Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB BOLA BALING KALI

1/2018

MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB BOLA BALING 1/2018

Tarikh : 7 Januari 2018


Masa : 12.00 tengahari
Tempat :Bilik Mesyuarat

Kehadiran:
En Muhammad Hafiz bin Masron (Pengurus Pasukan)
Pn Suraya Binti Mohd Saderi (Setiausaha)
En Razuan bin Ngisak (Ketua Jurulatih)
Pn Tuni Munirah binti Ismail (AJK)
Pn. Rozana binti Khamis@Abu Bakar (AJK)

AGENDA 1. UCAPAN ALU-ALUAN


1.1 Majlis dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah
1.2 Pengurus pasukan bola baling, En Muhammad Hafiz bin Masron mengucapkan
terima kasih kepada semua guru penasihat yang hadir.

AGENDA 2. PERLANTIKAN JAWATANKUASA KELAB


2.1 Jawatankuasa ahli kelab

AGENDA 3. PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN AKTIVITI TAHUN 2018


3.1 Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah (MSSD) Kota Tinggi:
- kertas kerja (dihantar sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum acara dilangsungkan.
- Pemilihan peserta Bola Baling sekolah (Dilaksanakan pada waktu 1M1S).
- Waktu Latihan Pusat (Dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 hari dalam waktu
persekolahan pada waktu pagi dan petang serta pada hujung minggu.
- Peralatan-peralatan latihan seperti jersi pasukan, padang dan lain-lain dapat
disenggara dan disediakan mengikut standard yang telah ditetapkan.
- Surat kebenaran serta borang-borang berkaitan menjalani latihan pusat juga diharap
dapat disediakan dan diserahkan sejurus selepas pemilihan pasukan sekolah.
- Jadual waktu latihan pusat diharap dapat dilengkapkan secepat mungkin bagi
memperolehi sesi latihan yang lebih teratur.
Tindakan: Pengurus pasukan

AGENDA 4. HAL-HAL LAIN


4.1 Pengurus dan ketua jurulatih pasukan bola baling sekolah meminta agar semua ahli
kelab dapat memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti
kelab samada di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi.
Tindakan: Semua ahli
5.0 PENUTUP
5.1 Pengurus pasukan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
hadir dan berharap agar semua program dan aktiviti dapat dijalankan dengan
sempurna.
5.2 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr dan ditangguhkanpada jam
1.00 petang.

Disediakanoleh,

…………………………………………
(MUHAMMAD HAFIZ BIN MASRON)
Pengurus Pasukan Bola Baling
SK FELDA A ir Tawar 1

Anda mungkin juga menyukai