Anda di halaman 1dari 11

SYAFIQAH BT MAT YUSOF (PISMP Sains Jan 2011)

AKTIVITI 9 : Mendefinisi Secara Operasi

PENGETAHUAN MASTERI

1. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti-aktiviti yang telah


dijalankan?

Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, pelbagai perkara baru berkaitan


dengan kemahiran proses sains terutamanya kemahiran mendefinisi secara
operasi telah saya pelajari antaranya;

1. Mengetahui bahawa kemahiran mendefinisi secara operasi merupakan


salah satu proses penting semasa pengajaran dan pembelajaran Sains.
Kemahiran mendefinisi secara operasi ialah proses memberi definisi
tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan
dan diperhatikan. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi takrifan kepada
pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara
untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas
pembolehubah itu.

2. Saya dapat mempelajari bahawa kemahiran mendefinisi secara operasi


boleh digunakan sama ada untuk meberi definisi bagi pembolehubah
yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas. Definisi yang
diberi boleh berbeza antara seorang murid dengan murid yang lain
walaupun mereka merujuk kepada pembolehubah yang sama.

3. Menjelaskan bahawa kemahiran mendefinsi secara operasi adalah bagi


menghuraikan sesuatu konsep dalam bentuk yang boleh difahami dan
dikendalikan oleh orang lain bagi memudahkan pengukuran di buat.

1
4. Dapat mengenalpasti cara- cara untuk mendefinisi secara operasi dengan
baik. Daripada aktiviti ini, saya mengetahui penyataan mana yang sesuai
dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai definisi tentang sesuatu konsep
dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan.
Pendefinisian secara operasi yang baik adalah kaedah pengukuran
pembolehubah yang digunakan mudah dibaca dan dibaca oleh pengkaji
lain. Hal ini supaya pengkaji tersebut juga boleh turut menguji keputusan
pemerhatian yang telah dikaji.

5. Dapat menguasai salah satu kemahiran penting di dalam kemahiran proses


sains. Dengan penguasaan kemahiran ini, ia dapat membantu untuk
mengukur pembolehubah yang ingin diukur atau diperhatikan. Secara
langsung, ia dapat memudahkan penyiasatan dilakukan dengan lebih lancar
kerana objektif yang ingin dicapai telah dicatatkan terlebih dahulu.
Kemahiran proses sains mempunyai hubungan dengan kemahiran berfikir
dan perlu dilalui oleh setiap individu yang mempelajari sains (Suhailah,
2006). Kemahiran Proses Sains adalah berkait antara satu sama lain dan
jika tidak menguasai kemahiran ini sepenuhnya maka menjadi sukar untuk
meneruskan antara satu kemahiran ke kemahiran yang lain.

2
2. Dalam kurikulum sains sekolah rendah, bahagian manakah yang mengajar
topik berkenaan?

Tahun Tema Topik Aras


1 Sains Fizikal Mata untuk Menyusun objek mengikut
melihat.(Menganalisis urutan.
pengetahuan tentang
pelbagai saiz)

2 Pembelajaran Benda Hidup dan Bukan  Menyatakan kriteria yang


Tentang Hidup diperlukan oleh benda
Benda Hidup hidup untuk hidup.

Haiwan  Menyatakan keperluan


asas haiwan dan cara
pemakanan haiwan

Tumbuhan  Menyatakan kuatiti air


yang mencukupi untuk
pertumbuhan pokok.

Pembelajaran Panjang dan Pendek  Memerhati dan


Tentang Dunia membandingkan jarak
Sekeliling Kita

Bateri  Menjelaskan cara


pemasangan bateri yang
betul.

Larut dan tidak larut  Menerangkan bahan


dalam air yang boleh dan tidak
boleh larut di dalam air.

3
Tarik dan tolak  Menjelaskan perbuatan
untuk melajukan,
memperlahankan atau
menukar arah gerakan
objek.

 Meramal kereta mainan


yang dapat bergerak
paling jauh.

Pembelajaran Panjang dan pendek Mengukur panjang


3 tentang dunia sesuatu objek dengan
sekeliling menggunakan unit bukan
piawai.
Menyiasat Hidupan dan Proses Mendefinisi secara operasi
pertumbuhan hidupan.
4 alam Hidupan
kehidupan
Menyiasat Perkembangan Menerangkan rekaan
teknologi
dunia teknologi
dalam kehidupan harian.
teknologi
5 Asid dan Menyiasat alam bahan Mengenal pasti bahan
Alkali yang berasid, beralkali dan
neutral dengan
menggunakan kertas
litmus.
Pengaratan Menyiasat alam bahan Mengawal pemboleh ubah
untuk mengkaji faktor yang
menyebabkan pengaratan.
Struktur Menyiasat alam bahan Mengitlak yang
Binaan menentukan kekuatan dan
kestabilan struktur
Elektrik Menyiasat alam fizikal Mengawal pembolehubah
dalam eksperimen untuk
menguji kebolehan bahan
mengalirkan arus elektrik.
Haba Menyiasat alam fizikal Menghubungkaitkan

4
penambahan
dan kehilangan haba
dengan
perubahan suhu.
6 Pengendalian Menyiasat Alam Bahan Mengenal pasti bahan
Bahan buangan yang boleh diguna
Buangan semula dan dikitar semula.

Mesin Menyiasat Dunia Menganalisis mesin ringkas.


Teknologi

3. Bincangkan bagaimana anda dapat menggunakan aktiviti-aktiviti tersebut


dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda.

Aktiviti bagi mendefinisi secara operasi merupakan salah satu bagi


pengaplikasian kemahiran proses sains dalam menjalankan sebuah eksperimen
dengan langkah yang betul. Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang
membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara
bersistem. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran yang mudah
kepada yang kompleks (Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6, 2006)

Oleh itu, saya akan menunjukkan beberapa gambar yang menunjukkan situasi
dalam kehidupan seharian seperti peniaga berniaga, kanak- kanak sedang
menghadapi ujian dan sebagainya. Dalam masa yang sama murid akan
menggunakan objek di sekitarnya sebagai lambang atau simbol sebenar mengikut
pemerhatian mereka terhadap persekitaran (Liszkowski, Carpenter, Striano &
Tomasello, 2006; Tomasello& Haberl, 2003). Kemudian, saya akan meminta murid
memberikan idea apakah pemerhatian yang dapat dilihat daripada gambar
tersebut. Selepas itu, murid diminta untuk menyenaraikan pengukuran yang
boleh dicatat daripada pemerhatian yang dinyatakan sebentar tadi. Daripada itu,
saya akan menjelaskan hasil daripada aktiviti yang dilakukan dan apakah objektif
yang ingin dicapai. Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi tafsiran tentang
sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

5
Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kumpulan di mana murid akan bertukar-
tukar idea untuk menghasilkan konsep dengan menyatakan perkara yang
diperhatikan yang paling seuai. Menurut Slavin (2007), pembelajaran kooperatif
menggalakan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kelompok. Ini
membolehkan pertukaran idea dan pemeriksaaan idea sendiri dalam suasana
yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Murid akan
mencari jawapan kepada soalan seperti mengapa, bagaimana dan bila. kepada
situasi atau peristiwa yang dinyatakan dalam soalan.

Melalui aktiviti ini, saya dapat mengenal pasti tahap atau aras pemahaman
murid, dan aras daya pemikiran yang digunakan untuk pemikiran secara kreatif
dan kritis murid. Pemerhatian ini boleh dilakukan daripada melihat cara murid
mengemukakan konsep masing- masing untuk mengukur pembolehubah yang
ingin diperhatikan dan dikaji. Pemerhatian daripada konsep yang dikemukan
merupakan antara kaedah pengukuran pentaksiran di dalam bilik darjah.
Pentaksiran ialah penggunaan alat untuk mengumpulkan maklumat tentang
pencapaian pembelajaran individu. Sebagai guru yang memainkan peranan
sebagai fasilitator sepanjang aktiviti dijalankan, saya akan membantu murid
memperolehi pembelajaran bermakna melaui aktiviti ini dengan membantu
mereka menghubungkaitkan pembolehubah yang ingin dikaji. Murid juga perlu
membuat gambaran mental untuk membuat keputusan jenis pengukuran yang
ingin digunakan sebagai pemerhatian. Aktiviti ini menekankan kepada
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid di mana murid perlu
memainkan peranan aktif di dalam bilik darjah sepanjang aktiviti dijalankan.
Amalan P&P secara kaedah berpusatkan guru menjaminkan pembelajaran yang
bermakna dan berkesan pada tahap yang sangat minimum (Rogers,1969).

6
4. Kreativiti merupakan elemen penting dalam berfikir dan bekerja secara
saintifik. Apakah ciri-ciri kreatif dalam proses kemahiran mendefinisi secara
operasi?

Ciri- ciri yang kreatif dalam kemahiran proses sains mendefinisi secara operasi
memerhati, ialah kemahiran menghubungkaitkan, kemahiran menganalogi,
kemahiran membuat gambaran mental dan kemahiran menganalisis. Perkaitan ini
merupakan kemahiran berfikir yang terlibat semasa proses memberi definisi
tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan
diperhatikan. Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk
mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara
bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran
secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains
bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai dapat menjamin keupayaan
murid untuk berfikir secara berkesan. Untuk menguasai kemahiran proses sains,
seseorang perlu menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan (Huraian Sukatan
Pelajaran Sains Tahun 6, 2006). Pemikiran secara kreatif melibatkan keupayaan
berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik. Untuk berdaya
saing di murid perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bahkan
mereka juga perlu memiliki daya kreatif yang tinggi agar mereka dapat
menyelesaikan pelbagai masalah yang semakin kompleks dalam hidup (Lee,
2002).

Kemahiran mendefinisi secara operasi memerlukan murid menggunakan daya


kreativiti untuk memberi definisi yang sesuai tentang sesuatu konsep dengan
menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Murid juga perlu
memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik
dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku
ke atas pembolehubah itu. Hal ini supaya kaedah yang digunakan mudah difahami
dan boleh dikaji keputusannya. Oleh itu, ciri- ciri kreatif semasa menggunakan
kemahiran ini ialah pemikiran kreatif dalam menggunakan daya imaginasi bagi
memikirkan kesan kepada setiap bentuk untuk menerangkan konsep yang dipilih.
Daya imaginasi ialah daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan
(sesuatu) dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan (Kamus
Dewan Edisi Empat, 2005). Murid yang tinggi imaginasinya adalah orang yang

7
suka membayangkan sesuatu, orang yang rasa ingin tahunya amat kuat, orang
yang gembira tatkala berimaginasi seolah-olah imaginasinya benar-benar terjadi
sekarang.

5. Dalam mengembangkan kebolehan kanak-kanak untuk berfikir dan bekerja


secara saintifik, terdapat beberapa teknik yang dapat digunakan oleh guru
untuk menggalakkan perkembangan kreativiti murid. Bincangkan beberapa
teknik yang boleh dilakukan?

Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk mengembangkan


kreativiti murid ialah demonstrasi atau dengan nama lainnya iaitu tunjuk cara
merupakan salah satu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai bagi mata pelajaran sains. Kaedah ini mengaplikasikan kaedah di mana
guru menunjukkan langkah- langkah melakukan sesuatu cara atau perbuatan di
hadapan murid terlebih dahulu. Oleh itu, guru akan memberi contoh terlebih
dahulu diikuti dengan penerangan guru megenai mendefinisi secara operasi.
Proses ini melibatkan penjelasan dan pendengaran serta yang baik antara guru
dan murid. Setelah itu, murid akan diminta untuk melakukan demonstrasi tersebut
berdasarkan demonstrasi yang telah ditunjukkan oleh guru. Oleh itu, tunjuk cara
dari guru diutamakan melalui kaedah demonstrasi.

Hasil keberkesanan pembelajaran melalui kaedah ini bergantung kepada teknik


seorang guru tersebut. Guru perlu memastikan suaranya dapat didengari dan
setiap langkah tunjuk cara yang dilakukan dapat diperhatikan dengan jelas oleh
semua murid. Penjelasan yang diberikan hendaklah ringkas namun padat dengan
isi. Galakan guru sangat penting untuk penyertaan seseorang murid dalam suatu
aktiviti inkuiri. Sebagai contoh, guru mengemukakan pelbagai soalan yang dapat
meningkatkan lagi kemahiran berfikir mereka. Secara tidak langsung, murid akan
memberi maklum balas dan tidak berasa bosan.

Langkah- langkah demonstrasi yang berkesan ialah guru memberi penerangan


terlebih dahulu mengenai objektif, prinsip yang ingin dipelajari dan hasil
pembelajaran yang ingin dicapai di akhir pembelajaran. Kaedah lima fasa

8
Needham juga dapat diaplikasikan iaitu guru mencipta satu set induksi di awal
pengajaran supaya murid dapat mencipta idea tentang apa yang bakal dipelajari.

Kaedah ini merupakan kaedah yang menghasilkan hasil yang lain daripada
ramalan murid pada kebiasaannya. Strategi ini bertujuan menimbulkan persoalan
kepada murid serta terdapat percanggahan antara ramalan murid dengan
pemerhatian yang dilakukan. Oleh itu, kaedah ‘discrepant event’ ini akan
menyebabkan berlakunya konflik kognitif iaitu ketidakseimbangan yang berlaku
dalam minda murid disebabkan oleh percanggahan tersebut.

Tujuannya ialah untuk menarik perhatian murid dan memperbetulkan


miskonsepsi murid melalui pengalaman mereka yang lalu (Misiti,2000,p. 34).
Murid akan mendapat motivasi intrinsik kerana akan cuba untuk merungkai konflik
kognitif tersebut dan berada di zon selesa. Oleh yang demikian, murid secara
tidak langsung melalui proses asimilasi dan akomodasi skema lama mereka
dengan skema yang baru. Dengan itu, sifat ingin tahu murid dapat ditingkatkan
dan membuat mereka berusaha untuk tahu dengan lebih lanjut. Menurut Piaget
(1971) nota- nota, situasi yang menghairankan akan mewujudkan
ketidakseimbangan kognitif yang menyebabkan murid melalui proses asimilasi
dan akomodasi. Proses ini akan menyebabkan murid menggunakan pengalaman
sedia ada untuk berhadapan dengan situasi baru serta membentuk satu skema
atau pengetahuan baru.

9
RUJUKAN

Buku :

Hashim, s. (2005). Strategi Dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Pulau Pinang:
PTS Professional SDN.BHD.

Ismail, Z., Syed Idros, S. N., & Samsudin, M. A. (2006). Kaedah Mengajar Sains.
Bentong: PTS Publishing Profesional Sdn. Bhd.

Jurnal :

Longfield, J. (2009). Discrepant Teaching Events : Using an Inquiry Stance to Adress


Students' Misconceptions. International Journal of Teaching and Learning in
Higher Education , 21, 266- 271.

Surif, J. (2009). Perbandingan Proses Penyiasatan Pelajar Malaysia Dan United


Kingdom. Kajian Merentas Usia , 19, 35- 47.

Laman Web :

Bondora, T. (2004, July 22). Teaching science. Didapatkan August 21, 2011,
daripada howtoteachscience.com:
http://www.howtoteachscience.com/index.shtml

Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi. (2011, April 14). Didapatkan April 8, 2012,
daripada blogspot.com: http://kemahiran-
sains.blogspot.com/2011/04/kemahiran-sains_2582.html

10
11

Anda mungkin juga menyukai