Y. Bhg. Datuk Seri


Ahmad Fuad bin Ismail

ANGGOTA
Y. Bhg. Dato' Y. Bhg. Datuk
Y. Bhg. Datuk Mustapa
Haji Bakaruddin Bin Hj. Yahaya b. Mat
Kamal b. Mohd. Yusoff
Othman Ghani @ Abbas

Y. Bhg. Datuk Hajah


Y. Bhg. Encik
Sharifah Aminah Bt. Y. Bhg. Encik Lim Si Pin
Ramanathan Chinnu
Syed Ahmad

Y.Bhg Datuk Ir. Haji


Y.Bhg Encik Himmat Y.Bhg Dato' Michael K. C
Abdul Latif b. Mohd.
Singh Yam
Som.
Y.Brs Puan Siti Fatimah Bt. Y.Brs Encik Chin Yen Foo @
Daud Banie Chin
Carta Organisasi

Anda mungkin juga menyukai