Anda di halaman 1dari 4

BENGKEL FROG VLE MURID BERSAMA BTPNJ

DAN TEAM UMMI


TAHUN 2017

1.0 TAJUK PROGRAM


BENGKEL FROG VLE MURID BERSAMA BTPNJ DAN TEAM UMMI

2.0 LATAR BELAKANG


Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad 21 telah banyak
diperkatakan bagi memenuhi keperluan dan harapan pendidikan masa kini. Kaedah
konvensional "chalk and talk" semata-mata dilihat memerlukan anjakan kepada kaedah
yang lebih dinamik dan kreatif, sesuai dengan teknologi yang ada sekarang.

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan KSSR dan KSSM adalah merupakan penanda


aras keberkesanan pendidikan abad 21 seperti yang dihasratkan Kementerian Pendidikan
Malaysia mulai tahun 2014, selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025)

3.0 JUSTIFIKASI
Bengkel Frog Vle murid bersama ibubapa ini adalah perkongsian ilmu berkaitan
PDPC FROG VLE bersama “Team Ummi”. Murid-murid akan menjalankan pdpc bersama
“TEAM UMMI KU SAYANG” iaitu ibubapa dengan penggunaan Frog Vle. Ini bagi memberi
perkongsian pdpc bersama “TEAM UMMI KU SAYANG”. Murid-murid akan membuka laman
Frog Vle masing dengan kerjasama “TEAM UMMI KU SAYANG”. Team Ummi akan
membantu murid-murid mencari bahan dengan penggunaan Frog Vle dan bersama-sama
menyemak hasil kerja murid. Dengan cara ini peratus penggunaan Frog Vle di kalangan
murid, ibubapa dan guru dapat ditingkatkan. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
(BTPNJ) pula berperanan membantu murid-murid dari segi teknikal dan pemudahcara
murid-murid melayari Frog Vle. BTPNJ memberi pendedahan pelbagai fungsi dan
kefahaman berkaitan Frog Vle.

4.0 MATLAMAT
4.1 Memberi pendedahan kepada murid perkongsian ilmu dari pelbagai sekolah
berkaitan pdpc abad ke-21, sekolah tranformasi dan Frog Vle.
4.2 Menunjukkan kerjasama ibubapa di dalam program sekolah dan pdpc guru serta
murid yang telah di amalkan di SK Taman Kota Kulai 2.
4.3 Murid serta ibubapa mereka terlibat aktif dalam komuniti setempat untuk
mengembangkan potensi sekolah tranformasi dan Frog Vle.

5.0 TARIKH , MASA, TEMPAT


Tarikh : 12 Oktober 2017 / Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : SK Taman Kota Kulai 2

6.0 SASARAN PESERTA


Tahap 1 – (2UPSI dan 2 UIAM ) 71 ORANG MURID
Tahap 2 – (5UPSI dan 5UIAM) 59 ORANG MURID

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


KUANTITI JUMLAH
AKTIVITI/PERKARA PERUNTUKAN SUMBER
BIL (RM)

Minum pagi 130 orang x RM3 Rm 390.00


1

Makan tengahari 130 orang x RM5 Rm 650.00 Sekolah Tranformasi


2

Rm 1040.00
JUMLAH
8.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 12 OKTOBER 2017 / KHAMIS

Tempat : SK TAMAN KOTA KULAI 2

Jumlah Peserta : 130 ORANG MURID

08.00 - 08.30 pg : Pendaftaran


08.30 - 09.00 pg : Taklimat Bengkel Amalan Terbaik Frog Vle
09.00 – 10.30 pg : Slot 1: PENGGUNAAN FROG VLE (KAEDAH GULAI DAN PIE
UNTUK MURID & IBUBAPA oleh BTPNJ
10.30 – 11.00 pg : Minum Pagi
11.00 – 12.30 tgh : Slot 2 : PDPC DI SEKOLAH – PENGGUNAAN VLE UNTUK MURID
& IBUBAPA oleh BTPNJ
12.30 – 1.30 ptg : Makan Tengahari dan solat
1.30 – 3.30 ptg : Slot 3: BENGKEL FROG VLE MURID BERSAMA IBUBAPA
3.30 – 4.00 ptg : Penutup program
4.00 petang : Bersurai

9.0 PELAN KONTIGENSI


Tarikh : 12 November 2017
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : SK Taman Kota Kulai 2
Disediakan oleh,

……………………….
(Pn Hamisah binti Mohd Noh)
Setiausaha,
SK. Taman Kota Kulai 2

Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………………….
………………………..

Anda mungkin juga menyukai