Anda di halaman 1dari 3

TUGAS DAN TANGGUNGGJAWAB PENGAWAS

 Mengawal disiplin pelajar.


 Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar
dan pengawas junior.
 Menjaga imej dan nama baik sekolah.
 Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan
atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
 Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
 Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
 Memimpin rakan-rakan pelajar.
 Mencegah kes jenayah di sekolah.
 Menghormati guru.
 Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
 Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
 Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
 Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang
akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
 Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan
pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
 Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya
untuk mengubah sikap mereka.
 Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada
mereka yang bersalah.
 Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa
hadapan.
 Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas
lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
 Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke
makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku
pada setiap pagi dan selepas waktu rehat.
IKRAR PENGAWAS

Bahawa kami,
pengawas-pengawas SMK SUNGAI TIRAM,
dengan ini berikrar,
akan patuh dan berdisiplin,
menghayati dan mempraktikkan,
segala ilmu yang diperoleh,
demi kecemerlangan organisasi,
berbakti kepada agama, bangsa dan negara,
kami berjanji,
akan menjadi satu warga sekolah yang sentiasa
bersatu,
mematuhi peraturan,
bagi mencapai aspirasi sekolah.

PERATURAN – PERATURAN PENGAWAS

 Jangan menjadi pengawas semata-mata untuk mendapat sijil, pihak


sekolah tidak melantik anda untuk menerima sijil, tetapi melantik anda
untuk menjaga keadaan sekolah. Anda akan menyesal pada masa yang
akan datang sekiranya anda mendapat sijil perkhidmatan pengawas
secara percuma.

 Semua pengawas diwajibkan melapork diri kepada Ketua Seksyen


sebelum 7.10 pagi, kecuali mempunyai alasan yang munasabah. Adalah
kesalahan anda sendiri, sekiranya anda tidak menyiapkan kerja sekolah,
jangan guna masa bertugas untuk menyiapkan kerja sekolah.

 Semua pengawas dibenarkan keluar 10 minit lebih awal sebelum waktu


rehat untuk menjamah makanan ataupun ke perpustakaan. Jangan
sesekali makan dalam kelas. Anda tidak dibenarkan melepak di dalam
perpustakaan ataupun kantin semasa dan selepas waktu rehat kecuali
mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar selepas waktu rehat.

 Semasa perhimpunan pelajar dijalankan, semua pengawas mesti berada


pada kelas yang telah ditetapkan kecuali mereka yang ditugaskan untuk
menjaga blok. Anda mesti pandai menegur pelajar yang bising dan kelas
yang tidak dijaga pengawas akan diambil tindakan oleh pengawas yang
lain dengan serta-merta.

 Anda mesti memberikan perhatian semasa perhimpunan berlangsung.


Pastikan setiap pelajar berbaris dalam barisan secepat mungkin dan
duduk mengikut kelas. Tunjukkan teladan yang baik kepada pelajar lain.
 Semua pengawas mesti memaparkan imej positif kepada semua warga
sekolah. Anda mesti menunjukkan rasa hormat dan sedia menghulurkan
bantuan ikhlas kepada guru, rakan sekolah dan pelawat.

 Setiap Pengawas mesti menunjukkan hormat kepada AJK Seksyen


masing-masing. Sesiapa yang didapati ponteng tugas berturut-turut 2
kali, lewat 3 kali, makan dalam kelas, uniform yang tidak lengkap akan
dicatat kesalahan oleh Ketua Seksyen. Anda akan diberikan surat
amaran. Sekiranya anda tidak berubah dalam tiga hari anda akan
berjumpa dengan guru pengawas, digantung tugas sebulan dan tidak
dibenarkan memakai uniform tempoh itu. Kesalahan kali ketiga
bermakna anda akan dipecat daripada Lembaga Pengawas.

 Pemeriksaan terhadap keadaan uniform, rambut dan kuku pelajar akan


dijalankan selepas perhimpunan mingguan. Pastikan pelajar-pelajar
berkuku pendek, berambut pendek dan tidak diwarnakan, uniform
lengkap (memakai lencana, kasut putih berstokin). Nama mereka harus
dicatatkan dalam buku kesalahan yang diperoleh daripada guru
pengawas atau ketua pengawas dan tindakan saman akan dikenakan
terhadap mereka.

 Para pelajar dianggap lewat ke sekolah setelah lagu negaraku


dimainkan pada setiap hari. Pengawas-pengawas yang bertugas di
pintu-pintu sekolah harus kuncikan pintu pagar selepas lagu negaraku
dimainkan. akan dihukum membersihkan kawasan sekolah atau lain-lain
tindakan yang akan ditetapkan. Anda mesti menjalankan tugas dengan
penuh tanggungjawab tidak kira pesalah itu kawan anda atau tidak.

 Semua pengawas mesti bekerjasama untuk memperbaiki diri sendiri


dalam semua aspek. Jangan malu meminta bantuan daripada pegawas
lain kerana malu bertanya, sesat jalan. Jangan malu untuk menegur atau
menolong pengawas lain sekiranya mereka mempunyai kelemahan.

 Jangan menyertai Lembaga Pegawas jika anda tidak komited untuk


menyumbang masa dan tenaga untuk menjalankan tugas anda. Jangan
mengawal disiplin orang lain sekiranya anda sendiri tidak mampu
mengawal disiplin diri. Sekiranya anda menghadapi masalah, hadapinya
dengan jiwa seorang pengawas yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai