Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMPANG

MERLIMAU MELAKA

TAJUK DADU DAN DINI MEMBUNUH GERGASI


NAMA PESERTA NUR AISYAH SAFIYYAH BT SALLEH

Assalamualailkum dan salam 1 Malaysia. Salam


Melaka negeriku sayang Bandar teknologi hijau. Cerita
hari ini bertajuk Dadu dan Didi Membunuh Gergasi.
Di dalam hutan, tinggal sepasang gergasi suami
isteri yang tinggal di dalam rumah yang sangat besar.
Badannya besar…. Suaranya garau dan kuat…. Sekali dia
melangkah, tap tap tap bergegar lantai rumahnya…
pasangan gergasi itu sangat garang. Di dalam rumahnya
yang besar, terdapat banyak harta karun kepunyaan
mereka. Tiada siapa yang berani mendekati rumahnya.

Sementara itu, di sebuah kampong di pinggir hutan


tinggal dua orang pemuda yang cacat . Dadu dilahirkan
cacat penglihatan. Didi pula tempang dan tidak boleh
berjalan dengan betul. Mereka tidak bekerja kerana
kecacatan yang dialami. Mereka mengharapkan bantuan
orang kampung yang sudi memberi sumbangan.
Hubungan mereka berdua sangat rapat bagai aur dengan
tebing.
Di suatu pagi , Didi mengeluh kerana mereka berdua
asyik mengharapkan bantuan dan perlu membuat
sesuatu. Bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Mereka perlu berusaha untuk
mengubah nasib hidupnya. Didi tidak setuju kerana
keadaan fizikal mereka yang menyukarkan untuk mencari
rezeki. Mereka berfikir dan termenung sama-sama.
“Saya dapat idea. Saya boleh berjalan dengan baik.
Saya gendong awak di belakang saya. Awakkan boleh
melihat… Awak boleh menjadi pemandu arah”, kata Dadu
dengan penuh semangat.
Didi bersorak gembira. “betul, betul, awak memang
bijak. Mari kita pergi sekarang.”, kata Didi
` Maka mereka pun bersiap-siap untuk memulakan
perjalanan. Kapak untuk memotong pokok, tali untuk
mengikat kayu dan air sebagai bekalan telah siap dibawa
di dalam beg. Dalam perjalanan , mereka melalui
sebatang sungai. Di sungai itu mereka menemui seekor
kura-kura. Mereka mengambil kura-kura itu lalu
menyimpannya di dalam beg .Kawan-kawan, mereka tidak
mengetahui kisah gergasi yang sangat digeruni oleh orang
kampung. Maka, mereka merayau-rayau di dalam hutan
itu sambil menyanyi menghiburkan hati.

Akhirnya mereka sampai di kawasan rumah gergasi.


Wah Dadu, besarnya rumah ni. Rumah siapa ? kita masuk
nak? “. Haaaa……. Kawan-kawan ketika tu gergasi tiada di
rumah.Maka tidak ada halangan untuk masuk ke rumah
itu. Mereka mengeledah lalu menjumpai harta karun
kepunyaan gergasi. Ada gelang emas, rantai emas, duit
emas dan cincin emas yang berkilau-kilauan. Alangkah
untungnya mereka berdua kawan-kawan.
Tiba-tiba, tap tap tap bergegar lantai rumah. “Aku
ada terbau manusia!, Dadu dan Didi mendengar suara
isteri gergasi gegak gempita. “Manusia, berani mereka
menceroboh rumah kita, ujar suami gergasi.

Dadu dan Didi terus ketakutan lalu bersembunyi di


bawah meja . Dadu dan Didi menggigil. Gergasi yang
marah itu bertempik kasar dan mencabar mereka berdua.
“Hei manusi, kau tahu tak betapa besarnya tubuh kami?
Huh, engkau balingkan rambut engkau pada manusia itu..
biar mereka takut kepada kita, perintah suami gergasi
kepada isterinya. Tambah berlengah lagi, isteri gergasi
meragut rambutnya dan dilemparkan kearah tempat Dadu
dan Didi bersembunyi. Dengan akal yang cerdik kurniaan
Ilahi, Didi mencadangkan kepada Dadu supaya membaling
tali yang di bawanya,
Apabila melihat besarnya utas tali itu yang
disangkakan rambut , gergasi itu terkejut dan tergamam.
Namun, mereka tidak berpuas hati dan dengan angkuhnya
suami gergasi itu mencabut gigi kapaknya lalu dilempar
ke arah meja tempat persembunyian Dadu dan Didi.
“Besarnya gigi dia… matilah kita Dadu”, ujar Didi.
“Balingkan mata kapak kita. Katakan itu gigi kita.”
Didi mengikut apa sahaja cadangan Dadu. Pasangan
gergasi itu terkejut. “Gigi mereka lagi besar dan tajam
dari kita. Ertinya mereka lebih besar dari kita”, kata
isterinya.
Suaminya tetap tidak berpuas hati lalu melemparkan kutu
yang ada di kepala isterinya. “Baru dia tahu siapa kita,
ujar suami gergasi

Didi merasa amat takut. Didi dapat membayangkan


betapa besarnya badan gergasi itu. Dadu yang bijak
meraba-raba mencari sesuatu di dalam begnya. Kawan-
kawan, Dadu yang akalnya panjang itu, telah mengambil
kura-kura yang ditemui semasa dalam perjalanan tadi.
Alangkah bijaknya Dadu.
Apabila melihat kuira-kura yang jatuh tergolek di
hadapan mereka dan menyangka haiwan itu kutu di
kepala penceroboh yang menceroboh rumah mereka,
pasangan itu menjerit tidak keruan lagi hingga gegak
gempita seisi rimba. Pasangan gergasi itu lari
bertempiaran meninggalkan rumah besar kepunyaan
mereka hingga bertembung sesame sendiri dan terjatuh
ke dalam gaung.

Setelah gergasi itu mati, orang kampung berani


masuk semula ke hutan dan dapatlah mereka mencari
rezeki di dalam hutan itu. Dadu yang cerdik dan Didi
mendiami rumah besar pasangan gergasi itu dan segala
harta karun di dalam rumah itu kini menjadi milik mereka
berdua. Mereka tidak kedekut, mereka telah membahagi-
bahagikan sama rata harta itu dengan orang kampong.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah. Baik
sungguh hati Dadu dan Didi.
Kini, mereka telah hidup senang dan tidak lagi
mengharapkan bantuan orang kampung.
Demikianlah kisah Dadu Dan Didi. Jangan disangka
air yang tenang tiada buaya. Jangan disangka orang yang
cacat fizikalnya, tidak mempunyai akal fikiran yang bijak.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai