Anda di halaman 1dari 9

SYAFIQAH BT MAT YUSOF (PISMP Sains Jan 2011)

AKTIVITI 4 : Mixing Water Activity PENGETAHUAN MASTERI 1. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan? Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, pelbagai perkara baru berkaitan dengan kemahiran proses sains yang telah saya pelajari antaranya; 1. Mengetahui bahawa kemahiran dalam mengukur dan menggunakan nombor adalah penting bagi melakukan pemerhatian kuantitatif. Bagi pemerhatian mengukur yang baik seseorang perlu menggunakan nombor menguasai kemahiran baik. Oleh itu,

dan

dengan

pemerhatian yang lebih tepat dapat dihasilkan. Keputusan yang diperolehi dalam pemerhatian merupakan fakta saintifik yang boleh digunakan untuk mengendalikan kemahiran proses sains yang lain seperti mengelas, mengukur, membuat inferens, meramal,

berkomunikasi dan menggunakan perkaitan masa dan ruang dengan baik (Nordin, 2004).

2. Mengenal pasti bahawa setiap bahan pengukur dan unit ukuran ialah menggunakan unit piawai yang telah ditetapkan. Oleh itu, ia dapat memudahkan proses sains yang dilakukan dan proses komunikasi dalam penyampaian maklumat. Terdapat juga unit pengukuran yang tidak distandardkan seperti depa, hasta, kaki, cawan, cubit, genggam. Penggunaan unit ini adalah pemerhatian secara kuantitatif namun unitnya tidak diterima secara universal kerana isipadunya boleh berubah- ubah mengikut masa dan keadaan. Maka, berdasarkan aktiviti ini, penggunaan alat pengukur yang mempunyai unit piawaian yang standard akan menghasilkan pemerhatian yang lebih tepat.

3. Memindahkan data kepada bentuk yang lebih mudah untuk dirujuk seperti, jadual, graf, carta dan rajah. Dengan itu, dapat membuat perkaitan dan perhubungan berdasarkan data yang mereka perolehi dengan mengisi data ukuran mereka di dalam jadual. Proses ini memudahkan seseorang untuk membaca data serta ke proses yang seterusnya iaitu kemahiran membanding beza data yang diperolehi.

4. Meningkatkan kemahiran bagi menggunakan dan membaca alat pengukuran yang digunakan dengan tepat dan betul. Kemahiran untuk merekod dan membaca data juga dapat ditingkatkan.

2. Dalam kurikulum sains sekolah rendah, bahagian manakah yang mengajar topik berkenaan? Tahun Tema Pembelajaran 2 tentang sekeliling Pembelajaran tentang 3 sekeliling Panjang dan Mengukur panjang sesuatu objek dengan dunia Topik Tumbuhan Aras Menyukat isipadu air

dunia pendek

menggunakan unit piawai. Menyiasat 4 fizikal alam Kuantiti fizik Mengukur dengan tepat bukan

panjang sesuatu objek, luas suatu permukaan,

isipadu cecair,

suatu pepejal,

jisim dan masa serta menggunakan unit yang tepat. Menyiasat 5 bahan alam Pepejal, dan gas cecair Mengukur didih mengukur lebur ais takat air, takat

3. Bincangkan bagaimana anda dapat menggunakan aktiviti-aktiviti tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda. Aktiviti bagi mengukur dan menggunakan nombor, Mixing Water Activity adalah berkaitan dengan pengaplikasian salah satu daripada kemahiran proses sains dalam eksperimen. Kemahiran Proses Sains adalah berkait antara satu sama lain dan jika tidak menguasai kemahiran ini sepenuhnya maka menjadi sukar untuk membezakan antara satu kemahiran dengan kemahiran yang lain. Aktiviti yang lebih kepada menjalankan eksperimen untuk mengukur dan menggunakan nombor boleh dilakukan dalam kumpulan ini akan menggalakkan pembelajaran koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Proses sosialisasi sesama ahli kumpulan penting untuk menghasilkan kumpulan yang dinamik jika setiap ahli kumpulan berkongsi matlamat yang sama kerana ianya dapat mengembangkan interaksi yang positif dan promotif ke arah peningkatan pembelajaran mereka. (Johnson & Johnson, 1996).

Melalui aktiviti Mixing Water Activity, saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid sepanjang memerhatikan cara mereka mengendalikan alat pengukur semasa aktiviti. Selain itu, saya dapat membuat penilaian melalui cara bacaan yang digunakan oleh murid semasa aktiviti dijalankan. Saya dapat melihat kreativiti murid untuk memindahkan data yang diambil sama ada dalam jadul, rajah, carta atau graf. Dengan itu, saya dapat mengenal pasti teknik bantuan atau scaffolding yang boleh digunakan. Proses membantu murid bagi menghadapi kesukaran tugasan yang lebih tinggi daripada keupayaan semasa yang dimiliki oleh mereka. (Vygotsky, 1978). Menurut Bruner dan Carpie (1980), menyatakan terdapat pertalian antara kemahiran proses sains dan keupayaan menaakul secara formal. Kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif ialah kemahiran- kemahiran penting bagi memupuk sikap kreatif dan kritis pelajar dalam penyelesaian sesuatu masalah. Selain itu, Mixing Water Activity dapat menambah kemahiran murid bagi menghasilkan hasil pemerhatian kuatitatif. Hal ini kerana, murid

mengendalikan sendiri alat dan radas yang diperlukan sepanjang aktiviti. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan memberi kesan yang positif kepada murid kerana mereka akan lebih mudah faham dan ingat apa yang telah dipelajari. Cara murid belajar diajar dan belajar pada masa kini, menyebababkan pengetahuan yang dikuasai tidak kekal dan murid gagal menggunakan prinsip dan proses saintifik untuk membuat keputusan dalam kehidupan mereka (Abu Bakar, 1995; Kelly, 1993) Pengaplikasian kemahiran saintifik seperti kemahiran prose sains dan kemahiran manipulatif menurut Gagne (1985) kemahiran proses sains merupakan asas untuk mempelajari sains dan melatih pembelajaran secara inkuiri penemuan. Proses sains juga merupakan tabiat yang diamalkan dalam pembelajaran (McLEOD et. al., 1975)

4. Kreativiti merupakan elemen penting dalam berfikir dan bekerja secara saintifik. Apakah ciri-ciri kreatif dalam proses kemahiran mengukur dan menggunakan nombor? Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Pfeiffer (dalam Goetz, 19981:297) mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan.

Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor adalah pemerhatian yang dibuat secara kuantitatif dengan menggunakan unit piawaian dengan menggunakan unit rujukan atau alat berunit piawai. Terdapat pelbagai ciri- ciri kreatif yang dapat diperhatikan semasa menggunakan kemahiran ini iaitu kreativiti dalam menggunakan alat- alat ukuran dengan tepat. Sebagai contoh, alat- alat ukuran yang terdiri daripada dua jenis iaitu yang mempunyai unit piawai (pembaris, bikar, neraca dan sebagainya) dan bukan unit piawai (jengkal, kaki, hasta dan sebagainya). Murid dapat meningkatkan kebolehan dan kemampuannya menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli dengan menggunakan nombor- nombor berikut.

Kemahiran proses sains mengukur dan menggunakan nombor juga mengajar murid untuk menganggar jarak, luas, isipadu dalam situasi tertentu. Kemahiran berfikir secara kreatif untuk menganggar ini perlu bagi mereka mengenalpasti alat pengukur yang paling sesuai untuk digunakan.

Kemahiran ini juga membantu murid untuk memastikan penyiasatan yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar. Ha ini kerana, murid turut menghubungkan data ukuran yang telah diperoleh dengan kemahiran proses sains yang lain seperti membuat inferens, ramalan dan sebagainya. Kemahiran proses sains akan berkembang kapada kemahiran aras tinggi secara tidak langsung. Kemudian, dapat membantu murid agar memahami 5

sesuatu eksperimen atau peristiwa yang berlaku di persekitaran mereka. apabila murid dapat menguasai kemahiran proses sains dengan baik, maka murid akan dapat menjalankan aktiviti penyiasatan dengan berkesan (Abu Hassan, 2001. Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor akan memberikan objektif yang jelas kepada murid bagi sesuatu aktiviti. Aktiviti yang mempunyai tujuan yang jelas, akan mewujudkan imaginasi secara kebetulan apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, alat pengukur berat seperti neraca tiga alur yang ingin digunakan tidak terdapat dalam makmal, maka murid akan sedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk mengukur berat..

5. Dalam mengembangkan kebolehan kanak-kanak untuk berfikir dan bekerja secara saintifik, terdapat beberapa teknik yang dapat digunakan oleh guru untuk menggalakkan perkembangan kreativiti murid.

Bincangkan beberapa teknik yang boleh dilakukan?

Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk mengembangkan kreativiti murid ialah melalui menunjukkan peralatan audio atau tayangan video simulasi yang berkaitan topik yang akan diajar oleh guru. Lowenfeld (1947) menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambargambar dan peralatan-peralatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni visual semakin banyak membantu

perkembangan minda yang lebih menyeluruh. Dengan itu, pemikiran kreatif dapat dicetuskan oleh murid seperti idea- idea yang luar daripada kotak pemikiran mereka. Selain itu, guru juga boleh menggunakan aktiviti yang bersifat imaginatif sebagai proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang baru dilihat dengan sedia ada melalui pengalaman yang telah lalu. Sebagai contoh,kepelbagaian kepada isipadu air dalam bikar boleh mengubah bunyi yang dihasilkan semasa 7

menghembus udara pada permukaan bikar. Murid akan berimaginasi untuk memikirkan dan membuat perkaitan antara idea atau objek. .

Rujukan Buku : Hiang, P. S. (2008). Pedagogy of Science Vol.1 . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ismail, Z., Syed Idros, S. N., & Samsudin, M. A. (2006). Kaedah Mengajar Sains. Bentong: PTS Publishing Profesional Sdn. Bhd.

Jurnal : Buntat, Y., & Mat Nasir, N. S. (2008). Faktor-Faktor Yang Mendorong Kreativiti Di Kalangan Pelajar Tahun Empat SPH. Jurnal Pendidikan, 1-9.

Nordin, N. b. (2004). Mengenalpasti Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Dalam Kemahiran Memerhati, Kemahiran Mengukur dan Kemahiran Merekod. Jurnal Pendidikan, 3-4.

Saee, H. (2004). Tahap Kreativiti Guru Sains Dan Amalannya. Jurnal Pendidikan, 2-4.

Said, M. M., & Yunos, N. (2008). Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar. Jurnal Pengajian Umum, 60-67.

Surif, J., Arshad, M. Y., & Ibrahim, N. H. (2009). Perbandingan Proses Penyiasatan Pelajar Malaysia dan United Kingdom. Kajian Merentas Usia, 35-37.

Anda mungkin juga menyukai