Anda di halaman 1dari 27

Aspirasi Murid

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan terus mendukung hasrat


Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas
aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi
tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran khusus dan atribut yang
boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui
pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan.

6 Aspirasi
Murid

1. Pengetahuan

Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya


kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid
menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga
perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang
Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid
juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
lain seperti seni, muzik, dan sukan.

2. Kemahiran Berfikir
Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang
kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka
menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu.
Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk
penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang
diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi
ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.

3. Kemahiran Memimpin

Dalam dunia yang saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan
bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah penting. Sistem
pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal,
bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks
sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu
keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran
berkomunikasi dengan berkesan.

4. Kemahiran Dwibahasa

Setiap kanak-kanak menguasai sekurang-kurangnya bahasa Malaysia


sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris
sebagai bahasa komuniksai antarabangsa. Dengan tahap penguasaan bahasa
ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya
menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran
kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid untuk
mempelajarai bahasa lain sebagai bahasa tambahan.

5. Etika dan Kerohanian

Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap
murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan
dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak
membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam
situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem
pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat
menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

6. Identiti Nasional

Identiti nasional yang kukuh terikat dengan prinsip Rukunegara yang


diperlukan untuk kejayaan masa depan Malaysia. Setiap murid akan
berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau
status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap
murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang
sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang
sebenar, semangat kukuh cintakan tanah air diperlukan. Identiti nasional
akan dapat dicapai bukan hanya melalui belajar memahami, tetapi juga
menerima serta menghayati hakikat kepelbagaian.
Inspektor YA 13
Skim Perkhidmatan bagi jawatan Inspektor yang dikeluarkan melalui:

i. Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja


Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013;
dan
ii. Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja
Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6
Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.

Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan
dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6)
bertarikh 30 April 2014.

a. Terdiri dari Warganegara Malaysia;


b. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan
Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak
lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PHD) pada tarikh pendaftaran permohonan
secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
c. Kelayakan Akademik:
i. Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
iv. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
v. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
vi. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
vii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli
Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
viii. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
ix. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13];
x. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
d. Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti
berikut:-
i. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa
bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48
kg;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm
(lelaki sahaja);
v. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan
cermin mata atau kanta lekap);
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan
berdaftar (kerajaan).
Pembantu Operasi Gred N11

 Kumpulan: Pelaksana
 Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka,
Pulau Pinang dan Perlis
 Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,216.00 RM2,983.00 RM80.00

 Syarat Lantikan:
i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
a. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
b. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas
B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen
Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah
Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 Deskripsi Tugas:
Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat
seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran
surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara
kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab
melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan
fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].
Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 (sains)

 Kumpulan: Pelaksana
 Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
 Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,204.00 RM3,001.00 RM80.00

 Syarat Lantikan:
i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
iv. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah
Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan
pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain
yang seumpamanya.

Juruteknik Perubatan Gred U19 (sains)

 Kumpulan: Pelaksana
 Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
 Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,360.00 RM4,052.00 RM100.00

 Syarat Lantikan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada
peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,360.00).
ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 Deskripsi Tugas:
i. Mengambil ukuran sama ada secara acuan atau profile semua kerja-kerja ortotik dan yang
diarahkan.
ii. Memberi tunjuk ajar kepada pesakit cara-cara menggunakan, memasang alatan ortotik
dengan betul, cara-cara berjalan atau pergerakan seperti mana yang dikehendaki, cara-cara
menjaga alatan tersebut supaya sentiasa berada dalam keadaan yang tidak membahayakan
dan tahan lama.

Pegawai Bomba Gred KB19

 Kumpulan: Pelaksana
 Kem/Jab: Jabatan Bomba dan Penyelamat
 Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,360.00 RM4,052.00 RM100.00

 Syarat Lantikan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c.
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,360.00); atau
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,418.12); atau
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,476.24)
ii. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
c. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa
menarik nafas (lelaki sahaja);
d. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
e. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
iii. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
a. mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
b. menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
c. menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
d. memanjat tali.
iv. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 Lantikan Bekas Anggota Tentera:
Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai
pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1 dan telah menamatkan
perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang
ditetapkan di perenggan (ii) dan (iii)
 Deskripsi Tugas:
i. Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
ii. Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
iii. Mengendalikan pam bomba.
iv. Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
v. Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

Pegawai Imigresen Gred KP19

 Kumpulan: Pelaksana
 Kem/Jab: Jabatan Imigresen
 Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,360.00 RM4,052.00 RM100.00

 Syarat Lantikan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c.
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
c. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
d. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik
nafas 84sm (lelaki sahaja);
e. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
f. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
g. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan
pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada
rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan
sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu
masuk.

Pegawai Penjara Gred KA19

 Kumpulan: Pelaksana
 Kem/Jab: Jabatan Penjara
 Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,360.00 RM3,824.00 RM100.00

 Syarat Lantikan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c.
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,360.00); atau
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,418.12); atau
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,476.24).
ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
c. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik
nafas 84sm (lelaki sahaja);
d. lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
e. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 Deskripsi Tugas:
Melaksanakan tugas-tugas operasi berbentuk fizikal dan rutin dalam menjalankan tugas-tugas
kawalan keselamatan, melaksanakan prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman,
merealisasikan program-program pemulihan serta memberikan layanan yang adil terhadap
penghuni berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang telah diperuntukkan.

Pembantu Akauntan Gred W19

 Kumpulan: Pelaksana
 Kem/Jab: Pelbagai Kementerian / Jabatan
 Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,353.00 RM4,005.00 RM100.00

 Syarat Lantikan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada
peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-
kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).
ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 Deskripsi Tugas:
Menjalankan tugas-tugas kewangan dan perakaunan.

Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

 Kumpulan: Pelaksana
 Kem/Jab: Kementerian Belia dan Sukan
 Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,352.00 RM4,003.00 RM100.00

 Syarat Lantikan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 Deskripsi Tugas:
Membantu melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat
Kementerian/Negeri/Jabatan/Daerah.

KONSTABEL SOKONGAN GRED YT 1

KLASIFI : KONSTABEL SOKONGAN (LELAKI / WANITA)


KASI

KUMPU : SOKONGAN
LAN
PERKHI
DMATA
N

GRED : YT 1
GAJI /
JAWAT
AN

JADUAL : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN


GAJI

RM 852.00 RM 2,408.00 RM 85.00

SYARAT : Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Sokongan yang dikeluarkan


LANTIK melalui:
AN
i. Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam
Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1
Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
ii. Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan
Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan
JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.

Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan


pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan:
JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.

a. Terdiri dari Warganegara Malaysia;


b. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun
pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
c. Kelayakan Akademik:
i. Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YT1]; dan
ii. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan
mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat mata
pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.
iii. Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan


pancaindera seperti berikut:-

i. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157


sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita
sekurang-kurangnya 48 kg;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat
19 hingga 26;
iv. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik
nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan
menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau
kanta lekap);
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan berdaftar (kerajaan).

KONSTABEL GRED YA 1

KLASIFI : KONSTABEL (LELAKI / WANITA)


KASI

KUMPU : SOKONGAN
LAN
PERKHI
DMATA
N

GRED : YA 1
GAJI /
JAWAT
AN

JADUAL : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN


GAJI

RM 1,014.00 RM 3,517.00 RM 100.00

SYARAT : Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel yang dikeluarkan melalui:


LANTIK
AN i. Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam
Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1
Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
ii. Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan
Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan
JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.

Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan


pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan:
JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.

a. Terdiri dari Warganegara Malaysia;


b. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun
pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
c. Kelayakan Akademik:
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1]; dan
ii. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iii. Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan


pancaindera seperti berikut:-
i. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157
sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita
sekurang-kurangnya 48 kg;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat
19 hingga 26;
iv. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik
nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan
menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau
kanta lekap);
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan berdaftar (kerajaan).

Lebih 7 daripada 10 ijazah yang senang dapat kerja adalah dalam bidang-bidang STEM

1. Perubatan dan Pergigian (STEM)


2. Sains Veterinar (STEM)
3. Subjek berkaitan perubatan (STEM)
4. Seni Bina, Pembinaan dan Perancangan (STEM)
5. Kejuruteraan dan teknologi (STEM)
6. Sains komputer (STEM)
7. Pendidikan (Sebahagiannya STEM)
8. Pengajian Perniagaan
9. Sains & Matematik (STEM)
10. Pengajian Sosial
Jururawat

 Gred: U29, U32, U36, U41


 Kumpulan: Pelaksana / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
 Jadual Gaji:

GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM


U29 RM1,797.00 RM5,753.00

U32 RM2,331.00 RM6,394.00

U36 RM3,590.00 RM7,605.00

U41 RM2,429.00 RM9,656.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

LANTIKAN KE GRED U29

(c)

(i) Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah
berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)

(ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu
(sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

LANTIKAN KE GRED U41

(c)

(i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).

(ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu
(sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS :

i. Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan
karan/elektrik.
ii. Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
iii. Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
iv. Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa
panjang seperti polio.
v. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan
terhadap seseorang pesakit.
vi. Membuat pesanan bekalan peralatan.
vii. Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi
mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
viii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

JURURAWAT GRED U29

 Tugas-tugas Jururawat Kesihatan


1. Perawatan Kesihatan Keluarga
i. Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
ii. Perkhidmatan lawatan ke rumah.
iii. Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
iv. Perkhidmatan perancang keluarga.
v. Pendidikan kesihatan.
2. Latihan
Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan
mereka.
3. Menyelia
i. Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan
operasi.
ii. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
4. Pentadbiran
i. Mentadbir klinik.
ii. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
iii. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam
kawasan operasi.
iv. Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
5. Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
1. Penjagaan Pesakit
i. Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
ii. Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
iii. Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
iv. Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

JURURAWAT GRED U41

1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
o Pemantauan Kejururawatan
o Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk
memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.
2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan
o Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan
teknologi juga konsep terkini.
o Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan
kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.
3. Kawalan Mutu
o Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan
mengikut piawaian.
o Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) -
menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.
4. Latihan Kejururawatan
Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan
diperingkat negeri.

Pegawai Farmasi Gred UF41

 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional


 Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
 Jadual Gaji:

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan


Gaji Tahunan

RM2,740.00 RM9,656.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
serta berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred UF41: RM2,740.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam


subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah


layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan
Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF41 tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(b) had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :

 Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi


iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal;
atau
 Berkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri menjalankan aktiviti-aktiviti
penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran; atau
 Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan - menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu
menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan
pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.

Pegawai Optometri Gred U41

 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional


 Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
 Jadual Gaji:

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan


Gaji Tahunan

RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Ijazah Sarjana Muda Optometri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta
berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam


subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

DESKRIPSI TUGAS :

Melaksanakan pemeriksaan mata (Optometris dan Orthoptics), perkhidmatan kanta sentuhan,


mengukur ‘K-Reading' dan ujian penglihatan warna di hospital-hospital Kerajaan.

Pegawai Pergigian Gred UG41

 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional


 Kem./Jab.: Kementerian Kesihatan Malaysia
 Jadual Gaji:

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan


Gaji Tahunan

RM2,844.00 RM9,656.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) ijazah dalam bidang pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar
dengan Majlis Pergigian Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred UG41: RM2,844.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam


subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab memberi rawatan pergigian, membuat lawatan ke Pusat-pusat Kesihatan


Kecil atau sekolah-sekolah, mengawas pameran kesihatan pergigian dan memberi panduan
kepada kakitangan di dalam klinik.

SENARAI ELAUN :

Elaun Perumahan : RM250.00


Elaun Tetap Perkhidmatan Awam : RM300.00
Elaun Kritikal : RM750.00
Elaun COLA : RM100.00-RM300.00 (mengikut lokaliti)

Pegawai Perubatan Gred UD41

 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional


 Gred Jawatan: UD41, UD43, UD47, UD51, UD53
 Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
 Jadual Gaji:

GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM

UD41 RM2,947.00 RM9,656.00

UD43 RM3,611.00 RM10,560.00


UD47 RM5,211.00 RM11,769.00

UD51 RM5,860.00 RM12,449.00

UD53 RM6,182.00 RM13,256.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)

(i) ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar
sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred UD41: RM2,947.00); atau

(ii) calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) AktaPerubatan 1971 dan telah
memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah
berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred UD41: RM2,947.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43, UD47,


UD51 ATAU UD53

3. Calon bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43, UD47, UD51
atau UD53 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1(b), 1(c) dan 2; dan

(b) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.


(Gaji permulaan lantikan pada Gred UD43: RM3,611.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred UD47: RM5,211.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred UD51: RM5,860.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred UD53: RM6,182.00).

DESKRIPSI TUGAS :

Memeriksa dan merawat pesakit, menguruskan rawatan dan pemeriksaan ibu-ibu mengandung
serta menyambut kelahiran bayi, menjalankan pemeriksaan mayat dan menyediakan laporan,
menjalankan tugas-tugas ‘on call' dan menyampaikan ceramah-ceramah.

SENARAI ELAUN :

Elaun Perumahan : RM250.00


Elaun Tetap Perkhidmatan Awam : RM300.00
Elaun Kritikal : RM750.00
Elaun COLA : RM100.00-RM300.00 (mengikut lokaliti)
Elaun On-Call dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai