Anda di halaman 1dari 34

TUGASAN (60%)

SEMESTER JANUARI 2017

KOD SUBJEK : MPU 3123

TAJUK SUBJEK : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA

NAMA PELAJAR : CHIN FUI MIAN

NOMBOR MATRIK : E3021170006

PROGRAM : BACHELOR OF EDUCATION

(PENGAJIAN BM SEK RENDAH)

FASILITATOR AKADEMIK : EN. ZAHID BIN ROSLI

PUSAT PEMBELAJARAN : CTC KOTA KINABALU SABAH


HALAMAN PENGAKUAN

Bahawasanya ini saya mengaku bahawa semua perlaksanaan tugasan untuk mata
pelajaran saya ini adalah cetakan asli setelah saya menjalankan kajian menggunakan
perkataan saya sendiri dan tidak menceduk mana-mana bahagian karya orang lain untuk
menyiarkannya sebagai ciptaan sendiri dan saya juga tidak mengambil mana-mana
bahagian daripada kerja kursus yang pernah saya hantar. saya mengaku dan
membenarkan bahawa saya :

Semakan

1 Memperoleh semua maklumat, pengetahuan dari /


kajian berasaskan media cetak dan elektronik

2 Tidak meniru mana-mana idea dan hasil kerja pelajar /


lain

3 Tidak membenarkan mana pelajar meniru hasil kerja /


saya

Oleh itu , saya memahami bahawa jika sebarang pernyataan di atas didapati tidak benar,
En. Zahid boleh mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap saya termasuklah
menggagalkan kerja kursus ini .

Sekian.

..
( CHIN FUI MIAN)
PENGHARGAAN

Bersyukur kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan

sempurna dan tepat pada masanya.Sebelum menyiapkan tugasan ini saya

sekumpulan telah mengumpul beberapa maklumat berkaitan dengan tajuk yang

diberikan. Antara sumber yang diperolehi ialah Pusat Sumber IPPP, dari internet

dan dari pensyarah sendiri.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

semua terutama pensyarah bimbingan iaitu En Zahid yang banyak memberi

tunjuk ajar dan panduan, kawan-kawan yang sedia berkongsi maklumat dan

pendapat, serta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Melalui kerja kursus ini,saya dapat belajar banyak perkara baru dan dapat

menambah pengetahuan. Selain itu, saya juga belajar untuk memperoleh

maklumat dengan lebih tepat dan cepat serta mengamalkan nilai-nilai murni

sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir kata,sekali lagi ribuan terima kasih dan sekalung budi kepada individu
yang banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan
sempurna.Sekian terima kasih.

SALAM 1 MALAYSIA
ISI KANDUNGAN

Soalan 1

Kerajaan Uthmaniyyah

1.0 Pengenalan kerajaan Uthmaniyyah 1-2

1.1 Sejarah kerajaan Uthmaniyyah 3

1.2 Faktor Kemajuan dan Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyyah 4-8

1.2.1 Faktor kemajuan kerajaan Uthmaniyyah

1.2.2 Faktor kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah

1.3 Faktor Kegemilangan & Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah 8-12

1.3.1 Faktor kegemilangan kerajaan Abbasiyah

1.3.2 Faktor kejatuhan kerajaan Abbasiyah

1.4 Kesan Pemerintahan kepada masyarakat turki 12-14

1.5 Kesimpulan 15

1.6 Rujukan 16

Soalan 2

Interaksi Antara Tamadun Melayu dan Tamadun China

2.0 Pendahuluan 17

2.1 Interaksi Tamadun Melayu dan Tamadun China 18-19

2.2 Sejarah interaksi tamadun Melayu dan tamadun China 19-20

2.3 Kesan interaksi Tamadun China dalam Tamadun Melayu 20-23

2.4 Pengaruh Tamadun China kepada Masyarakat Melayu 24-27

2.5 Kekuatan Tamadun Cina sebagai Sumber Rujukan kepada masyarakat


melayu 27-28

2.6 Kesimpulan 29

2.7 Rujukan 30
Kerajaan Uthmaniyyah

1.0 Pengenalan Kerajaan Uthmaniyyah

Empayar Turki Uthmaniyyah merupakan keluarga Bani Osmani dan merupakan

sebahagian suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke

Asia Kecil semenjak abad kesebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin

yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak

ke barat laut Anatolia pada abad ke-13. Pengikut-pengikutnya terkenal sebagai ghazi atau

lebih mudah dikenali sebagai parajurit berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk

menegakkan Islam dan mencapai kejayaan. Maka di sinilah wujudnya empayar atau

kerajaan Uthmaniah yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain.

Pemerintah Uthmaniyyah mengganggap diri mereka sebagai "pemerintah sejagat" dan

waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".

Mereka menyeberangi Dardanelles menuju ke semenanjung Gallipoli pada tahun

1357 dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah

kerajaan Byzantine, termasuk Greece dan Bulgaria. Constantinople setelah jatuh ke

tangan kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453. Sebahagian besar wilayah Hungary

telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah pada tahun 1526. Kerajaan

Uthmaniyyah ada angkatan laut yang handal di Laut Mediterranean dan melaksanakan

tugasnya dalam peperangan dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain.

Algeria segera dikuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan

Uthmaniyyah lalu meluaskan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara,

menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain.

Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniyyah merupakan keganasan Islam,

mereka menegaskan bahawa Islam ialah agama kekejaman dan agama pedang yang

1
menakutkan. Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan

terjemahan Al-Quran yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton pada tahun 1542.

Dewan Kota Praja membantah dengan mengatakan "dongeng dan bida'ah yang dibuat-

buat" dalam Al-Quran itu akan mengganggu penganut Kristian. Pada akhir abad ke-17,

kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa.

Pengepungan ke atas Vienna pada tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan

Uthmaniyyah kini pula menghadapi persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus

dan bangsa Rusia.

Semenjak tahun 1699, Uthmaniyyah dipaksa bersetuju dalam perjanjian damai

Karlovitz untuk menyerahkan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Venice dan Poland.

Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagian tenggara

Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam tetapi pada abad ke-19, kerajaan

Uthmaniyyah kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai

dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria

pada tahun 1830. Kerajaan Uthmaniyyah menjadi "Orang sakit Eropah" dan hanya

persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan. Semua

wilayah masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniyyah setelah kekalahan dalam

Perang Dunia I pada tahun 1912-1919, dengan wilayah Eropahnya ialah kawasan di

sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai

ke Gallipoli. Mustafa Kamal Ataturk yang berbangsa Turki telah menghapuskan nama

kerajaan Uthmaniyyah pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah

jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang tertinggal Anatolia yang masih berada di

wilayah Republik Turki ini.

2
1.1 Sejarah Uthmaniyyah

Sultan Uthmani telah berjaya menubuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada abad

ke-13 dan nama kerajaan Uthmaniyyah diambil sempena nama nenek moyang mereka

yang pertama iaitu sultan Uthmaniyyah Ibn Sauji Ibn Artugrul Ibn Sulaiman Shah Ibn Kla

Alp yang merupakan ketua kabilah kabl di Asia. Kerajaan Uthmaniyyah telah menduduki

beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Yunani dan Bulgaria pada

abad ke-14. Pada tahun 1453, kerajaan Turki Uthmaniyyah menakluki Kota

Constantinople merupakan kejayaan yang terbesar dan pada tahun 1526 sebagian besar

wilayah Hungary telah dikuasai oleh kekuasaan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Turki

Uthmaniyyah melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara,

menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain. Kajayaan Kerajaan Turki

Uthmaniyyah disebabkan mereka mempunyai angkatan laut yang handal dan sentiasa

bersedia untuk melaksanakan tugasnya dalam peperangan.

Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan karajaan Turki Uthmaniyyah merupakan

keganasan Islam, mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan

agama pedang yang menakutkan. Pada akhir abad ke-17, kemerosotan kerajaan

Uthmaniyah mulai kerana mempunyai masalah dalaman seperti kelemahan pemerintah,

masalah birokrasi, ketenteraan, kemerosotan ekonomi, dan pemberontakan, serta faktor

luaran seperti pengaruh luar, dan peperang dengan kuasa luar. Kejatuhan kerajaan Turki

Uthmaniyyah telah memberi kesan yang besar kepada Negara-negara umat Islam.

3
1.2 Faktor Kemajuan dan Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyyah
1.2.1 Faktor kemajuan Kerajaan Uthmaniyyah

i) Kemajuan dalam pentadbiran

Pemerintahan dan pentadbiran yang bercorak ketenteraan di mana diketuai oleh

sultan yang secara langsung menjadi Ketua tentera, Ketua Agama dan Hakim tertinggi.

Selain itu, Sultan mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat kerana kedudukannya

yang tertinggi dalam pentadbiran. Sultan menguasai dua dewan iaitu dewan kebangsaan

Turki dan dewan Lembaga Pengarah urusan agama. Pada masa itu, sultan menjadi kuasa

tertinggi sepanjang pemerintahan Turki uthmaniyyah dalam bidang politik, agama,

pentadbiran, dan kewangan.

ii) Kemajuan dalam bidang pendidikan

Empayar Turki uthmaniyyah mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu

pengetahuan, pembanggunan, falsafah, kesenian dan teknikal. Di samping itu, juga lahir

pusat-pusat penyelidikan sejarah dan kesusasteraan Islam. Masyarakat diwajibkan

mengikuti pendidikan dan latihan ketenteraan. Pada pemerintahan Sulaiman, masjid,

sekolah, hospital, makam dan saluran air didirikan di kota-kota besar.

iii) Ketenteraan yang kuat

Kerajaan uthmaniyyah menyediakan pasukan ketenteraan yang tersusun dengan

adanya pangkat, pakaian seragam, pakaian rasmi dan kelengkapan senjata bagi

pengawal tentera dan pembesar-pembesar negara. Sultan memberi sanjungan yang

tinggi kepada tentera yang berjaya dalam peperangan dengan hadiah seperti tanah

ladang.

4
Kehebatan empayar uthmaniyyah disebabkan oleh kekuatan akidah mereka

kepada Allah, kemuliaan akhlak tentera, kecekapan pentadbiran kepimpinannya dan

keberanian angkatan tentera dalam medan perang.

1.2.2 Faktor kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah

1.2.2.1 Politik

Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki

Uthmaniyyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan,

pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Ini

merupakan pendorong ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyyah.

Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula menjadi kejatuhan

dan kemunduran kerajaan Uthmaniyyah. Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan

sultan, baik dalam keperibadian serta yang paling utama dalam kepimpinannya.

Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu sendiri yang mementingkan

hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral. Contohnya, Sultan

Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahan sehingga mempunyai 118

orang anak. Di samping itu, Sultan Ibrahim membunuh 100,000 orang dan menyaksikan

sendiri pembunuhan 25,000 orang daripadanya. Kehidupan sultan yang hidup bermewah-

mewah akhirnya mendorong perlakuan tidak bermoral yang telah membawa kejatuhan

empayar Turki Uthmaniyah.

Secara umum diketahui bahawa Turki Uthmaniyyah mempunyai pemimpin silih

berganti. Namun, tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada

kejatuhan Turki Uthmaniyyah kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan

5
pembesar dan pemerintah. Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin

kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan. Keadaan ini telah mendorong ke arah

peperangan antara putera-putera raja yang menyebabkan ketidakstabilan politik dan

kepimpinan yang menurun. Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan kerajaan dikuasai

oleh anggota-anggota harem atau kelompok tertentu dalam istana. Kelemahan dalam

pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam pemerintahan selepas

kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan keruntuhan empayar Turki

Uthmaniyyah. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi oleh Bonda

dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan

Wazir Agung Kara Mustafa. Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

1.2.2.2 Ekonomi

Kelemahan dalam pengurusan ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya

kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan

perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan, ini dapat dibuktikan melalui

jawatan memungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi

sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah

buruk apabila kadar cukai yang tinggi dikenakan telah membebankan rakyat. Kelemahan

ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyyah.

Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah.

Kegiatan perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki

Uthmaniyyah. Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang

semakin maju dalam bidang perdagangan. Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki

Uthmaniyyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan

6
India. Dalam pada itu, sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan

revolusi perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki.

Selain itu, kemunduran dalam ekonomi Tuki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak

pernah berhenti. Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja

negara yang semakin besar termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada

kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kesannya, kegemilangan Turki dari aspek

ekonomi semakin suram dan menuju kejatuhan.

1.2.2.3 Sosial

Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan

rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan

merupakan faktor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi

penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila

berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan

tanah tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak

telah mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria, Poland dan Safavi.

Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk sehingga membawa

kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang

menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Rasuah telah menyerap dalam

kalangan pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan

pemimpin yang tamak. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sultan Sulaiman sendiri meminta

hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu

juga berbuat demikian pada peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut. Gejala

7
rasuah ini telah menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan

kedudukan kerajaan khususnya semasa pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana

bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan individu yang dilantik untuk mengutip

cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang membantunya memperoleh jawatan

berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan faktor yang mendorong kejatuhan empayar Turki

Uthmaniyah.

1.2.2.4 Pengaruh Luar

Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki

Uthmaniyyah. Pada masa itu, kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai

oleh Eropah telah mendorong perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku.

Gerakan-gerakan renaisans melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah

dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki

Uthmaniyah. Hal ini telah melumpuhkan Turki Uthmaniyah akibat daripada saingan kuasa-

kuasa Eropah.

Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan

kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan

Austria sekitar tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki

Uthmaniyah. Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary,

Kota Budapest, wilayah Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan

pertahanan Turki Uthmaniyah. Kejatuhan Turki Uthamniyah semakin terserlah akibat

kekalahan dalam peperangan. Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria

telah mengalahkan Turki dalam Peperangan Petewarden pada tahun 1716. Kekalahan ini

merupakan faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah.

8
1.3 Faktor Kegemilangan & Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah

1.3.1 Faktor kegemilangan kerajaan Abbasiyah

Aspek Pentadbiran

Dari segi pertanian, kerajaan mengurangkan cukai tanah dan menaikkan taraf

saliran dan tali air. Selain itu,hasil pertanian kemudiannya meningkat tinggi sehingga

mendominasi pasaran pertanian antarabangsa.Dari segi perindustrian pula, kerajaan

mempelbagaikan barangan keluaran serta kualitinya yang tinggi dapat meningkatkan

sektor ini ke peringkat antarabangsa.Dari segi perdagangan,Kota Baghdad jadi tumpuan

bagi para pedagang sama ada dari Timur mahupun Barat.

Sistem pertahanan

Keanggotaan ketenteraan dibuka seluas-luasnya kepada bangsa bukan Arab

(Parsi dan Turki) untuk bina interaksi antara pelbagai kaum.Dasar pertahanan Negara

diubah daripada perluasan kuasa kepada membendung pemberontakan dari dalam

(kalangan pihak syiah dan sebahagian penyembah berhala).

Melalui kekayaan aktiviti ekonomi

Kerajaan telah menyediakan infrastruktur fizikal dan intelektual (hospital, sekolah,

perpustakaan, pusat peniagaan, hotel dan lain-lain).Pencapaian dalam bidang fardhu ain

dan fardhu kifayah telah mengharumkan nama kerajaan Abbasiyyah juga merupakan

faktor memperkembangkan kerajaan Abbasiyyah.

Kestabilan politik

Kerajaan memberi perhatian serius kepada pembasmian pemberontakan dan

perbalahan puak. Contohnya, Pemberontakan Syiah di Baghdad yang diketuai oleh

Yahya dan Idris bin Abdullah serta perbalahan antara puak Utara dan Selatan Surya.

9
Pemberontakan dan Perbalahan berjaya dikawal oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid bersama-

sama penglimanya Yahya bin Khalid al-Barmaki dan anaknya al-Fadhil al-Barmaki.

Dasar politik Kerajaan Abbasiyyah

Kerajaan memberi layanan yang adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa

mengira bangsa & keturunan.Selain itu, kerajaan juga menjalankan hubungan diplomatik

yang baik dengan negara-negara luar, ini merupakan faktor kepada kepesatan

pembangunan ekonomi.

Kedudukan Baghdad yang strategik

Kedudukan berperanan memajukan Kerajaan Abbasiyyah kerana ia berada

ditengah-tengah laluan para pedagang timur & barat serta menjadi pusat kegiatan

perdagangan dan pusat pertemuan sarjana Timur dan Barat.Selain itu, Sungai Dajlah

merupakan laluan utama.

Perpaduan antara kaum

Kerajaan memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti bangsa Turki,

Parsi & Arab. Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran

negara.Orang bukan Islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak mengkhianati

kerajaan Islam dan mereka bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat

Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut

Islam. Umat Islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari cetusan idea &

hukum yang dihurai oleh para cendekiawan Islam dalam konsep muamalat. Hukum jual

beli, sewa, gadaian, hutang, perkongsian (syarikat) dan sebagainya dijelaskan oleh para

serjana.

10
1.3.2 Faktor kemerosotan kerajaan Abbasiyah

Kelemahan pemerintah

Pemerintah ketika itu Al-Wasiq tidak melakukan sebarang pembaharuan. Beliau

hanya bergantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk menjalankan polisi pemerintahan

yang diwarisi daripada ayahandanya.Beliau meninggal dunia ketika berusia 34 tahun dan

ketika itu puteranya masih terlalu muda dan tidak dapat mewarisi takhtanya.Saudara Al-

Wasiq iaitu Al-Mutawakkil mengmbil alih pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan

kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa Turki &

parsi.Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh Turki dan Parsi begitu kuat

menguasai percaturan politik Kerajaan Abbasiyah.

Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan Abbasiyah

Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas, banyak

jawatan-jawatan penting seperti menteri, gabenor dan panglima tentera disandang oleh

bangsa Turki dan Parsi. Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan & pengaruh sendiri

seperti kerajaan At-Thahiriyyah, Al-Buwaihiyyah, At-Thuluniyyah dan As-Saljuqiyyah.

Perpecahan ini mengakibatkan kelemahan kuasa dan kedaulatannya akibatnya

keruntuhan kuasa Abbasiyah.

Perebutan kuasa

Khalifah al-Mutawakkil lantik tiga puteranya al-Muntasir, al-Mutaz dan al-Muayyad

sebagai putera mahkota (Waliyyul Ahd).Baginda memilih putera keduanya (al-Mutaz)

sebagai bakal penggantinya dengan mengetepikan putera sulungnya (al-Muntasir). Ini

telah menyababkan berlaku perbalahan antara al-Muntasir dengan al-Mutaz.Al-Muntasir

merampas kuasa ayahandanya pada tahun 247H/861M.Putera-putera Al-Mutawakkil

11
berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan Abbasiyah.

Kegawatan ekonomi

Rusuhan & pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan

Abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi kerajaan Abbasiyah.Para

pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di

Baitulmal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan.Perselisihan aliran

fahaman keagamaan juga berlaku semasa itu. Pemberontak dari golongan syiah &

khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan Abbasiyah. Mereka berpendapat

jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja dan

keadaan ini telah mengganggu keamanan negara.

Serangan dari luar

Kerajaan Abbasiyah di akhir zaman pemerintahan diserang oleh musuh-musuh

dari utara (Gorgia & Arminia), barat (tentera salib) dan timur (kerajaan Monggol). Banyak

kawasan-kawasan Islam diserang serta umat Islam dibunuh dengan kejam semasa

serangan ini. Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan

Abbasiyah. Pusat pentadbiran di Baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan

serangan-serangan tersebut & ramai pejuang-pejuang Islam yang terkorban.

1.4 Kesan Pemerintahan kepada masyarakat Turki

Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah sememangnya telah memberi kesan yang

mendalam kepada masyarakat Turki. Kesan yang paling ketara yang dapat dilihat ialah

terdapatnya unsur-unsur sekularisme yang telah dipengaruhi oleh barat. Hal ini

menyebabkan lahirnya golongan birokrat yang pro barat yang telah melahirkan golongan

yang memandang tinggi terhadap orang barat. Unsur sekularisme telah meresap masuk

12
ke dalam pentadbiran, perundangan, pendidikan, pertahanan dan pemikiran penduduk

Turki Uthmaniyyah. Penduduk semakin terpengaruh dengan gaya hidup orang barat yang

menjadikan mereka kufur dengan perbuatan seperti meminum arak dikalayak ramai,

menari dan bergaul bebas. Selain itu, mereka juga telah meninggalkan ajaran agama

Islam yang selama ini menjadi tunggak dalam kehidupan mereka.

Kejatuhan karajaan Islam yang agung ini telah menyebabkan berlakunya

perubahan dari segi perundangan yang mana undang-undang yang digunakan dalam

pentadbiran adalah berdasarkan undang-undang yang menerapkan unsur sekular.

Mereka memandang rendah terhadap undang-undang syariah, malah mereka lebih

mengagungkan undang-undang yang diperkenalkan oleh barat. Selain itu, kejatuhan

kerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi perubahan dalam bidang pendidikan.

Bidang pendidikan mula diterapkan dengan unsur-unsur sekularisme yang telah

melihirkan golongan pro barat yang akhirnya telah melakukan perubahan besar terhadap

kerajaan Turki.

Selain itu, kajatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan terhadap

institusi khalifah. Setelah Mustafa Kamal Ataturk memegang puncuk kepimpinan, beliau

telah mengadakan perubahan besar kepada sistem pentadbiran. Beliau telah

menghapuskan institusi kesultanan pada 1 November 1922 dengan menggunakan alasan

bahawa sultan telah mengkianati Negara. Pada masa yang sama beliau juga telah

mengistiharkan Turki sebagai sebuah Negara republic di mana beliau sendiri telah

melantik dirinya sebagai presiden yang pertama. Dengan bermulanya corak

pemerintahan republic tersebut, maka sistem khalifah yang diamal di masyarakat Turki itu

telah berakhir pada 29 November 1923 dengan memutuskan bahawa khalifah tiada

13
gunanya. Semasa pemerintahan Mustafa kamal, beliau telah menunjukkan sikapnya yang

anti dengan Islam. Masyarakat Turki telah menerima kesan yang sangat mendalam

daripada sikap Mustafa Kamal yang banyak melarang umat Islam untuk mengikut ajaran

Islam. Contohnya, beliau telah menghapuskan semua yang berwajah dan berbau Islam,

dan paling menyedihkan ialah beliau telah mengeluarkan arahan larangan azan dalam

bahasa Arab, wanita-wanita juga dilarang untuk menutup aurat.

14
1.4 Kesimpulan

Kerajaan Uthmaniyyah mempunyai zaman gemilangnya dengan pemerintahan

yang unggul dan zalim dan selepas itu kerajaan Uthmaniyyah mengalami kejatuhan

disebabkan dengan beberapa faktor. Sejarah kerajaan Uthmaniyyah mendorongkan

sarjana-sarjana untuk mengaji dan belajar. Kerajaan Uthmaniyyah dan Kerajaan

Abbasiyah mempunyai persamaan, kedua-dua kerajaan ini mengalami zaman yang

gemilang dan mempunyai banyak perkembanngan pada masa zaman dahulu itu. Selain

daripada itu, kedua-dua kerajaan ini mengalami kejatuhan dengan beberapa faktor, salah

satu ialah perebutan kuasa antara putera-putera. Kedua-dua kerajaan ini juga mempunyai

pengaruh luar yang campur tangan mengakibatkan kemerosotan. Kerajaan Uthmaniyyah

dan Kerajaan Abbasiyah mempunyai perbezaan juga, iaitu mempunyai lokasi yang

berbeza. Selain itu, kerajaan Uthmaniyyah memberikan kesan yang dalam bagi

masyarakat Turki.

15
1.5 Rujukan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_Uthmaniyah Accessed on 17 Februari

2017

http://dpmz.blogspot.my/2013/03/sejarah-turki-uthmaniyyah-ketahui.html

Accessed on Wednesday, March 6, 2013

http://koleksi-nota-sejarah.blogspot.my/2009/03/sejarah-turki-uthmaniyyah.html

Accessed on Tuesday, 17 March 2009

http://umarabdulrashid.blogspot.my/2009/10/faktor-kegemilangan-kejatuhan-

kerajaan.html Accessed on Wednesday, 28 October 2009

Hj. Ahmad Fauzi dan Ahmad Tarmizi Talib. (1997) Tamadun Islam. Penerbit

Universiti Putra Malaysia

16
Interaksi Antara Tamadun Melayu dan Tamadun China

2.0 Pendahuluan

Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, oleh itu tamadun

mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai sejagat sesuai dengan fitrah dan keperluan asas

kehidupan manusia. Manusia difitrahkan hidup dengan mempunyai pegangan dan

kepercayaan. Namun kepercayaan antara kelompok manusia adalah berbeza dari sudut

fahaman dan anutan serta cara melahirkan ketundukan dan kepatuhan, kesan dari latar

belakang, persekitaran dan pengalaman hidup yang berbeza. Perbezaan ini merangkumi

persoalan falsafah dan konsep sesuatu pegangan dan kepercayaan. Perbezaan tetap

wujud walaupun etnik yang berbeza ini sama-sama berada dalam satu unit politik yang

sama. Persamaan ini merujuk kepada persamaan persoalan pokok, iaitu mempunyai

pegangan dan kepercayaan serta amalan-amalan dari sesuatu kepercayaan. Contoh

persamaan yang jelas ialah kepercayaan dan pegangan keseluruhan Tamadun kepada

kuasa ghaib dan kuasa ini memberi kesan kepada kehidupan manusia di alam nyata

seperti sihat, sakit, aman, malapetaka, miskin dan kaya. Namun antara setiap tamadun

mempunyai tafsiran dan kepercayaan masing-masing terhadap kuasa ghaib. Melalui

perbezaan dan persamaan ini, negara-negara telah berjaya mewujudkan interaksi antara

pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti dapat terjalin

secara harmonis. Sebagai contohnya, interaksi antara Tamadun Cina dengan Tamadun

Melayu.

17
2.1 Interaksi Tamadun Melayu dan Tamadun China

Menurut Nazari Raduan, Rekod rasmi China yang menyatakan bahawa Kedah

pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China melalui kedatangan China ke

Kedah yang bertarikh 638 M menunjukkan interaksi di antara Tamadun Melayu dan

Tamadun China. Kesan daripada interaksi ini dapat dilihat melalui penyebaran agama

Islam di Tanah Melayu di peringkat awal telah dikatakan datang dari Tanah Besar China

ekoran daripada hubungan perdagangan kedua-dua belah pihak. Hal ini terbukti dengan

penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048) dan di Laren, Jawa

(1082) yang mengatakan Islam datang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9.

Selain itu, hasil interaksi ini menyebabkan Tamadun Melayu juga mewarisi Cina

Peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan Baba dan Nyonya

mempunyai unsur-unsur kebudayaan Melayu. Selain itu, Bahasa Melayu Baba pula

banyak dipengaruhi oleh perkataan Hokkien iaitu salah satu cabang dalam bahasa Cina.

Cina Peranakan juga turut dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan mereka telah

biasa makan dengan menggunakan tangan. Tambahan lagi, golongan ini menggunakan

kebaya dan kain sarong sebagai pakaian mereka seharian. Disebabkan dengan

pertukaran barang yang dijadikan sebagai hadiah, Tamadun Melayu telah diperkenalkan

dengan pelbagai jenis tekstil seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin,

tembikar dan logam serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Malahan, adat

memberi ang pau yang bermaksud sampul merah ketika perayaan Tahun Baru Cina juga

diperkenalkan.

Hasil daripada tempias interaksi tamadun China dalam tamadun melayu telah

menyebabkan Tamadun Melayu turut memperoleh keuntungan terutamanya dari aspek

18
perubatan dan teknologi yang dibawa oleh Tamadun China. Seperti yang kita ketahui,

rawatan akupuntur dan herba adalah sangat mujarab dan bertujuan bagi

menyeimbangkan Yin dan Yang mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Perubatan

herba Cina yang menggunakan lebih daripada seribu jenis herba juga dapat mengubati

penyakit seperti asma, anemia dan kanser. Dalam bidang teknologi, hasil interaksi

dengan tamadun melayu menyebabkan Tamadun China telah membawa teknologi

membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti di Jawa selain daripada penghasilan

barangan lain seperti kertas, kain, bahan letupan, lilin dan sebagainya.

2.2 Sejarah interaksi tamadun Melayu dan tamadun China

2.2.1 Zaman Pra-Penjajah Barat

Hubungan antara China dengan Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum

permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Semasa pemerintahan

Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain

di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta mengadakan hubungan

diplomatik dengan mereka. Kerajaan Funan menjalankan perdagangan dengan Cina

serta Semenanjung Tanah Melayu dan Funan pada masa itu dikenal sebagai

Mediterranean Timur. Bukti kewujudan kerajaan Melayu purba ini diperoleh dari tulisan

perwakilan Cina yang melawati negara itu, perwakilan itu terdiri dari Kang Tai dan Chu

Ying. Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) mewujudkan hubungan diplomatik

dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu

daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui

Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain.

Pada abad ke-7, kerajaan Funan merosot dan Sriwijaya muncul sebagai kuasa politik dan

19
perdagangan yang terkuat di Selat Melaka. Pada tahun 671 masihi, I-Tsing (seorang sami

Buddha Cina) melawat Palembang dan menetap di sana selama 6 bulan untuk

mempelajari bahasa Sanskrit dan keterangannya konsisten dengan beberapa catatan

batu bersurat yang menunjukkan empayar Sriwijaya dibentuk pada abad ke-7.

Dinasti Song (960-1279) telah meneruskan hubungan baik dengan negeri-negeri

luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan terutama dengan

negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. Hubungan paling gemilang

dan bermakna antara Melayu dengan China ialah yang dijalinkan antara Kesultanan

Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China

wujud sebelum itu lagi apabila seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun

1403 dan Parameswara membalas dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405.

Laksamana Cheng Ho membawa hadiah bingkisan daripada Raja China dan dibalas oleh

Parameswara pada tahun 1407. Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah melawat

China iaitu Parameswara (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan Muhammad Syah

(1424) dan Sultan Abu Syahid (1445).

Interaksi dan pertalian kerajaan Tamadun Melayu dengan Tamadun Cina pada

zaman pra-penjajah Barat tidak banyak membawa kesan mendalam dan besar ke atas

Tamadun Melayu. Ini kerana kedatangan orang Cina ke Melayu dan negara-negara luar

lain pada zaman itu tidak didorong oleh perasaan hegemoni dan niat untuk menjajah dan

mendominasi negara-negara itu. Sikap mereka saling hormat-menghormati dan

mengiktiraf kedudukan dan kewibawaan kerajaan dan ciri budaya masing-masing.

Kecenderungan pada pihak China telah mempengaruhi masyarakat untuk mempelajari

dan memanfaatkan khazanah budaya bangsa Tamadun tempatan, contohnya I-Ching

20
yang belajar dan berkarya di Srivijaya. Begitu juga Laksamana Muhammad Cheng Ho

dan orang-orangnya apabila melawat Melaka pada zaman kesultanannya.

2.2.2 Zaman Penjajahan Barat

Sebelum kedatangan British, masyarakat Cina terlalu kecil dan terlibat dalam

bidang perniagaaan, bantahan mereka menjadi ramai setelah Inggeris ambilalih Pulau

Pinang dan Singapura serta penubuhan Negeri-Negeri Selat. Kebanyakan mereka

berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin, Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan

lain-lain. Mereka terlibat dalam sektor perlombongan di Lukut, Sungai Ujong, Larut Kelang

dan Kuala Lumpur dan orang Cina bekerja di ladang dan gambir setelah dibawa masuk

ke Johor melalui sistem Kangchu. Namun dari segi interaksi dan pengaruh budaya antara

masyarakat Cina dan Melayu terdapat jurang yang luas kerana dasar perintahan Inggeris

yang memisahkan penempatan antara kaum. Orang Cina ditempatkan di bandar yang

merupakan kawasan yang berdikari dengan penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan

orang luar untuk kelangsungan hidup mereka.

2.3 Kesan interaksi Tamadun China dalam Tamadun Melayu

2.3.1 Penyebaran Agama

Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan datang dari Tanah Besar

China melalui hubungan perdangangan. Aktiviti perdagangan berlaku di pelabuhan

Melaka kerana Melaka merupakan tempat perdagangan strategik. Hubungan diplomatik

dijalinkan antara Kerajaan Melayu Melaka dengan kerajaan China untuk menjamin

keselamatan negara. Bukti berlakunya interaksi tersebut ialah adanya bukit yang

dinamakan Bukit China dan bukit ini merupakan hadiah Sultan Melaka kepada Puteri

Hang Li Po yang dikahwininya. Cara penyebaran Islam dari China ialah melalui hubungan

21
diplomatik iaitu perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka dan perdagangan

iaitu melalui pedagang dari Canton dan Hainan pada kurun ke 9. Ini jelas dibuktikan

dengan penemuan batu bersurat di Champa bertarikh (1039), di Brunei (1043) dan di

Laren Jawa (1082). Selain daripada itu, pada abad ke-7, seramai 1000 ilmuwan Buddha

terdapat di bandar-bandar empayar Srivijaya yang terlibat dengan pengajian agama

Buddha dan bahasa Sanskrit. I-Tsing kemudian juga memperkenalkan karyanya yang

bertajuk Rekod Tentang Agama Buddha yang Diamalkan di India dan Kepulauan Melayu

kini telah terkenal. Kedah juga menjadi pusat perhentian utama sami Buddha dari China.

Kedah Tuah merupakan pusat penyebaran ajaran Hindu dan Buddha dan dapat dibukti

apabila ahli-ahli arkeologi memjumpai bekas tapak candi Hindu-Buddha.

2.3.2 Warisan Baba dan Nyonya

Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya di Melaka dan komuniti Cina peranakan

di Kelantan. Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu

dan adat Melayu seperti Bahasa Melayu Bapa banyak mengandungi dialek

Hokkien.Selain itu, cara masakan mereka dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan

menjadi kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan, seperti nasi lemak.

Pakaian kebaya dan kain sarong serta kasut manek dipakai oleh masyarakat Nyonya juga

merupakan unsur pengaruh cina.

2.3.3 Kebudayaan

Sistem barter iaitu pertukaran barangan sebagai hadiah melalui misi diplomatik

diperkenalkan contohnya, tekstil (kain) dari Negara China seperti kain sutera dan kain

kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan

tauhu dan lain-lain lagi. Di samping itu, adat memberi angpau yang bermaksud sampul

merah juga diperkenalkan dari Negara China.

22
2.3.4 Perubatan dan teknologi

Rawatan akupuntur dan herba bertujuan mengimbangkan yin dan yang

diperluaskan menggunakan di masyarakat sehingga kini. Selain itu, perubatan herba Cina

yang berjumlah melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser

telah diperkenalkan di tanah Melayu. Selain daripada itu, Teh Cina ataupun green tea

amat digemari oleh masyarakat dan digunakan dalam restoran sehingga kini juga kesan

daripada pengaruh cina.

2.3.5 Bahasa dan Kesusasteraan

Bahasa Melayu Kuno disebar sejak kurun-7, Bahasa Melayu Kuno menjadi lingua

franca atau bahasa utama dan dipertuturkan oleh kebanyakan penduduk Nusantara.

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit yang banyak

menyumbang kepada pengayaan kosa kata Bahasa Melayu.Jika banding dengan Bahasa

Melayu kini, kita akan mendapati bunyi dan perkataan berikut:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Kini

vulan-bulan

nayik-naik

mamava-membawa

dangan-dengan

sarivu-seribu

Selain daripada itu, Bahasa Bahasa Baba Nyonya yang berasal daripada bahasa

Melayu tetapi talah menyerap dialek Hokkien yang tidak dapat difahami oleh masyarakat

Melayu. Contohnya Bakmi, me, mesua, cincau, taugeh, kekwa, koyok, gincu, Loting,

pangkin, loceng, apek, nyonya, taukeh, kongsi, kicak dan lain-lain.

23
Kesusasteraan berkembang di empayar Srivijaya dengan kehadiran epik

Ramayana dan Mahabharata yang turut disesuaikan dengan unsur-unsur tempatan.

Contohnya wayang kulilt di Malaysia.

2.4 Pengaruh Tamadun China kepada Masyarakat Melayu

2.4.1 Politik

Nilai utama yang diberikan tumpuan ialah integrasi nasional, iaitu perpaduan

nasional. Selain itu, yang ditekankan ialah mengenai ideal demokrasi, keamanan dan

keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara. Tamadun Cina yang berasaskan

humanisme dan moralisme memang menekankan keharmonian, kesederhanaan,

keadilan, ketaatan dan ideal-ideal demokrasi seperti yang terkandung dalam The Grand

Unity sebagaimana yang telah dibincangkan. Dalam Tamadun Cina, ajaran Konfusius

telah memberi garis panduan hubungan antara pemerintah dengan rakyat. Pemerintah

mesti berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya. Maknanya, seorang raja mesti

memiliki moral yang tinggi kerana berfungsi sebagai pelindung kepada rakyat. Jika

sebaliknya yang berlaku, mandat ini akan ditarik balik oleh Tian (Tuhan), namun rakyat

tidak dianjurkan supaya menentang raja. Seorang pengikut Konfusius menyifatkan raja

umpama kapal manakala rakyat umpama air. Di sini wujud konsep bantu-membantu

antara satu sama lain dan raja mesti bersikap adil terhadap rakyat.

2.4.2 Sosial

Dalam bidang sosial, sebuah masyarakat bermoral dan beretika, berkebudayaan

penyayang, bersifat terbuka dan toleransi, bersifat bebas untuk mengamalkan tradisi

budaya dan ajaran agama, bersifat saintifik dan progresif, dan berasaskan institusi

keluarga yang kukuh adalah diidamkan. Tamadun Cina dalam proses perkembangannya

24
telah menerima banyak pengaruh agama dan kebudayaan asing kesan daripada interaksi

dengan tamadun lain. Tamadun Cina memang bersifat terbuka dan bertolak ansur. Selain

itu, sistem etika Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga semata-mata dan

mengutamakan kebaikan hati serta keharmonian dalam hubungan antara sebarang entiti

(individu, kelompok, alam). Oleh itu, ajaran Konfusianisme mungkin memberi banyak

implikasi bagi pemupukan kebudayaan penyayang dan pembangunan masyarakat yang

beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan budaya.

2.4.5 Psikologi

Rakyat harus dibangunkan psikologinya agar selaras dengan aspek

pembangunan yang lain terutama pembangunan kebendaan. Sifat-sifat psikologis yang

diperlukan ialah keyakinan kendiri secara kolektif, iaitu rasa bangga kerana keahlian

dalam masyarakat dan pencapaian masyarakat, bersikap teguh terhadap pelbagai

cabaran, juga tabah hati mengejar kualiti serta adanya pembebasan psikologi. Dalam

tamadun Cina yang bercirikan personalisme sebagaimana yang telah dibincangkan,

pemupukan kendiri wajar diamalkan atas premis bahawa manusia berkeupayaan untuk

mencapai semaksima kebaikan dan memberi manfaat. Lanjutan daripada premis ini ialah

kepercayaan bahawa setiap orang tanpa mengira latar belakangnya harus dididik dan

boleh dididik. Selain itu, pemupukan kendiri dalam tradisi Cina bertujuan untuk

kepentingan keluarga, negara dan dunia, dan bukan untuk diri sendiri semata-mata.

Ternyatalah bentuk- bentuk pemikiran ini terdapat dalam tamadun Cina yang

sememangnya relevan sebagai pedoman untuk merancang kurikulum dan pedagogi bagi

pembangunan psikologi yang diingini.

25
2.4.6 Ekonomi

Dalam bidang ekonomi, keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang

penting. Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil

saksama dan pekerjaan tidak dikenal pasti dengan ras. Sebenarnya keadilan pengagihan

kekayaan adalah salah satu ideal dalam The Grand Unity. Selain itu, terdapat banyak nilai

dalam tamadun Cina yang patut ditekankan dalam aktiviti ekonomi. Misalnya, kerajinan,

berjimat-cermat, tanggungjawab, integriti dan ketaatan akan memanfaatkan.

Pertubuhan perniagaan secara langsung, nilai etika seperti keharmonian,

kesetiaan, kesopanan, kepatuhan kepada norma dan peraturan, disiplin diri, semangat

bekerjasama dan sebagainya mungkin memberi implikasi yang positif bagi teori organisasi,

tingkah laku organisasi, pengurusan perniagaan dan psikologi perindustrian.

2.4.7 Pendidikan

Dalam bidang pendidikan, pendidikan merupakan kunci pembangunan bagi

masyarakat. Banyak inovasi dan ciri baru diperkenalkan ke dalam sistem pendidikan sejak

tahun 1990. Kita harus mengambil satu perspektif perbandingan supaya kebijaksanaan

dan fikiran Konfusianisme dan tradisi lain dapat digunakan dalam segala pertimbangan

mengenai perkembangan kurikulum dan strategi mengajar dan pengajaran. Dalam

konteks ini, warisan-warisan tamadun Cina yang relevan dan menarik hati. Pertama,

kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan individu

atau berkelompok. Kedua, pendidikan sentiasa diutamakan. Ketiga, kepercayaan bahawa

setiap individu harus dan boleh dididik. Keempat, pembentukan keperibadian atau ajaran

moral dan etika diberikan keutamaan. Kelima, guru harus dihormati dan diberi status

26
sosial yang tinggi. Nyatalah bahawa warisan-warisan ini adalah berpunca daripada

humanisme, personalisme, intelektualisme dan moralisme dalam tamadun Cina.

2.4.8 Pemeliharaan alam sekitar

Isu ini menjadi semakin runcing dan memerlukan persetujuan konsepsi dan

kerjasama di antara sedunia. Manusia perlu merujuk kepada tradisi yang menekankan

serta mengamalkan hubungan harmoni antara manusia dengan alam semulajadi. Dengan

ini, tamadun harus berdialog antara satu dengan yang lain supaya mencapai satu

konsepsi yang rasional mengenai alam, kaitannya dengan manusia dan kewajipan

manusia bagi mengatasi kemerosotan mutu alam sekitar. Mengikut ajaran Konfusianisme,

Daoisme atau Buddhisme dalam tamadun Cina, manusia berkedudukan setaraf dengan

alam, maka manusia harus berusaha memahami prinsip-prinsip alam semesta supaya

tercapai satu keadaan yang dikenali sebagai "kesatuan alam dengan manusia". Fahaman

mengenai alam dan keadaan kesatuan ini adalah bersifat transendensi dan bukan empirik.

Walaubagaimanapun, keharmonian yang tertinggi darjahnya harus diusahakan dalam

hubungan manusia dengan alam semesta.

2.5 Kekuatan Tamadun Cina sebagai Sumber Rujukan kepada masyarakat melayu

Selain daripada adanya kaitan tamadun Cina, khasnya sistem nilainya dalam

konteks pembentukan semula sistem etika, perlu ditekankan di sini bahawa terdapat tiga

kekuatan tamadun Cina sebagai sumber rujukan.

Pertama, dari sudut kesesuaian. Ideal Konfusian mengenai penubuhan sesebuah

negara beretika bersesuaian. Kedua-duanya mempunyai konsepsi yang sama mengenai

kepercayaan, ideal dan nilai.

Khususnya, keluarga dianggap sebagai satu institusi sosial penting dan

27
seharusnya dipelihara serta dipertahankan. Negara-bangsa moden amat komited

terhadap pembangunan pendidikan, berdasarkan kepercayaan pada perkembangan

sepenuh potensi manusia peringkat perseorangan. Dalam hal ini, ideologi Konfusianisme

yang berteraskan humanisme, humanitarianisme, intelektualisme dan rasionalisme,

adalah secocok dengan fikiran pendidikan moden di dunia.

Kedua, dari sudut skop yang komprehensif. Sungguhpun Konfusianisme

dikembangkan lebih kurang 2,500 tahun dahulu, konsepsinya mengenai perhubungan

sosial, iaitu Lima Perhubungan (wulun), adalah sahih lagi komprehensif sehingga masa

kini. Dalam Konfusianisme, nilai, sifat moral dan prinsip etika yang berkisar kepada lima

perhubungan sosial adalah penting dan cukup sesuai untuk memberi ilham kepada

mereka yang memikirkan satu sistem nilai yang sewajarnya.

Dan ketiganya, dari sudut kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan. Wawasan

Konfusian mengenai masa depan manusia, seperti yang dinyatakan dalam The Grand

Unity amat berkaitan dengan masyarakat global. Pada kebelakangan ini terdapat ramai

sarjana yang terlibat dalam perbincangan tentang kaitan tamadun Cina dengan dunia

moden dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, pendidikan, ketenteraan,

pemeliharaan alam sekitar, pengurusan perniagaan, perubatan dan kesihatan. Pelbagai

pendapat tentang keistimewaan atau keunikan tamadun Cina. Sebilangan kecil mereka

menegaskan bahawa tamadun Cina yang wujud dan berlangsung beribu-ribu tahun itu

mempunyai unsur-unsur yang kurang sesuai pada masa kini. Namun, pada

keseluruhannya, kebanyakan sarjana percaya bahawa tamadun Cina mempunyai unsur

positif dan kebijaksanaan yang seperti dibincangkan. Tegasnya, seperti tamadun-

tamadun lain yang memiliki jangka hayat yang lama, tamadun Cina yang kaya dengan

wawasan dan kebijaksanaan akan terus menjadi satu sumber inspirasi yang relevan bagi

manusia pada kurun ke-21. 28


2.6 Kesimpulan

Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara

iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui

aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik. Contohnya, kemuncak

hubungan diplomatik negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan

Melayu Melaka. Hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa

pemerintahan Dinasti Yuan/Monggol yang menyerang Myanmar dan Jawa. Interaksi

tamadun China dan tamadun Melayu telah banyak memberi kesan dalam bidang

kemahiran, teknologi serta kebendaan sperti Tamadun China membawa teknologi

membuat tebu ke Kepulauan Melayu. Selain itu, tamadun China juga bertanggungjawab

memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Dalam aspek kemahiran,

tamadun China membawa kemahiran membuat tembikar serta pertukangan logam.

Proses interaksi antara tamadun ini mengembangkan lagi tamadun Melayu dan China.

29
2.7 Rujukan

http://nota-budak-ipg.blogspot.my/2012/09/interaksi-antara-tamadun-melayu-
dengan.html Accessed on Thursday, September 13, 2012

http://tujuhpen.blogspot.my/2014/03/interaksi-tamadun-china-dalam-
tamadun.html Accessed on Wednesday, 12 March 2014

http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/topik-3-interaksi-pelbagai-tamadun.html

Accessed on Wednesday, 3 Disember 2008

Sayyed Hossein Nasr 1964. An Introduction To Islamic Cosmological Doctrine.


USA: Harvard Press

Syyed Hossein Nasr 1968. Man And Nature: The Spiritual Crisis In Modern Man.
London: George Allen and Unwin.

Zaiuddin Sardar (ed) 1983. The Touch of Midas: Science, Values and Environment
in Islam and The West. Manchester: Manchester University Press.

30

Anda mungkin juga menyukai