Anda di halaman 1dari 2

Hati-hati komen, usah sampai merendah hukum ALLAH - Nasional - Sinar Harian


 Nasional
 Politik
 Edisi
 Semasa
 Bisnes
 Video
 Global
 Hiburan
 Sukan
 Sisipan

TERKINI

Hati-hati komen, usah sampai merendah


hukum ALLAH
WARTAWAN SINAR HARIAN
15 JUN 2015

Hafez Sabri
IPOH – Pemuda Pas Perak mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memberi
sebarang komen terhadap sebarang isu, sehingga didapati ada sebahagiannya merendahkan
hukum ALLAH.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/hati-hati-komen-usah-sampai-merendah-hukum-allah-
1.401186
Hati-hati komen, usah sampai merendah hukum ALLAH - Nasional - Sinar Harian

Timbalan Ketuanya, Hafez Sabri berkata, dalam apa juga pendekatan, hukum agama tidak boleh
diketepikan sewenangnya bagi mencapai sesuatu matlamat.

“Hukum tetap hukum, akal dalam Islam bukanlah sumber hukum, tetapi ia adalah sumber
mentafsirkan hukum melainkan dalam hal berijtihad.

“Ijtihad wujud dalam keadaan memerlukan hukum baru dan di sinilah akal berperanan dalam
berijtihad seperti yang telah digariskan oleh syarak, tetapi dalam hal yang telah sabit (tetap atau
jelas) hukumnya seperti menutup aurat, ia hendaklah dipatuhi tanpa sebarang pertikaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah pihak termasuk Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin yang memperkatakan pakaian atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul
Hadi.

Imej yang dimuat naik atlet berusia 21 tahun di laman Facebook dan Twitter itu dikecam hebat ramai
pengguna media sosial apabila dikatakan tidak menutup aurat.

Khairy dalam laman Twitternya menggesa agar atletnya tidak diganggu.

“Dalam perbuatannya, hanya tuhan saja yang akan menghakimi beliau. Bukan kamu. Jangan
ganggu atlet kami,” tulis Khairy dalam Twitter.

Hafez yang juga Exco Pemuda Pas Pusat berkata, jangan kerana terlalu ingin mencapai pingat
dalam sukan, maka dengan mereka boleh bertindak menganjurkan masyarakat supaya melanggar
hukum agama apatah lagi menggalakkannya.

Katanya, mengambil contoh atlet wanita dari Bahrain yang berpakaian menutup aurat, Ruqayya al-
Ghasara yang telah berjaya memenangi acara 200 meter olahraga di Sukan Asia, Doha.

“Menutup aurat tidak menghalang Ruqayya untuk mencapai kejayaan sehingga kemuncaknya, kalau
dia boleh buat demikian (tutup aurat) sampai ke peringkat antarabangsa, apa alasan kita untuk
mengatakan tidak boleh (bersukan dengan menutup aurat).

“Bukanlah bermaksud apabila wanita bersukan, nak kena pakai telekung. Istilah mengenakan
pakaian yang sesuai tetapi masih tetap menjaga batas yang telah ditetapkan,” katanya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan berkata, sukan gimnastik bukan untuk wanita
Islam kerana menunjukkan aurat dan bentuk tubuh sudah jelas haram hukumnya bagi golongan itu.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/hati-hati-komen-usah-sampai-merendah-hukum-allah-
1.401186

Anda mungkin juga menyukai