Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Auzubillahiminasyaitonirrajim
Bismillahirrahmanirrahim

Yang dihormati saudara pengerusi majlis, yang berbahagia barisan panel juri yang
arif lagi bijaksana di bawah panji-panji keadilan, penjaga masa yang tidak pernah
alpa dengan tugasnya, dif-dif kehormat, serta sidang hadirin yang dihormati

Assalamulaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.


Berdirinya pokok kerana akarnya,
Berdirinya rumah kerana tiangnya,
Dan berdirinya saya pada hari ini bukanlah untuk beromong-omong kosong, tetapi
adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk
ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Sebelum kata lantang bersuara, sebelum lidah mengatur bicara, izinkan saya
mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Menurut Kamus dewan Edisi ke-4,
alam sekitar ditakrifkan sebagai segala yang ada di langit dan di bumi.
Tanggungjawab pula ditakrifkan sebagai amanah dan tugas yang perlu dipikul oleh
seseorang, manakala bersama diertikan sebagai semua yang terlibat. Oleh itu,
dapat disimpulkan bahawa menjaga kebersihan , keindahan atau mencorakkan
alam sekitar ini merupakan satu kesedaran dan tanggungjawab semua pihak.
Sesuai dengan pepatah bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat,
maka usaha untuk membersihkan dan mencantikkan alam sekitar tanggungjawab
kita bersama.
Salam sudah, definisi pun sudah.
Hadirin hadirat yang saya hormati,

Sesungguhnya kita cukup beruntung kerana memiliki menteri yang sedar dan
komited akan keindahan dan juga kebersihan alam sekitar. Bagaimanakah
sekiranya kita hidup dalam keadaan alam yang tercemar? Tentu kita akan berasa
tidak selesa dan kesihatan kita akan sering terganggu. Kita patut bersyukur kerana
memiliki alam yang segar dan persekitaran yang sihat. Daripadanya, kita dapat
melihat bangunan-bangunan pencakar langit, saujana kehijauan flora yang
terbentang luas, dan keindahan lain yang mengasyikkan. Justeru, kerana itulah kita
sebagai warga yang berilmu perlu menjaga keindahan alam sekitar supaya kita
boleh hidup dalam keadaan yang harmoni.

Sidang hadirin yang berwawasan


Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga haiwan ternakan. Rasa
tanggungjawab itu lebih daripada yang dituntut kerana menjaga alam sekitar tidak
boleh dilakukan secara sendirian. Semua pihak wajib mencintai alam sekitar. Kita
tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak atau menuding jari kea rah pihak lain
sekiranya alam sekitar tercemar. Yang perlu kita lakukan adalah melihat ke dalam
diri sendiri dan perlu bertanggungjawab untuk memulihara alam. Masyarakat
Jepun misalnya, mempercayai semangat alam. Mereka percaya sekiranya alam
sekitar sihat dan segar, manusia atau penghuninya juga demikian. Semangat
seperti inilah yang patut dicontohi oleh semua pihak.

Saudara saudari pendengar bestari,


Wajah kita sebenarnya dapat dilihat daripada alam persekitaran kita. Alam sekitar
ialah imej kepada diri kita. Sekiranya kita menginginkan wajah yang cantik, kita
perlu menghias diri, begitu juga dengan alam sekitar. Alam yang cantik akan
menjadi daya penarik kepada pelancong luar. Keadaan ini sacara tidak langsung
akan membantu dasar ekonomi Negara. Negara-negara yang kekurangan sumber
alam sebagai hasil pendapatan, kini mula beralih ke sector pelancongan untuk
menarik pelabur luar. Oleh itu, amat wajar sekiranya kita mempunyai
tanggungjawab yang tinggi untuk memajukan Negara.

Sidang pendengar yang budiman.


Siapakah yang perlu menjaga alam sekitar? Sudah tentu jawapannya merujuk
kepada kanak-kanak yang baru lahir sehinggalah orang tua yang sakit terlantar
tidak bermaya. Kanak-kanak perlu diberikan pendidikan supaya mencintai
keindahan alam. Orang tua pula perlu diingatkan supaya menjadi teladan kepada
golongan yang lebih muda terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Para
pengusaha perlu beringat dan jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata
sebaliknya berusaha untuk mencari jalan untuk menjadikan alam sekitar lebih
menarik. Mereka perlu barganding bahu dengan kerajaan untuk sama-sama
menjaga dan memelihara alam sekitar agar kelestariannya terpelihara. Jelaslah
bahawa pendidikan menjadi teras kepada rasa tanggungjawab itu. Benar kata-kata
seorang pujangga Yunani, iaitu hanya pendidikan sahaja yang dapat mengubah ala
mini. Kata-kata itu mengingatkan kita kepada rasa tanggungjawab yang lebih besar
maknanya dalam konteks mencintai alam sekitar.

Hadirin hadirat yang dihormati


Berdasarkan hujah-hujah yang telah saya sampaikan tadi maka tidak dapat
dinafikan bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar ialah tanggungjaweab kita
bersama. Kita tentu tidak mahu hidup kita diselubungi pencemaran. Yang kita
perlyu untuk tubuh badan kita ialah sumber makanan dan udara yang sihat. Oleh
itu, untuk memastikan tubuh kita sihat, semuanya bergantung pada alam sekitar
yang sihat.
Akhir kata saya menyeru kepada diri saya dan semua warga dewan ini agar sama-
sama bertanggungjawab untuk menjaga keindahan alam sekitar.
Sekian,
Wabillahhitaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai