Anda di halaman 1dari 5

ISI 1/HURAIAN/PANTUN

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim
yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang
dihormati sekalian.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya mulakan bicara.

Bunga Melor Di dalam Taman


Dipetik jangan Dipandang Indah
Ashabus Sabti Kisah Teladan
Dalam Al-Quran Terbukti Sudah

Marilah kita selusuri sebuah kisah dari al-quran iaitu Kisah Ashabus Sabti.

Para hadirin yang dimuliakan,

Ashabus Sabti adalah kaum dari keturunan Bani Israil pada zaman Nabi Daud a.s.
Mereka tinggal di sebuah desa bernama Ailah, di tepi Laut Merah. Kebanyakan
daripada mereka adalah menangkap ikan, berniaga dan pertukangan. Mereka
diperintah oleh Allah swt agar pada setiap hari Sabtu dikhususkan untuk beribadah
sahaja kepada Allah swt dan meninggalkan segala urusan dunia.

Urusan dunia ditinggal seketika


Perintah Allah janganlah alpa
Ashabus Sabti laksanakan segera
Syariat Nabi Musa harus disempurna

NAS/SUMBER/MAKSUD

Surah An-Nisa’,ayat 103


١٠٣ ‫ين ِك ٰت َ ٗبا َّم ۡوقُو ٗتا‬
َ ِ‫علَى ۡٱل ُم ۡؤ ِمن‬
َ ‫صلَ ٰوةَ كَانَ ۡت‬
َّ ‫ِإ َّن ٱل‬
Maksudnya:”Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan
atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

PENGAJARAN/ISU SEMASA

Kita sama-sama ketahui, pada masa kini setiap kali waktu solat fardhu di Mekah semua
urusan jual beli dihentikan sementara sehingga selesai solat fardhu.

Pengajaran bernilai ialah walau sesibuk manapun urusan kita, ibadah kepada Allah swt
jangan diabaikan kerana leka sebagaimana bunyi gendang begitulah tarinya.
ISI 2/HURAIAN/NASYID

Allah telah menguji Ashabus Sabti. Pada hari tersebut banyak ikan terapung di
permukaan air.Ikan-ikan itu seolah-olah berpesta mengelilingi dua buah batu besar
berwarna putih di tepi pesisir pantai.

Tahun demi tahun tangkapan bertambah


Tamak haloba menguasai diri
Larangan Allah tak siapa yang endah
Nelayan yang fasik lupakan diri

Mereka mula berasa tamak. Bagi mereka inilah peluang untuk mengaut keuntungan
berlipat ganda pada hari itu sahaja.

“aah,….persetan dengan ibadat…baik kita tangkap ikan yang banyak sungguh ni!” kata
sebilangan golonganyangkufur.

NAS/SUMBER/MAKSUD

Rasulullah SAW bersabda:

“Hendaklah kamu berputus asa dari segala apa yang ada pada tangan orang lain,
dan jauhilah tamak karena sesungguhnya tamak adalah suatu kefakiran yang
nyata. ” (Hadis Riwayat: Bukhari)

PENGAJARAN/ISU SEMASA

Ya kawan-kawan,

Negara kita telah digemparkan dengan satu pembunuhan kejam terhadap jutawan
kosmetik kerana sifat tamak .Oleh itu, ingatlah bahawa rezeki Allah itu adalah ujian
untuk kita. kita jangan jadi tamak seperti anjing dengan bayang-bayang atas rezeki
yang diberikan oleh Alla swt.

Para golongan mukmin sentiasa memberi peringatan.kepada mereka.Namun, segala


nasihat tidak diendahkan ibarat itik dimandikan tidak basah.
ISI 3/HURAIAN/SYAIR

Golongan engkar……. semakin gembira…….


Mendapat hasil …………berlipat ganda……..
Amaran diberi ………….hanya sia-sia ………
Desa Ailah ……..dibahagi dua ……..

Apabila mereka yang kufur tidak mendengar nasihat dan amaran daripada mereka yang
masih beriman kepada Allah swt, orang-orang yang beriman telah keluar dari negeri
tersebut dan mereka membina sebuah tembok yang kukuh memisahkan orang yang
beriman dengan yang kufur agar mereka tidak ditimpa hukuman dari Allah swt.

NAS/SUMBER/MAKSUD

Surah ali-Imran,ayat 104 :

َ‫وف َويَ ۡن َه ۡو َن ع َِن ۡٱل ُمنك َِر َوأ ُ ْو ٰ َٰٓلَئِك‬ َ ‫ُون ِإلَى ۡٱل َخ ۡي ِر َويَ ۡأ ُم ُر‬
ِ ‫ون ِب ۡٱل َم ۡع ُر‬ َ ‫ة يَ ۡدع‬ٞ ‫َو ۡلتَكُن ِمنكُمۡ أ ُ َّم‬
١٠٤ ‫ون‬ َ ‫ُه ُم ۡٱل ُم ۡف ِل ُح‬
Maksudnya “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang
baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

PENGAJARAN/ISU SEMASA

Hadirin yang dimuliakan ,


Sekarang ini program-program keagamaan seperti Al-Kuliyyah,Tanyalah Ustaz dan
banyak lagi disiarkan melalui media elektronik yang menyeru ke arah kebaikan.
Berdakwah adalah satu kewajipan keatas setiap umat Islam. Alhamdulillah…

ISI 4/HURAIAN/PANTUN
Ashabus Sabti semakin kaya raya
Maksiat pula semakin bermaharajalela
Berdakwah Nabi Daud setiap masa
Nelayan kufur tetap keras kepala

Malangnya ,nasihat itu bagaikan angin lalu. Nabi Daud a.s berasakan golongan ini tidak
akan bertaubat kepada Allah SWT.

NAS/SUMBER/MAKSUD

FirmanAllah :
٣١ ‫ون‬ َ ُ‫ٱّللِ َج ِميعًا أَيُّهَ ۡٱل ُم ۡؤ ِمن‬
َ ‫ون لَ َعلَّكُمۡ ت ُ ۡف ِل ُح‬ َّ ‫َوتُوبُ َٰٓواْ إِلَى‬
Maksudnya: “dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang
beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur,ayat 31)

PENGAJARAN/ISU SEMASA

Gejala sosial dalam kalangan remaja sekarang ini berada pada tahap kritikal .oleh itu,
kita haruslah berdakwah dengan penuh kesabaran untuk memerangi masalah ini. Insya
Allah…

ISI 5/HURAIAN/NASYID/PANTUN

Nabi Daud segera berdoa


Turunkan azab setimpal dosa
Doa dimakbul dari Yang Esa
Bertukar rupa seperti kera

NAS/SUMBER/MAKSUD

Surah Al-Baqarah,ayat 65:

َ ِ‫فَقُ ۡلنَا لَ ُهمۡ كُونُواْ ِق َر َدةً ٰ َخس‬


٦٥ ‫ين‬
Maksudnya:”Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera Yang hina".

Allah SWT juga telah menurunkan gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa bumi ini
melenyapkan Ashabus Sabti.

PENGAJARAN/ISU SEMASA

Allah Maha Berkuasa menurunkan azab keatas golongan yang ingkar. Banjir besar
yang melanda, gempa bumi di merata-rata dunia,cuaca sejuk yang melampau dan
berbagai lagi kejadian,adalah bukti kekuasaan Allah.

Ashabus Sabti ingkar perintah


Balasan diberi oleh Yang Kuasa
Setiap ujian terselit hikmah
Jadikan pedoman setiap masa

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama bertakwa kepada Allah swt agar kita
menjadi Mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.

Sekian ,wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai