Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESI NT 11(2)

WI LAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

KERTAS KERJA PENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

1.0 RASIONAL
Khidmat bantu membantu murid merupakan satu khidmat sokongan yang penting
dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab murid
mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka
mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih khususnya dalam
kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.

2.0 MATLAMAT
Membina satu kumpulan murid (PRS) yang mempunyai kemahiran asas untuk
membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya
mempraktkikannya dengan rakan-rakan, guru-guru, keluarga dan orang lain.
3.2 Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling
supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan.
3.3 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami serta menilai kelebihan dan
kelemahan diri.
3.4 Membina strategi bagaimana untuk meningkatkan kelebihan diri dan
mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
3.5 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri serta
rakan-rakan dalam membina matlamat hidup yang positif.
3.6 Membina daya dorongan seperti budaya saling membantu, hormat, dan kasih
mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Murid yang terpilih tahun 4 dan tahun 5.

5.0 INPUT KURSUS


Merujuk kepada Modul Latihan Asas PRS Kementerian Pelajaran Malaysia 1992.

6.0 JANGKA MASA KURSUS


Sepanjang tahun

7.0 AHLI JAWATANKUASA

7.1 Jaw atankuasa I nduk

Penasihat : Puan Hajah Robiah binti Yahaya (Guru Besar)


Pengerusi : Encik Mustapha bin Sulaiman(GPK HEM)
Naib Pengerusi : Puan Rohani binti Haji Ahmad (GPK Akademik)
Setiausaha : Puan Wan Norlelawati bt Wan Abdul Kadir
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Bendahari : Puan Wan Norlelawati bt Wan Abdul Kadir
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
AJK : Puan Masniah binti Sidak@Sidek
Puan Hanison bt MD Hanifah
Penyelaras Tahun 4
Penyelaras Tahun 5

8.0 PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


Pemilihan PRS sekolah dilakukan berdasarkan langkah-langkah berikut:

LANGKAH 1
 Kaedah 1
 Guru Kaunseling mengiklan di papan kenyataan tentang
pemilihan PRS baru.
 Masa yang diperuntukkan adalah dalam tempuh seminggu (7
hari) dari tarikh iklan.
 Murid yang berminat diminta untuk mengisi borang permohonan
yang boleh didapati daripada Unit bimbingan dan Kaunseling.
 Kaedah 2
 Edaran Borang Soal Selidik. M urid-murid diminta memilih dan
mencatatkan nama murid lain yang mereka rasa selesa untuk
berbincang tentang sebarng masalah/ persoalan.
 Kaedah 3
 Guru memilih dan mengisi borang cadangan nama murid-murid
yang dianggap sesuai dilantik sebagai PRS.
LANGKAH 2

 Kaedah 1
 Semua nama murid yang dicalonkan akan disenaraikan. Guru
Kaunseling akan membuat satu pemberitahuan tentang tarikh,
masa, dan tempat untuk calon-calon PRS mengikuti Ujian
Personaliti.

ATAU

 Kaedah 2
 Sekiranya bilangan pencalonan tidak melebihi 30 orang, maka
satu sesi temuduga PRS akan dijalankan untuk memilih calon-calon
yang layak dilantik sebagai PRS sekolah.
 Calon-calon adalah layak untuk mengikuti latihan asas PRS yang
akan dimaklumkan.

9.0 SUMBER KEWANGAN


9.1 PCG Bimbingan dan Kaunseling

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS akan diadakan pada peringkat
dalaman sahaja iaitu dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan
menjalankan aktiv iti-aktiviti asas dan Perkembangan Diri serta Kemahiran Asas
Komunikasi.

BIL PERKARA SUMBER


1. Sumbangan Penceramah
RM 150.00
( 1 orang x RM 150 )
2. Cenderahati Penceramah
RM 30.00
( 1 orang x RM 30 )
UNIT
Cenderahati /Hadiah Murid BIMBINGAN
3. RM 50.00 &
KAUNSELING
4. Jamuan Penceramah
RM 20.00
JUMLAH
RM 250.00
Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

________________________________ ________________________
Pn. W. Norlelawati bt W.Abd.Kadir Pn. Hjh.Robiah bt Yahaya
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar
SK. Putrajaya Presint 11 (2), SK. Putrajaya Presint 11 (2),
Putrajaya. Putrajaya.

Anda mungkin juga menyukai