Anda di halaman 1dari 11

SEJARAH, DASAR & PERANAN BAHASA MELAYU | 1

UNIT 1
SEJARAH, DASAR & PERANAN BAHASA MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar diharap dapat:

1. Menjelaskan asal-usul bangsa dan bahasa Melayu;


2. Mengetahui tahap-tahap perkembangan bahasa Melayu sehingga menjadi lingua franca; dan
3. Mengenal pasti dasar dan peranan bahasa Melayu dalam negara.

PENGENALAN
Unit ini akan memperkenalkan perbincangan asas terhadap makna dan ciri-ciri bahasa Melayu
berdasarkan sejarah, dasar dan peranannya sebagai bahasa perpaduan.

ISI KANDUNGAN

Konsep Melayu

M elayu boleh ditakrifkan bangsa termuda di antara bangsa-bangsa lain di dunia. Pentakrifan
konsep Melayu dan bangsa Melayu ini boleh dilihat melalui beberapa pendapat tokoh sejarah dan
kajian seperti yang berikut:

Tokoh Asal Konsep Melayu


I-Tsing  Melayu berasal dari perkataan Ma-lo-yue yang merujuk dua buah
kerajaan yang dilawatinya pada 675 tahun Masihi.
 Menggunakan bahasa Melayu (Kwun-Lun) di Srivijaya sebagai bahasa
perdagangan dan pemerintahan pada abad ketujuh.

Zuber Usman  Melayu berasal dari perkataan Himalaya yang kemudiannya disingkat
menjadi Malaya.
 ‘Hima’ bermaksud salji atau salju.
 ‘Alaya’ bermaksud tempat
 ‘Himalaya’ bermaksud tempat yang sejuk seperti puncak gunung yang
tinggi.

Slametmuljana  Melayu berasal dari perkataan Sanskrit.


 Perkataan tersebut berkembang di dua tempat berbeza.
 Seberang Utara Selat Melaka, perkataan tersebut mengekalkan sebutan
aslinya iaitu ‘Malaya’
 Seberang Selatan Selatan Melaka, berubah menjadi ‘Melayu.
SEJARAH, DASAR & PERANAN BAHASA MELAYU | 2

Asal Bangsa Melayu


 satu keluarga Bangsa yang mempunyai keluarga bahasa yang sama.
Kajian UNESCO  Keluarga bangsa ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang
(1972) merangkumi penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu:
o Dari Madagaskar di Pantai Timur Benua Afrika hingga ke Pulau
Easter di Lautan Pasifik.
o Dari Kepulauan Hawaii dan Taiwan di Utara hingga ke Pulau New
Zealand di Selatan.
 Bentuk fizikal yang hampir sama iaitu rambut lurus, berkulit sawo
matang dan mempunyai ketinggian sederhana.

Gambar rajah: Peta Sebaran Keluarga Bangsa Austronesia

Rumpun Bahasa Melayu

D alam Tatabahasa Dewan, rumpun bangsa Austronesia terdiri daripada empat keluarga bahasa
yang lebih kecil seperti yang berikut:

Rumpun Austronesia

Keluarga Nusantara Keluarga Melanesia Keluarga Mikronesia Keluarga Polinesia

Bahasa Kepulauan Bahasa Kepulauan


Bahasa di Kepulauan Bahasa Fuji, Irian Polinesia seperti
Melayu Marshall, Mariana
dan Kaledonia Tongga, Hawaii,
dan Gilbert
Maori
SEJARAH, DASAR & PERANAN BAHASA MELAYU | 3

Semua rumpun bahasa Austronesia mempunyai persamaan dan kelainan sistem bunyi, pembentukan
kata, perbendaharaan kata dan pembentukan ayat. Contohnya adalah seperti yang berikut:

Bahasa Bilangan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Acheh sa duwa ihee Peuet umong nam tujoh apan sikureung ploh
Tagalog isa dalawa tatio Apat lima anim Pito walo siyem sempu
Malagasy iray roa telo Epatra dimy anina fito valo sivy folo
Minangkabau ciek duo tigo Ampet limo enam tujuah dalapan sembilan puluah
Melayu satu dua tiga Empat lima enam tujuh Lapan sembilan sepuluh

Keluarga Bahasa Melayu

B ahasa Melayu terdapat di bawah susur galur keluarga Nusantara. Bahasa Melayu menjadi
bahasa kebangsaan di empat buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan
Singapura. Di Malaysia, bahasa Melayu tersebar dan berkembang membentuk beberapa dialek yang
kebetulan ditandai dengan persempadanan negeri.
Wujud dialek tertentu berdasarkan kedudukan negeri tersebut, sebagai contoh dialek utara
(Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Utara Perak), dialek Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu), dialek
Negeri Sembilan, Melaka dan sebagainya.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

P erkembangan bahasa Melayu telah dibahagikan kepada tahap-tahap yang berikut, iaitu:

a. Tahap Bahasa Melayu Kuno


Zaman kegemilangan bahasa Melayu kuno bermula dari abad ke-7 hingga abad ke-13 ketika zaman
kegemilangan kerajaan Sriwijaya. Faktor-faktor bahasa Melayu kuno berupaya menjadi lingua franca
adalah seperti yang berikut:

i. Bahasa Melayu bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar;


ii. Bahasa melayu tidak terikat dengan susun lapis masyarakat, dan
iii. Bahasa Melayu bersistem lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

Bahasa Sanskrit banyak mempengaruhi bahasa Melayu kuno melalui penggunaan tulisan huruf
Palava. pada batu bersurat Hal ini dibuktikan pada penemuan batu-batu bersurat pada abad ke-7 yang
menggunakan tulisan itu.
SEJARAH, DASAR & PERANAN BAHASA MELAYU | 4

Penemuan Batu Bersurat Zaman Bahasa Melayu Kuno

Batu Bersurat Zaman Melayu Kuno

Kedukan Bukit, Palembang (683M) Talang Tuwo, Palembang (684M)

Kota Kampur, Pulau Bangka Karang Brahi, Meringin Hulu


(686M) Jambi (686M)

Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno membawa ciri-ciri seperti yang berikut:

Bil Ciri-ciri Contoh


1 Perubahan bunyi b bagi w dalam bahasa Melayu Kuno bangau menjadi wangau
2 Tiada bunyi e pepet dalam bahasa Melayu Kuno sepak- menjadi spak atau sapak
3 Bunyi awalan ber- menjadi mar berdua menjadi mardua
4 Bunyi awalan di menjadi ni diperbuat menjadi niparwuat
5 Bunyi konsonan diaspirasikan iaitu bh, th, ph, dh, kh dhukhachita
dan h
6 Bunyi h dihilangkan dalam bahasa Melayu Moden chinta menjadi cinta

Zaman Peralihan Bahasa Melayu Kuno ke Bahasa Melayu Klasik

Zaman peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Pada zaman ini, bahasa Melayu banyak mengalami perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan
tulisan.

Penemuan Batu Bersurat Zaman Bahasa Melayu Kuno

Ketiga-tiga batu bersurat ini menjelaskan catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana
selepas abad ke-14 , kesusasteraan Melayu muncul dalam bentuk tulisan.

Batu Bersurat

Pagar Ruyung, Minangkabau Minye Tujuh, Acheh (1380)


(1356)
Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
SEJARAH, DASAR & PERANAN BAHASA MELAYU | 5

Ciri-ciri Batu Bersurat Zaman Peralihan

Bil Batu Bersurat Penggunaan Kandungan Batu Bersurat


Tulisan
1 Pagar Ruyung, Minangkabau India Mengandungi prosa Melayu kuno dan
barisan sajak Sanskrit.
2 Minye Tujuh, Acheh India Mengandungi penggunaan kata-kata Arab
seperti Kalimat Nabi, Allah dan rahmat.
3 Kuala Berang, Terengganu Jawi Mengandungi tulisan Arab yang sudah
digunakan pada abad itu.

b. Tahap Bahasa Melayu Klasik

Pada tahap ini bahasa Melayu klasik yang digunakan dalam penghasilan karya-karya persuratan
Melayu mempunyai ciri-ciri persamaan antara satu karya dengan karya yang lain disebabkan berada
pada zaman yang sama.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik


Corak dan ragam bahasanya mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

Bil Ciri-ciri Huraian Contoh


1 Ayat panjang, Penulis yang berkarya kerap “Hatta, ... Maka baginda pun santaplah
berbelit-belit memasukkan kata-kata yang tidak dua laki isteri, disantap satu hidangan
dan berulang membawa makna menyebabkan dengan Raja Muda dan segala raja-
bahasa yang digunakan meleret- raja, dan anak raja-raja pun santaplah
leret masing-masing pada hidangannya”
Dipetik : Hikayat Raja Chulan, Misa
Melayu
2 Ayat pasif dan Struktur ayat pasif yang digunakan “Maka baginda pun santaplah dua laki
songsang terdiri daripada awalan di- atau ter-. isteri, disantap satu hidangan dengan
Raja Muda dan segala raja-raja, ...”
Dipetik : Hikayat Raja Chulan, Misa
Melayu
3 Kosa Kata Kosa kata klasik banyak digunakan edan kesmaran (mabuk asmara) dan
Klasik dalam penulisan karya. masyghul (bersedih)
4 Penggunaan Bahasa Melayu klasik banyak “...anak raja-raja pun santaplah
Partikel mengandungi partikel pun dan lah masing-masing pada hidangannya”
Dipetik : Hikayat Raja Chulan, Misa
Melayu
5 Penggunaan Karya-karya banyak menggunakan “Hatta, ... Maka baginda pun santaplah
Kata Pangkal kata perdu perkataan seperti dua laki isteri, disantap satu hidangan
Ayat sebermula, alkisah, hatta, adapun, dengan Raja Muda dan segala raja-
arakian, dan sebagainya raja, dan anak raja-raja pun santaplah
masing-masing pada hidangannya”
Dipetik : Hikayat Raja Chulan, Misa
Melayu
SEJARAH, DASAR & PERANAN BAHASA MELAYU | 6

6 Penggunaan Penggunaan aksara yang dipinjam huruf cha, pa , nga, ga, va dan nya.
Aksara Jawi daripada bahasa Arab telah
ditambah dengan beberapa huruf
tambahan. Huruf tambahan hanya
terdapat dalam bahasa Melayu dan
tidak dijumpai dalam huruf Arab
7 Penggunaan Penulis menggunakan laras lisan, “Hatta, ... Maka baginda pun santaplah
Bentuk maka berlaku kekerapan pada dua laki isteri, disantap satu hidangan
Perulangan perulangan Kata Tunjuk (itu, sana) , dengan Raja Muda dan segala raja-
yang Ketara Kata Penegas (-lah , -nya) dan Kata raja, dan anak raja-raja pun santaplah
Hubung (dan, yang, atau). masing-masing pada hidangannya”
Dipetik : Hikayat Raja Chulan, Misa
Melayu
8 Menerima Digunakan dalam bidang-bidang Bidang ilmu keagamaan, undang-
Kosa Kata tertentu. undang, kesusasteraan, pemerintahan,
Arab dan perubatan, falsafah, tasawuf, kata-kata
Parsi umum dan pentadbiran.
9 Mengandungi Ditemui dalam kitab klasik Melayu Frasa “ketahuilah olehmu”
Frasa dan
Ayat
Pengaruh
Arab
10 Mengandungi Wujud dalam banyak tulisan Melayu Bidang Tasawuf.
Unsur-Unsur
Falsafah Islam

c. Tahap Bahasa Melayu Moden

Era bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19. Karya Munsyi Abdullah dianggap sebagai
permulaan zaman bahasa Melayu moden. Penggunaan bahasa Abdullah lebih tertumpu kepada
bahasa orang kebanyakan. Contohnya, karya “Hikayat Pelayaran Abdullah”.
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa
kebangsaan melalui Perlembagaan Persekutuan Perkara 152. Kedudukan bahasa Melayu semakin
kukuh melalui akta, laporan dan penyata yang dibuat dari semasa ke semasa. Buktinya seperti yang
berikut:

Bil Bukti Huraian


1 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 Menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Negara
2 Laporan Razak 1956 Mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar
dalam sistem pendidikan negara.

Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu


SEJARAH, DASAR & PERANAN BAHASA MELAYU | 7

B anyak usaha telah dijalankan bagi membentuk dasar memartabatkan bahasa Melayu. Antaranya
adalah seperti yang berikut:

Usaha / Dasar Huraian


Perundangan  Akta Bahasa kebangsaan 1967: Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
tunggal.
 Pindaan Akta Perlembagaan 1971: Status Bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan tidak boleh dipersoalkan.
 Mereka yang berbuat demikan boleh didakwa di bawah Akta Hasutan
1984.
 Bahasa rasmi tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Akhbar  Kewujudan akhbar-akhbar Melayu sebelum merdeka memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa penyampaian maklumat yang
berkesan.
 Perkembangan akhbar-akhbar berbahasa Melayu selepas merdeka
seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan
sebagainya turut menyemarakkan bahasa Melayu.
Bulan Bahasa  Kewujudan Bulan Bahasa Kebangsaan (BKK) memantapkan,
Kebangsaan memperkukuhkan dan mempamerkan jati diri bangsa Malaysia.
 BKK adalah lanjutan daripada kempen bahasa terdahulu yang bermula
dengan Minggu Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an
Sektor Pendidikan  Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui cadangan Laporan Razak
(1956).
 Penyata Rahman Talib 1960 telah membentuk Akta Pelajaran 1961.
 Perancangan Persekolahan dalam aliran Melayu yang menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar membolehkan pelajar
mengambil Sijil Pelajaran Malaysia pada 1961, mengambil Sijil
Pelajaran Malaysia pada 1963, dan 1965 mengambil Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia.
 1970 penggunaan Bahasa Melayu diperluas di sekolah jenis
kebangsaan.
 1970 penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menghapuskan polemik
bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa akademik aras tinggi.

Peranan Bahasa Melayu

Menyatukan Bangsa Melayu


Dasar Bahasa Kebangsaan
Lambang Identiti Bangsa dan
Negara
SEJARAH, DASAR & PERANAN BAHASA MELAYU | 8

a. Bahasa Melayu Menyatukan Bangsa Melayu


Sebelum kemerdekaan, kerajaan Melayu Melaka hidup dengan masyarakat yang berbilang kaum.
Bahasa Melayu telah dipilih dan digunakan dalam bidang pentadbiran, perdagangan, pendidikan,
undang-undang dan komunikasi seharian kerana sifatnya yang mudah dipelajari. Jelas bahawa
bahasa Melayu memainkan peranan sebagai penyatu masyarakat di Melaka. Malahan, ketika itu
bahasa Melayu sudah bersifat bahasa antarabangsa.
Selepas kemerdekaan, Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat perlu mempunyai
lambang dan martabat bangsanya yang tersendiri. Bagi mencapai matlamat ini, sekali lagi bahasa
Melayu dipilih sebagai bahasa perpaduan.
b. Bahasa Melayu sebagai Lambang Bangsa dan Identiti Negara
Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” dijelaskan Nik Safiah Karim (2012), sebagai satu semboyan
mengukuhkan kedudukan bangsa yang berkait rapat dengan bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli
masyarakatnya. Sekiranya maju bahasanya, maka akan majulah penduduk dan negara mereka.
Malahan, sejarah asal usul bangsa Melayu saling berkait rapat dengan sejarah bangsa Melayu itu
sendiri.
Penjelasannya, pada awal kemerdekaan, bahasa Melayu mengalami zaman ketinggalan akibat
daripada dipinggirkan oleh bahasa penjajah. Bahasa Melayu hanya digunakan untuk situasi tidak
rasmi dan tidak formal sahaja. Namun, pada tahun 1960-an hingga 1980-an, kejayaan menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa utama menyalurkan ilmu pengetahuan telah diterima baik oleh rakyat
Malaysia. Bahasa Melayu turut dipersetujui sebagai bahasa yang melambangkan jati diri negara dan
seterusnya menjiwai bangsa.
c. Bahasa Melayu sebagai Dasar Bahasa Kebangsaan
Perlembagaan Malaysia (Perkara 152) dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (semakan 1971)
dengan jelas menyebut dasar bahasa kebangsaan. Kedudukan dan fungsi bahasa Melayu dengan
jelas mentafsir kedudukan dan fungsi bahasa Melayu sebagai:
i. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
ii. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan, dan
iii. Tiada larangan bagi rakyat Malaysia belajar, mengajar atau menggunakan bahasa-
bahasa lain.

KESIMPULAN

S ecara kesimpulannya, Bahasa Melayu cukup gah dikenali suatu ketika dahulu melalui
kegemilangan bahasa Tamadun Melayu. Namun, dengan wujud polemik bahasa Melayu tidak mustahil
kegemilangan tersebut setakat gah di atas lembaran dokumen dasar atau dalam lipatan sejarah
semata-mata. Bahasa Melayu seharusnya tidak menjadi setakat bahan kajian pelajar, ilmuan dan
sarjana sahaja, seharunya peranan bahasa Melayu diperkukuhkan dan kerajaan terutamanya mestilah
berbalik kepada landasan, dasar yang menjurus kepada keutamaan Bahasa Melayu.
SEJARAH, DASAR & PERANAN BAHASA MELAYU | 9

Aktiviti Latihan

1. Senaraikan Maksud Melayu berdasarkan pendapat tokoh tiga orang tokoh.


2. Nyatakan definisi Melayu berdasarkan kajian UNESCO (1972).
3. Senaraikan 4 rumpun Keluarga Austronesia.
4. Jelaskan perkembangan bahasa Melayu secara ringkas.

RINGKASAN
1. Bangsa Melayu berasal dari satu keluarga bangsa Austronesia yang mempunyai keluarga bahasa
dan bentuk fizikal yang sama.
2. Bahasa Melayu terdiri daripada keluarga Nusantara dan mempunyai rumpun dengan negara
Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
3. Di Malaysia, bahasa Melayu tersebar dan berkembang membentuk beberapa dialek yang kebetulan
ditandai dengan persempadanan negeri.
4. Wujud dialek tertentu bahasa Melayu berdasarkan kedudukan negeri tersebut, sebagai contoh
dialek utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Utara Perak), dialek Pantai Timur (Kelantan dan
Terengganu), dialek Negeri Sembilan, Melaka dan sebagainya.
5. Perkembangan bahasa Melayu dapat dilihat bermula daripada zaman bahasa Melayu Kuno, Zaman
Peralihan kuno ke klasik, Zaman bahasa melayu Klasik dan Zaman bahasa moden.
6. Banyak usaha telah dijalankan bagi membentuk dasar memartabatkan bahasa Melayu. Antaranya
adalah melalui perundangan, akhbar, sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dan sektor pendidikan.

PETA KONSEP

Sejarah, Dasar dan Peranan Bahasa Melayu

Pengenalan Rumpun Melayu Sejarah Perkembangan


Bahasa Melayu
Dasar BM Kuno
Definisi Melayu
Sanskrit
Keluarga Bahasa Melayu
Moden
Peranan BM
SEJARAH, DASAR & PERANAN BAHASA MELAYU | 10

KATA KUNCI

1. Melayu
2. Bangsa Austronesia
3. Keluarga Rumpun Nusantara
4. Bahasa Melayu Kuno
5. Bahasa Melayu Klasik

PENILAIAN KENDIRI
1. Terangkan maksud Melayu menurut pandangan I-Tsing?
2. Berapakah bilangan negara di bawah keluarga Rumpun Nusantara?
3. Senaraikan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dari aspek perundangan?
4. Senaraikan peranan bahasa Melayu?

RUJUKAN

Abu Hassan Abdul, Dahlia Janan, Diana Jumadi et. al (2012) Bahasa Melayu.: Penguasaan dan
penggunaan. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.
Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan.
Amat Juhari Moain. (1994). Sejarah bahasa Melayu dalam linguistik Melayu. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Asmah Hj Omar. (1993). Susur galur bahasa Melayu dalam gelombang Tamadun Dalam Ismail
Hussien, A.Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi (Pnyt). Tamadun Melayu Jilid 2 .Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Darwis Harahap (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu. Pulau Pinang: Penerbit USM.
Nik Safiah Karim. (2012). Memartabatkan bahasa Melayu: Pengajian bahasa Dalam Abdul Hamid
Mahmod, Siti Saniah Abu Bakar dan Sanat Md.Nasir (Pnyt.). Tanjung Malim:Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


1. Bangsa Melayu berasal dari Daerah Jambi dan penggunaan Ma-lo-yue merujuk dua buah kerajaan
yang di lawatinya pada 675 tahun Masihi. Kerajaan tersebut menggunakan bahasa Melayu (Kwun-
Lun) di Srivijaya sebagai bahasa perdagangan dan pemerintahan pada abad ketujuh.
2. Empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura
3. Akta Bahasa kebangsaan 1967: Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal dan Pindaan Akta
Perlembagaan 1971: Status Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tidak boleh dipersoalkan.
Mereka yang berbuat demikan boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1984. Bahasa rasmi pula
tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
SEJARAH, DASAR & PERANAN BAHASA MELAYU | 11

4. 3 peranan bahasa Melayu iaitu, sebagai dasar bahasa kebangsaan, lambang identiti bangsa dan
negara dan menyatukan bangsa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai