Anda di halaman 1dari 22

AEEA 3317: ISLAM DAN POLITIK DI ASIA BARAT

ADAKAH ANDA BERSETUJU PERKEMBANGAN POLITIK IRAQ SEJAK TAHUN


1979 DI BAWAH PEMERINTAHAN SADDAM HUSSEIN MENYEBABKAN
NEGARA TERSEBUT MENJADI SEBUAH NEGARA YANG GAGAL (A FAILED
STATE), SERTA APAKAH YANG MENYEBABKAN FAKTOR INI BERLAKU?

PENGENALAN

Iraq merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah yang panjang. Dari sudut
geografinya Iraq adalah sebuah negara yang strategik kerana terletak diantara dua sungai utama
dunia iaitu Sungai Tigris dan Euraphates.1 Iraq bersempadanan dengan Turki di sebelah utara,
Iran di sebelah timur, Persia di sebelah tenggara, Kuwait di sebelah selatan serta Jordan dan
Syria di sebelah Barat. Penduduk negara Iraq mempunyai 3 golongan pembahagian terbesar
iaitu 60 peratus adalah golongan yang bermazhabkan Syiah. Golongan ini kebanyakannya
tinggal di kawasan selatan negara Iraq. Manakala golongan kedua terbesar adalah golongan
yang memegang mazhab Sunni. Golongan ini biasanya tinggal di kawasan tengah Iraq.
Selebihnya adalah orang kurdish atau lebih dikenali sebagai Kurds people.2

Perkembangan politik Iraq pada tahun 1979 bermula seawal perlantikan Saddam
Hussien menjadi Presiden Iraq, bagi menggantikan Ahmed Abu Bakar.3 Saddam Hussien
memulakan karier politik beliau melalui Parti Baath yang disertai oleh beliau pada tahun 1950
an lagi. Parti Baath pada tahun 1960 an telah banyak menggulingkan presiden Iraq sendiri.
Bermula pada tahun 1963, Qasim telah digulingkan pada 2 Februari 1963 dan kemudian
digantikan oleh pemerintahan yang bersifat junta oleh Abd Al-Salam Arif. Abd Al-Salam Arif.
Sekali lagi pada tahun 1962 Abd Al-Salam Arif telah digulingkan oleh kepimpinan General
Ahmed Abu Bakar. Ahmad Abu Bakar ini telah menjadikan Parti Baath sebagai sebuah parti
elit yang mendominasi ekonomi minyak pada tahun 1970 an. Pada masa tersebut Cawangan
Parti Baath elit adalah menerusi Revolutionary Command Council (RCC) yang mana Saddam
Hussien yang menjadi pengerusi.4 Pada tahun 1979, Saddam Hussien telah menggulingkan
Ahmed Abu Bakar sebagai presiden Iraq yang kelima. Selepas Saddam Hussien menjadi
presiden Iraq, pembentukan kuasa adalah berdasarkan kepada kuasa bermazhabkan Sunni atau

1
Hobbes. J.J., 2001, World Regional Geography, Changage Larning : USA, hlm 263.
2
Joseph J.Hobbs, 2009, World Regional Geography, Belmont, Calif:Brooks/Cole, Cengage Larning, hlm 263.
3
Mathew Bukavoc, 2010, Failed State: Unstable Countries in the 21 Century, New York: The Rosen Publishing
Group, hlm 13.
4
Cordesman. A.H., 1991, Iraq and The War Of Sactions : Conventional Threats and Mass Destructions, Green
Wood Publishing Group: US, hlm 13.

1
lebih dikenali sebagai Sunni Uphold.5 Jika dilihat dalam komposisi penduduk dalam negara
Iraq pada tahun 1970-an sehinggalah sekarang majoriti penduduk adalah bermazhabkan Syiah
dan diikuti oleh Sunni. Kepimpinan Saddam Hussien adalah kepimpinan yang menggunakan
sistem ditaktor dalam memerintah dan beliau memerintah selama 24 tahun.

Bermula sejak perlantikan Saddam Hussien sebagai presiden Iraq, banyak perkara
penting dalam politik negara Iraq telah berlaku sehinggalah kemasukan Amerika Syarikat
melalui invansi pada tahun 2003 yang akhirnya menjadikan Iraq sebagai sebuah negara yang
gagal. Banyak siri peperangan yang telah dilakukan oleh Saddam Hussien dalam mengukuhkan
kuasa beliau sebagai Presiden Iraq. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam perkembangan
politik Iraq sebenarnya membawa status negara Iraq kepada negara yang gagal (A Failed State).
Selepas pasca pemerintahan Saddam Hussien sehinggalah kejatuhan Saddam Hussien sebagai
Presiden Iraq, ramai ahli sains politik telah menganggap bahawa Iraq adalah negara yang
fragile dan menuju ke failed. Namun, pada tahun 2010, Iraq telah diisytiharkan sebagai negara
yang gagal atau The Failed State Of Iraq

Sebelum melihat faktor yang menjadikan Iraq sebagai sebuah negara yang menuju ke
The Failed State, pendefinisian state itu sendiri terbahagi kepada beberapa pembahagian iaitu
Strong State, dan Failed State. Dalam pendefinisian ini, ianya merangkumi beberapa ciri
tertentu yang menentukan sama ada sesebuah negara itu berada dalam kategori state yang mana
satu. Secara umumnya, Strong state boleh ditafsirkan sebagai sebuah negara yang mempunyai
peranan kerajaan autoriti dalam memberikan aturan kepada satu atau lebih masyarakat sama
ada dalam negara atau jajahan. Aturan-aturan ini termasuk dalam peranan kerajaan dalam
menyediakan kehendak awam atau rakyat dalam negara itu sendiri. Antara kehendak awam
yang mempunyai priority adalah perlindungan dan keselamatan, politik serta ekonomi.6
Menurut Robert D. Rotberg, beliau telah mencirikan beberapa kehendak awam yang perlu
disediakan oleh kerajaan kepada masyarakat. Antaranya ialah:

1. Keselamatan: kerajaan berperanan melindungi sempadan daripada sebarang


pencerobohan dan ancaman sama ada daripada dalam atau luar negeri itu sendiri.
2. Politik: masyarakat awam perlu diberikan kebebasan dalam berpartisipasi politik sama
ada secara langsung atau proses politik. Selain itu, politik ini juga perlulah seiring
dengan hak asasi manusia.

5
Robert, K.B., 2001, Iraq, Vietnam and The Limit of American Power, USA: Public Affairs, hlm 93.
6
Natasha U., 2014, Countering Global Terroris and Insurgency: Calcullating The Rise of State Failure in
Afganistan, Palestin and Iraq, USA: Palgrave Mac Millan, hlm 18.

2
3. keperluan awam: keperluan awam ini adalah menjurus kepada pembangunan sosial
dalam masyarakat seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan awam, sistem perbankan
dan sebagainya.7

Dalam pendefinisian, Failed State pula, di mana state mengalami satu tahap krisis
dalaman yang disebabkan oleh kelemahan undang/undang dan ketenteraman (collapse law, and
order). Dalam masa yang sama, institusi pembangunan dan keselamatan tidak mampu lagi
untuk berFungsi dengan sempurna. Robert D. Rotberg juga ada mencirikan bagaimana Failed
State. Antara Cirinya ialah;

1. Perang sivil: yang berlaku dalam sesebuah negara tanpa ada penyelesaian. Perang sivil
ini boleh berlaku antara etnik, agama dan sebagainya.
2. Pemerintahan secara rejim oleh pemerintah dalam sesebuah negara: Pemerintahan
yang sebegini akan memberikan tekanan kepada masyarakat dan rakyat yang akhirnya
dinafikan hak-hak dalam hak asasi manusia.
3. Ketikakupayaan mengawal kawasan dan sempadan negara: negara yang boleh
dianggap gagal apabila adanya kelemahan dalam sistem keselamatan dan pengawalan
sehingga membolehkan pencerobohan dan menyebabkan hilangnya sebahagian besar
daripada kawasan yang diperintah.
4. Peningkatan kadar jenayah.
5. Pendapatan per kapita: Sekiranya pendapatan per kapita masih berada di bawah tahap
yang minimum, ia boleh dianggap sebagai sebuah negara yang gagal.8

Menurut Noam Chomsky dalam bukunya The Failed State:The Abuse of Power and The
Assult on Democracy beliau telah menyatakan ciri-ciri sebuah Negara yang gagal ialah
kegagalan kerajaan menyediakan kawalan keselamatan kepada rakyatnya, tidak dapat
menjamin hak ketika seseorang itu di kediamannya atau di luar dan tidak dapat mengekalkan
demokrasi dalam pentadbiran.9 Iraq telah pun gagal dalam mengelak daripada kebanyakan ciri-
ciri sebuah Negara yang gagal justeru hal ini menyebabkan dunia terutamanya pihak Barat
telah menggelarkan Iraq sebagai A Failed State bersama dengan beberapa buah negara lain
seperti Somalia, Sudan, Chad, Haiti, Afghanistan, dan banyak lagi negara terutamanya negara-
negara Timur Tengah dan benua Afrika.

7
Robert Rortberg, 2004, When States Failed: Causes and Consequences, New Jersey: Priceton University Press,
hlm 5.
8
Ibid, hlm 6.
9
Noam Chomsky, 2006, Failed State, New York: Henry Holt and Company, hlm 34.

3
MENGAPA IRAQ MENJADI SEBUAH NEGARA YANG GAGAL

TERLIBAT DENGAN BEBERAPA SIRI PEPERANGAN

1) Perang Iran-Iraq

Perang ini mula tercetus apabila Iraq telah menyerang wilayah Khorramshars pada tanggal
22 September 1980. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan perang ini berlaku. Antaranya
termasuklah Iran mendakwa bahawa Saddam Hussein ingin mengembalikan kekuasaan Shah
Iran dan mahu mengawal kepentingan imperialis di kawasan tersebut. Bagi pihak Iraq pula
mereka berperang adalah untuk mengembalikan kedaulatan mereka ke atas perairan Shatt Al
Arab. Perairan air ini adalah sangat strategik dan asalnya ia adalah dibawah kekuasaan Iraq.
Walau bagaimanapun apabila Dinasti Uthmaniyyah dapat menakluk Iraq perairan ini secara
tidak langsung berada di bawah kekuasaan Turki. Melalui perjanjian Erzerum pada 1874 Iran
telah memperakui kedaulatan Turki keatas perairan Shatt Al-Arab. Menurut perjanjian tersebut
seluruh perairan tersebut sehingga ke pantai Iran adalah dibawah takluk Dinasti Uthmaniyyah
dan ia sekaligus dijadikan sempadan.

Iraq juga didesak supaya mengakui bahawa perairan tersebut adalah milik bersama selepas
berlakunya perang dunia pertama. Namun begitu Iraq hanya Berjaya mendapat sedikit sahaja
daripada status quo yang dinyatakan terhadap perairan tersebut. Keadaan semakin memburuk
apabila Iran pula telah memberikan sokongan ke atas orang Kurdish yang terdiri daripada
pemberontak-pemberontak untuk melakukan pemberontakan terhadap kerajaan Iraq. Pada
bulan September 1980 apabila perdamaian sudah tidak mampu dicapai lagi oleh Iran dan Iraq,
Situasi semakin buruk apabila Saddam Hussein mengarahkan tenteranya menceroboh dan
menyeberangi kawasan Shatt Al Arab untuk ke Khuiestan iaitu sebuah wilayah yang terkenal
dengan kekayaan sumber minyaknya. Iraq cuba menguasai perairan Shatt Al Arab dengan
tujuan untuk menyekat pengeluaran minyak Iran di Abadan dan Khorramshars. Iraq juga pada
masa yang sama memaksa Iran memperakui hak mereka ke atas perairan Shatt Al Arab dan
mendesak Iran mengembalikan tiga buah pulau yang diambil oleh Shah Iran pada tahun 1971
seperti Pulau Abu Musa Pulau Tunb Besar dan Tunb Kecil.10 Keterlibatan Iraq dalam perang
ini dianggap satu kesilapan besar yang dilakukan. Hal ini kerana perang tersebut yang
berkesudahan dengan tiada pemenang tetapi telah membawa pelbagai kerosakan dan
kemusnahan harta benda dan juga nyawa penduduk Iraq itu sendiri. Malah dapat dilihat

10
Hamedi Mohd Adnan, 1991, Krisis Timur Tengah, Kuala Lumpur: Penerbit Amal, hlm 78.

4
ekonomi Iraq terjejas akibat perang yang sia-sia ini. Perang yang tidak berkesudahan ini selama
lapan tahun ini telah menjejaskan reputasi dan imej Iraq yang cuba dibina oleh Saddam
Hussein. Walaupun Iraq berperang dengan alasan untuk mengembalikan kedaulatan-
kedaulatan di kawasan-kawasan tertentu tetapi banyak pihak yang melihat motif peperangan
ini adalah kerana Iraq ingin menguasai sumber hasil minyak di kawasan tersebut. Peperangan
ini berakhir dengan gencatan senjata pada 20 Ogos 1988 yang diusahakan oleh PBB akan tetapi
sentiment dan dendam rakyat Iran-Iraq masih kekal dan peperangan ini ternyata telah memecah
belahkan dunia Arab kerana negara-negara Arab yang radikal seperti Libya Syria dan Algeria
dilihat berpihak kepada Iran manakala negara-negara Arab yang konservatif seperti Arab Saudi
Mesir dan Kuwait lebih berpihak kepada Iraq.

2) Serangan dan penaklukan Iraq ke atas Kuwait

Selepas dua tahun perang Iran-Iraq berlangsung konflik yang lain pula timbul. Kali ini
masih lagi melibatkan Iraq akan tetapi Kuwait pula yang menjadi mangsanya. Iraq telah
menawan Kuwait pada tanggal 2 Ogos 1990 di atas beberapa faktor. Antara faktornya ialah
hubungan Iraq dan Kuwait menjadi tegang apabila Iraq secara terus terang mendakwa bahawa
Kuwait telah mencuri hasil minyak di kawasan yang didakwa adalah milik Iraq. Semasa
berlakunya perang Iran-Iraq ini Iraq telah mengambil langkah untuk membuat pinjaman
daripada Negara-negara Arab yang lain. Antaranya ialah Kuwait. Kuwait bersetuju untuk
membantu memberi pinjaman kepada Iraq dari segi kewangan semasa perang tersebut berlaku
tetapi Iraq telah menganggap bahawa Kuwait telah memberikan hadiah atas dasar setia kawan
dan diplomasi. Walau pun begitu Kuwait masih lagi tidak bersetuju untuk menukarkan
pinjaman sejumlah wang yang telah diberikan kepada Iraq itu sebagai hadiah. Malah meminta
Iraq supaya membayar kembali wang tersebut kepada Kuwait.11

Perang yang dilancarkan oleh Iraq terhadap Kuwait ini akhirnya mencetuskan huru-hara
kepada Negara-negara Arab yang lain. Perang ini digelar sebagai Perang Teluk yang berlaku
antara tahun 1990 sehingga 1991. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila adanya campur
tangan daripada PBB yang menggunapakai tuduhan daripada Amerika Syarikat terhadap Iraq
dalam penggunaan senjata nuklear semasa serangan terhadap Kuwait. Presiden George W.
Bush telah mengemukakan tuduhan kepada Iraq, memiliki senjata nuclear. Ada saranan yang
menganggap bahawa tindakan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ini adalah sebagai satu

11
Letchumy a/p Chandarah@Candra, 2005, Iraq dibawah Pemerintahan Saddam Hussein 1979-2003, Disertasi
B.A. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm 88.

5
tindakan untuk mengusir Iraq daripada Kuwait. Atas dasar tindak balas terhadap serangan Iraq
terhadap Kuwait PBB telah memberikan kata putus untuk mengenakan sekatan tekanan
ekonomi kepada Iraq pada tahun 1991. Selepas berlakunya sekatan ekonomi terhadap Iraq. Iraq
mula merasakan bahwa tekanan ekonomi dan kesukaran dalam menjaga negaranya Iraq telah
membuat satu persetujuan untuk membayar kerosakan dan kemusnahan yang telah dilakukan
oleh Iraq ke atas Kuwait dan menarik diri keluar daripada Kuwait.

Hasil daripada tindakan yang telah dilakukan oleh Bush pada tahun 1991 PBB telah
mengeluarkan satu resolusi pada 15 Januari 1991. Resolusi 687 (1991) mengandungi
kebenaran untuk menggunakan kekerasan membenarkan Iraq diusir daripada Kuwait. Iraq
telah menyerah kalah pada tahun 1991. Namun PBB dan Amerika Syarikat telah bersetuju
untuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan terhadap negara Iraq melalui keputusan PBB.
Keputusan ini telah di capai melalui Special Commision on Iraq (UNSCO). Perkara penting
yang berlaku pada tahun 1992 dalam perkembangan politik Iraq ialah Iraq Liberation Act.
Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa Iraq akan menjadi sebuah negara yang demokrasi
dan Saddam bakal dijatuhkan daripada tampuk pemerintahan Iraq.

Keadaan ini masih lagi berterusan apabila Iraq sekali lagi melalui campur tangan PBB dan
Amerika Syarikat mengadakan pemeriksaan dan pemantauan. PBB telah mengeluarkan satu
lagi resolusi iaitu resolusi 1441 (2002) bersama dengan Majlis Keselamatan PBB. Resolusi
pemeriksaan dan pemantauan yang awalnya hanya terhenti setakat tahun 1992. Namun
Amerika Syarikat sekali lagi memainkan peranan dalam kemelut politik Iraq dengan
menyatakan rasa kebimbangan terhadap senjata nuklear yang dimiliki oleh Iraq pemeriksaan
dan pemantauan ini telah dilakukan bersama dengan badan khas yang terlatih iaitu U.N
Monitoring Veritification and Inspection Commission (UNMOVIC) dan the International
Atomic Energy Agency (IAEA). Pada awalnya resolusi kali kedua ini tidak dipersetuui oleh
Iraq. Pada saat akhir Iraq akhirnya bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dan pemantauan
ini dilakukan.

Tidak beberapa lama kemudian Amerika Syarikat melalui misi Operasi Kebebasan Iraq
telah berjaya memasuki Iraq melalui invansi pada 19 Mac 2003. Pemeriksaan dan pemantauan
yang dicapai melalui resolusi senjata nuklear kali kedua dianggap tidak berjaya oleh Amerika
Syarikat. Oleh itu Amerika Syarikat telah bersama-sama dengan beberapa negara sekutu seperti
Perancis Jerman dan Rusia telah mencapai kata sepakat melakukan operasi ini. Pada 1 Mei
2003 Bush dalam ucapan beliau telah memberikan pengisytiharan kepada Iraq sebagai Negara

6
yang berzon konflik Amerika Syarikat pada tahun yang sama telah membawa masuk lebih
13000 orang anggota tentera ke dalam Iraq. Nasib Saddam Hussien akhirnya berada di tangan
Amerika Syarikat apabila beliau ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati.

PEMERINTAHAN DIKTATOR DAN PENGHAPUSAN ETNIK MINORITI

1) Penghapusan Etnik Kurdish

Selain itu, Iraq dikatakan sebagai sebuah Negara yang gagal adalah kerana pemerintahan
diktator yang diamalkan oleh Saddam Hussein. Pemerintahan Saddam Hussein merupakan
pemerintahan yang bersifat diktator dan rejim. Saddam Hussein bukan sahaja berfungsi sebagai
presiden Iraq tetapi juga sangat autokratik dalam pentadbiran Negara. Beliau seolah-olah
bertindak sebagai Menteri di Kementerian, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan, dan
sebagainya.12 Saddam Hussein juga mengguna pakai kuasanya dalam mengeluarkan perintah
bukan sahaja dalam sistem Negara tetapi juga dalam Parti Baath yang dipimpin olehnya.
Pemerintahan diktator yang diamalkan oleh beliau inilah kemudiannya telah membawa kepada
penghapusan etnik minoriti di Iraq seperti etnik Kurdish yang dilihat sering mencetuskan huru-
hara dan melakukan pemberontakan terhadap kerajaan di Iraq.

Bagi merealisasikan niatnya Saddam Hussein semasa pemerintahan beliau telah


menjalankan kempen Al-Anfal. Kempen ini dijalankan dari tahun 1986-1989 dan kempen ini
bertujuan untuk menghapuskan etnik Kurdish di Iraq.13 Dalam kempen ini beliau telah
menggunakan senjata kimia untuk membunuh etnik Kurdish secara beramai-ramai. Pada
peristiwa 16 Mac 1988 Saddam Hussein telah mengeluarkan satu arahan serangan dengan
menggunakan gas beracun ke atas kawasan Hallabjah. Serangan ini telah menyebabkan 5540
kaum Kurdish terbunuh 25 000 lagi cedera dan terpaksa di hantar ke hospital-hospital di Iran.14
Tekanan yang dikenakan terhadap orang Kurdish telah mendapat perhatian daripada PBB dan
PBB telah mengisytiharkan kawasan utara Iraq sebagai kawasan No Fly Zone. Langkah ini
diambil bagi melindungi orang-orang Kurdish daripada tekanan politik Saddam Hussein.
Bukan itu sahaja Saddam juga turut akan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap berpotensi
menentang beliau dalam politik. Pemerintahan Saddam Hussein pernah dilabelkan sebagai

12
Robert Rortberg, 2004, When States Failed: Causes and Consequences, New Jersey: Priceton University
Press, hlm 10.
13
Peter Burnell, Lise Rakner, Vicky Randall, 2014, Politics In A Developing Fourth Edition, London:Oxford
University Press, hlm 330.
14
Letchumy a/p Chandarah@Candra, 2005, Iraq dibawah Pemerintahan Saddam Hussein 1979-2003, Disertasi
B.A. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm 84.

7
pemerintahan yang melanggar hak asasi manusia yang paling tinggi kerana sesiapa sahaja yang
mencabar kedudukannya akan dihukum bunuh dan dipenjara.

2) Penghapusan penganut bermazhab Syiah

Semasa pemerintahan beliau juga telah berlakunya dasar pecah dan perintah antara
masyarakat Sunni dan Syiah. Kepimpinan Saddam Hussein dilihat lebih cenderung dalam
memberi ruang dan peluang serta keistimewaan kepada golongan Sunni dalam pemerintahan
yang sememangnya memberikan kesan dan polemik yang berpanjangan dalam kalangan
kedua-dua penganut mazhab ini. Hal ini demikian kerana dapat dilihat bahawa Saddam sendiri
merupakan penganut mazhab Sunni dan beliau merasakan bahawa mazhab Syiah tidak perlu
diberi keutamaan. Saddam Hussein turut merasakan bahawa golongan Syiah ini sering tidak
berpuas hati terhadap pemerintahan rejim sekular Parti Baath yang diterajui olehnya.

Saddam Hussein turut dikaitkan dengan pembunuhan 148 penduduk Muslim Syiah
termasuk wanita dan anak-anak di desa Dujail pada 5 November 1982.15 Dalam peristiwa
tersebut banyak rumah-rumah penduduk yang bermazhab Syiah ini telah dibakar dan harta
benda mereka juga turut dimusnahkan. Manakala pada Oktober tahun yang sama juga beliau
menjatuhkan hukuman mati kepada 19 pegawai termasuklah Brigadier Anwar Ismael Hentosh
dan Amir Rashid Hassoon kerana mereka ini disyaki terlibat dalam pergerakan pemberontakan
Syiah di Utara Iraq.16 Perkara ini jelas menunjukkan bahawasanya Saddam Hussein telah
melanggar hak asasi manusia dengan melakukan pembunuhan keatas penganut-penganut Syiah
di Negara beliau sendiri.

PENGGUNAAN SENJATA PEMUSNAH

Iraq juga telah didakwa menggunakan Weapon Of Mass Destruction atau WMD
semasa menyerang Iran dalam Perang Iran-Iraq yang berlaku pada tahun 1980 sehingga 1988.
Penggunaan WMD ini dikatakan telah menyebabkan 5000 orang telah mati. Iraq didapati telah
menggunakan gas beracun semasa menyerang penduduk Iran di Halabjah sekitar tanggal 19-
15 Mac 1988. Halabjah merupakan sebuah bandar kecil di utara Iraq yang bersempadan dengan
Iran. Populasi di Halabjah dianggarkan adalah seramai 80 000 orang dan 5000 orang telah mati
akibat gas beracun yang digunakan oleh tentera Iraq. Mangsa yang mati majoritinya golongan

15
John Cahyaningtyas, 2007, Saddam The United Story, Jakarta: Penerbit Hikmah, hlm 176.
16
Robert Rortberg, 2004, When States Failed: Causes and Consequences, New Jersey: Priceton University
Press, hlm 26.

8
wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah dalam hal tersebut perkara inilah yang menjadi
punca kenapa Saddam Hussein dijatuhi hukuman gantung.

Iraq juga didakwa oleh Amerika Syarikat mempunyai senjata pemusnah yang sangat
berbahaya. Perkara ini dipersetujui oleh Presiden Amerika Syarikat sendiri iaitu George W
Bush yang telah menerima laporan bahawa Saddam Hussein telah membeli uranium dari
Afrika dalam jumlah yang besar dan juga turut membeli selongsong aluminium untuk membuat
senjata nuclear.17 Pentadbiran British juga mendakwa bahawa Iraq mempunyai bekalan kimia
dan senjata biologi yang besar. Presiden Bush menuduh Baghdad mempunyai lebih 25 000 liter
antraks dan lebih dari 38 000 liter toksin botulinum. Perkara ini telah menjadi titik tolak kepada
campur tangan Amerika Syarikat dalam suasana politik di Iraq. Ternyata Amerika tidak dapat
berdiam diri dan melakukan invansi atau penyerbuan ke atas Iraq pada tahun 2003 yang
dikenali sebagai Operasi Kebebasan Iraq. Hal ini dilakukan untuk menyelamatkan rakyat Iraq
dari cengkaman Saddam Hussein serta memusnahkan senjata pemusnah secara besar-besaran
yang didakwa dimiliki oleh Iraq.18

MENYOKONG PERTUBUHAN MILITAN

Iraq juga didakwa memberikan sokongan terhadap pertubuhan militant iaitu Al-Qaeda.
Iraq dianggap sebagai Negara teroris dan mempunyai hubungan yang rapat dengan Al-
Qaeda.19 Perkara ini telah diperkukuhkan lagi apabila Presiden Amerika Syarikat iaitu George
W Bush telah mengeluarakan 28 kenyataan berkaitan hubungan Iraq dengan Al-Qaeda. Perkara
sedemikian berlaku kerana bermula dengan serangan pada 11 September 2001 yang dilakukan
oleh Al-Qaeda terhadap Menara Berkembar World Trade Centre di New York. Selepas
daripada kejadian tersebut Iraq didakwa mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda.20 Iraq juga
dipercayai oleh Amerika Syarikat telah menjalin hubungan kerjasama dengan Al-Qaeda sejak
tahun 1992 lagi sehingga tahun 2003. Namun begitu Saddam Hussein menafikan sekeras-
kerasnya dakwaan yang menyatakan beliau menjalinkan hubungan dengan Al-Qaeda.

Dapat dilihat kesan daripada situasi ini Amerika berpendapat bahawa Saddam Hussein
dirasakan perlu dijatuhkan. Hal ini demikian kerana Saddam Hussein dilihat merupakan

17
Pandu Setia, 2007, Amerika Mengobarkan Perang 20 Intervensi Militer & Upaya Penggulingan Mulai dari
Bung Karno Sampai Saddam Hussein, Tanggerang: P.T Transmedia, hlm 83.
18
Sabaruddin Hussein, 2013, Perang Arab Israel selagi Belum Kiamat, Selangor: PTS Islamika Sdn.Bhd, hlm 187.
19
Pandu Setia, 2007, Amerika Mengobarkan Perang 20 Intervensi Militer & Upaya Penggulingan Mulai dari
Bung Karno Sampai Saddam Hussein, Tanggerang: P.T Transmedia, hlm 88.
20
Jerry D. Gray, terjemahan Yussamir Yusof, 2012, Art of Deception: Mereka Menipu Dunia, Selangor: PTS
Islamika Sdn. Bhd, hlm 76

9
individu yang akan memberi ancaman kepada keselamatan dunia. Walaupun tidak ada bukti
kukuh berkaitan hubungan antara Saddam dengan Al-Qaeda namun Amerika tetap
memberikan alasan ini untuk menginvansikan Iraq pada tahun 2003. Jika diperhatikan Saddam
Hussein menjalinkan hubungan kerjasama dengan Al-Qaeda sebenarnya adalah tidak berasas.
Ini kerana di satu sisi Al-Qaeda adalah satu organisasi yang ingin menggulingkan pemerintah
yang berfahaman liberal mahupun sekular seperti Parti Baath pimpinan Saddam Hussein.
Justeru rejim Saddam Hussein sendiri termasuk yang harus dihancurkan kerana bercanggahan
fahaman dengan mereka dan adalah tidak logik sekiranya mereka menjalinkan kerjasama
sedangkan kedua-dua pihak bercanggah dari segi prinsip pemerintahan.

APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN IRAQ MENJADI SEBUAH NEGARA


YANG GAGAL

ANCAMAN DARI IRAN

Antara faktor yang menyebabkan Iraq dikatakan sebagai sebuah Negara yang gagal
adalah kerana mendapat ancaman dari Iran. Ancaman ini yang telah mencetuskan Perang Iran-
Iraq yang berlangsung selama 8 tahun iaitu dari tahun 1880 sehingga 1888. Antara ancaman
yang dilakukan oleh Iran terhadap Iraq mendakwa bahawa kapal-kapal pejuang Iran telah
meceroboh ruang udaranya iaitu sebanyak 69 kali antara bulan April hingga September 1980.21
Kemudian pada 4 September pula tentera Iran didakwa telah menyeberangi sempadan Iraq dari
kawasan yang seharusnya dipulangkan kepada Iraq mengikut Perjanjian Algiers 1975. Iran
juga telah menggunakan pesawat-pesawat pengebom Phantom yang telah disembunyikan di
bawah tanah untuk menyerang Iraq. Pesawat-pesawat tersebut juga telah mengebom pelabuhan
Iraq di Teluk Parsi dan Pusat Nuklear Iraq di Baghdad turut diserang oleh tentera Iran.
Disebalik semua ini walaupun Iraq menerima pelbagai ancaman daripada Iran akan tetapi Iraq
tidak dapat menutup niat sebenar mereka berperang dengan Iran adalah disebabkan kemahuan
Iraq yang mahukan semula beberapa kawasan mereka yang kaya dengan minyak seperti Pulau
Abu Musa Pulau Tunb Besar dan Tunb Kecil yang telah dirampas oleh Shah Iran Pada tahun
1971.

Bukan itu sahaja ancaman Iran dapat dilihat apaabila beberapa kawasan di Iraq telah
berjaya ditawan oleh mereka. Antara kawasan yang ditawan termasuklah Halabjah. Kekuatan
tentera udara juga telah memberi ancaman besar kepada Iraq. Iran mempunyai kelengkapan

21
Hamedi Mohd Adnan, 1991, Krisis Timur Tengah, Kuala Lumpur: Penerbit Amal, hlm 83.

10
udara yang canggih dari Iraq seperti pesawat pengangkut tempur C 130 Pesawat pengebom
Phantom Pesawat F 16 F 14 F 4 dan juga F 5.22 Seperti mana yang diketahui Perang Iran-Iraq
ini telah memberikan kesan mendalam kepada Iraq terutamanya dalam aspek ekonomi. Semasa
perang berlangsung Iraq tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembangunan
ekonominya iaitu yang bertunjangkan minyak. Oleh sebab itu Iraq tidak dapat membangunkan
negaranya kerana tumpuan banyak diberikan kepada peperangan yang akhirnya berakhir
dengan gencatan senjata. Perang Iran-Iraq juga telah menyebabkan Iraq terpaksa
membelanjakan banyak wang bagi membeli senjata dan kelengkapan perang sehinggakan Iraq
terpaksa meminjam bantuan daripada Kuwait. Walaupun perang ini tamat pada 20 Ogos 1988.
Namun ianya mengambil masa yang lama iaitu sekitar lapan tahun.23 Apabila perang tamat
Iraq tidak dapat dinafikan mengahadapi kesukaran untuk membangun semula seperti sediakala.
Maka ancaman daripada Iran ini telah menjadi punca kegagalan Iraq.

KONFLIK KAUM

Konflik kaum di Iraq boleh dikatakan sebagai faktor dalaman yang telah menyebabkan
Iraq diisytihakan sebagai negara yang gagal. Konflik yang membabitkan kaum Kurdish di Iraq
sebenarnya telah melewati satu jangka masa yang panjang dan tidak Berjaya menemui jalan
penyelesaian. Kaum Kurdish sering melakukan pemberontakan terhadap pemerintahan
kerajaan di Iraq yang diterajui oleh Parti Baath dan dipimpin oleh Saddam Hussein. Kaum
Kurdish yang majoritinya tinggal di bahagian utara Iraq mendapat sokongan yang kuat
daripada Iran dalam pemberontakan yang mereka lakukan. Mereka juga sering dibantu oleh
Iran dari segi persenjataan dan kelengkapan perang. Hal ini secara tidak langsung telah
menjadikan Iraq sebuah negara yang sering berkonflik oleh kerana permasalahan yang berlaku
diantara kaum Kurdish dan pihak pemerintah yang kemudiannya menjadikan rakyat Iraq tidak
dapat bersatu padu.

Bagi mengatasi konflik kaum Kurdish ini Saddam Hussein selaku Presiden Iraq telah
mengeluarkan satu ketetepan pada 11 Mac 1970.24 Ketetapan ini adalah untuk memberikan
mandat autonomi kepada kaum Kurdish di Iraq yang mana kuasa autonomi ini akan diserahkan
dalam jangka masa empat tahun dari tanggal ianya dipersetujui. Tujuan Saddam berbuat
demikian adalah untuk membawa kaum Kurdish dan pihak kerajaan ke arah perdamaian. Akan
tetapi hasrat Saddam ini tidak dipersetujui oleh Mullah Mustafa Barzani iaitu pemimpin kaum

22
Hamedi Mohd Adnan, 1991, Krisis Timur Tengah, Kuala Lumpur: Penerbit Amal, hlm 89.
23
Dilip Hiro, 2001, Neighbour not Friends: Iraq and Iran After The War, London:Routledge, hlm 18.
24
Karim Illahi, 1991, Saddam Hussein dan Perang Teluk, Singapura: Bismi Publishers, hlm 46.

11
Kurdish di Iraq. Mullah tidak bersetuju dengan autonomi yang ditawarkan oleh Saddam malah
mengusulkan supaya Parti Baath menjadi pemimpin utama bangsa Arab Iraq dan beliau
diangkat menjadi pemimpin utama kaum Kurdish Iraq.25 Saddam Hussein tidak bersetuju
dengan usul yang dikemukakan oleh Mullah dan dengan itu tiada persefahaman yang dapat
dicapai dari kedua-dua belah pihak.

Akibat konflik yang berterusan dan tidak menemui jalan penyelesaian ianya telah
membawa kepada penentangan secara besar-besaran oleh kaum Kurdish pada 6 Oktober 1973
apabila seramai 7000 askar Kurdish bersama dengan senjata telah merancang melakukan
serangan terhadap lokasi pengeluaran minyak di Iraq. Dengan itu satu pertempuran antara
pihak tentera Iraq dan tentera Kurdish yang dipimpin oleh Mullah Mustafa Barzani telah
berlaku. Akibat daripada pertempuran tersebut lebih kurang 60 000 nyawa telah terkorban dan
ada yang cedera. Konflik kaum ini bukan sahaja melibatkan kaum Kurdish sahaja. Hal ini
demikian kerana terdapat juga konflik mazhab yang berlaku di Iraq serta menjadi faktor
kegagalan Iraq sebagai sebuah negara. Konflik mazhab yang dimaksudkan ini ialah konflik
diantara penganut sunni dan penganut syiah di Iraq. Semasa Saddam Hussein memerintah
penganut Syiah sentiasa diberikan tekanan dan tidak mendapat layanan yang sama seperti
penganut Sunni. Hal ini kerana Saddam sendiri merupakan penganut Sunni maka beliau
memberi keutamaan kepada penganut Sunni berbanding Penganut Syiah. Beliau juga memberi
tekanan kepada penganut Syiah atas beberapa faktor

Antara faktor Saddam Hussein memerangi dan memberi tekanan kepada penganut
Syiah ialah kerana majoritinya penduduk Syiah di Iraq banyak membuat kekecauan dan
pemberontakan di bandar-bandar seperti Karbala Najaf dan Kufah pada bulan Jun 1979.26
Kejadian seperti ini jika dibiarkan terus berlaku pastinya akan memberi kesan buruk terhadap
keselamatan dalam Negara Iraq. Selain itu penganut Syiah di Iraq sering dipengaruhi pemimpin
Syiah dari Iran seperti Khoeimeini supaya menggulinkan rejim Saddam di Iraq. Kumpulan
aktivis Syiah di Iraq seperti Persatuan Dakwah Islamiah (Al-Dawa) dan mujahidin juga dilihat
semakin berbahaya kerana dipengaruhi oleh Iran. Aktivis-aktivis Syiah di Iraq juga banyak
mendapat sokongan dari Tehran yang telah menyokong pembentukan Majlis Tertinggi
Revolusi Islam Iraq (SAIRI) di bawah pimpinan Ayatullah Baqir Al-Hakim yang mempunyai
tujuan utama iaitu menumbangkan rejim Saddam Hussein di Iraq. Penentangan-penentangan

25
Karim Illahi, 1991, Saddam Hussein dan Perang Teluk, Singapura: Bismi Publishers, hlm 47.
26
John L. Espito, terjemahan Nor Azita Omar, 2001, Ancaman Islam: Mitos atau Realiti, Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad, hlm 20.

12
seperti inilah yang menyebabkan Iraq sentiasa bergolak. Walaupun Saddam cuba mengelak
daripada konflik ini terus berlaku akan tetapi ianya tidak berjaya dan Saddam merasakan adalah
perlu golongan-golongan pemberontak ini dihapuskan walaupun dengan cara membunuh
mereka demi untuk menjaga keselamatan negara Iraq itu sendiri.

CAMPUR TANGAN PIHAK BARAT

Antara faktor terbesar mengapa Iraq dikatakan sebuah negara yang gagal adalah kerana
campur tangan pihak barat. Pihak barat yang dimaksudkan dalam konteks ini tidak lain ialah
Amerika Syarikat iaitu sebuah negara yang banyak memainkan peranan di kebanyakan negara-
negara Arab sehingga kini. Amerika sejak dari awal lagi berada disebalik tabir dalam usaha
menjatuhkan rejim Saddam Hussein di Iraq. Hal ini demikian kerana mereka merasakan
bahawa Saddam akan mengancam kedudukan serta kepentingan mereka di Timur Tengah.
Oleh yang demikian pelbagai muslihat telah dibuat dan disusun dengan rapi sebagai strategi
untuk menjatuhkan Saddam Hussein. Antara muslihat yang dibuat oleh Amerika terhadap
pemerintahan Saddam di Iraq termasuklah mendakwa bahawasanya Iraq mempunyai senjata
pemusnah (WMD) yang dapat mengancam keselamatan dunia. Saddam Hussein juga didakwa
menjalinkan kerjasama dengan Al-Qaeda walaupun tiada bukti yang kukuh bagi membuktikan
dakwaan ini.27

Dengan alasan tersebut Presiden Amerika Syarikat iaitu George Walker Bush telah
mengatur langkah untuk menjatuhkan Saddam Hussein dan rejimnya. Amerika dilihat begitu
bersungguh-sungguh dalam hal ini dan ianya terbukti apabila pada bulan Oktober 2002
Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan The Iraq Resolution or The Iraq War Resolution.
Melalui resolusi ini Amerika berhak menggunakan kuasa ketenteraan terhadap Iraq. Kemudian
pada bulan November tahun 2002 pula Jawatankuasa Keselamatan PBB telah mengeluarkan
satu lagi resolusi iaitu Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1441. Seterusnya pada 19 Mac tahun
2003 Amerika telah melakukan invansi terhadap Iraq melalui misi Operasi Kebebasan Iraq
walaupun tanpa persetujuan PBB.28 Pada 1 Mei 2003 Bush dalam ucapan beliau telah
memberikan pengisytiharan kepada Iraq sebagai Negara yang berzon konflik dan pada tahun
yang sama Amerika telah membawa masuk lebih 130 000 orang anggota tenteranya ke Iraq.

27
Milburn Thompson, terjemahan Jamilia Sirait, 2009, Keadilan dan Perdamaian: Tanggungjawab Kristianiti
dalam Pembangunan Dunia, Jakarta: Gunung Mulia, hlm 219.
28
Richard. M Dauly, 2009, Amerika VS Iraq: Bahaya Politasi Agama, Jakarta: Penerbit Libri, hlm 6.

13
Campur tangan Amerika di Iraq ternyata tidak membawa sebarang kebaikan kepada
rakyat Iraq khususnya. Banyak berlaku kemusnahan dan kehilangan nyawa rakyat yang tidak
bersalah di Iraq dan akhirnya pada 18 Jun 2004 Amerika melalui presidennya Bush telah
membuat pengumuman bahawasanya Iraq tidak mempunyai sebarang senjata pemusnah
(WMD) seperti yang diuarkan-uarkan sebelum ini. Bukan itu sahaja Saddam Hussein juga
ternyata telah dibuktikan bahawa tidak pernah menjalinkan sebarang kerjasama dengan Al-
Qaeda seperti dakwaan Amerika sebelum ini. Amerika juga dilihat masih tidak mampu
mengubah Iraq mengubah Iraq menjadi Negara demokrasi bebas dan merdeka seperti mana
yang dicanangkan oleh mereka sebelumnya. Campur tangan Amerika bukan sahaja tidak dapat
memulihkan keadaan bahkan lagi memburukkan keadaan yang sedia ada dan campur tangan
ini menjadi faktor terbesar Iraq menjadi sebuah negaara yang gagal. Akhirnya pada 28 Jun
2004 Amerika telah mengumumkan penyerahan kedaulatan ke atas Iraq kepada kerajaan
sementara di Iraq.

FAKTOR EKONOMI

Ekonomi Iraq mula menjadi merosot disebabkan oleh pembaziran yang berlaku semasa
siri perang dengan Iran dan Kuwait. Semasa perang antara Iran-Iraq berlaku Iraq telah
mengalami banyak kerugian kerana terpaksa membeli senjata dan alat pertahanan daripada
negara pembuat senjata. Berikutan perang yang berlaku lebih kurang 10 tahun dan lebih ini
juga Iraq terpaksa menanggung hutang yang banyak terutamanya Negara-negara Arab. Ahli
ekonomi menganggarkan bahawa jumlah hutang oleh Iraq daripada pinjaman oleh Negara-
negara Arab ialah $75 B USD. Keadaan fiskal ekonomi Iraq mula jatuh sebermula serangan
Iraq terhadap Kuwait pada tahun 1990 dan berterusan menjadi rumit pada tahun 2003 selepas
invansi Amerika Syarikat terhadap Iraq.29 Jika dilihat sebelum pertengahan tahun 1970-an iaitu
tahun 1973 Iraq mengalami perkembangan ekonomi yang pesat kerana membentuk ekonomi
baru hasil daripada minyak. Iraq menjdi salah satu pengeluar minyak utama dunia.
Pembangunan Iraq pada ketika menjadi pesat malah pernah dikatakan bahawa Iraq bakal
menuju ke arah sebuah kota metropolitan. Pembinaan jalan raya bangunan-bangunan dan
komersial yang aktif telah memberikan pulangan gaya hidup yang lebih baik.30 Namun perkara
ini berubah sama sekali semasa pemerintahan Saddam Hussien.

29
The Fund For Peace : The Fragile State Index. Diakses dari : http://fsi.fundforpeace.org/ pada 14 Mei 2014.
30
The Fund For Peace : The Fragile State Index. Diakses dari : http://fsi.fundforpeace.org/ pada 14 Mei 2014.

14
Iraq juga telah mengalami tekanan ekonomi kerana kebergantungan Iraq, terhadap
ekonomi tunggal iaitu minyak. Iraq bergantung kepada hasil pendapatan minyak saban tahun.
Akibat berlakunya beberapa siri perang sivil ke atas Iraq penghasilan minyak tidak dapat
berjalan dengan maksimum. Kerosakan dan kemusnahan kemudahan fasiliti seperti saluran
paip minyak stesen pam dan pelantar menyukarkan penghasilan minyak. Pada tahun 1921
sahaja pengeluaran minyak 3.4 Barrel per day telah menurun kepada 0.9 Barrel per day.

Hal ini sekaligus menjadikan pendapatan negara Iraq juga menurun. Keadaan ini dapat
dilihat melalui pendapatan perkapita negara Iraq yang bermula pada tahun 1950 an. Pada
tahun1950 an jumlah pendapatan per kapita Iraq telah disumbangkan oleh sektor petroleum
dan minyak iaitu sebanyak 3 peratus. Keadaan ini meningkat kepada 56 peratus kerana
berlakunya kenaikan harga pasaran minyak pada tahun 1980. Namun keadaan ini telah berubah
pada tahun 1990 an iaitu sumbangan sektor minyak dan petroleum menurun kepada 12 peratus
dan menurun lagi dengan mendadak kepada 45 peratus pada tahun 1995. Pendapatan negara
Iraq telah mengalami defisit yang teruk kerana kekurangan pendapatan negara ditambah pula
dengan hutang-hutang yang pernah dipinjam daripada Negara-negara Arab. Semasa era
berlakunya perang oleh negara Iraq perbelanjaan negara Iraq banyak disumbangkan kepada
aktiviti pertahanan dan perkhidmatan tentera. Tambahan pula pada tahun 1991 selepas Iraq
bertindak menyerang Kuwait PBB telah memberi kata putus bahawa tekanan dan sekatan
ekonomi terhadap Iraq telah dikenakan. Iraq bukan sahaja menjadi lemah dari segi ekonomi
tetapi juga mengalami kelemahan dalam sektor yang lain seperti makanan dan ubatan.31
Masalah dalaman dan krisis ekonomi dalam negara Iraq juga berpunca daripada korupsi dan
nepotisme yang berlaku dalam kalangan penjawat awam. Hal ini dapat dibuktikan melalui data
yang ditunjukkan oleh Transparency Internationals Corruption Perceptions Index in 2012.
Melalui data ini Iraq telah menduduki tangga yang ke 169 daripada 176 negara yang
berdaftar.32

PEMERINTAHAN YANG BERSIFAT DIKTATOR DAN REJIM

Selain itu faktor negara Iraq menjadi negara yang gagal adalah kerana politik.
Pemerintahan Saddam Hussien merupakan pemerintahan yang bersifat diktator dan rejim.
Saddam Hussien bukan sahaja berfungsi sebagai presiden Iraq tetapi juga sangat autokratik
dalam pentadbiran negara. Beliau seolah-olah bertindak sebagai menteri di Kementerian

31
Ibid, hlm 234.
32
Ibid, hlm 236.

15
Menteri Pertahanan Menteri Kewangan dan sebagainya.33 Saddam Hussien juga
menggunapakai kuasanya dalam mengeluarkan perintah bukan sahaja dalam sistem negara
tetapi juga dalam parti Baath itu sendiri.34 Semasa pemerintahan beliau juga telah berlakunya
dasar pecah dan perintah antara mazhab Sunni dan Syiah. Kepimpinan Saddam Hussien dalam
memberi ruang dan keistimewaan kepada golongan sunni dalam pemerintahan sememangnya
memberikan lagi kesan dan polemik yang berpanjangan dalam kalangan penganut kedua-dua
mazhab ini. Saddam Hussien juga bertindak sebagai seorang pemerintah yang kejam kerana
beliau akan menghukum sesiapa sahaja yang dirasakan akan menggugat kedudukannya sebagai
Presiden. Misalnya pada tahun 1992, Saddam Hussein telah dilaporkan menangkap beberapa
orang pemimpin yang disyaki mempunyai pertalian dengan puak Juburi. Pada pertengahan
tahun 1992 sahaja seramai lebih kurang 30 orang pegawai termasuklah Jeneral Abed Mutleq
Juburi telah dijatukan hukuman mati. Manakala pada Oktober tahun yang sama juga beliau
telah menjatuhkan hukuman mati kepada 19 pegawai termasuklah Brigadier Anwar Ismael
Hentosh dan Amir Rashid Hassoon kerana disyaki terlibat dalam pergerakan pemberontakan
Syiah di utara Iraq.

Antara kekejaman dan kezaliman yang pernah dilakukan oleh Saddam Hussien semasa
pemerintahan beliau ialah kempen Al-Anfal kempen ini bertujuan untuk menghapuskan etnik
Kurdish dalam Iraq.35 Dalam kempen ini beliau telah menggunakan senjata kimia untuk
membunuh etnik Kurdish secara beramai-ramai. Pada peristiwa 16 Mac 1988 Saddam Hussien
telah mengeluarkan satu arahan serangan dengan menggunakan gas beracun ke atas kawasan
Hallabjah. Serangan ini telah menyebabkan ramai orang terbunuh dan mencecah seramai 100
000 orang mangsa.36 Tekanan yang dikenakan terhadap orang Kurdish telah mendapat
perhatian daripada PBB dan telah mengistiharkan kawasan utara Iraq sebagai kawasan No Fly
Zone Langkah ini diambil bagi melindungi orang-orang Kurdish daripada tekanan politik
Saddam Hussien.37 Bukan itu sahaja beliau juga akan menghukum sesiapa sahaja yang
dianggap berpotensi menentang beliau dalam politik. Bahkan golongan Sunni yang berada
dalam parti yang sama juga menjadi akan dihukum menjadi pesalah politik. Sesiapa yang

33
Ibid, hlm 10.
34
Ibid
35
Burnell P., R.V.R., 2014, Politics in a Developing World: World 4e, UK: Oxford University & Press, hlm 330.
36
Kaplan R.D., 2012, The Revenge oF Geography: What The Map Tell Us Bout Cmonig Conflicts and Battle
Against Fate, Random House Publishing, hlm
37
No Fly Zone, ini adalah satu usaha yang dilakukan oleh PBB bagi menghalang pesawat tentera Iraq sampai
kawasan yang didiami oleh orang Kurdish.

16
didapati menentang akan dipenjarakan dan dihukum mati.38 Pemerintahan Saddam Hussein
pernah dilabelkan sebagai pemerintahan yang melanggar hak asasi manusia yang paling tinggi.
Manakan tidak kekejaman yang dilakukan semasa pesalah politik berada dalam tahanan.

KEADAAN SOSIAL MASYARAKAT IRAQ

Siri peperangan yang berlaku antara negara Iraq dengan negara yang lain telah
membantutkan pembangunan sosial dalam negara Iraq. Institusi pendidikan seperti sekolah dan
university, kesihatan seperti klinik dan hospital dan kemudahan asas dan awam telah musnah.
Perbelanjaan negara Iraq telah banyak diberikan kepada sektor pertahanan negara dan
menanggung hutang yang banyak akibat peperangan. Dalam keadaan ini peluang untuk
mendapatkan pendidikan menjadi terhad. Tambahan pula Iraq tidak lagi mempunyai tenaga
manusia yang mencukupi kerana ramai pelajar dan rakyat Iraq yang terpelajar telah
mendapatkan perlindungan politik dan pelarian di Negara-negara luar. Golongan-golongan
pertengahan rakyat Iraq telah bermastautin dan menjadi rakyat negara lain.

GAGAL MENYEDIAKAN KEPERLUAN ASAS DAN AWAM

Kerajaan Iraq juga gagal menyediakan keperluan asas dan keperluan awam kepada
rakyatnya. Keperluan asas seperti air elektrik dan makanan asasi masih lagi tidak mampu
disediakan secara konsisten. Hal ini juga didapati bertitik tolak daripada keadaan ekonomi
negara Iraq yang masih meruncing secara langsung tidak mampu untuk menyediakan
kemudahan asas ini.39 Kemusnahan yang teruk semasa berlakunya siri peperangan di Iraq
menambahkan lagikesukaran untuk membina semula kerana memerlukan wang yang banyak.

Dalam sektor perubatan dan kesihatan pula taraf kesihatan rakyat Iraq masih lagi berada
pada tahap yang rendah sehinggalah sekarang. Ketiadaaan bekalan asas seperti air dan elektrik
memberikan kesan secara langsung kepada ketidakcekapan sistem hospitaliti dan kekurangan
bahan ubat-ubatan. Banyak bekalan ubat-ubatan telah rosak kerana tiada tempat penyimpanan.
Kematian dalam kalangan rakyat Iraq terutamanya ibu dan anak-anak kecil terus meningkat.
Sehingga tahun 1991 kematian bayi telah meningkat kepada 300 peratus. Hal-hal yang
disebutkan ini juga berpunca daripada keputusan PBB untuk mengenakan sekatan ekonomi
terhadap Iraq yang akhirnya memberi kesan kepada ekonomi dan sosial negara Iraq.

38
Ibid
39
Sutan Barakat (ed). Reconstructing post-Saddam, Iraq. Routledge : New York. 2008, hlm 208-209.

17
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pada pandangan saya Iraq sememangnya merupakan sebuah


negara yang gagal. Hal ini demikian kerana Iraq mempunyai kebanyakan ciri-ciri bagi sebuah
negara yang gagal kerana Iraq terlibat dengan peperangan, mengamalkan pemerintahan
diktator, mencabuli hak asasi manusia serta menekan dan menghapuskan etnik minoriti.
Namun demikian, bagi saya kegagalan Iraq sebagai sebuah negara yang gagal adalah
berdasarkan prinsip sahaja dan ia bukanlah bersifat total atau menyeluruh. Pada pandangan
saya, Iraq tidak boleh dianggap sebagai sebuah negara yang gagal tanpa mengambil kira
perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara tersebut. Pada satu sisi lain juga,
kita harus melihat kemajuan serta pencapaian yang pernah dicapai oleh Iraq selama ianya
berada dibawah rejim Saddam Hussein iaitu dari tahun 1979 sehingga tahun 2003.

Walaupun Iraq dikategorikan sebagai sebuah Negara yang gagal sejak dari zaman
pemerintahan Saddam Hussein selaku presiden Iraq yang kelima namun pada jangka masa
pemerintahan Saddam Hussein juga banyak kemajuan yang berjaya dicapai oleh rakyat Iraq
baik dari aspek ekonomi mahupun sosial. Jika dilihat dari aspek ekonomi, Saddam yang telah
mengamalkan polisi ekonomi sosialis di Iraq telah menasionalkan sumber minyak Iraq dan
menjadikannya ianya sebagai sumber utama pendapatan Negara. Bukan itu sahaja, di bawah
pemerintahan Saddam juga program modenisasi industri telah dijalankan yang telah membawa
kepada pengagihan kekayaan yang lebih seragam, mobility sosial yang lebih baik serta
peningkatan dalam aspek pendidikan dan kesihatan. Golongan Syiah yang sering didakwa telah
ditekan oleh Saddam Hussein ternyata turut diintegrasikan dalam perkhidmatan kerajaan,
perniagaan dan juga bidang-bidang professional lain.

Dari aspek sosial pula, Iraq di bawah pemerintahan rejim Saddam Hussein sangat
menyokong emansipasi wanita di Iraq. Di bawah pentadbiran beliau, wanita di Iraq telah
Berjaya mendapatkan peluang pendidikan serta pekerjaan yang baik berbanding sebelumnya.
Hal ini terbukti apabila jumlah pekerja wanita di Iraq adalah merangkumi jumlah sebanyak
25%. Taraf pendidikan wanita juga semakin meningkat dari semasa ke semasa. Wanita tidak
dinafikan hak untuk belajar dan digalakkan untuk meneruskan pelajaran di peringkat university
sama seperti lelaki. Saddam turut memperkenalkan Undang-Undang Kebajikan Masyarakat
untuk memastikan perlindungan bagi orang-orang tua. Banyak rumah anak-anak yatim dibina
di Iraq demi untuk menjaga kepentingan mereka. Sistem perhubungan dan pengangkutan di

18
Iraq juga tidak ketinggalan daripada turut berkembang di bawah pemerintahan Saddam
Hussein.

Menerusi perkembangan-perkembangan ini adalah tidak wajar Iraq dianggap sebagai


negara yang gagal secara keseluruhannya. Iraq dianggap gagal kerana pada dasarnya Iraq
memang mempunyai ciri-ciri yang telah digariskan sebagai sebuah Negara yang gagal seperti
mana yang telah ditetapkan oleh barat. Meskipun Saddam Hussein dianggap sebagai diktator,
kejam dan kuku besi tetapi rakyat Iraq kecuali kaum Kurdish sangat menyanjungi beliau kerana
keberanian beliau mempertahankan kedaulatan Iraq dari pencerobohan Amerika Syarikat dan
sekutunya. Ketika menghadapi invasi oleh Amerika, Saddam Hussein telah menyeru kepada
rakyatnya supaya siap sedia mengahadapi serangan Amerika. Seruan ini disambut rakyatnya
dan ini menunjukkan bahawa Saddam adalah pembela tanah air.

Iraq gagal sebagai sebuah negara yang gagal adalah kerana faktor yang utama iaitu
campur tangan dari pihak barat yang didalangi oleh Amerika sendiri. Di samping itu terdapat
faktor lain yang menyebabkan kegagalan Iraq antaranya seperti faktor ekonomi, keadaan sosial
rakyat, ancaman dari Iran, konflik kaum dan gagal menyediakan keperluan awam dan asas
untuk rakyat akan tetapi campur tangan barat sangat memburukkan situasi yang sedia ada di
Iraq. Amerika yang pada dasarnya kerap menyatakan bahawa campur tangan mereka di Iraq
adalah semata-mata untuk menegakkan demokrasi dan membebaskan rakyat dari cengkaman
rejim Saddam Hussein yang zalim ternyata tidak dapat menunaikan janji-janji mereka. Setelah
Saddam dijatuhkan hukuman mati. Amerika dilihat gagal membawa demokrasi yang mereka
junjung tinggi sejak dari awal lagi. Pembunuhan demi pembunuhan berlaku dan banyak
kemusnahan dilaporkan telah menjadi petunjuk bahawasanya keadaan di Iraq sebelum campur
tangan Amerika adalah jauh lebih baik. Justeru itu, walaupun Iraq dianggap sebagai sebuah
negara yang gagal namun kita juga perlu juga lihat bahawa sebelum kegagalan Iraq sebuah
negara, Iraq telah banyak mencapai pelbagai kejayaan dari segi ekonomi dan sosialnya.

19
RUJUKAN

1. Burnell P., R.V.R., 2014, Politics in a Developing World: World 4e, UK: Oxford
University & Press.
2. Cordesman. A.H., 1991, Iraq and The War Of Sactions : Conventional Threats and
Mass Destructions, USA: Green Wood Publishing Group.
3. Dilip Hiro, 2001, Neighbour not Friends: Iraq and Iran After The War,
London:Routledge.
4. Hamedi Mohd Adnan, 1991, Krisis Timur Tengah, Kuala Lumpur: Penerbit Amal.
5. Jerry D. Gray, terjemahan Yussamir Yusof, 2012, Art of Deception: Mereka Menipu
Dunia, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.
6. John Cahyaningtyas, 2007, Saddam The United Story, Jakarta: Penerbit Hikmah.
7. Joseph J.Hobbs, 2009, World Regional Geography, Belmont: Calif:Brooks/Cole,
Cengage Larning.
8. John L. Espito, terjemahan Nor Azita Omar, 2001, Ancaman Islam: Mitos atau Realiti,
Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
9. Karim Illahi, 1991, Saddam Hussein dan Perang Teluk, Singapura: Bismi Publishers.
10. Kaplan R.D., 2012, The Revenge oF Geography: What The Map Tell Us Bout Cmonig
Conflicts and Battle Against Fate, Random House Publishing.
11. Letchumy a/p Chandarah@Candra, 2005, Iraq dibawah Pemerintahan Saddam
Hussein 1979-2003, Disertasi B.A. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
12. Mathew Bukavoc, 2010, Failed State: Unstable Countries in the 21 Century, New
York: The Rosen Publishing Group.
13. Milburn Thompson, terjemahan Jamilia Sirait, 2009, Keadilan dan Perdamaian:
Tanggungjawab Kristianiti dalam Pembangunan Dunia, Jakarta: Gunung Mulia.
14. Natasha U., 2014, Countering Global Terroris and Insurgency: Calcullating The Rise
of State Failure in Afganistan, Palestin and Iraq, USA: Palgrave Mac Millan.
15. Noam Chomsky, 2006, Failed State, New York: Henry Holt and Company.
16. Pandu Setia, 2007, Amerika Mengobarkan Perang 20 Intervensi Militer & Upaya
Penggulingan Mulai dari Bung Karno Sampai Saddam Hussein, Tanggerang: P.T
Transmedia.
17. Peter Burnell, Lise Rakner, Vicky Randall, 2014, Politics In A Developing Fourth
Edition, London:Oxford University Press.

20
18. Richard. M Dauly, 2009, Amerika VS Iraq: Bahaya Politasi Agama, Jakarta: Penerbit
Libri.
19. Robert, K.B., 2001, Iraq, Vietnam and The Limit of American Power, USA: Public
Affairs.
20. Robert Rortberg, 2004, When States Failed: Causes and Consequences, New Jersey:
Priceton University Press.
21. Sabaruddin Hussein, 2013, Perang Arab Israel selagi Belum Kiamat, Selangor: PTS
Islamika Sdn.Bhd.
22. Sutan Barakat (ed), 2008, Reconstructing post-Saddam, Iraq. Routledge : New York.
23. The Fund For Peace : The Fragile State Index. Diakses dari :
http://fsi.fundforpeace.org/ pada 14 Mei 2014.

21
22

Anda mungkin juga menyukai