Anda di halaman 1dari 6

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Dan Salam Muafakat Johor

Terima kasih Pengacara Majlis.


Yang Berusaha Encik Kahar bin Abdullah
Yang Dihormati Puan Normah binti Khamis YDP PIBG
Tn Hj Mazlani bin Mohamad GPK 1,Pn Khadijah bt Yusof GPK HEM ,
Encik Kamal Ariffin Atan GPK KOKO dan Puan Juhairah binti Sedek ,
AJK PIBG SK Batu 3, Ibu bapa / Waris Pelajar , guru-guru, para pelajar dan hadirin
yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi
menjemput saya untuk merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Batu 3,
bagi tahun 2016. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak
sekolah yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi
kepentingan para pelajar. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti ini,
yang pasti Majlis Hari Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk
meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam
bidang akademik. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar
cemerlang sekolah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas
daripada fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja datang ke sini untuk
belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang
berilmu dan berakhlak mulia. Hal ini selari dengan salah satu Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA), iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan. Dalam konteks ini, NKRA itu sendiri merupakan satu inovasi dasar
dan strategi yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti
pendidikan negara. Kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan
pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang
berterusan.

1
Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk
melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran
zaman. Lantaran Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Penilaian
Berasaskan Sekolah (PBS) sejak 4 tahun yang lalu sebagai kayu ukur kompetensi
para pelajar. Dengan kata lain, kita perlu melahirkan para pelajar yang cemerlang
dan kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk merealisasikan aspirasi dan
agenda negara.

Sebelum itu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada


kepimpinan dan warga SK Batu 3 kerana terpilih melaksanakan sekolah
tranfomasi.Apa yang difahamkan bahawa sekolah tranfomasi merupakan replikasi
sekolah amanah.Di mana konsep sekolah ini mahu melahirkan modal insan unggul
melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran
murid yang aktif dan bermakna dengan disokong kepimpinan yang
berkualiti/berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen
komuniti yang padu. Untuk menjayakan semua ini memerlukan anjakan pardigma
dan iltizam yang kuat kerana semua warga dan komuniti memerima perubahan ke
arah yang kebaikan supaya menghasilkan kemenjadian murid itu tercapai.

Hadirin sekalian,
Cendekiawan ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha
sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan para
pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi
mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita
beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di
sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran
semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah
perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada
kejayaan anak-anak. Seyogianya, ibu bapa menitikberatkan soal pembelajaran
secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.

2
Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau bermuhasabah,
apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-
guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang
dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Mahatma Gandhi ada menyatakan bahawa kepuasan terletak pada usaha,
bukannya kejayaan. Maka kepimpinan institusi pendidikan seperti SBATI (Sekolah
Batu 3) perlu memacu penghasilan daya kreativiti dan inovasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Bagi menghasilkan pendidikan
yang bermutu, para pengajar perlu melakukan anjakan paradigma dalam
melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan para
pelajar untuk berfikir secara kreatif . Kita perlu berganjak daripada pendekatan
model kilang penghasilan pendidikan (factory model of producing education)
kepada model penciptaan pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan
minda, yang menguji daya kreativiti dan inovasi, yang mencungkil keupayaan
menyelesaikan masalah dan yang mengasah ketajaman penaakulan (reasoning)
para pelajar. Ertinya, orientasi pengajaran dan pembelajaran mesti berganjak
daripada pembelajaran berbentuk hafalan (rote learning) kepada pembelajaran
yang memberangsangkan akal (mind stimulating learning).

Imam Al-Ghazali pernh berkata bahawa ‘Beriman dan beramal sumbernya ialah
ilmu. Ilmu diperoleh dengan belajar. Tiada ertinya iman kalau tiada amal dan
tiada erti amal kalau tiada keikhlasan
Oleh itu, para pendidik perlu sedar orang ramai terutama ibu bapa sentiasa
mengukur pencapaian berdasarkan standard kualiti yang telah dijanjikan. Para
pendidik jangan cepat berasa puas dengan pencapaian pada hari ini. Seorang
pendidik mesti sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan agar per-
khidmatan pendidikan akan menjadi contoh kepada perkhidmatan yang lain. Seperti
yang kita semua sedia maklum, para pelajar merupakan tiang negara dan bakal

3
pemimpin negara kerana Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jadi
pengasuhan, bimbingan dan dorongan dari segi semua aspek hidup dari peringkat
awal lagi adalah amat penting. Pencapaian mereka dari segi akademik sahaja tidak
memadai. Malahan pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek
keperibadian juga adalah perlu diberi perhatian yang sama berat.

Saya percaya sambutan Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada hari ini adalah
selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar
terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan
semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang
bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang
tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada para pelajar yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan
diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja.
Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak
seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini
tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap
kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa
hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang
menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan
berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.

Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah
pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus
mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Berpeganglah
pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Saya percaya para pelajar yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan
mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini

4
biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin menjelang peperiksaan
semata-mata atau rajin mengikut musim.. Saya percaya jika para pelajar dapat
mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan
berada di kerusi tersebut pada tahun akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekalian,

Ibnu Rusyd, seorang tokoh ilmuwan Islam pernah menukilkan antara lainnya
bermaksud, "Kepuasan yang sejati lahir daripada keabadian bersama". Dalam
hal ini, semua pihak semestinya berganding bahu dan mengatur langkah sederap
berusaha untuk merealisasikannya. Hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin,
satu jaringan kecemerlangan akademik yang tinggi mampu digapai. Kita perlu
menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa sebagai hubungan yang
berasaskan rasa tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan sentiasa
menyokong antara satu sama lain, bak kata peribahasa seperti aur dengan
tebing.
Pemimpin dan barisan tenaga pengajar sekolah ini boleh bertukar ganti; boleh
datang dan pergi, namun organisasi mesti dipertahankan walau sesiapa pun yang
menerajui dan memacunya. Ingatlah, kecemerlangan yang ingin kita capai tidak
boleh ditolak-ansurkan. Semua pihak termasuk ibu bapa dan pelajar patut memberi
sokongan padu kepada pihak pentadbir sekolah jika semua mimpi indah tentang
kecemerlangan ingin direalisasikan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan
syabas kepada pihak SK Batu 3 kerana berjaya menganjurkan Majlis Hari
Anugerah Cemerlang tahun ini.

5
Sebelum saya berundur diri, saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim
(Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Penyayang) MERASMIKAN,
Majlis Hari Anugerah Cemerlang, tahun 2016.

Anda mungkin juga menyukai