Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN

PELANCARAN NILAM
DAN

FROG VLE
1.0 TAJUK PROGRAM
Majlis Pelancaran Program Nilam dan Frog VLE Peringkat Sekolah, Sekolah
Kebangsaan Sempang bagi tahun 2018

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Tarikh : 6 Februari 2018
Masa : 7.30 pagi hingga 9.00 pagi

3.0 TEMPAT
Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Sempang, Merlimau Melaka

4.0 OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan minat membaca yang berterusan dalam kalangan pelajar dan
guru.
4.2 Mewujudkan murid yang berkualiti dan dapat menguasai kemahiran
membaca
4.3 Menjadikan amalan membaca sebahagian daripada gaya hidup seharian
4.4 Menggalakan penggunaan FROG VLE dalam pengajaran dan pembelajaran
4.5 Mewujudkan generasi murid yang celik IT dan menggunakan FROG VLE
untuk mencari ilmu dan pengetahuan

5.0 AJK PROGRAM


Sila rujuk Brosur Program

6.0 AKTIVITI PELAKSANAAN


Sila rujuk Brosur Program

7.0 KUMPULAN SASARAN


Semua guru dan murid SK Sempang

8.0
9.0 IMPAK
9.1 Mendapat kerjasama daripada semua guru-guru dan murid dalam
menjayakan NILAM dan FROG VLE
9.2 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan membaca

10.0 LAPORAN
Program NILAM dan FROG VLE 2018 telah diadakan dengan jayanya pada 6 Mac
2018 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis telah
dimulakan dengan bacaan doa dan telah berjalan dengan lancar sebagaimana yang
telah diaturkan walaupun cuaca agak panas. Majlis ini adalah kolaborasi antara Pusat
Sumber Sekolah dan juga AJK Pembestarian ICT bagi merealisasikan hasrat KPM
melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan
secara berterusan. Program ini juga adalah selaras dengan PPPM dalam anjakan 7
iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Dengan
penggunaan FROG VLE dalam pengajaran dan pembelajaran, murid akan lebih minat
untuk belajar dan menggunakan ICT sebagai medium untuk mendapatkan maklumat
dan pelbagai cabang ilmu pengetahuan yang meluas.

Program pelancaran ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan
iaitu Cik Farah Anis binti Ismail dan Encik Firdaus bin Abd Bakar, pegawai daripada
Pusat Kegiatan Guru Serkam selaku perasmi majlis. Gimik pelancaran pada tahun ini
amat menarik minat murid kerana perasmi dan pentadbir perlu memasukkan tangan ke
dalam kotak berisi 15 ekor katak untuk mengambil kad ‘Nilam’ dan ‘FROG VLE’. Selain
itu, majlis juga dimulakan dengan kayuhan basikal (hadiah tahunan NILAM) oleh wakil
pengawas pusat sumber dengan iringan lagu “Basikal Tua’. Sebelum ini, pengawas
pusat sumber menyanyikan lagu NILAM ditapak perhimpunan dengan diiringi muzik.

Dalam ucapan Guru Besar Sk Sempang, beliau menyeru agar murid-murid sentiasa
menjadikan aktiviti membaca sebagai aktiviti harian mereka. Dengan membaca, murid
akan lebih berpengetahuan luas selain dapat menyemai diri dengan sifat yang positif.
Menurut Cik Farah Anis, aktiviti NILAM pada tahun ini telah ditambahbaik dimana murid
boleh melaksanakan aktiviti membaca pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Ini menggalakkan murid untuk melaksanakan aktivti membaca tanpa had masa dan
lebih fleksibel. Dalam ucapan beliau juga, dengan membaca murid dapat menjana
pemikiran yang lebih inovatif dan kreatif Beliau juga mengucapkan tahniah kepada
pihak sekolah kerana penggunaan FROG VLE mencapai KPI bagi lima minggu
berturut-turut. Beliau beharap usaha ini dipertingkatkan lagi dan sentiasa menggunakan
FROG VLE di dalam pembelajaran murid.

Majlis diakhiri dengan sesi berfotografi AJK pelaksana,pihak pentadbir dan juga
perasmi majlis sebagai kenangan. Majlis bersurai dan tetamu menjamu hidangan di
kantin.

11.0 PENUTUP
Program NILAM dan FROG VLE bagi tahun 2018 ini adalah titik permulaan kepada
pemupukan budaya membaca dengan lebih berkesan dan berkualiti dalam kalangan
murid. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memberi kesedaran
kepada murid kepentingan membaca serta menggalakkan penggunaan FROG VLE
dalam pembelajaran.

12.0 LAMPIRAN
12.1 Gambar Pelancaran Program NILAM dan FROG VLE 2018.

Disediakan oleh:
………………………
Pn Waridatul Hasanah bt Mat Nor (Penyelaras FROG VLE)
Pn Siti Nor Farah bin Yusop (Penyelaras NILAM)
SK Sempang

Anda mungkin juga menyukai