Anda di halaman 1dari 8

Bahagian A

[75 markah]

Jawab tiga soalan sahaja

1 (a) Bandingkan antara keperluan dan kehendak manusia. [ 5 markah ]

(b) Gambar menunjukkan penciptaan satu nilai faedah dalam pengeluaran.

Terangkan tiga nilai faedah lain yang wujud. [ 6 markah ]

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Mohidin

Encik Mohidin telah membuka sebuah kilang pengetinan nanas diatas


sebidang tanah milik keluarganya. Beliau berhasrat untuk meningkatkan
pengeluaran kilang tersebut.

Bagaimanakah faktor pengeluaran dapat merealisasikan hasrat Encik Mohidin? [ 6 markah ]

(d) Gambar menunjukkan kedudukan pekerja di sebuah kilang yang telah ditetapkan oleh pengurus
pengeluaran.

Mengapakah pengurus pengeluaran bertindak demikian? [5 markah]


(e) Dialog berikut mengenai satu urusniaga perniagaan.

Mona: Adakah awak hendak menukarkan seekor ayam dengan 10 ekor ikan yang saya ada.

Liza: Sudah tentu. Jumlah ikan itu sesuai dengan seekor ayam saya dan tidaklah terlalu berat
untuk

membawanya. Jadi cepatlah saya sampai ke rumah dan ikan tidak busuk.

Jelaskan kelemahan yang telah berjaya diatasi di dalam urusniaga tersebut. [3 markah]

2. Gambar menunjukkan contoh barang keperluan.

(a) Apakah saluran agihan yang digunakan untuk memasarkan barang tersebut?
Berikan alasan anda. [ 4markah

(b) Situasi berikut berkaitan dengan aktiviti sejenis pomborong.

Syarikat Aiskrim PIKNY memasarkan aiskrimnya di kedai – kedai runcit sekitar Johor Bahru, Pasir
Gudang dan Kulai. Setiap hujung minggu, pekerja syarikat akan mengunjungi kedai – kedai runcit
berkenaan untuk menghantar aiskrim, menukar aiskrim yang lama dan membayar komisyen kepada
peruncit berkenaan. Syarikat ini juga mempunyai gudang untuk memastikan bekalan aiskrim berterusan.

(i) Jelaskan jenis pemborong tersebut? [ 3markah ]

(ii) Bagaimana pergudangan dapat membantu Syarikat Aiskrim PIKNY? [ 4markah ]

(c) Mengapakah peniaga kadangkala menggunakan nota kredit dalam menjalankan urusan jualbeli
mereka?
[
5markah ]
(d) Situasi berikut tentang EncikLim yang membuat belian secara kredit.

Encik Lim membeli kasut bernilai RM300.00 daripada seorang rakannya. Beliau
membayar pendahuluan sebanyak RM100.00 dan bakinya akan dijelaskan secara
ansuran selama 6 bulan.

3 (a) Gambar berikut menunjukkan aktiviti perniagaan antara Malaysia dengan China.

Mengeksport

Minyak Kelapa Sawit Makanan Dalam Tin

MALAYSIA CHINA

Mengeksport

Terangkan dua kepentingan perniagaan tersebut kepada penduduk Malaysia.


[4markah]

(b) Bagaimanakah Pemasaran Bersepadu membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS)?

[5 markah]

(c) Pernyataan berikut berkaitan jenis syarikat yang ditubuhkan dalam perniagaan perkongsian
Encik Razak dan Encik Zamidi.

Encik Razak dan Encik Zamidi merupakan rakan kongsi dalam satu
perniagaan. Mereka bersetuju membubarkan perniagaan sedia ada untuk
menubuhkan milikan perniagaan baru berbentuk syarikat yangtidak perlu
memberitahu orang ramai tentang maklumat syarikat mereka.
Pada pendapat anda, apakah jenis syarikat berhad yang ditubuhkan oleh Encik Razak dan Encik
Zamidi?

Kemukakan alasan anda. [5


markah]

(d) Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Bank HCL Berhad.

10 Ogos2017

RM5 200.00

(i) Terangkan jenis akaun simpanan yang dimiliki oleh Azmiza.


[2 markah]

(ii) Jelaskan jenis pembiayaan yang digunakan oleh Azmiza untuk membolehkan
beliau membayar menggunakan cek tersebut walaupun baki akaunnya hanya RM2 000.
[4 markah]
(iii) Jelaskan kesan palangan yang terdapat pada jenis cek yang ditulis oleh Azmiza.
[ 5 markah ]

4 (a) Situasi berikut berkaitan dengan permohonan tuntutan Encik Rahman.

Kereta Encik Rahman telah dicuri semasa berkunjung ke rumah rakan


karibnya dan beliau telah dibayar ganti rugi. Tiga bulan selepas ganti rugi
penuh diterima, pihak polis telah berjaya menemui semula kereta tersebut.
Encik Rahman menuntut kembali kereta tersebut tetapi permohonannya
ditolak oleh syarikat insurans

Apakah prinsip insurans yang digunakan oleh syarikat insurans? Jelaskan jawapan anda.

[ 4 markah ]

(b) Mengapakah pengkontenaan penting dalam perniagaan antarabangsa?


[ 5 markah ]
(c) Maklumat berikut berkaitan sebuah syarikat penyiaran.

Sebuah syarikat penyiaran ingin menghantar maklumat secara serentak ke


cawangannya di seluruh dunia. Sekiranya terdapat wartawan syarikat yang
hendak menghantar kamera atau peralatan merakam ke mana-mana
destinasi tugasan, mereka dibenarkan membuat penghantaran dengan
menggunakan perkhidmatan mana-mana syarikat kurier.

(i) Jelaskan perkhidmatan komunikasi yang sesuai digunakan oleh syarikat penyiaran
untuk menghantar maklumat kepada cawangannya.
[ 4 markah ]

(ii) Mengapakah pihak syarikat membenarkan wartawannya menggunakan perkhidmatan


penghantaran syarikat tersebut? [ 4 markah ]

(d) Perbualan berikut tentang jenis gudang yang digunakan oleh dua orang usahawan.

(i) Jelaskan jenis gudang yang dimaksudkan oleh Amar [ 4 markah ]

(ii) Bagaimanakah gudang yang dimaksudkan oleh Amin dapat mengurangkan

kerugian mereka? [ 4 markah ]


5. (a) Gambar menunjukkan contoh sejenis promosi yang selalu digunakan oleh peniaga.

Apakah jenis promosi tersebut? Jelaskan jawapan anda. [ 4markah]

(b) Berikut adalah contoh iklan yang disiarkan melalui media elektronik.

Jelaskan kesan penggunaan media elektronik tersebut dalam pengiklanan.

[ 6markah]

(d) Bagaimanakah setiap agensi kerajaan yang berikut dapatmembantu para peniaga?

(i) Institut Penyelidikan dan Pembangunan Malaysia (MARDI).


[ 3markah]

(ii) Majlis Amanah Rakyat (MARA) [ 2markah]


(e) Situasi berikut berlaku kepada Puan Marina, seorang pemilik rumah banglo di Bukit Bertuah.

Puan Marina mengalami kerugian sebanyak RM9000 apabila keretanya mengalami kerosakan
akibat kejadian tanah runtuh di kawasan rumahnya. Penebangan pokok-pokok di kawasan
bukit tersebut secara tidak terkawal oleh sebuah syarikat perumahan telah menyebabkan
berlakunya kejadian tanah runtuh semasa hujan lebat baru-baru ini.Puan Marina sedang
mempertimbangkan untuk membawa kesnya ke Mahkamah Sivil atau Tribunal Tuntutan
Pengguna setelah aduannya tidak diberi perhatian oleh syarikat perumahan tersebut.

(i) Terangkan dua hak pengguna yang boleh dituntut oleh Puan Marina.
[ 4markah]
(ii) Dimanakah Puan Marina perlu membawa kesnya ?
Kemukakan alasan anda. [ 6 markah]

Bahagian B
[25 markah]
Bahagian ini mengandungi satu soalan yang wajib dijawab

6. Setelah menamatkan perkhidmatan sebagai Pengurus Pemasaran Puan FaraNadiah telah


menjalankan perniagaannya sendiri dengan membuka kedai menjual kain, baju kurungdan blaus wanita di
Bandar Baru UDA, Tampoi. Beliau mendapatkan bekalan barang-barangnya dari pembekal tempatan dan luar
negara seperti Indonesia dan Vietnam. Selain di Bandar Baru UDA, beliau juga mempunyai 2 buah cawangan
kedai di Kota Tinggi dan Kluang. Puan FaraNadiah bercadang meningkatkan jualan dengan meluaskan
pasaran keseluruh negara tetapi kekurangan modal. Seorang rakan telah mencadangkan agar Puan
FaraNadiah menjual secara atas talian kerana bentuk perniagaan tersebut semakin popular. Setelah mencuba,
Puan FaraNadiah mendapati jualannya meningkat 200 peratus.

Semua urusan penghantaran dan penerimaan barang menggunakan pengangkutan yang bersesuaian
agar urusniaga dapat berjalan lancar. Puan FaraNadiah pernah menggunakan pengangkutan udara untuk
mendaptkan bekalan kain daripada pembekal di Vietnam walaupun memperolehi keuntungan yang sedikit. Ini
kerana pelanggannya memerlukan kain tersebut dengan kadar segera. Biasanya beliau akan membuat
tempahan awal dan dalam kuantiti yang banyak daripada pembekal di Indonesia dan Vietnam supaya dapat
menggunakan pengangkutan yangberkos rendah.

Baru-baru ini Puan FaraNadiah berasa amat kecewa apabila tidak dapat memenuhi pesanan seorang
peniaga di Bangi, Selangor kerana stok tidak mencukupi. Beliau mendapati pekerjanya gagal mengemaskini
stok yang ada dengan baik. Kesibukan beliau menguruskan perniagaan atas talian telah menyebabkan Puan
FaraNadiah kadang kala tidak sempat menyemak akaun kedainya. Keadaan ini telah menyebabkan seorang
kerani kewangannya mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan duit perniagaan sehingga Puan
FaraNadiah mengalami kerugian besar. Beliau perlu lebih berhati-hati dalam menguruskan perniagaannya.

Puan FaraNadiah mendapati beliau boleh memperolehi keuntungan yang lebih banyak sekiranya
sebahagian daripada keuntungan perniagaan disimpan dalam akaun pelaburan. Beliau telah mendapatkan
maklumat daripada dua buah bank untuk dipertimbangkan sekiranya hendak menyimpan RM200 000 selama
12 bulan.

BANK A BANK B
Tempoh / Kadar Faedah Tempoh / Kadar Faedah
Jangka Masa (% p.a) Jangka Masa (% p.a)
3 bulan 3.05 3 bulan 3.10
6 bulan 3.10 6 bulan 3.15
12 bulan 3.15 12 bulan Boleh Runding

Perniagaan atas talian Puan Fara Nadiah sangat bergantung kepada maklumat yang terdapat dalam
laman sesawangnya. Terdapat beberapa orang pelanggan telah membuat aduan tentang warna kain yang
diterima tidak menyamai warna yang dilihat dalam laman sesawang. Keadaan ini berpunca daripada mutu
gambar yang diambil oleh jurugambar.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan di bawah;-

(a) (i)Huraikan bentuk lain peruncitan yang baru diceburi Puan FaraNadiah.
[ 3 markah ]
(ii) Mengapakah beliau menjalankan bentuk lain peruncitan tersebut?
[ 3 markah ]

(b) Jelaskan jenis pengangkutan yang biasa digunakan oleh Puan FaraNadiah
untuk tempahan barang dari Vietnam dan Indonesia. [ 5markah ]

(c) (i) Bagaimanakah Puan Fara Nadiah hendak memastikan beliau tidak mempunyai
masalah berkaitan stok? [ 3 markah ]

(ii)Huraikan polisi insurans yang dapat membantu beliau mengurangkan kerugian


jika ada kerani kewangannya melakukan kesalahan yang sama.
[ 3 markah ]

(d) Sekiranya anda adalah Puan Fara Nadiah,bank yang manakah akan anda pilih?
Kemukakan alasan anda. [ 3 markah ]

(e) Jelaskan jenis jualan kredit yang ditawarkan oleh rakan Encik Lim kepada beliau?
[ 5markah ]

Anda mungkin juga menyukai