Anda di halaman 1dari 1

TERIMA KASIH PENGACARA MAJLIS.

ASSALAMUALAIKUM WARAMATULLAHIBARAKATUH DAN SELAMAT PAGI.

YANG BERUSAHA

TN HJ ADAM BIN MD DALI, GURU BESAR SK DATO DEMANG HUSIN,

EN HUSIN BIN ABU NOH, GURU PENOLONG KANAN 1

PN SEREN BINTI ABD AZIZ, GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

PN AMALIA BINTI MOHAMAD, GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PN SURIANI BINTI ATAN, GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

YANG DIHORMATI

RAKAN-RAKAN GURU

SERTA YANG DIKASIHI ANAK-ANAK DIDIK YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN.

SAYA, USTAZ ANUAR BERSAMA CIKGU NORAZMAH, CIKGU NOR AZURA, CIKGU SAPURA, CIKGU
KAMARIAH, CIKGU NORDIANA, CIKGU YENNI DAN CIKGU NOORHAZIAH MERUPAKAN GURU BERTUGAS
SEPANJANG MINGGU LEPAS DAN ADA BEBERAPA PERKARA YG INGIN USTAZ SENTUH

a) Secara keseluruhannya persekolahan berjalan seperti mana yang dirancang. Disiplin berada
dalam keadaan terkawal. Masih lagi ramai murid yang datang lewat ke sekolah justeru
itu,ustaz memohon agar pelajar yang selalu datang lewat ke sekolah ini akan berusaha hari
demi hari untuk hadir awal ke sekolah
b) Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti
memberi salam dan ucap selamat kepada guru-guru yang berselisih dengan mereka. Amalan
mulia ini dapat diteruskan dan dipanjangkan kepada rakan-rakan dan juga pelawat-pelawat
yang datang ke sekolah.
d) Sikap segelintir murid lelaki yang suka berlari-lari di dalam kelas dan ketika menaiki tangga.
Andainya terjatuh atau tersungkur, ini akan memudaratkan semua pihak.
e) Semua murid perlu peka dengan persekitaran sama ada di kawasan kantin dan juga kelas
supaya dapat memastikan ianya bersih sebelum belajar. Buang sampah ditempat yang
sepatutnya.dan pastikan sampah yang berada di dalam bakul sampah di dalam kelas itu di
buang. Masih banyak kelas yang membiarkan sampah bertaburan dan membiarkan sampah
begitu sahaja.
Sebelum balik pastikan suis kipas dan lampu telah ditutup. semasa rondaan sebelum balik
terdapat beberapa kelas yang terlupa berbuat demikian ini adalah salah satu pembaziran yang
kamu tidak nampak.
USTAZ RASA HANYA SETAKAT ITU SAHAJA LAPORAN KAMI GURU BERTUGAS PADA MINGGU LEPAS. YG ELOK DAN BAIK ITULAH

ANUGERAH DARI ALLAH SWT BERIKAN, YG BURUK ITULAH KELEMAHAN YANG ADA PADA DIRI KAMI SENDIRI.

Anda mungkin juga menyukai