Anda di halaman 1dari 12

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memartabatkan bahasa

Melayu bertujuan memastikan semua murid dapat berkomunikasi dan memahami antara satu
sama lain dalam satu bahasa yang akan mewujdkan perpaduan dan muhibbah dikalangan rakyat
pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia (Utusan Malaysia).

4.0 LAPORAN CABARAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu


4.1 PENDAHULUAN
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa paling ramai penutur di dunia. Berdasarkan
kenyataan ini dapat diandaikan bahawa bahasa Melayu telah memalui perjalanan yang
panjang sehingga berkembang seperti yang ada sekarang ini.

Walau bagaimanapun perdebatan mengenai asal usul bangsa dan bahasa Melayu masih
lagi berterusan sehingga ke hari ini Melayu berasal dari Campa dan telah tersebar luas ke seluruh
Nusantara. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa asal usul orang Melayu ialah dari
Kepulauan Borneo yang kemudiannya berhijrah ke serata Asia Tenggara (Nik Safiah Karim dll,
2009:3).

4.2 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


Dalam membicarakan sejarah perkembangan bahasa Melayu para pengkaji cenderung untuk
membuat tahapan berdasarkan perubahan-perubahan signifikan yang berlaku dalam bahasa
Melayu.

Disebabkan itu kita sering terbaca tahapan-tahapan seperti bahasa Melayu, kuno,
bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Selain daripada itu ada juga pengkelasan
berdasarkan perkembangan politik di Kepulauan Melayu misalnya zaman kerajaan Srivijaya,
Majapahit, Melaka, dan sebagainya. Ada juga yang mengambil kira pengaruh kebudayaan
seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan
Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya
pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha,
menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera
India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.

4.3 CABARAN YANG DIHADAPI DARI SEGI PENDIDIKAN, BAHASA PENGANTAR


DAN SEBAGAINYA
Cabaran sebenarnya bahasa Melayu terletak pada sikap yang diamalkan oleh penuturnya.
Senario yang ada pada hari ini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak
mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah
terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bercakap bahasa Inggeris. Akibatnya, mereka
yang tidak mahu menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak kisah terhadap bahasa
ibunda.

Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti perkembangan
bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur
dalam bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa rojak atau bahasa rancu, bahasa bercampur aduk
dengan bahasa Inggeris begitu berleluasa. Justeru, permasalahan ini iaitu sikap penutur
merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara berhati-hati agar bahasa Melayu tidak
dipandang rendah.

Bahasa Melayu melalui zaman paling gelap apabila peranannya sebagai bahasa pengantar
untuk mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah diambil alih oleh bahasa Inggeris. Pada
masa itu begitu banyak justifikasi untuk merendah-rendahkan bahasa Melayu sebaliknya
menjulang bahasa Inggeris sebagai penentu kemajuan dan kehebatan sesuatu bangsa.
Mujurlah pada tahun 2010, Tan Sri Muhiyidin Yasin,Timbalan Perdana Menteri
telah
mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan matematik akan diajar
dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan dan
diperkasa.
Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman
sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Negara Jepun, Korea Selatan dan
banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang tetapi mereka
mencapai kemajuan yang sangat membanggakan. Sebaliknya banyak negara yang menjadikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi seperti India dan Pakistan masih tidak mencapai status
negara maju.

Penggunaan bahasa Melayu dalam perniagaan boleh dilihat dari banyak aspek. Salah
satunya ialah dalam bidang pengiklanan. Semakin banyak syarikat yang lebih suka menggunakan
bahasa Inggeris atau Mandarin sebagai bahasa dalam iklan-iklan produk mereka. Kalau
dibandingkan jumlah pengiklan yang mengiklankan produk mereka di akhbar-akhbar atau
majalah-majalah berbahasa Melayu jauh lebih rendah berbanding dengan di dalam media
cetak bahasa Inggeris. Dalam bidang pekerjaan pula kini semakin banyak syarikat yang
mengenakan syarat mahir berbahasa Inggeris dan Mandarin sebagai prasyarat untuk diterima
bekerja dengan mereka (Abdul Halim Yusoff & Azrina Ahzan, 2006). Begitulah kedudukan
bahasa Melayu yang semakin hilang peranannya.

Kebelakangan timbul satu gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan


penggunaan
bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari
segi pertuturan, ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya.

Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku dalam kalangan anak
muda atau remaja. Pada masa kini seolah-olah sudah menjadi satu trend atau ikutan dalam
kalangan remaja untuk berkomunikasi menggunakan bahasa rojak. Hal ini cukup ketara jika
dilihat cara mereka berinteraksi melalui pesanan ringkas menggunakan bahasa penulisan yang
cukup pelik dan asing dalam bahasa Melayu. Senario ini cukup membimbangkan dan jika tidak
ditangani dengan segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau
berkumandang lagi.
Sikap pengamal media seperti pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam
pengendalian sesuatu program juga menyumbang kepada kecelaruan bahasa Melayu. Sudah
menjadi kewajiban kepada mereka untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam
mengendalikan sesuatu program atau rancangan, pengacara pada peringkat awal
menggunakan bahasa Melayu.

Namun, perkara yang sebaliknya telah berlaku iaitu dalam pertengahan program
hingga akhir, pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya
berbangsa Melayu.

4.4 USAHA-USAHA UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu titik
mula yang terbaik ialah di sekolah. Rakyat Malaysia seawal kanak-kanak lagi mestilah
disemai dengan bibit-bibit mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara. Profesor
Dr. Awang Sariyan dalam Majlis Bicarawara Bahasa di Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu, Melaka yang lalu menyarankan agar pembudayaan bahasa
Melayu
melalui sistem pendidikan perlu dimantapkan semula iaitu bermula daripada prasekolah
hinggalah ke pengajian tinggi. Menurut beliau lagi, penegasan perlu diberi kepada usaha
pembudayaan bahasa sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Melayu dalam dua aspek iaitu:

i) Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses


pemerolehandan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan Jawatankuasa
Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960
dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996 dan

ii) Pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui
kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa sembang
intenet dan bahasa khidmat pesanan ringkas (sms) tidak sampai menggugat bahasa
yang mewakili budaya teras.
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelapan yang diadakan pada bulan Oktober
2011
telah menggariskan lapan ketetapan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha
memartabatkan semula bahasa Melayu (Saifulizam Mohammad, 31/10/2011). Ketetapan-
ketetapan tersebut ialah:
i) Sistem pendidikan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran hendaklah
bertegas iaitu dengan berlandaskan Perlembagaan serta akta berkaitan menegakkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Sebarang dasar
yang melanggar undang-undang seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) hendaklah dilarang.

ii) Kerajaan tempatan Kerajaan negeri dikehendaki menyeragamkan peruntukan


undang-undang berkaitan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan nama
jalan, bangunan dan iklan menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu dan begitu juga urusan
meluluskan permit dan lesen hendaklah selaras dengan kedudukan bahasa kebangsaan.

iii) Ekonomi dan kewangan Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan Bank Negara
hendaklah melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dalam semua urusan ekonomi dan perniagaan serta menjadikan bahasa itu sebagai penggerak
utama sistem ekonomi negara.

iv) Pengajian tinggi Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah


melaksanakan sepenuhnya sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua tahap pendidikan selain
berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam semua bidang
keilmuan.

v) Perkhidmatan awam Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


hendaklah sentiasa memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dalam semua tadbiran negara dan menjadikan JPA sebagai pelindung bahasa
kebangsaan.

vi) Media, komunikasi dan penyiaran Kerajaan melalui Kementerian Penerangan,


Komunikasi dan Kebudayaan hendaklah sentiasa menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dalam penyiaran berita dan pengucapan pemimpin negara
sebagai kaedah penyampaian maklumat kepada seluruh rakyat.

vii) Perlembagaan Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri hendaklah sentiasa


memastikan penghakiman dan penulisan penghakiman di semua tahap mahkamah
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan demi menegakkan keadilan
berasaskan undang-undang.

iv) Pemasyarakatan Persuratan Melayu: Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan


jabatan hendaklah sentiasa berusaha memperbanyak penerbitan dalam bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dalam semua bidang ilmu.

4.5 PERANAN-PERANAN ORGANISASI DAN INDIVIDU TERTENTU DALAM


USAHA
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
Perkembangan bahasa Melayu moden khususnya selepas merdeka berjalan baik atas usaha
beberapa organisasi dan individu. Antara organisasi dan individu yang banyak berjasa dan
berperanan penting dalam usaha memodenkan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu ialah Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Bahasa
Brunei, Indonesia dan Malaysia, Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) dan lain-lain lagi.

i) Dewan Bahasa dan Pustaka


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 oleh kerajaan bertujuan
untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka. Sejak penubuhannya, DBP telah menyumbang
kepada pemerkasaan bahasa Melayu dalam semua aspek seperti dalam aspek memperbaiki
dan mengemas kini sistem ejaan, tatabahasa, pembentukan istilah, perkamusan, penerbitan
dan persetakan buku-buku dan majalah berbahasa Melayu yang berkualiti. DBP ditubuhkan
bagi memenuhi enam objektif yang telah ditentukan oleh kerajaan iaitu:
a) Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains
dan teknologi.
b) Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.
c) Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku,
d) majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan
bahasa lain.
e) Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa f)
kebangsaan.
f) Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
g) Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas
bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.
ii) Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 18 Mei 1970 adalah Universiti
Ketiga.Ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Pada
awal
penubuhannya UKM mempunyai Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Fakulti Sastera
(diubah kepada Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada 1974). UKM lahir dari
hasrat dan aspirasi orang-orang Melayu yang telah wujud semenjak tahun 1930-an
menyarankan agar sebuah Universiti yang bertaraf kebangsaan dan menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantarnya ditubuhkan. Hasrat ini tercapai apabila
timbulnya
keperluan untuk menampung pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan
meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas negara mencapai kemerdekaan.
(Portal Pelan Transformasi UKM) Sejarah penubuhan UKM bermula dengan iltizam dan aspirasi
kerajaan di bawah pimpinan.Perdana Menteri pada ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak bin
Datuk Hussain untuk menyediakan tempat pengajian tinggi di peringkat universiti kepada pelajar
lepasan sekolah khususnya untuk pelajar aliran Melayu. Atas dasar dan sifatnya yang
memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, maka itu institusi ini dinamakan
Universiti Kebangsaan.Tambahan pula ia merupakan perintis, pendokong dan kemuncak kepada
sistem pendidikan kebangsaan negara kita. Hasilnya UKM tampil sebagai universiti pertama
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pun begitu, ia tetap unggul sebagai institusi penjana ilmu dan profesionalisme.
(Azmy Mohamed, Utusan Online).
iii) Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia (MABBIM)
MABBIM ialah badan bahasa serantau, dianggotai oleh Brunei Darussalam, Indonesia, dan
Malaysia. Awalnya bernama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM), yang dibentuk pada
29 Desember 1972. Pada 4 November 1985, MBIM berubah menjadi MABBIM setelah
Brunei Darussalam menyertainya; sementara Singapura menjadi negara pemerhati. Majlis ini
dibentuk untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau
ini. Di antara tujuan dan fungsinya ialah:
(a) Meningkatkan semangat kebersamaan dan persaudaraan;
(b) Meningkatkan peranan bahasa kebangsaan/rsmi sebagai alat komunikasi;
(c) Mengusahakan pembangunan dan pengembangan bahasa kebangsaan/rasmi;
(d) Mengusahakan penyesuaian bahasa melalui penulisan ilmiah dan kreatif; dan
(e) Mengadakan pertemuan kebahasaan demi penyesuaian dan pendekatan bahasa
kebangsaan/rasmi.
iv) Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba)
Pendeta Zaba merupakan seorang sarjana dan ahli fikir Melayu yang banyak menyumbang
kepada perkembangan bahasa Melayu. Beliau telah menghasilkan beberbapa buah buku
tentang peraturan bahasa Melayu yang dijadikan rujukan utama ahli bahasa selepasnya.
Antara hasil penulisan beliau ialah:

a) Ilmu Mengarang Melayu (1934)


Buku memuatkan hal-hal mengarang, gaya bahasa Melayu dan bukan Melayu,
pemindahan bahasa, ragam bahasa, peribahasa, puisi dan prosa, kata-kata
pinjaman daripada bahasa asing, dan loghat daerah.
b) Pelita Bahasa Melayu I (1940)
Buku ini membicarakan nahu Melayu dalam tulisan Rumi..
c) Pelita Bahasa Melayu II (1940).
Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat rendah..
d) Pelita Bahasa Melayu III (1940).
Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat tinggi.
e) Daftar Ejaan Melayu (1941)
Buku ini memuatkan daftar perkataan Melayu dengan ejaan Jawi dan Rumi,
serta peraturan ejaannya. Beliau juga pernah ingin menerbitkan Kamus
Bahasa Melayu tetapi digagalkan oleh O.T. Dussek.
(Klik Web DBP)

4.6 CADANGAN-CADANGAN YANG DAPAT DILAKSANAKAN UNTUK


MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang memenuhi aspirasi
dan fungsi sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, usaha yang ikhlas dan berterusan
hendaklah dilakukan. Harapan untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak akan kesampaian
sekiranya tidak ada kesungguhan dan langkah berani oleh semua pihak. Beberapa perkara
wajar diberi perhatian agar cita-cita melihat bahasa Melayu menjalankan fungsinya dengan
berkesan, antaranya:

i) Pihak kerajaan sebagai selaku pembentuk dasar hendaklah mempunyai iltizam


yang tinggi dalam merealisasikan perkara ini. Bagaimanakah masyarakat
Malaysia boleh berbangga dengan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan sedangkan dalam masa yang sama istilah bahasa Malaysia
(satu bahasa yang sebenarnya tidak wujud) masih lagi digunakan di sekolah-
sekolah. Kalau hal inipun tidak dapat ditangani bagai mana hendak menangani
perkara yang lebih besar.
ii) Pemimpin-pemimpin politik dan masyarakat mestilah menjadi contoh kepada
masyarakat dengan menggunakan bahasa Melayu yang baik dalam
menyampaikan sesuatu perkara. Dewasa ini dapat dilihat terlalu ramai
pemimpin politik yang lebih suka menggunakan bahasa Inggeris untuk
menyampaikan sesuatu perkara. Lebih malang lagi apabila hal ini berlaku juga
di dalam sidang Parlimen Malaysia sendiri. Wajarkah ketam menyuruh
anaknya berjalan betul sedangkan si bapa ketam tetap jalan menyerong?
iii) Pihak berkuasa seperti pihak berkuasa tempatan hendaklah menguatkuasakan
peraturan penggunaan bahasa Melayu dengan betul agar semua pihak tidak lagi
bersikap sambil lewa terhadap penggunaan bahasa Melayu.
iv) Guru-guru di semua sekolah sewajarnya boleh menggunakan bahasa Melayu
dengan baik agar murid-murid tidak terkeliru antara apa yang diajar dengan
apa yang diguna pakai oleh penutur. Ketrampilan berbahasa dalam kalangan
guru mestilah dipertingkatkan sekurang-kurangnya menguasai aspek
tatabahasa, ejaan dan kosa kata yang betul.
v) Kempen-kempen untuk mempromosi penggunaan bahasa Melayu dalam
urusan seharian hendaklah diaktifkan semula. Sekitar tahun 80-an kempen
penggunaan bahasa baku mendapat tindak balas positif dalam kalangan
masyarakat. Pada masa kini kempen seumpama itu dilakukan hanya sekadar
asal ada sahaja.

4.7 PENUTUP
Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa tua yang telah mengalami banyak
transformasi sehingga begitu berbeza jika dibandingkan dengan bahasa Melayu asal.

Transformasi itu jugalah yang memungkinkan bahasa Melayu terus releven dan
mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa lain. Namun,
cabaran besar sedang dihadapi oleh bahasa Melayu, cabaran yang datang bukan dari
orang luar, tetapi oleh penutur aslinya. Sikap penutur asli bahasa Melayu yang
memandang rendah kepada bahasanya sendiri, tidak ada keyakinan, dan berasa rendah
diri untuk berbahasa dengan sempurna. Perkara ini merupakan ancaman yang besar
kesannya dan jika dibiarkan kelangsungan hidup bahasa Melayu pastinya tergugat.
Justeru itu langkah-langkah proaktif hendaklah diambil demi memartabatkan semula
bahasa Melayu dalam setiap hati penuturnya.

Dilaporkan oleh: TARIKH: 29 JULAI


2017

______________
WONG MUN YEE
E30201170021

Kini Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia dalam komunikasi
harian. Pengetahuan masyarakat di Malaysia tentang bahasa ini juga tinggi kerana hubungan
sosial atau hubungan dagang yang mengutamakan Bahasa Melayu khususnya dalam kalangan
masyarakat umum di luar bandar.

Perkembangan ini telah menyaksikan era pemodenan Bahasa Melayu. Di Malaysia, istilah
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan membawa maknanya yang tersendiri. Bahasa kebangsaan
ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara serta berfungsi sebagai alat
perpaduan rakyat. Identiti bahasa kebangsaan mencerminkan penggunaan bahasa yang
menggambarkan keseluruhan masyarakat yang yang tinggal di Malaysia.

Bahasa rasmi pula menekankan penggunaan bahasa dalam situasi rasmi misalnya pentadbiran,
sistem pendidikan negara, urusan perdagangan, acara rasmi dan sebagainya. Maka disebabkan
oleh sifat bahasa ini, sudah tentulah kedudukan bahasa rasmi amat tinggi prestijnya dalam
kalangan pengguna bahasa. Ini kerana bahasa itu merupakan bahasa komunikasi harian dalam
segala urusan rasmi.
Jelasnya, bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi bahasa rasmi tidak boleh
menjadi bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi hanya digunakan untuk tujuan tertentu tanpa
dikaitkan dengan nasionalisme.

Anda mungkin juga menyukai