Anda di halaman 1dari 10

Arahan am : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.

Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif
yang disediakan.

Soalan 1 19

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Maafkan _____________ kerana terlambat sampai Zaharah, kata Irdina mewakili rakan-
rakan yang lain.
A saya C kami
B awak D kalian

2. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, _____________ perlu sama-sama


memainkan peranan untuk memajukan negara.
A dia C beta
B kita D beliau

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Ibu memberikan semangkuk susu _____________ anak kucing itu.


A ke C kepada
B pada D daripada

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Jika Pak Kamal tidak dapat turun ke laut, dia akan menggunakan masanya yang terluang itu
untuk _____________ jalanya yang koyak.
A menyirat C menjahit
B menampal D menyulam

1
5. _____________ maaf, cikgu. Saya tidak menghadiri aktiviti kokurikulum pada petang
semalam, ujar Azman.
A Usah C Minta
B Jemput D Tolong

6. Pada cuti sekolah yang lalu, Halim dan keluarganya telah berpeluang ke _____________.
Mereka memperoleh banyak maklumat tentang flora dan fauna semasa di sana.
A Muzium Negara C Taman Negara
B Taman Botani Putrajaya D Planetarium Negara

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Hubungan antara Asyikin dengan kawan-kawannya semakin _____________ kerana


sikapnya yang suka meninggi diri.
A layu C longgar
B lebar D renggang

8. Gadis itu menaip dengan _____________ walaupun dia cacat penglihatan.


A licin C lincah
B lancar D padat

9. Atap rumahnya _____________ kampung diperbuat _____________ daun nipah.


A ke ........... dengan C pada .......... oleh
B di ........... daripada D dari ........... dari

10. _____________ hendak merendam cadar itu di bilik air, Bibi Marjinah tergelincir
_____________ jatuh terduduk.
A Sebab .......... dan C Walaupun ........... dan
B Jikalau ............ apabila D Ketika ............ lalu

11. Kami ke sana dua hari _____________ sempena cuti hujung minggu.
A juga C sahaja
B hanya D memang

2
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Encik Zahid sedang ditemu duga untuk _____________ pangkat.


A dinaiki C kenaikan
B menaiki D menaikkan

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Pelanggan berpusu-pusu ke pasar raya itu akibat _____________ harga barangannya.
A penurunan C menuruni
B keturunan D menurunkan

14. _____________, bukan main segak lagi anak abah ini apabila memakai uniform pengawas,
ujar bapaku.
A Cis C Wahai
B Aduh D Wah

15. Farid memang berpeluang cerah untuk menjuarai acara pecut itu. _____________, dia
demam ketika pertandingan diadakan.
A Oleh itu C Tambahan pula
B Malangnya D Sehubungan dengan itu

16. Persatuan Penduduk Kampung Daun Sireh sedang _____________ penduduk yang layak
menerima bantuan kewangan tersebut.
A mengemas kini C mengambil alih
B menunjuk ajar D mengenal pasti

3
Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. Semua kerusi dan meja di dalam kelas itu kelihatan _____________ kerana tidak dikemas.
A kucar-kacir C huyung-hayang
B lintang-pukang D bengkang-bengkok

18. Ibu berasa gembira apabila menerima hadiah berupa se_____________ cincin berlian dan
se_____________ jam tangan daripada ayah sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
A bentuk ............ utas C buah ................ biji
B gugus ............ keping D kalung ............... utas

19. Sebagai pekerja, kita mesti sentiasa patuh akan arahan majikan.
Pilih perkataan seerti bagi patuh.
A faham C ingkar
B ingat D akur

20. Murid-murid menjawab soalan-soalan yang mudah itu dalam masa lima minit sahaja.
Pilih perkataan berlawan bagi mudah.
A sukar C besar
B senang D sederhana

Soalan 21 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21. I Tikar mengkuang yang disiapkan oleh wanita buta itu memang halus buatannya.
II Amalan perbomohan sering dikaitkan dengan kewujudan makhluk halus.
III Puan Hazira menggunakan gula halus untuk menyira kuih keria itu.
IV Tapak kasutnya sudah halus kerana telah lama digunakan.
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV

4
22. I Beberapa buah kampung di Kelantan dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang turun
sepanjang hari.
II Pokok langsat di dusun datuk berbuah lebat pada tahun ini.
III Bulu kucing kesayangan Imran itu memang lebat sungguh.
IV Suasana di dalam pasar raya itu lebat dengan pelanggan.
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV

23. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Siapakah yang menjadi johan bagi peraduan teka silang kata itu?
A Johan bagi peraduan teka silang kata itu ialah Zubaidah.
B Ya, tentulah Zubaidah yang menjadi johan bagi peraduan itu.
C Orang yang paling layak menjadi johan bagi peraduan itu ialah Zubaidah.
D Zubaidah sendiri tidak mengetahui bahawa dia menjadi johan peraduan itu.

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan dalam tempoh yang ditetapkan.
A Mengapakah murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan?
B Bagaimanakah murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan?
C Siapakah yang mengingatkan murid-murid supaya menjawab semua soalan?
D Apakah peringatan yang diberikan kepada murid-murid?

Soalan 25 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. Motosikal abang yang baru sahaja dicuci itu kelihatan bersih dan bersinar.
A Motosikal baharu yang dicuci oleh abang itu kelihatan bersih dan bersinar.
B Motosikal abang kelihatan bersih dan bersinar kerana baru sahaja dicuci.
C Motosikal yang kelihatan bersinar itu baru sahaja dicuci abang dengan bersih.
D Motosikal abang yang masih baharu itu kelihatan bersih dan bersinar setelah dicuci

26. Saya sangat menyayangi kedua-dua ibu bapa saya, kata Mimi kepada rakannya.
A Sangat menyayangi kedua-dua ibu bapa Mimi dan rakannya.
B Kedua-dua ibu bapa Mimi sangat menyayangi Mimi dan rakannya.
C Mimi memberitahu rakannya bahawa dia sangat menyayangi ibu bapanya.
D Mimi meyakinkan rakannya bahawa kedua-dua ibu bapanya sangat menyayanginya.

5
Soalan 27 28
Pilih ayat yang betul.

27. A Aduh, manis sungguh kuih keria ini!


B Cis, sedapnya masakan rendang daging ibu!
C Wah, kamu rupa-rupanya yang datang, Syahirah!
D Aduhai, kasihan sungguh nasib kanak-kanak malang itu!

28. A Air sungai di belakang rumah nenek menjadi keruh serta hujan turun dengan lebat.
B Anzalna mengambil sehelai kain buruk meskipun mengelap air yang tumpah itu.
C Firman memberitahu saya bahawa dia berasal dari Sandakan, Sabah.
D Kakak menggaru-garu tangannya yang gatal sambil digigit nyamuk

Soalan 29 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29. Syakila dan Syahira pasangan kembar seiras. Namun, sikap mereka amat berbeza
_____________.
A seperti isi dengan kuku
B seperti aur dengan tebing
C seperti langit dengan bumi
D seperti cincin dengan permata

30. Jika Mak Ngah Rafidah ke luar negara, dia tidak lupa membawa pulang _____________
untuk kami.
A buah fikiran
B buah tangan
C buah keras
D buah hati

6
Soalan 31 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,


Kampung Daun Sireh,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.
______________________________________________________________________________

Yang Berhormat,
Ahli Parlimen Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
NEGERI SEMBILAN. 14 JANUARI 2012.

Tuan,
Permohonan Mendirikan Perpustakaan Awam Desa

Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas untuk perhatian pihak Yang Berhormat.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa penduduk Kampung Daun Sireh amat


memerlukan Perpustakaan Awam Desa. Hal ini adalah kerana tempat kami agak jauh dari pusat
bandar. Oleh itu, sukar bagi anak-anak kami untuk mendapatkan bahan bacaan tambahan.

3. Anak-anak kami juga agak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat. Kebanyakan
penduduk di sini kurang berkemampuan untuk menyediakan kemudahan komputer serta Internet
di rumah masing-masing kerana kosnya yang agak mahal. Di samping itu, anak-anak kami juga
masih tidak begitu memahami tentang kepentingan dan manfaat Internet lantaran kurangnya
pendedahan dalam bidang teknologi maklumat.

4. Selain itu, dengan adanya perpustakaan tersebut akan dapat meringankan bebanan kami
dalam menyediakan buku-buku rujukan untuk anak-anak kami yang sedang belajar.
Memandangkan kebanyakan penduduk hanya bergantung pada hasil pertanian, agak sukar bagi
kami untuk menyediakan buku-buku rujukan tambahan tersebut kerana pendapatan yang tidak
menentu. Oleh yang demikian, perpustakaan tersebut amatlah diperlukan.

5. Amatlah besar harapan kami agar permohonan ini mendapat perhatian yang sewajarnya
daripada pihak Yang Berhormat. Dengan adanya perpustakaan itu kelak, tidaklah kami
ketinggalan untuk bersama-sama dalam arus pembangunan negara.

Sekian, terima kasih.

7
Yang benar,
Majid Ali
(MAJID ALI BIN MAHMOOD)
Setiausaha,
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,
Kampung Daun Sireh.

31. Apakah tujuan surat itu ditulis?


A Untuk menyatakan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anak-anak penduduk
Kampung Daun Sireh.
B Untuk memberikan pendedahan dalam bidang teknologi maklumat kepada penduduk
Kampung Daun Sireh.
C Untuk memohon bantuan bahan bacaan tambahan di Kampung Daun Sireh.
D Untuk memohon pembinaan sebuah perpustakaan di Kampung Daun Sireh.

32. Mengapakah perpustakaan itu amat diperlukan oleh penduduk kampung?


A Supaya mereka tidak perlu lagi membeli buku-buku rujukan tambahan.
B Supaya pendapatan penduduk kampung menjadi lebih baik kerana berpeluang
menggunakan Internet.
C Pembinaan perpustakaan itu nanti akan menunjukkan bahawa penduduk kampung itu
tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
D Kedudukan kampung mereka yang agak jauh dari pusat bandar menyukarkan anak-anak
mereka mendapatkan bahan bacaan tambahan.

33. Kebanyakan penduduk kampung itu bekerja sebagai ....................


A guru C peniaga
B petani D pekerja swasta

34. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.


A Kebanyakan penduduk di kampung tidak mahu bekerjasama dalam meningkatkan mutu
pendidikan anak-anak mereka.
B Kebanyakan penduduk di kampung itu kurang mendapat pendedahan tentang
kepentingan bidang teknologi maklumat.
C Kebanyakan penduduk di kampung itu enggan mengeluarkan wang untuk membeli bahan
bacaan tambahan untuk anak-anak mereka.
D Kebanyakan penduduk di kampung itu tidak sedar bahawa mereka sudah lama
ketinggalan kerana tidak mempunyai perpustakaan di kampung mereka.

35. Perkataan sewajarnya dalam petikan bermaksud .......................


A sepatutnya C semestinya
B sewajibnya D sesungguhnya

8
Soalan 36 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sabtu, 30 Mei

Kami bertolak dari rumah ke Cameron Highlands pada pukul 8:00 pagi. Kemudiannya,
pada pukul 10:15 pagi kami singgah di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Perak. Panorama di
sini amat menarik dan mempersonakan. Kawasan rehat yang disediakan oleh pihak yang
menguruskan lebuh raya ini terletak bersebelahan dengan Sungai Perak. Kami sempat menikmati
roti canai dan minuman panas sebelum meneruskan perjalanan. Kami makan tengah hari,
bersolat dan berehat di Simpang Pulai. Setelah dua jam perjalanan dari Simpang Pulai, kami tiba
di Brinchang dan mendaftar masuk di salah sebuah hotel di situ.

Ahad, 31 Mei

Kami berkunjung ke Pusat Penyelidikan Pertanian (MARDI) di Tanah Rata. Di MARDI,


kami dapat melihat pelbagai jenis sayur, bunga dan buah. MARDI turut berperanan melakukan
penyelidikan untuk menghasilkan tanaman yang berkualiti. Hasilnya sangat hebat apabila
MARDI berjaya memajukan penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan beriklim sejuk.
Sayur-sayuran dan bunga-bungaan ini ditanam di bawah bumbung plastik. Kami juga melawat
ke tempat penanaman strawberi dan bunga mawar di sekitar Brinchang.

Isnin, 1 Jun

Kami mengemaskan barang-barang untuk pulang. Kami mendaftar keluar dari hotel pada
pukul 12:30 tengah hari. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di ladang teh. Kami sempat
melihat cara-cara memetik daun teh. Sebelum meninggalkan ladang teh, kami tidak melepaskan
peluang membeli pelbagai jenis teh. Semasa di Kia Farm, ibu dan ayah membeli sayur-sayuran
manakala kakak pula membeli beberapa kuntum bunga teluki untuk dihadiahkan kepada rakan-
rakannya. Perjalanan melalui jalan yang berliku-liku memang meletihkan tetapi pengalaman itu
tetap menyeronokkan. Kami singgah berehat di Hentian Rehat Bukit Gantang. Kami meneruskan
perjalanan pulang dan selamat tiba di rumah pada pukul 8:30 malam.

36. Di manakah hentian pertama penulis berehat dalam perjalanan ke Cameron Highlands?
A Hotel Brinchang C Restoran di Simpang Pulai
B Hentian Rehat Bukit Gantang D Hentian Rehat dan Rawat Sungai
Perak

37. Berapa lamakah penulis dan keluarganya berada di Cameron Highlands?


A Dua hari dua malam C Tiga hari dua malam
B Dua hari tiga malam D Tiga hari tiga malam

9
38. Antara peranan utama MARDI adalah untuk .........................
A menghasilkan teh pelbagai rasa.
B menyelidik dan menghasilkan tanaman bermutu.
C menanam pelbagai tanaman di bawah bumbung plastik.
D menanam sayur-sayuran dan bunga-bungaan dari seluruh dunia.

39. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.


A Rumah penulis terletak beberapa kilometer sahaja dari Cameron Highlands.
B Kakak penulis membeli bunga sebagai buah tangan untuk kawan-kawannya.
C Penulis sekeluarga tidak menggunakan lebuh raya untuk ke Cameron Highlands.
D Penulis dan keluarganya menginap di hotel yang disediakan oleh pihak MARDI.

40. Perkataan panorama dalam petikan bermaksud ......................


A kawasan untuk berehat.
B pengalaman yang dilalui sendiri.
C susun atur dan seni bina bangunan.
D pemandangan yang luas terbentang.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

___________________________ ___________________________ ___________________________


ROZIANA BINTI ABDUL MALEK SALMAH BINTI MOHAMAD MAANILA A/P APPUTHURAI
Guru Bahasa Malaysia Tahun 4, Ketua Panitia Bahasa Malaysia, Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara. SK Seksyen 2 Bandar Kinrara. SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.

10

Anda mungkin juga menyukai