Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan

Pembacaan adalah media terbaik untuk berkongsi dan belajar daripada pengalaman orang
lain. Dalam melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, pembacaan yang berkesan
haruslah meluas dan pembaca haruslah mempunyai jiwa yang sihat serta minda yang tajam
dalam memahami pembacaannya. Amalan pembacaan berkesan mampu membantu para
pembaca dalam mendapat maklumat yang tepat. Menerusi amalan pembacaan yang
berterusan mampu melahirkan generasi akan datang berintelektual sejajar dengan arus
kemajuan negara kini.

Menurut perangkaan daripada Kementerian Pelajaran didapati tahap celik huruf rakyat
Malaysia adalah 93 peratus, tetapi angka tersebut tidak boleh di banggakan jika di
bandingkan dengan budaya membaca masyarakat Malaysia. Berdasarkan laporan tabiat
membaca yang dibuat oleh UNESCO pada tahun 2009 menunjukkan rakyat Malaysia
membaca dua buah buku setahun, berbanding hanya dua muka surat setahun. Mengikut
dalam laporan yang dibuat pada tahun 2007 walaupun terdapat peningkatan minat yang
agak tinggi, namun nilai ini masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju. (Senu
Abdul Rahman, 2012)

Di kalangan para pelajar universiti, membaca adalah sesuatu yang rutin khususnya untuk
tujuan menyiapkan tugasan mereka mahupun dalam menjalankan penyelidikan, kajian, tesis
ataupun membuat penulisan akademik lainnya. Namun, adakah mereka membaca dalam
erti kata yang sebenarnya? Amalan pembacaan berkesan juga dikaitkan dengan beberapa
strategi yang membantu dalam amalan pembacaan berkesan dalam kalangan pelajar
universiti. Terdapat lima strategi yang digunakan iaitu membaca kilat (skimming reading),
membaca cepat (speed reading), membaca pengimbasan (scanning reading), SQ3R
(Survey-Question-Read-Recite-Review) dan KWLH (Knowledge-Want-Learned-How). Hal ini
jelaslah bahawa strategi membaca bergantung kepada amalan pembacaan pelajar. Maka,
perbincangan ini lebih tertumpu ke arah cara pelajar universiti menggunakan bahan
bacaan dalam penulisan ilmiah serta dalam membantu proses pembelajaran mereka.

Memandangkan betapa pentingnya peranan membaca dalam melahirkan bakal graduan


yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan, maka besarlah harapan agar para graduan
mempunyai keutamaan dalam pembelajaran mereka iaitu membaca adalah jambatan untuk
mencapai ilmu.
2.0 Menggalakkan para pelajar membaca

Bagaimana menggalakkan para pelajar untuk membaca? Antara sebab pelajar kurang
membaca ialah sikap pelajar itu sendiri. Ramai pelajar menganggap membaca sebagai satu
aktiviti yang tidak menyeronokkan dan membosankan. Sikap ini harus dihindar oleh pelajar
kerana sikap ini akan merugikan diri sendiri.

Masalah yang jarang diperhatikan adalah mengapa mereka tidak suka membaca? Apakah
cabaran yang mereka hadapi untuk membaca? Adakah teknik membaca agar proses ini
bukan sesuatu yang menyeksakan buat mereka? Jika soalan-soalan ini dijawab, maka
nescaya para pelajar pasti mendapatinya adalah satu aktiviti yang menarik.

2.1 Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pelajar membaca

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh menggalakkan para pelajar untuk membaca.
Diantaranya adalah:

i. Mengadakan kuiz yang markahnya akan diambilkira dalam kursus yang


mereka sertai.
ii. Menetapkan teks untuk dibaca semasa melakukan kajian.
iii. Membuat peta minda keatas tajuk-tajuk yang telah dibaca.

3.0 Membantu pelajar menggunakan buku teks

Bagi menggalakkan para pelajar untuk membaca, terdapat pelbagai cara yang boleh
dilakukan:

i. Tetapkan tugasan
ii. Perkenalkan teks kepada para pelajar
iii. Bincangkan dengan pelajar teks mereka
iv. Ingatkan mereka bahawa teks tersebut perlu dibaca
v. Gunakan teks di dalam kelas.
vi. Guru adalah ‘role model’
4.0 Kesimpulan

Walaupun zaman berubah, pembelajaran secara fundamental masih lagi relevan iaitu
membaca. Walaupun berlambak maklumat atas talian, ianya masih lagi perlu dibaca.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat
termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam
buku, majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan di
pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-
anak dan diri sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang
dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.
Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya
menjayakan kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan
membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri
seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca supaya dapat menambahkan
ilmu pengetahuan.

Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan yang
cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat
menambahkan pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga mata pelajaran
tertentu yang memerlukan pembacaan yang banyak. Sebagai contoh, Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas
kerana kita akan dapat maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei.
Pembacaan boleh dilakukan di perpustakaan mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan
hendaklah dinaik taraf dengan kemudahan yang lebih selesa seperti meja, kerusi, penghawa
dingin dan kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat menjalankan pembacaan mereka
dalam keadaan yang kondusif. Secara eksplisit, pelajar akan mengingati lebih banyak ilmu
pengetahuan daripada bahan bacaan tersebut. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang
rajin membaca. Oleh itu, semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai
rutin harian agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai