Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Profesion perguruan sungguh mencabar apatah lagi menjelang abad ke 21 ini.


Tuntutan daripada guru lebih berbandingibu bapa dan masyarakat dalam soal-soal
pendidikan murid-murid di sekolah. Ditambah lagi dengan beban tugas di luar bidang
pengajaran bagi mengikuti arus perkembangan semasa pendidikan yang ditransformasikan
secara berperingkat. Untuk menjadi seorang guru dan penguruspendidikan yang baik,
seorang guru harus peka dengan perkembangan terkini yangsentiasa mendatang juga
sanggup untuk menghadapi proses kepemimpinan,pengurusan, pengelolaan sumber dan
pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan
pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan
tanggungjawab para guru menjadilebih besar, mencabar dan kompleks. Dengan itu, guru
berasa amat tertekan kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sentiasa
berterusan mengalami perubahan. Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat
berfungsi dengan berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan
menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian
kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang
dilakukan.

Menurut Sapora Sipon (2007), menyatakan bahawa guru yang gagal mengawal diri
akibat stres akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan
dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan
sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan
kegemilangan mutu pendidikannya. Tekanan kerja pada tahap yang tinggi juga akan
membawa kepada ketidakpuasan dalam membuat kerja dan akhirnya sikap suka mengelak
dan mengabaikan kerja akan terhasil. Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru
merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala
dan tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup
dan masalah tidur). Akibat suasana kerja yang teruk akan menyumbang kepada faktor
tekanan dan seterusnya membawa kepada ketidakpuasan kerja serta keinginan untuk
meninggalkan profesion keguruan

1.2 DEFINISI STRES

Menurut Smither (1994) menakrifkan stres sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke
atas permintaan terhadap seseorang. Menurut Schafer (1992) stress ialah kebangkitan
minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya.
Stres guru pula merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diigini seperti
tekanan, kekecewaan, kebimbangan,kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya
sebagai seorang guru. Maka,stress merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap
sesuatu perkara atau peristiwa yang menyebabkan ketidakseimbangan emosi. Sekiranya
stress diurusdengan betul, kita akan bertindak dengan cara yang betul juga. Kadangkala
stress boleh menyelamatkan diri seseorang dalam mempertahankan diri contohnya dalam
situasi kecemasan, seseorang akan bertindak cepat menekan siren api untuk
menyelamatkan situasi kebakaran.Selain itu, stress juga boleh membantu individu untuk
menangani situasi yangbahaya dan mencabar. Stress pada kadar minimum adalah positif
dan dapatmembantu individu membuat persembahan di khalayak ramai, menumpukan
perhatian dan belajar tekun untuk menghadapi ujian contohnya guru yang berasa tertekan
menghadapi peperiksaan semester Pembelajaran jarak jauh (PJJ) akan menumpukan
kepada ulangkaji pelajaran berbanding menonton televisyen. Namun,stress boleh
menyebabkan kesihatan terganggu, perhubungan perasaan dan menjejaskan kehidupan
sekiranya mencapai ke suatu tahap tertentu. Keupayaan seseorang yang tidak dapat
memenuhi sesuatu permintaan pula akan menimbulkan kesan stress yang negative.
Manakala keupayaan seseorang yang tidak dapat memenuhi sesuatu permintaan pula akan
menimbulkan kesan stress yang negatif

1.2.2 Jenis-jenis Stres

Terdapat lima jenis stres yang dikaitkan dengan stres kerjaya guru iaitu :

(i) Stres ‘Here Or Now’

Adalah situasi yang wujud pada sesuatu masa atau suatuketika. Contohnya , guru yang
berada dalam peperiksaan , terjatuh menuruni tangga dan bertengkar dengan rakan sekerja.

(ii) Stres Anticipation

Stres Anticipation merupakan jenis dimana guru akan bertindak balas terhadap sesuatu
peristiwa yang dijangkakan. Contohnya, setiap hujung semester sekolah akan
menganjurkan perjumpaan dengan ibu bapa. Oleh sebab itu, guru-guru yang baru akan
berasa panik dan tertekan kerana tidak yakin menghadapisituasi tersebut.

3(iii) Stres Imaginatif

Stres imnaginatif merupakan stres yang berlaku dalam sesuatu situasi apabila individu
berfikir serta berimaginasi tentang sesuatu yang ngeri,menakutkan dan sebagainya.
Contohnya ,anda berada sendirian di dalam bilik pada waktu malam dan anda akan
mendengar bunyi diluar bilik dan dengan spontan anda akan membayangkan bahawa
ada pencuri, hantu dan sebagainya.

(iv) Stres Reaktif

Stres reaktif wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau. Stress ini berlaku
secara semulajadi dan kadangkala sebagai satu proses memulihkan.Contohnya kematian
orang yang terdekat. Proses mengimbas balik sesuatu peristiwa dan pengalaman lampau
merupakan situasi di mana stres reaktif berlaku.

(v) Stres Negatif

Stres negatif adalah stres yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu atau
tahun. Hal ini boleh berlaku disebabkan satu punca sahaja contohnya masalah kewangan
atau akibat masalah-masalah lain.

Anda mungkin juga menyukai