Anda di halaman 1dari 3

Tarikh:

21 – 24 Februari 2011
PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG )
PENGANJUR

Jabatan HEP telah ditugaskan untuk mengendalikan program Bina Insan Guru
( BIG ) bagi pelajar-pelajar program PISMP Bahasa Inggeris, PISMP Bahasa Melayu,
PISMP Pra-Sekolah dan PISMP Sains ambilan Januari 2011 (Kumpulan 1) seramai 74
orang peserta.

LATAR MASA

Program BIG kali ini adalah siri ke 1/2011 ( PISMP ) yang akan dilaksanakan
pada 21 – 24 Februari 2011. Pelajar akan bertolak ke Borneo Paradise Resort pada 21
Februari 2011.
.
LATAR TEMPAT

Program ini akan dilaksanakan di Borneo Paradise Resort yang terletak kira-kira
2 jam perjalanan kereta dari Institut Perguruan Tawau.Tempat itu dipilih kerana memiliki
kemudahan tapak perkhemahan, kemudahan untuk aktiviti lari berhalangan, berdekatan
dengan laut untuk aktiviti berkayak , `water confidence’ dan abseiling serta jauh
daripada orang awam.

PENYERTAAN

Peserta yang terlibat adalah seramai 74 orang ( PISMP BAHASA INGGERIS,


PISMP BAHASA MELAYU, PISMP PRA-SEKOLAH dan PISMP SAINS Ambilan Januari
2011 ). Pensyarah dan urusetia yang terlibat akan disesuaikan dengan kapasiti pelajar.
Jurulatih air dan darat akan dipanggil dari kalangan pensyarah Institut Pendidkan Guru
Kampus Tawau..

MATLAMAT.

Program ini merupakan salah satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang
berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan
mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan
nilai-nilai keguruan.

OBJEKTIF.

Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat :

1> menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran
agama.
2> meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
3> Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.
4> Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta
perpaduan masyarakat.
5> Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan;
dan
6> Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui
amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

PERANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI:

Perancangan aktiviti akan diperlihatkan di dalam tentatif program Bina Insan


Guru .

KEWANGAN.

Perbelanjaan makan minum, sewaan tapak perkhemahan, sewaan dewan dan sewaan
bilik simpanan barang adalah di bawah peruntukan institut.

 Sewa tapak perkhemahan : RM 8.00 x 3 hari x 74 orang peserta.


= RM 1766.00

 Sewa dewan : RM 100.00 x 3 hari


= RM 300.00

 Makan minum pelajar : RM 12.50 x 3 hari x 74 orang peserta.


RM 6.50 x 1 hari x 74 orang peserta
= RM 3256.00

 T. Shirt & topi peserta : Guna topi MPPB 2009.

 Alat tulis : Daripada stor

JUMLAH : RM 5322.00

Pensyarah : Perbelanjaan makan minum dan penginapan pensyarah adalah


dibayar sendiri oleh pensyarah berkenaan.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

___________________ __________________ ______________________________

( Nor Hafizah bt Ahmad) ( Mazuki Abd Razak ) ( Dr. Hj Mohd Johan Zakaria )
KU Kebajikan & Sosial KJ Hal Ehwal Pelajar b/p Pengarah IPTS

Anda mungkin juga menyukai