Anda di halaman 1dari 4

HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sangat digalakkan untuk

dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.

APA ITU HOTs?


Kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan algoritma seperti yang telah diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita fikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu jadi lebih kreatif dan percaya bahawa masalah / situasi yang dihadapi boleh mempunyai lebih dari satu penyelesaian Ini adalah bertentangan dengan LOTs (Lower Order Thinking Skills) yang hanya melibatkan kemahiran mengingat semula atau mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia ada. Kata kerja seperti "inferens", "mewajarkan", "menaakul" dan "meramalkan" adalah kata kerja yang memerlukan HOTs. Namun perkataan seperti "menerangkan" (LOTs) juga mampu untuk dijadikan soalan HOTs jika menggunakan teknik yang betul.

TUJUAN DIPERKENALKAN HOTs


1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman 2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta) 3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan 4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik

APA YANG GURU PERLU UBAH?


1. Ubah cara berfikir 2. Ubah cara menyoal 3. Ubah cara memotivasi 4. Menekankan aktiviti hands-on 5. Ubah jenis tugasan 6. Ubah cara pentaksiran 7. Ubah cara berkomunikasi

PERANAN GURU UNTUK HOTs


1. Memastikan murid aktif dalam p&p 2. Beri peluang kepada murid berbincang, bertanya dan beri pendapat 3. Mempelbagaikan strategi 4. Mengemukakan soalan yang membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi

CONTOH SOALAN HOTs DAN LOTs

PERBEZAAN HOTs DAN LOTs


Jika diperhatikan pada perbezaan antara soalan HOTs dan LOTs, kita dapat simpulkan secararingkas bahawa soalan LOTs adalah soalan yang terus kepada jawapan dan jawapan yang ada hanyalah betul atau salah sahaja. Namun bagi soalan HOTs, pelajar perlu kreatif untuk mencari jawapan dan boleh memberikan jawapan lebih daripada satu, dan masih betul

Saturday, 11 May 2013

Strategi menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi


Pengajaran yang dapat melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam bilik darjah hanya dapat dilakukan setelah guru berjaya mewujudkan pembelajaran tumpuan murid dan dapat merancang kerangka pengajaran denganmengintegrasikan kemahiran berfikir. Seterusnya guru boleh memikirkan tentang strategi dan kaedah yang dapat menggalakkan kebolehan kemahiran berfikir. Maksud berfikir aras tinggi termasuk pemikiran kritikal, logikal, metakognisi dan kreatif. Kesemua kemahiran tercetus apabila murid berhadapan dengan masalah yang tidak biasa dihadapi, ketidakpastian, persoalan dan dilema. Kejayaan mengaplikasi kemahiran-kemahiran ini akan membuahkan penjelasan, membuat keputusan, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh, serta dapat menggalakkan peningkatan pemikiran aras tinggi di samping kemahiran intelektual murid. Antara istilah-istilah yang dapat dikaitkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi ialah kognisi (Alvino dalam Cotton, 1997), kefahaman (Crowl dan rakan-rakan, 1997), pemikiran kreatif (Fogarty dan Mc Tighe, 1993), pemikiran kritikal(Patrick, 1986), kerangka grafik (Clarke, 1990), inkuiri (Dewey, 1933), celik akal (Gruber, 1995; Gick dan Lockhart, 1995), metakognisi (Crowl dan rakan-rakan, 1997; Pogrow, 1990; Pogrow dan Buchanan, 1985), pemikiran aras tinggi(Bloom, 1956; Haladyna, 1997), penyelesaian masalah (Gagn, Brigg dan Wager, 1988), pemikiran rasional (Ennis dalam Lewis dan Smith, 1993), perancah (Rogoff dalam Crowl, 1997), mencipta (Krathwohl) serta skema (Gick dan Lokhart, 1995). Proses dan nilai pemikiran aras tinggi diperjelaskan oleh Lewis dan Smith (1993) sebagai pemikiran yang berlaku apabila seseorang menerima maklumat baru dan maklumat tersebut tersimpan dalam memori dan disusun semula serta dikaitkan antara satu dengan lain. Seterusnya maklumat ini diperluaskan untuk mencapai satu tujuan atau mendapatkan kemungkinan jawapan kepada situasi yang mengelirukan. Pelbagai tujuan boleh dicapai melalui pemikiran aras tinggi. menen tukan kepercayaan, menentukan apa yang perlu dilakukan, menghasilkan satu idea baru, satu projek baru atau ekspresi kesenian, membuat jangkaan serta menyelesaikan masalah bukan rutin

Anda mungkin juga menyukai