Anda di halaman 1dari 17

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

• Definisi : kecekapan dan keupayaan menggunakan minda


untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu
idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan
sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar
dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
• Pemikiran kritis juga merupakan:
– proses pemerhatian yang aktif bagi mengumpul maklumat
untuk menilai dan bertindak
– pemikiran refleksi yang memberikan fahaman baru
– pentafsiran pengetahuan berasaskan pemerhatian dan
penilaian
– proses memahami fenomena dan konsep berasaskan bukti
dan penaakulan
– suatu cara penilaian yang menuntut pemikir mengawal
pemikirannya (metakognitif) 1
• Kelebihan penggunaan pemikiran kritis:
– untuk mengumpul seberapa banyak
maklumat
– menilai betul atau salah sesuatu idea
– meningkatkan pemahaman dan keupayaan
menggunakan maklumat dengan lebih
berkesan
– membuat keputusan atau pilihan yang lebih
tepat
– membuat pertimbangan yang lebih rasional

2
• Ciri-ciri utama pemikiran kritis
a) Reaktif : gerakbalas thdp idea yg sedia ada (komen,
kritikan dan ulasan).
b) Penilaian : menentukan sesuatu idea patut
dipercayai (nilai baik atau buruk).
c) Analisis : terperinci, objektif dan difahami (meneliti
dgn mendalam idea).
d) Logik : menaakul secara logik dan bersepadu dgn
andaian.

3
• Pemikiran kritis berguna untuk menilai dan memperbaiki
idea yang sudah sedia ada. Melalui pengurusan lisan
individu berfikiran kritis mampu mencari:
– Di mana silapnya?
– Di mana salahnya ?
– Di mana kelemahnya?
– Di mana kebaikkannya ?
– Di mana kekuatannya ?
– Di mana yang tidak selaras ?
– Di mana yang bertentangan ?
– Adakah alasannya betul ?
– Adakah analisisnya tepat ?
– Adakah kesimpulannya memadai ?

4
Kemahiran mikro dalam pemikiran kritis:
- Kritis peringkat rendah
- Kritis peringkat tinggi

Kritis peringkat rendah


• banding dan membeza
• kategori/klasifikasi
• analisis (teliti bhg.kecil / keseluruhan)
• terang sebab
• susun ikut urutan

5
Kritis peringkat tinggi
• usul andaian/ramalan
• buat inferens
• hubung kait
• buat ramalan
• buat generalisasi
• buat kesimpulan

6
Kritis peringkat rendah
Membanding membeza
• Definisi: Meneliti pelbagai persamaan dan
perbezaan antara 2 objek, peristiwa, idea,
berdasarkan aspek-aspek tertentu.

• Tujuan:
a) mempelajari 2 @ lebih perkara serentak
b) memahami sesuatu perkara dgn lebih jelas
c) membantu membuat keputusan dgn lebih bijak
d) mengklasifikasikan data
e) membuat generalisasi dan membina konsep
7
Membuat kategori
• Definisi : mengelompokkan maklumat ke dalam
kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri
sepunya.
• Tujuan:
a) mengesan ciri sepunya
b) menyusun mengikut ciri
c) memudahkan mencari maklumat
d) menerangkan sesuatu mengikut kategori
e) membuat analisis atau merangka untuk
penulisan

8
Menyusun mengikut urutan
• Definisi: keupayaan mengatur perkara mengikut
susunan atau urutan tertentu

• Tujuan:
a) memilih susunan yang sesuai mengikut
keutamaan dan tujuan
b) memudahkan cara penyimpanan ddan
pemerolehan maklumat

9
Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
• Definisi: keupayaan melihat dan
memahami perhubungan, perkaitan,
kepentingan dan pertalian antara
bahagian kecil dengan keseluruhan.

• Tujuan:
a) menentukan fungsi bahagian kecil
b) mengaitkan setiap fungsi bahagian kecil
dengan keseluruhan
10
Menerangkan sebab
• Definisi: menggunakan minda untuk
mengkaji dan menjelaskan sebab kejadian
berdasarkan alasan dan bukti yang
munasabah

• Tujuan:
a) mencari pelbagai punca mengapa sesuatu
perkara berlaku
b) memberi sebab sebenar untuk
mengesahkan kemungkinan
11
Kritis Peringkat Tinggi
Membuat ramalan
• Definisi: membuat jangkaan terhadap sesuatu
peristiwa yang akan berlaku pada masa akan
datang berdasarkan bukti dan maklumat
• Tujuan:
a) membuat persediaan tertentu untuk
mengalami peristiwa baru
b) membuat keputusan awal berdasarkan
maklumat dan bukti
c ) mencari jalan untuk menyelesaikan masalah
yang mungkin
12
Mengusul periksa andaian
• Definisi: menyiasat dan memeriksa sama
ada sesuatu andaian yang telah dibuat
benar atau tidak berdasarkan bukti

• Tujuan:
– memeriksa sesuatu andaian benar atau tidak
– membuat keputusan berdasarkan hasil
andaian yang telah diperiksa

13
Membuat inferens
• Definisi: membuat kesimpulan
berdasarkan maklumat, bukti, atau pola
tertentu

• Tujuan:
– membuat kesimpulan berdasarkan maklumat,
alasan dan bukti yang kukuh
– merumuskan berdasarkan pola maklumat
yang tertentu

14
Mengesahkan sumber maklumat
• Definisi: menentukan sama ada punca
sumber maklumat boleh diterima atau
dipercayai

• Tujuan:
– menentukan ketepatan maklumat
– meningkatkan kemahiran dalam
mengumpulkan maklumat

15
Membuat generalisasi
• Definisi: membuat kesimpulan umum
berdasarkan maklumat yang menyeluruh
dan konsisten

• Tujuan:
– menggunakan sampel yang bersesuaian
dengan objektif
– memilih sampel yang dapat mewakili perkara
yang ingin dikaji

16
Mencari sebab dan membuat kesimpulan
• Definisi: menganalisis dan menilai sebab
bagi mencari kesimpulan yang lebih tepat
• Tujuan:
– membuat keputusan berdasarkan analisis
maklumat
– mengemukakan hujah dan cadangan yang
lebih baik
– berfikiran lebih terbuka dan tidak bertindak
terburu-buru

17

Anda mungkin juga menyukai