Anda di halaman 1dari 8

AEEA 3317: ISLAM DAN POLITIK DI ASIA BARAT

ADAKAH ANDA BERSETUJU PERKEMBANGAN POLITIK IRAQ SEJAK TAHUN


1979 DI BAWAH PEMERINTAHAN SADDAM HUSSEIN MENYEBABKAN
NEGARA TERSEBUT MENJADI SEBUAH NEGARA YANG GAGAL (A FAILED
STATE), SERTA APAKAH YANG MENYEBABKAN FAKTOR INI BERLAKU ?

PENGENALAN

Iraq merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah yang panjang. Dari sudut
geografinya Iraq adalah sebuah negara yang strategik kerana terletak diantara dua sungai utama
dunia iaitu Sungai Tigris dan Euraphates. Iraq bersempadanan dengan Turki di sebelah utara,
Iran di sebelah timur, Persia di sebelah tenggara, Kuwait di sebelah selatan serta Jordan dan
Syria di sebelah Barat. Penduduk negara Iraq mempunyai 3 golongan pembahagian terbesar
iaitu 60 peratus adalah golongan yang bermazhabkan Syiah. Golongan ini kebanyakannya
tinggal di ka!asan selatan negara Iraq. Manakala golongan kedua terbesar adalah golongan
yang memegang mazhab Sunni. Golongan ini biasanya tinggal di kawasan tengah Iraq.
Selebihnya adalah orang kurdish atau lebih dikenali sebagai Kurds people.

Perkembangan politik Iraq pada tahun 1979 bermula seawal perlantikan Saddam
Hussien menjadi Presiden Iraq, bagi menggantikan Ahmed Abu Bakar. Saddam Hussien
memulakan karier politik beliau melalui Parti Baath yang disertai oleh beliau pada tahun 1950
an lagi. Parti Baath pada tahun 1960 an telah banyak menggulingkan presiden Iraq sendiri.
Bermula pada tahun 1963, Qasim telah digulingkan pada 2 Februari 1963 dan kemudian
digantikan oleh pemerintahan yang bersifat junta oleh Abd Al-Salam Arif. Abd Al-Salam Arif.
Sekali lagi pada tahun 1962 Abd Al-Salam Arif telah digulingkan oleh kepimpinan General
Ahmed Abu Bakar. Ahmad Abu Bakar ini telah menjadikan parti Baath sebagai sebuah parti
elit yang mendominasi ekonomi minyak pada tahun 1970 an. Pada masa tersebut Cawangan
Parti Baath elit adalah menerusi Revolutionary Command Council (RCC) yang mana Saddam
Hussien yang menjadi pengerusi. Pada tahun 1979, Saddam Hussien telah menggulingkan
Ahmed Abu Bakar sebagai presiden Iraq yang kelima. Selepas Saddam Hussien menjadi
presiden Iraq, pembentukan kuasa adalah berdasarkan kepada kuasa bermazhabkan Sunni atau
lebih dikenali sebagai Sunni Uphold. Jika dilihat dalam komposisi penduduk dalam negara Iraq
pada tahun 1970-an sehinggalah sekarang majoriti penduduk adalah bermazhabkan Syiah dan
diikuti oleh Sunni. Kepimpinan Saddam Hussien adalah kepimpinan yang menggunakan
sistem ditaktor dalam memerintah dan beliau memerintah selama 24 tahun.
Bermula sejak perlantikan Saddam Hussien sebagai presiden Iraq, banyak perkara
penting dalam politik negara Iraq telah berlaku sehinggalah kemasukan Amerika Syarikat
melalui invansi pada tahun 2003 yang akhirnya menjadikan Iraq sebagai sebuah negara yang
gagal. Banyak siri peperangan yang telah dilakukan oleh Saddam Hussien dalam mengukuhkan
kuasa beliau sebagai Presiden Iraq. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam perkembangan
politik Iraq sebenarnya membawa status negara Iraq kepada negara yang gagal (A Failed State).
Selepas pasca pemerintahan Saddam Hussien sehinggalah kejatuhan Saddam Hussien sebagai
Presiden Iraq, ramai ahli sains politik telah menganggap bahawa Iraq adalah negara yang
fragile dan menuju ke failed. Namun, pada tahun 2010, Iraq telah diisytiharkan sebagai negara
yang gagal atau The Failed State Of Iraq

Sebelum melihat faktor yang menjadikan Iraq sebagai sebuah negara yang menuju ke
The Failed State, pendefinisian state itu sendiri terbahagi kepada beberapa pembahagian iaitu
Strong State, dan Failed State. Dalam pendefinisian ini, ianya merangkumi beberapa ciri
tertentu yang menentukan sama ada sesebuah negara itu berada dalam kategori state yang mana
satu. Secara umumnya, Strong state boleh ditafsirkan sebagai sebuah negara yang mempunyai
peranan kerajaan autoriti dalam memberikan aturan kepada satu atau lebih masyarakat sama
ada dalam negara atau jajahan. Aturan-aturan ini termasuk dalam peranan kerajaan dalam
menyediakan kehendak awam atau rakyat dalam negara itu sendiri. Antara kehendak awam
yang mempunyai priority adalah perlindungan dan keselamatan, politik serta ekonomi.1
Menurut Robert D. Rotberg, beliau telah mencirikan beberapa kehendak awam yang perlu
disediakan oleh kerajaan kepada masyarakat. Antaranya ialah:

1. Keselamatan: kerajaan berperanan melindungi sempadan daripada sebarang


pencerobohan dan ancaman sama ada daripada dalam atau luar negeri itu sendiri.
2. Politik: masyarakat awam perlu diberikan kebebasan dalam berpartisipasi politik
samaada secara langsung atau proses politik. Selain itu, politik ini juga perlulah seiring
dengan hak asasi manusia.
3. keperluan awam: keperluan awam ini adalah menjurus kepada pembangunan sosial
dalam masyarakat seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan awam, sistem
perbankandan sebagainya.

Dalam pendefinisian, Failed State pula, di mana state mengalami satu tahap krisis
dalaman yang disebabkan oleh kelemahan undang/undang dan ketenteraman (collapse law, and

1
order). Dalam masa yang sama, institusi pembangunan dan keselamatan tidak mampu lagi
untuk berFungsi dengan sempurna. Robert D. Rotberg juga ada mencirikan bagaimana Failed
State. Antara Cirinya ialah;

1. Perang sivil: yang berlaku dalam sesebuah negara tanpa ada penyelesaian. Perang sivil
ini boleh berlaku antara etnik, agama dan sebagainya.
2. Pemerintahan secara rejim oleh pemerintah dalam sesebuah negara: Pemerintahan
yang sebegini akan memberikan tekanan kepada masyarakat dan rakyat yang akhirnya
dinafikan hak-hak dalam hak asasi manusia.
3. Ketikakupayaan mengawal kawasan dan sempadan negara: negara yang boleh
dianggap gagal apabila adanya kelemahan dalam sistem keselamatan dan pengawalan
sehingga membolehkan pencerobohan dan menyebabkan hilangnya sebahagian besar
daripada kawasan yang diperintah.
4. Peningkatan kadar jenayah.
5. Pendapatan per kapita: Sekiranya pendapatan per kapita masih berada di bawah tahap
yang minimum, ia boleh dianggap sebagai sebuah negara yang gagal.

Menurut Noam Chomsky dalam bukunya The Failed State:The Abuse of Power and The
Assult on Democracy beliau telah menyatakan ciri-ciri sebuah Negara yang gagal ialah
kegagalan kerajaan menyediakan kawalan keselamatan kepada rakyatnya, tidak dapat
menjamin hak ketika seseorang itu di kediamannya atau di luar dan tidak dapat mengekalkan
demokrasi dalam pentadbiran. Iraq telah pun gagal dalam mengelak daripada kebanyakan ciri-
ciri sebuah Negara yang gagal justeru hal ini menyebabkan dunia terutamanya pihak Barat
telah menggelarkan Iraq sebagai A Failed State bersama dengan beberapa buah negara lain
seperti Somalia, Sudan, Chad, Haiti, Afghanistan, dan banyak lagi negara terutamanya negara-
negara Timur Tengah dan benua Afrika.

MENGAPA IRAQ MENJADI SEBUAH NEGARA YANG GAGAL

TERLIBAT DENGAN BEBERAPA SIRI PEPERANGAN

1) Perang Iran-Iraq

Perang ini mula tercetus apabila Iraq telah menyerang wilayah Khorramshars pada tanggal
22 September 1980. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan perang ini berlaku. Antaranya
termasuklah Iran mendakwa bahawa Saddam Hussein ingin mengembalikan kekuasaan Shah
Iran dan mahu mengawal kepentingan imperialis di kawasan tersebut. Bagi pihak Iraq pula
mereka berperang adalah untuk mengembalikan kedaulatan mereka ke atas perairan Shatt Al
Arab. Perairan air ini adalah sangat strategik dan asalnya ia adalah dibawah kekuasaan Iraq.
Walau bagaimanapun apabila Dinasti Uthmaniyyah dapat menakluk Iraq perairan ini secara
tidak langsung berada di bawah kekuasaan Turki. Melalui perjanjian Erzerum pada 1874 Iran
telah memperakui kedaulatan Turki keatas perairan Shatt Al-Arab. Menurut perjanjian tersebut
seluruh perairan tersebut sehingga ke pantai Iran adalah dibawah takluk Dinasti Uthmaniyyah
dan ia sekaligus dijadikan sempadan.

Iraq juga didesak supaya mengakui bahawa perairan tersebut adalah milik bersama selepas
berlakunya perang dunia pertama. Namun begitu Iraq hanya Berjaya mendapat sedikit sahaja
daripada status quo yang dinyatakan terhadap perairan tersebut. Keadaan semakin memburuk
apabila Iran pula telah memberikan sokongan ke atas orang Kurdish yang terdiri daripada
pemberontak-pemberontak untuk melakukan pemberontakan terhadap kerajaan Iraq. Pada
bulan September 1980 apabila perdamaian sudah tidak mampu dicapai lagi oleh Iran dan Iraq.
Situasi semakin buruk apabila Saddam Hussein mengarahkan tenteranya menceroboh dan
menyeberangi kawasan Shatt Al Arab untuk ke Khuiestan iaitu sebuah wilayah yang terkenal
dengn kekayaan sumber minyaknya. Iraq cuba menguasai perairan Shatt Al Arab dengan tujuan
untuk menyekat pengeluaran minyak Iran di Abadan dan Khorramshars. Iraq juga pada masa
yang sama memaksa Iran memperakui hak mereka ke atas perairan Shatt Al Arab dan
mendesak Iran mengembalikan tiga buah pulau yang diambil oleh Shah Iran pada tahun 1971
seperti Pulau Abu Musa Pulau Tunb Besar dan Tunb Kecil. Keterlibatan Iraq dalam perang ini
dianggap satu kesilapan besar yang dilakukan. Hal ini kerana perang tersebut yang
berkesudahan dengan tiada pemenang tetapi telah membawa pelbagai kerosakan dan
kemusnahan harta benda dan juga nyawa penduduk Iraq itu sendiri. Malah dapat dilihat
ekonomi Iraq terjejas akibat perang yang sia-sia ini. Perang yang tidak berkesudahan ini selama
lapan tahun ini telah menjejaskan reputasi dan imej Iraq yang cuba dibina oleh Saddam
Hussein. Walaupun Iraq berperang dengan alasan untuk mengembalikan kedaulatan-
kedaulatan di kawasan-kawasan tertentu tetapi banyak pihak yang melihat motif peperangan
ini adalah kerana Iraq ingin menguasai sumber hasil minyak di kawasan tersebut. Peperangan
ini berakhir dengan gencatan senjata pada 20 Ogos 1988 yang diusahakan oleh PBB akan tetapi
sentiment dan dendam rakyat Iran-Iraq masih kekal dan peperangan ini ternyata telah memecah
belahkan dunia Arab kerana negara-negara Arab yang radikal seperti Libya Syria dan Algeria
dilihat berpihak kepada Iran manakala negara-negara Arab yang konservatif seperti Arab Saudi
Mesir dan Kuwait lebih berpihak kepada Iraq.
2) Serangan dan penaklukan Iraq ke atas Kuwait

Selepas dua tahun perang Iran-Iraq berlangsung konflik yang lain pula timbul. Kali ini
masih lagi melibatkan Iraq akan tetapi Kuwait pula yang menjadi mangsanya. Iraq telah
menawan Kuwait pada tanggal 2 Ogos 1990 di atas beberapa faktor. Antara faktornya ialah
hubungan Iraq dan Kuwait menjadi tegang apabila Iraq secara terus terang mendakwa bahawa
Kuwait telah mencuri hasil minyak di kawasan yang didakwa adalah milik Iraq. Semasa
berlakunya perang Iran-Iraq ini Iraq telah mengambil langkah untuk membuat pinjaman
daripada Negara-negara Arab yang lain. Antaranya ialah kuwait. Kuwait bersetuju untuk
membantu memberi pinjaman kepada Iraq dari segi kewangan semasa perang tersebut berlaku
tetapi Iraq telah menganggap bahawa Kuwait telah memberikan hadiah atas dasar setia kawan
dan diplomasi. Pun begitu Kuwait masih lagi tidak bersetuju untuk menukarkan pinjaman
sejumlah wang yang telah diberikan kepada Iraq itu sebagai hadiah. Malah meminta Iraq
supaya membayar kembali wang tersebut kepada Kuwait.

Perang yang dilancarkan oleh Iraq terhadap Kuwait ini akhirnya mencetuskan huru-hara
kepada Negara-negara Arab yang lain. Perang ini digelar sebagai Perang Teluk yang berlaku
antara tahun 1990 sehingga 1991. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila adanya campur
tangan daripada PBB yang menggunapakai tuduhan daripada Amerika Syarikat terhadap Iraq
dalam penggunaan senjata nuklear semasa serangan terhadap Kuwait. Presiden George W.
Bush telah mengemukakan tuduhan kepada Iraq, memiliki senjata nuclear. Ada sarana yang
menganggap bahawa tindakan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ini adalah sebagai satu
tindakan untuk mengusir Iraq daripada Kuwait. Atas dasar tindak balas terhadap serangan Iraq
terhadap Kuwait PBB telah memberikan kata putus untuk mengenakan sekatan tekanan
ekonomi kepada Iraq pada tahun 1991. Selepas berlakunya sekatan ekonomi terhadap Iraq Iraq
mula merasakan bahwa tekanan ekonomi dan kesukaran dalam menaga negaranya Iraq telah
membuat satu persetujuan untuk membayar kerosakan dan kemusnahan yang telah dilakukan
oleh Iraq ke atas Kuwait dan menarik diri keluar daripada Kuwait.

Hasil daripada tindakan yang telah dilakukan oleh Bush pada tahun 1991 PBB telah
mengeluarkan satu resolusi pada 15 anuari 1991. Resolusi 687 (1991) mengandungi kebenaran
untuk menggunakan kekerasan membenarkan Iraq diusir daripada Kuwait. Iraq telah menyerah
kalah pada tahun 1991. Namun PBB dan Amerika Syarikat telah bersetuju untuk melakukan
pemeriksaan dan pemantauan terhadap negara Iraq melalui keputusan PBB. Keputusan ini telah
di capai melalui Special Commision on Iraq (UNSCO) Perkara penting yang berlaku pada
tahun 1992 dalam perkembangan politik Iraq ialah Iraq Liberation Act. Amerika Syarikat telah
menyatakan bahawa Iraq akan menadi sebuah negara yang demokrasi dan Saddam bakal
dijatuhkan daripada tampuk pemerintahan Iraq.

Keadaan ini masih lagi berterusan apabila Iraq sekali lagi melalui campur tangan PBB dan
Amerika Syarikat mengadakan pemeriksaan dan pemantauan. PBB telah mengeluarkan satu
lagi resolusi iaitu resolusi 1441 (2002) bersama dengan Majlis Keselamatan PBB. Resolusi
pemeriksaan dan pemantauan yang awalnya hanya terhenti setakat tahun 1992. Namun
Amerika Syarikat sekali lagi memainkan peranan dalam kemelut politik Iraq dengan
menyatakan rasa kebimbangan terhadap senjata nuklear yang dimiliki oleh Iraq pemeriksaan
dan pemantauan ini telah dilakukan bersama dengan badan khas yang terlatih iaitu U.N
Monitoring Veritification and Inspection Commission (UNMOVIC) dan the International
Atomic Energy Agency (IAEA). Pada awalnya resolusi kali kedua ini tidak dipersetuui oleh
Iraq. Pada saat akhir Iraq akhirnya bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dan pemantauan
ini dilakukan.

Tidak beberapa lama kemudian Amerika Syarikat melalui misi Operasi Kebebasan Iraq
telah berjaya memasuki Iraq melalui invansi pada 19 Mac 2003. Pemeriksaan dan pemantauan
yang dicapai melalui resolusi senjata nuklear kali kedua dianggap tidak berjaya oleh Amerika
Syarikat. Oleh itu Amerika Syarikat telah bersama-sama dengan beberapa negara sekutu seperti
Perancis Jerman dan Rusia telah mencapai kata sepakat melakukan operasi ini. Pada 1 Mei
2003 Bush dalam uCapan beliau telah memberikan pengisytiharan kepada Iraq sebagai Negara
yang berzon konflik Amerika Syarikat pada tahun yang sama telah membawa masuk lebih
13000 orang anggota tentera ke dalam Iraq. Nasib Saddam Hussien akhirnya berada di tangan
Amerika Syarikat apabila beliau ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati.

PEMERINTAHAN DIKTATOR DAN PENGHAPUSAN ETNIK MINORITI

1) Penghapusan Etnik Kurdish

Selain itu Iraq dikatakan sebagai sebuah Negara yang gagal adalah kerana pemerintahan
diktator yang diamalkan oleh Saddam Hussein. Pemerintahan Saddam Hussein merupakan
pemerintahan yang bersifat diktator dan rejim. Saddam Hussein bukan sahaja berfungsi sebagai
presiden Iraq tetapi juga sangat autokratik dalam pentadbiran Negara. Beliau seolah-olah
bertindak sebagai Menteri di Kementerian Menteri Pertahanan Menteri Kewangan dan
sebagainya. Saddam Hussein juga mengguna pakai kuasanya dalam mengeluarkan perintah
bukan sahaja dalam sistem Negara tetapi juga dalam Parti Baath yang dipimpin olehnya.
Pemerintahan diktator yang diamalkan oleh beliau inilah kemudiannya telah membawa kepada
penghapusan etnik minoriti di Iraq seperti etnik Kurdish yang dilihat sering mencetuskan huru-
hara dan melakukan pemberontakan terhadap kerajaan di Iraq.

Bagi merealisasikan niatnya Saddam Hussein semasa pemerintahan beliau telah


menjalankan kempen Al-Anfal. Kempen ini dijalankan dari tahun 1986-1989 dan kempen ini
bertujuan untuk menghapuskan etnik Kurdish di Iraq. Dalam kempen ini beliau telah
menggunakan senjata kimia untuk membunuh etnik Kurdish secara beramai-ramai. Pada
peristiwa 16 Mac 1988 Saddam Hussein telah mengeluarkan satu arahan serangan dengan
menggunakan gas beracun ke atas kawasan Hallabjah. Serangan ini telah menyebabkan 5540
kaum Kurdish terbunuh 25 000 lagi cedera dan terpaksa di hantar ke hospital-hospital di Iran.
Tekanan yang dikenakan terhadap orang Kurdish telah mendapat perhatian daripada PBB dan
PBB telah mengisytiharkan kawasan utara Iraq sebagai kawasan No Fly Zone. Langkah ini
diambil bagi melindungi orang-orang Kurdish daripada tekanan politik Saddam Hussein.
Bukan itu sahaja Saddam juga turut akan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap berpotensi
menentang beliau dalam politik. Pemerintahan Saddam Hussein pernah dilabelkan sebagai
pemerintahan yang melanggar hak asasi manusia yang paling tinggi kerana sesiapa sahaja yang
mencabar kedudukannya akan dihukum bunuh dan dipenjara.

2) Penghapusan penganut bermazhab Syiah

Semasa pemerintahan beliau juga telah berlakunya dasar pecah dan perintah antara
masyarakat Sunni dan Syiah. Kepimpinan Saddam Hussein dilihat lebih cenderung dalam
memberi ruang dan peluang serta keistimewaan kepada golongan Sunni dalam pemerintahan
yang sememangnya memberikan kesan dan polemik yang berpanjangan dalam kalangan
kedua-dua penganut mazhab ini. Hal ini demikian kerana dapat dilihat bahawa Saddam sendiri
merupakan penganut mazhab Sunni dan beliau merasakan bahawa mazhab Syiah tidak perlu
diberi keutamaan. Saddam Hussein turut merasakan bahawa golongan Syiah ini sering tidak
berpuas hati terhadap pemerintahan rejim sekular Parti Baath yang diterajui olehnya.

Saddam Hussein turut dikaitkan dengan pembunuhan 148 penduduk Muslim Syiah
termasuk wanita dan anak-anak di desa Dujail pada 5 November 1982 dalam peristiwa tersebut
banyak rumah-rumah penduduk yang bermazhab Syiah ini telah dibakar dan harta benda
mereka juga turut dimusnahkan. Manakala pada Oktober tahun yang sama juga beliau
menjatuhkan hukuman mati kepada 19 pegawai termasuklah Brigadier Anwar Ismael Hentosh
dan Amir Rashid Hassoon kerana mereka ini disyaki terlibat dalam pergerakan pemberontakan
Syiah di Utara Iraq. Perkara ini jelas menunjukkan bahawasanya Saddam Hussein telah
melanggar hak asasi manusia dengan melakukan pembunuhan keatas penganut-penganut Syiah
di Negara beliau sendiri.

PENGGUNAAN SENJATA PEMUSNAH

Iraq juga telah didakwa menggunakan Weapon Of Mass Destruction atau WMD
semasa menyerang Iran dalam Perang Iran-Iraq yang berlaku pada tahun 1980 sehingga 1988.
Penggunaan WMD ini dikatakan telah menyebabkan 5000 orang telah mati. Iraq didapati telah
menggunakan gas beracun semasa menyerang penduduk Iran di Halabjah sekitar tanggal 19-
15 Mac 1988. Halabjah merupakan sebuah bandar kecil di utara Iraq yang bersempadan dengan
Iran. Populasi di Halabjah dianggarkan adalah seramai 80 000 orang dan 5000 orang telah mati
akibat gas beracun yang digunakan oleh tentera Iraq. Mangsa yang mati majoritinya golongan
wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah dalam hal tersebut perkara inilah yang menjadi
punca kenapa Saddam Hussein dijatuhi hukuman gantung.

Anda mungkin juga menyukai