Anda di halaman 1dari 3

QUE TEKS MC

Perhatian kepada para hadirin dan hadirat, guru-guru, tetamu yang hadir dan
murid-murid untuk berkumpul di Dewan SKBD kerana acara kita akan bermula
sebentar sahaja lagi. Mohon jasa baik semua warga dewan untuk memberikan
kerjasama sepenuhnya sepanjang Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak ini
berlangsung.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan. Bagi melancarkan
perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan
telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap sepanjang majlis ini
berlangsung.

Terima kasih

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis bertambah berseri

Yang Berusaha,
Pn Hazinah bt Ibrahim, Guru Besar SK Bukit Damansara,

Yang Berbahagia,
(Jika ada YDP) En. Amirul Sopiee bin Md Noordin
Yang Berusaha,
Pn. Zaini binti Md Saad, selaku Penolong Kanan Pentadbiran,
En. Nasir bin Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Radziah binti Buang, selaku Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru, serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT


SK BUKIT DAMANSARA BAGI TAHUN 2017.

Terlebih dahulu, marilah kita sama2 panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi,


kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul di
dewan SKBD pada hari ini bagi menjayakan Sambutan Hari Kanak-kanak bagi
tahun 2017.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama2 menadah tangan
memohon doa pada yg Maha Esa. Untuk itu, majlis dgn sukacitanya
menjemput al-fadhil Ustaz Elyias untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan ucapan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin hadirat yg dihormati sekalian,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil


murid, adik Loghan Bala. Dipersilakan

Majlis kini diteruskan dgn menjemput Yang Berusaha, Puan Hazinah binti
Ibrahim, Guru Besar Sk Bukit Damansara untuk memberikan ucapan
seterusnya merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat SKBD bagi
tahun 2017. Dipersilakan.

UCAPAN GURU BESAR

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kpd Yang Berusaha Puan Hazinah Binti
Ibrahim atas ucapan perasmian itu sebentar tadi.
Pinang dibelah bahagia dicita,
Raja sehari cantik dan tampan,
Beralih kita ke acara seterusnya,
Penyampaian hadiah ayuh mulakan.

Hadirin Sekalian,

Majlis akan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi kategori-kategori yang


bakal saya sebutkan.

Dijemput _______________________ untuk menyampaikan hadiah kepada


pemenang.

1) Recycle

2) Kebersihan Kelas

3) Cabutan Bertuah

Seterusnya, majlis akan diserikan lagi dengan persembahan murid.


Persembahan pertama yang bakal kita saksikan ialah
Seterusnya, kita akan disajikan dengan persembahan

REHAT

Tanpa membuang masa, kita akan dihiburkan dengan persembahan badut.

Mari Kita saksikannnnnn!!!!!

PEMBERIAN GOODIES!

Putih cahaya si kunang-kunang,


Terbang hinggap di dahan kayu;
Antara sirih dengan pinang,
Di jari sepuluh sembah berlalu.

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya persembahan nyanyian itu tadi, maka


berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Saya, Anis Sofia mengucapkan jutaan
terima kasih dan dedikasi tahniah buat semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsungdalam menjayakan majlis yang gilang gemilang ini. Kami bagi
pihak majlis juga ingin memohon kemaafkan jika terdapat sebarang kecacatan
dan kepincangan sepanjang perjalanan majlis ini.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian terima kasih.

Sekian, wabillahitaufik …

Anda mungkin juga menyukai