Anda di halaman 1dari 1

Rogayah binti Mokhtar

Lot 1234, Jalan Sinar , Kampung Harapan


84000 Muar , Johor

18 Disember 2015

Kepada,

Bahagian Operasi Domestik,


Lembaga Tabung Haji, Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH, 201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

PER : RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM


1437H/2016M

NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR


KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat
menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016
Masihi.
Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali
menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah
mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.

Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.

Sekian, terima kasih.

Yang Mengharap,

(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)

No K/P: 450101-01-0400

Anda mungkin juga menyukai